BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 21, 2009

jOm kuruskan nafs

بسم الله الرحمن الرحيم
assalamualaikum w.b.t

salam ramadhan mubarak kpd semua pelawat blOg yg disayangi. ana ingin pohon maaf ats segala salah silap yg berlaku yg sedar atau tidak, maafkan. serta segala hutang-piutang minta di halal. kalau ada, inform pd ana. ana ni kadang tak ingat :). moga kita menjalani ramadhan kali ini dgn penuh hamba dan hina.

alhamdulillah, dimana-mana ramadhan sering diulang lebih baik dr segala bulan. ada ini, ada itu. baaaaaaaaaaaaaanyaknye kelebihan ramadhan. sampai tak cukup page lah nak tulis. cuba tanya, adakah kita merebut semua kelebihan ni semata-mata adat atau benar-benar dgn penuh hamba?

banyak yg kita lihat, tarawih pada awal bulan safnya hingga ke belakang..tiba 10 malam terakhir, ana tercari-cari dimanakah sayap2 kiri mujahid ini semua. mungkin ada masyaqqah. sungguh, tarawih ini bkn wajib..tp susah bukan utk mendapatkannya di lain bulan?

bazaar ramadhan tak kurang hebatnya. masyaAllah makanan, time nielah habis segala benda keluaq. tergoda iman, cair nafsu melihat. sahabtku tersayang, mari renung kembali bagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan sohabiah menjalani puasa. ingat kembali tujuan puasa ini, bkn sekadar tahan lapar dn dahaga. paling penting nafsu itu. kalau sekadar tahan lapar dn dahaga, bulan lain pun bolehkan? ana teringat sabda Rasulullah s.a.w: ramai diantara umatku kelak hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. naudzubillah, minta jauh. sia2 puasa seharian kita.

sahabat tarbiyyah yg dikasihi Allah sekalian,
lakukanlah amal ibadat semaksima mungkin bukan kerana adat, iaitu semata sebab orang lain buat dan tradisi org kita buat camtu. tetapi, lakukanlah ia kerana..kita sedar hakikat title hamba yg dipegang. kita sedar yg ajal tak kira waktu. kita sedar yg amal kita belum tentu diterima oleh Rabb. kita sedar yg masa sudah semakin suntuk, tiada masa utk bertongkat tangan. dan...

kita sedar puasa bkn utk menggemukkan nafsu, ttpi menguruskan nafsu


*bukan utk bulan ini sahaja, jadikan ramadhan ini permulaan kita utk mengekang nafsu kita dan berterusan hingga ramadhan akan datang..itulah nikmat sebenar ramadhan. bukan pd bazaar ramadhannya, bukan pd jualan rayanya, bukan pd pelbagai biskut rayanya..tetapi pada
sejauh mana hati kita ikhlas mendekatkan diri pd Rabbul 'Izzati tiap masa

SALAM KEMAAFAAN DAN KERINDUAN..selamat beramal :)
doakan ana dan seluruh umat Islam.

2 comments:

Anem Arnamee said...

Salam ramadhan utk saudari syg:)

hanisah yusra [BPDQ] said...

salam ramadhan n salam kemaafanbuat akk jua..kak, thnx komen "erti hidup pd memberi"..
nisah tgh usaha..dn skrg sakit gigi pulak..Allah nk uji..mga kta kuat