BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 11, 2008

masyghulatun jiddan


assalamualaikum,
sebenarnya sewaktu menulis post pd kali ini ana betul-betul dalam keletihan,tapi dek kerana rindu akan beloved blog ini ana teruskan.

sejak akhir2 ini terrrlalu banyak perkara yang menghambat ana kesana kesini. lagi 2 hari ana diminta menjadi fasilitator kem penghayatan solat. ana perlu menemani ibu ke mana saja. walaupun letih, anggap itu sebagai pengorbanan! kerja di dapur memang 80% ana yang kena buat, mak dah tak larat.

anak2 saudara tercinta pulang,fatimah,aisyah,zainab. maafkan mak usu terpaksa bertegas dengan antunna. truely,ana tak larat sangat. pelbagai cabang ada dalam kepala ana sekarang. memikirkan bagaimana mahu membantu anak2 buah sukses dengan kem itu. berhadapan dengan muslimin,satu keberatan buat ana!

perancangan ana pun entah macamana. dalam kalut mengharungi hidup, sampai satu mesej dari nombor yang tidak dikenali,ruapanya sahabat baik ana,amalia. she asked me about darul quran,dapat tak?ana terkesima seketika. ana balas,dah ada yang dapat ke?. sahabat satu sekolah kami dah dapat comfirmation. terus air mata menitis laju, sepatutnya ana meraikan hari bahagia jiran ana. tetapi ana tak dapat tampung ia dari tumpah. dalam hati Allah saja yang tahu, kaciwanya ana. dari interview ana tau dah, from panel uia..ana dah tersangkut bab course.



letih dengan perjalanan! gundah dengan ujian!..itulah ana saat ini.

HAKIKAT WA MAJAZNYA:
belajarlah menerima apa yang Allah beri seadanya. Allah takkan beri pada kita perkara yang menyusahkan dan memudaratkan kita. ana teringat dialog didalam filem ayat2 cinta, "islam itu sabar dan ikhlas"(seingat ana). ya,sabar menerima ujian dr Allah. Ikhlas seadanya. menerima apa pun dengan senyuman..redho. ana pasrah, dan jalan di hadapan masih jauh.

ada yang sudah bertanya, "sudah berpunya?". soalan seperti itu takbiasa untuk ana jawab, jadi ana senyum saja. ana masih memikirkan himah disebalik "tidak dipilih" ke DQ. harapan ayah ana hancur. oleh itu hati ana sedang berkecai. ana tak sanggup melihat wajahnya,tapi ana pernah mengatakan pada ayahanda,"anis akan jadi hafizah suatu hari nanti walaupun tidak ke DQ".ayah cuma mengangguk.

tanggungjawab tergalas berat di bahu satu2nya ana perempuan. ana diasak dengan kesusahan belajar ilmu wahyu. ana tak kisah. yakinlah, Allah itu ada. selagi Allah ada, apapun percaya pada Dia. kita berjuang di jalan ilmu, Allah takkan susahkan melainkan untuk membersihkan hati kita, menambah iman dan meningkatkan taqwa. akhiiran, ittaqullaha rabbakum. aasif,ana terlalu letih.

tuntasnya, tanggungjawab kita sentiasa bertambah. jangan merungut, jangan gundah..Allah adalah yang terrrrrrrbaik. yakin dan ikhlas pada Dia. wallahu'alam.
*sehingga kini ana masih berjuang..ya Allah,kuatkan ak

wassalam

0 comments: