BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 8, 2009

Jom nikah!


sambungan daripada post yg sebelum ni, ana minta maaf kerana mengambil masa yg lama..


di dalam hadis Rasulullah SAW menyebut kalimah "yg kamu percayai" bermkasud perasaan senang di hati yg menghampiri kpd yakin. Rasulullah SAW tidak menyebut dlm hadis ini kriteria mencari suami yg understanding n sporting. namun jika calon suami seorang yg kuat agamanya lg jujur dan amanah, lazimnya dia ada sifat2 yg disebutkan td.


CINTA DAN SERASI


cinta itu buta. adakah benar cinta itu buta sehingga kita tidak nampak kepura-puraan dr si dia?apabila sudah berumah tangga, baru nak menyesal.ya, kita takkan ketemu seorang yg cukup sempurna bak malaikat. kerana Allah mengatakan wanita yg baik itu adalah untuk lelaki yg baik dan sebaliknya(an-nur:26).


bukan tidak boleh jatuh cinta, malah dalam proses bertunang pun adalah proses untuk kita jatuh cinta namun bersyarat! maka Nabi Muhammad SAW telah tunjukkan jalan agar menyenangi dan jatuh cinta kepada pegangan agama dan kejujuran lelaki. bukan kepada rupa batas, pujuk rayu atau poket tebalnya!


Allah juga ada berfirman: "Dan diantara tanda2 kekuasannNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yg demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yg berfikir"(ar-rum:21)


mahabbah wa rahmah bukanlah pokok utama sebelum berkahwin. kerana ia boleh dipupuk selepas berkahwin diiringi redha Allah. bukankah itu lebih manis? oleh itu, sebelum meletakkan kepercayaan kpd mana2 lelaki untuk dijadikan suami, perlu diuji dan diperhati apakah benar2 sudah bersedia menggalas tugas sebagai pemimpin keluarga?


Justeru sewatku dalam tempoh pertunangan perlu dimanfaatkan untukembuat pengukuhan agar bakal suami benar-benar tahu tentang tanggungjawab, mahu dan mampu untuk berlaku amanah dan bertanggungjawab.


"perkahwinan adalah ikatan dan komitmen sepanjang hidup"..moga antum dijodohkan dengan mujahid/ah sejati agama,amiin.


wallahu'alam

0 comments: