BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 25, 2008

10hari yg menyesakkan



lihat kepada gambar2 yg ana sertakan,ana rasa antum semua tahu yg ana terlibat secara tidak langsung dlm kem pengahyatan solat remaja. ayah sebagai s/u program amat sibuk,tetapi lagi sibuk ust Sabri..imam muda masjid al-sultan. ana saja gura dgn ayah,"kalau susah nak cari fasi, anis pun boleh," disertai dgn ketawa yg tidak yakin. "haa,nak jadi? ayah boleh bagitau ust Sabri," kata2 ayah penuh mengharap. alamak, ana gurau saja. terrjadilah ana dgn kawan menjadi fasi. kami fasi banat, banin ust2 tahfiz. cuma, itulah. tak selesa campur dgn banin. pandangan jadi tak berapa terjaga. astaghfirullah. kesian pd kwn ana,dugaan dia hebat. ust2 tu mintak no phone dia,harap dia kuat. alhamdulillah ana yg tak cantik, tak mencuri perhatian dr mereka. kalau ya, kesian pd mereka dn ana. hati kami masing2 kotor jadinya. syukur alhamdulillah.


10hari bersama mereka, ana tidak betah. ana terrlalu bz. kerja rumah byk terbengkalai. time management teruk!sangat teruk. diuji mak demam teruk waktu tu, agak melemahkan semangat ana. ana nangis. mana nk berdepan dgn muslimin, ana takut. hati dah semakin jauh lalai.


ana takde skill nak layan budak2, tp alhamdulillah Allah mudahkan. ada je budak2 yg main2..taknak hafal. berbual je. tegur secara baiklah. ana pun bukan perfect sgt. kadang2 timbul di hati takut2 ajaran yg diajar salah, mintak jauh. letih! itu yg pasti. melaya kerenah budak bukan senang. tapi gelagat mereka menghiburkan.


hafizah khalilah, fakhira, liyana, ain syahida, farahanis(1hr sj), alya ezzaty, alia, aqilah, saifarah, uzma, amirah. ana harap takde yg tertinggal. hafizah yg banyak bercerita. mereka semua byk mendengar, tapi otak cepat pick-up. hebat! subahanallah. ana pun rasa tak larat nak hafal 13 surah n 13 hadith..memang tak dinafikan, mereka belum lagi dicemari oleh anasir2 luar yg mengotorkan hati. hati mereka bersih. sebab itu mudah melakukan kebaikan, macam umur ana yg dah tua ni..lambat je nak wat amal baik,astaghfirullah. bila hari2 terakhir kami lalui, ana sebak. truely! ana tak tahu apa ada di hati mereka..namun ana sedih mahu berpisah. ana akan rindu dengan hafazan2 mereka, ana rindu dengan kenakalan mereka, rindu akan cerita-ceriti mereka. baru ana sedar, ana mula menyayangi mereka.



peritnya perpisahan! ana pesan pd mereka dn diri, jangan tinggal solat..cukup 5 waktu, taat pada ibubapa, walau rasa susah..usah bersungut terhadap mereka. apapun, tanamkan Allah di hati. ana sebak, air mata hampir2 gugur di hadapan mereka. alhamdulillah, berjaya tahan. namun ana sedikit gembira, ana tak lagi berdepan dgn muslimin! takut juga,bila dah pergi pusat pengajian, ana akan hadapi perkara ini juga..moga hati ana tetap berpegang prinsip2 suci. insyaAllah, amiin.

alhamdulillah, ukhwah kami masih kekal. ada yg lost contact, tapi masih ada yg terus berhubung. ana pasti akan rindu saat2 itu! saat yg indah bersama kanak2 riang :)

*adikku, walaupun kamu di usia kanak2..wajibkn dirimu solat. solat kerana Allah, bukan akak. akak mohon maaf jika ada buat antunna terasa, ketahuilah adikku, k.nisah hanya ingin ilmu ini sampai dn bermanfaat buat kita semua. k.nisah takut amanah ini tak terlaksana. adikku sayang, k.nisah sayang antunna semua. rajin tuntut ilmu, ikhlaskan hati dan banyakkan sabar. doakan kejayaan k.nisah ya..uhibukunna fillah

0 comments: