BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 24, 2009

Hazrat 'Ali(rah.) melalui satu kubur

Hazrat Kumail(rah.) berkata, "Aku bersama Hazrat 'Ali(rah.) dalam satu perjalanan. setelah tiba di satu kawasan beliau telah berpaling ke arah satu kubur lalu berkata, "Wahai kamu ahli kubur. Wahai kamu yg tinggal di aklangan orang yg telah binasa. Wahai kamu yang kesunyian lagi keseorangn. Apakah berita kamu dan apakah keadaan kamu?"


Kemudian beliau berkata lagi, "berita kami pula, selepas kematian kamu, harta-harta kamu telah dibahagi-bahagikan. Anak-anak kamu telah menjadi yatim dan isterimu telah berkahwin lain. Itulah berita daripada kami. Ceritakanlah berita kamu pula."


Kemudian beliau berpaling ke arah sy lalu berkata, "Wahai Kumail, sekiranya mereka dibenarkn berkata-kata dan mereka boleh berkata-kata maka pasti mereka akan menjawab bahawa sebaik-baik bekalan ialah taqwa,"


Kemudian beliau telah menangis dan berkata, "Whai Kumail, kubur ialah tempat menyimpan amal dan hanya disedari setelah seseorang itu mati.

[muntakhab kanzul-'ummal]



KETERANGAN:


Apa-apa sahaj yg dilakukan oleh seseorang itu, sama ada baik atau buruk akan dikumpulkan dalam kuburnya spt sebuah peti. banyak hadith yg menyatakan amalan2 yg baik akan berubah mnjadi seorang manusia yg akan mententeramkn simati dan bermesra dengannya. sementara amal yg buruk akn dtg dlm rupa yg hodoh srta bau busuk yg akn menyebabkan penderitaan yg lbh dahsyat.

diberitakan dlm satu hadithbhwa 3 perkara akan mengiringi mayat ke perkuburan iaitu pertama, hartanya(sebagaimana mnjadi kebiasaan adat org 'arab zaman dahulu) kedua, kaum keluarganya, ketiga amalannya. dua prkara iaitu harta dan kaum keluarganya akn pulang setelah pengkebumian, hanya amalannya yg akn tinggal bersamanya.

pada suatu ketika Rasulullah s.a.w telah bersabda kpd para sahabat(rah.),"adakah kamu mengetahui apakah permpamaan perhubungan kamu dgn keluarga, harta dan amalanmu?"

setelah diminta penjelasan oleh para sahabat(rah.),Baginda s.a.w menerangkan, "perumpamaan perhubungan itu ialah seperti seorang yg mempunyai 3 saudara. apabila dia hampir mati, dia memanggil salah seorang saudaranya dan berkata, "saudaraku, engkau mengetahui keadaan yg sedang aku alami sekarang. pda saat ini apakah bantuan yg engkau akan berikan kepadaku?"

saudaranya menjawab, " aku akn menjaga kamu, mengusahakan rwtn utk kamu, aku akn melakukan segala khidmat utkmu dan apabila kamu meninggal dunia, aku kan memandikan dan memakaikan kafan utkmu. kamudian aku akan mengusung dan membawa kamu di ats bahuku. setelah engkau dikebumikan aku akn sebutkan kebaikanmu". Rasulullah s.a.w. bersabda, "saudara ini ialah kaum kerabatnya,"

kemudian dia akn menanya soaln yg sama kepada saudaranya yg kedua. saudaranya menjawab, "hubungan aku dgn kamu hanya utk semasa hidupmu shj. sebaik sahaja engkau emninggal dunia, aku akn pergi ke tempat lain," saudara ini ialah hartanya.

kemudian dia akn panggil saudaranya yg ketiga dan bertanya kepadanya. saudara itu menjawab,"aku akn menjadi temanmu dalam kubur, aku akn hiburkan hatimu di tempat asing itu. apabila penghisaban dimulakan, aku akn duduk di ats dacing amal kebaikanmu dan akan memberatkan dacing itu,". saudara ini ialah amalannya.

setelah itu Rasulullah s.a.w bertanya, "saudara manakah yg memberi faedah?"

para sahabat(rah.) menjawab,"wahai Rasulullah s.a.w, saudara yg ketigalah yg memberi faedah. dua saudara yg petama tidak memberi apa2 manfaat."

0 comments: