BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 15, 2008

mingguan malaysia 14 disember 2008

Assalamualaikum Putri dan selamat sejahtera kepada semua sahabat-sahabat pembaca sekalian. Izinkan saya memperkenalkan diri sebagai Althafunnisa’. Terusik kalbu saya tatkala membaca luahan-luahan masalah yang pelbagai. Ada yang membuat saya tersenyum sendirian,tak ubah seperti rentetan hidup saya juga.

Izinkan saya juga untuk berkongsi rasa dan mungkin nasihat buat pembaca terutama diri saya. Suka saya pada artikel-artikel yang dipaparkan pada 7 Disember 2008. Terus kepada maudhu’,kepada Potpouri Girl,kisah saudari persis seperti saya. Alhamdulillah, sekarang saya boleh atasinya. Ya, mungkin kerana kita takut dan belum bersedia untuk memberi komitmen yang lebih sebagai seorang sahabat. Akhirnya apabila perkara yang amat bermakna terlepas, kita rasa hidup ini seperti tiada apa-apa. Saudari ukhtifillah, let bygones be bygones. Berkata amat mudah, dan ya! Proses untuk melupakan dia amat memeritkan. Saya telah lalui itu!. teruskan mujahadah saudari. Potpouri Girl, kembalilah mencari cinta yang sebenar. Mengapa menanti pada sesuatu yang sudah pasti bukan milik kita. Saudari perlu tahu dan semua juga perlu ingat termasuk saya yang hina ini, kita milik Allah dan si dia juga milik Allah. Apa yang lebih pada si dia sehingga kita memilih jalan derita pada makhluk yang tiada apa-apa. Saya mengerti perasaan saudari, mendalamnya cinta kepada dia. Sama seperti saya dulu..sama sangat. Tapi renunglah cahaya yang indah dibalik semua ini. Allah masih sayangkan saudari, biar dia pergi dan Allah menanti cinta saudari untukNya. Saudari sayangfillah, percayalah cinta Allah tidak mengecewakan. Saya bukan berlagak alim, sedangkan saya masih dalam proses pembelajaran. Bukankah Islam itu bersaudara..dan berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan kesabaran. Saudari, jalan bahagia itu cuma satu, iaitu jalan menuju Ilahi, semakin jauh kita lari daripadaNya semakin kusut hati dan perasaan, oleh itu kembalilah mencari cinta Ilahi, Dia menunggu dengan kasih sayang dan harapan. Tingkatkan mujahadah untuk lupakan dia, dan carilah yang lebih beerti. Mujahadah memerlukan kesabaran dan keihklasan yang cukup tinggi. Sabarlah, jangan mengalah! Teruskan...Allah ada bersama.

Korean baby, hidup saudari amat bertuah. Amat bertuah dan sangat hebat. Percayalah pada apa yang saya katakan ini. Bertuahnya saudari kerana mempunyai ibu dan ayah serta arwah nenek yang amat menyayangi saudari. Bertuahnya saudari dapat ke sekolah dan menduduki pperiksaan dengan baik. Bertuahnya saudari kerana dilahirkan oleh seorang ibu yang tabah menghadapi saat-saat antara hidup dan mati semasa melahirkan saudari. Bertuahnya saudari seorang yang cukup sempurna dan mempunyai kehidupan jauh lebih baik berbanding saudara kita di Darfur, Sudan , Palestin dan sebagainya. Dan banyak lagi ni’mat-ni’mat yang kita terlepas pandang. Bertuahnya saudari, teramat bertuah. Ketahuilah saudari, jauh di sudut hati ibu saudari saya yakin dan percaya dia amatmenyayangi saudari, cuma mungkin ada perkara yang kita tidak tahu mengapa dia begitu. Selamilah hatinya, rasailah segenap rasa oleh dia. Saudari, ada yang diuji Allah diambil ibu dan ayah mereka dan tinggal sendirian. Kerana itulah saya mengatakan saudari amat bertuah, sangat bertuah. Bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan. Saya juga hidup bukan mewah, cukup-cukup sahaja. Namun, renunglah saudara kita yang jauh, teramat jauh lebih susah. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat padaMu. Kita juga setakat ini belum ada apa-apa penyakit yang kronik, Alhamdulillah dan mintak jauh semua itu. Ini ujian buat kita saudari, lihatlah Nabi Muhammad s.a.w..kekasih Allah, diuji jauh lebih hebat. Sedangkan Baginda siapa? Habibullah..kekasih yang paling Allah sayangi. Syukurlah setiap apa yang diberi, terlalu cukup buat kita. Saya tidak kata saudari tidak bersyukur, mungkin kita terlepas pandang sahaja, saya juga begitu. Biasalah, hamba-hamba yang Allah sayangi memang Dia uji, Dia tidak mahu kita jauh dari Dia kerana kasihNya yang Maha Hebat, sangat hebat saudari. Percayalah, yakinlah pada rahmah dan mahabbah Allah. Panjatkan doa dengan sabar dan ikhlas, kuatkan hubungn dengan Dia. Sungguh, saudari dapat merasai ketenangan yang abadi. Jangan pernah berhenti berhenti berharap padaNya. Sabarlah, ikhlaslah..juga untuk saya yang lemah tidak berdaya.

Senyuman masih tidak lekang apabila membaca kisah Pelajar sedih. Saya bukan tidak bersimpati, kerana saya faham apa yang dialami saya tersenyum. Bukankah menghadapi masalah dengan senyuman dan tenang lebih baik? Petua awet muda tu. Pelajar sedih, usah bersedih. La Tahzan, innallaha ma’ana. Allah itu bersama-sama. Kondisi saudari sekarang seperti saya. Pelikkan? Semua yang mereka alami saya pun turut merasa. Bukan menyibuk, tapi itulah hakikatnya. Memang berlaku. Saudari, saya ingin bercerita ringkas tentang sejarah hidup yang takkan saya lupa. Moga-moga boleh dijadikan panduan buat semua. Saya mempunyai 6 orang abang dan saya bongsu, satu-satunya perempuan. Alhamdulillah. Saya paling rapat dengan abang saya yang ke-3, bagi saya, dia nyawa saya dia segalanya buat saya. Budak kecil, mana ngerti erti susah. Ibu saya agak sibuk menjual kerana menampung gaji ayah yang tak seberapa, ayah juga sibuk. Abang-abang yang lain juga sibuk dengan belajar. Dan saya, terkapai-kapai seoarang diri. Mujurlah arwah abang saya yang ke-3 ada untuk melayan saya. Dia amat menyayangi saya, amat kasihkan saya. In my life, I just have him. Hanya dia. Dan saya bergantung sepenuhnya pada dia. Suatu hari, di pagi raya aidilfitri yang ke-3..pagi Jumaat, dia menghembuskan nafas terakhir. Saya terpisat-pisat bangun melihat abang saya yang sudah pergi menemui Ilahi. Semua diselubungi sedih kecuali saya. Ini kerana saya pegang pada janji arwah, dia takkan tinggalkan saya. Dia akan ada bersama saya, dia tetap akan menemani saya sampai bila-bila. Saya tidak menangis langsung, percayalah. Apabila tiba waktu untuk menatapnya kali terakhir dengan kafan, tiba-tiba saya tersentak. Saya menangis semahunya hingga tidak dapat menciumnya, air mata saya tidak boleh berhenti langsung. Dia mungkir janji. Ketahuilah saudari, hidup saya tidak tentu arah. Bayangkan kanak-kanak kecil 5 tahun perlu memahami erti kematian. Saya mengambil keputusan untul suicide, berdiri di tengah jalan. Tapi Allah sayangkan saya, tiada satu kereta pun di sana . Saya kecewa, saya ingin bersamanya. Hakikatnya saudari, amat payah untuk diterima. Tapi Allah mendatangkan hikmah yang tak ternilai, abang-abang saya yang lain lebih menyayangi saya. Walau kadangkala ada terasa dan perselisihan, mereka tiada pengganti. Walaubagaimanapun, sayangi mereka sepenuh hati. Mereka bukan tidak menyayangi saudari, tetapi mungkin belum dizahirkan. Sama seperti saya. Saudari sahabatku, jangan berputus harap pada Allah. Banyakkan berdoa, berdoa dan berdoa. Mintaklah apa sahaja dengan sabar dan ikhlas. Jangan lupa solat 5 waktu. Kuatkan jiwa dan hati dnegan tahajjud agar jiwa lebih tenang dan bersih. Apapun, apa jua yang berlaku Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang..terlau sayang lebih dari segalanya.

Buat semua terutama saya, kembalilah mencari cita Allah. ALLAHUGHOYATUNA(Allah itu tujuan kita). Kita ada destinasi lain selepas ini, bagaimana mahu mengahadapNya..bagaimana mahu dijawab soalan-soalan dari pengawalNya. Ketahuilah, Allah itu Maha Mengetahui apa yang terjadi pada kita..dan Dia takkan memberatkan kepada kita sesuatu yang tak sanggup kita tanggung. Buat ketiga-tiga mawar mujahidah, selamat maju jaya. Semoga dalam nanungan rahmah dari Allah..jika saudari-saudari ingin berkongsi rasa, saya tidak kisah. Selagi boleh bantu, saya bantu. Email saya ada pada Putri. InsyaAllah, dengan izinNya saya bantu. Saya manusia lemah, insyaAllah..Allah sentiasa bersama. La tahzan, Innallaha ma’ana. Cukuplah Allah bagiku. Terlalu cukup. Wallahu'alam. Wassalam.

_Althafunnisa'_



ini yg full version,putri tak dapat nak publishedkan semuanya. antum boleh baca.

3 comments:

Anonymous said...

Salam..
sgoh menarik kata2 dan ucapan yg dilemparkan..jika benar umor saudari baru berusia 17..terpancar kebijaksanaan dlm menuturkan kata2 sehingga terpegun membacanya...berasakan diri ini masih byk yg perlu diperbaiki...

hanisah yusra [BPDQ] said...

subahanallah,alhamdulillah,walailahaillallah,allhuakbar.xtahu apa lg yg harus sy katakn..kak,nisah pun masih byk perlu diperbaiki.ust ckp,kta ni bkn malaikat.manusia ad nafs,so bla ingin brubh..iman dn taqwa perlu krja keras.jgn ckp g2 kak,tkt nnti tmbul riak d hati.nisah makhluk yg lmh..xd apa2 pn.

tulip's said...

salam..nisah..mnitis airmata akak bc kish nisah..mmg benar sesungguhnya semua kejadian yg berlaku ada hikmah disebaliknya..sbnrnye akak ade gak terfkr nk mintk pndpt ttg kish akak pd putri..tp akak xdpt nk tulis..stiap kali akak igt..akak akn mnangis..kbykn ape yg jd pd akak sama mcm kish2 yg ditulis dlm paper tu..akak jdkn panduan..manusia mmg akn buat silap..silap akak jtuh cinta pd org yg slh..akhirnye akak dtingglkn walau rs syg mnebal dlm diri..akak bsyukur sbb kwn2 bg sokong sbb akak tlalu kecewa..skrg akak dh dpt lupekn walau teramat pahit..akak bpegang pd jnj Allah..stiap dr kita dh dtentukn jdhnye..thanks ats tulisn nisah..sdikit sbyk dpt kuatkn smgt akak..