BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 16, 2011

dah tua rupanya...!

assalamualaikum wbt dan salam selautan mahabbah buat hamba-hamba yg tidak kenal erti penat dan jemu dalam meraih redho Allah.. moga kita semua digolongkan dalam golongan yg diredhai Allah senantiasa..amiin

malam tadi sengaja tidur lewat, tunggu siapalah yg first wish birthday. huhu. kerek. berjuta-juta message masuk inbox, tak kurang telefon tanpa henti..haii, rasa macam famous pulak hari ni. takpelah tak jadi selebriti pun, ni pun dah cukup sensasi..heheh. malam tadi, adik-beradik usrah sambut, alhamdulillah dapat hadiah keychain bentuk love..heheh. macam ada makna je korang neh

tapi dalam kegembiraan, ana terasa ada kekosongan. family ana takda sorang pun yg wish. ouh GOD...pagi ni datang kelas tasmi' menangis. mujur ustzh tak datang. orang-orang yg ana sayang semua macam buat tak tahu je. tak berhenti menangis ni! mcm budak2 kn? walaupun dah 20thn..heheh

dan ana mengharapkan seorang lagi yg wish, tp mungkin dia dah lupa atau memang tak pernah ingat. it's ok. alhamdulillah..di hari ulang tahun kelahiran ana, adik beradik di dq semua buat ana ceria. sambut dengan penuh kesyukuran. thnx to all. thnx a lot

amiin. doa2 dr antunna semua amat ana hargai.

insyaAllah, doakan ana agar perjalanan untuk mengerjakan umrah pd bulan 3 ni berjalan lancar. moga ana pulang dengan jiwa hamba yg sebenar hamba. moga segala kotoran hati ditinggalkan saja disini, dan ana pulang dengan hanisah yg baru. bukan hanisah yg terbuang, bukan hanisah yg remuk redam hatinya, bukan hanisah yg lemah. doa antum antunna amat ana harapkan . moga segalanya berjalan lancar...

*alhamdulillah. bermakna semakin hampir diri ini diberi masa untuk mngehadap Allah Azza Wajalla..bermakna semakin banyak tanggugjawab tergalas, bermakna semakin berat beban yg perlu ana tanggung..sebagai hamlatul quran yg sebenar. insyaAllah :)

Friday, February 11, 2011

solehah perjuangan


Assalamualaikum wbt dan salam semerbak harum aroma kopi Arabica..hehe. ana kan coffee addict. Kalau melawat midvalley, tak lengkap kalau tak singgah san Francisco coffee. Kawan ana pun naik pening…hanisah..hanisah

“betulke budak pandai/masyi ni pemalas?” mula-mula dengar soalan terkejut jugak. Macamana pandai/masyi kalau pemalas?? Rupanya dari segi yg lain. Baru ana faham.

Realitinya memang kebanyakan macam tu. Jarang nak jumpa genius/masyi, tapi bilik kemas dan rapi. Hingga habuk pun takut nak hinggap kat mana-mana. Kebanyakan mereka yg intelek, maaf ana katakan, setakat yang ana jumpa, rata-ratanya bilik bersepah! Rata-rata yang hebat di medan perjuangan dan dakwah, usrah siang malam, berprogram siang malam, tapi hablumminannaas mencecah zero. Baru ana faham konsep syariatullah dan sunnatullah…

Yang menderita akibat penyakit budak genius ini, adalah roommate! Pegang penyapu boleh bilang dengan jari berapa kali. Bilik bersepah, kalau kambing masuk pun mungkin tersesat agaknya. Ini muslimah! Bukan muslimin. Muslimin akal masih boleh menerima, tapi muslimah. Hebatnya di medan juang tak terungkap, gerak kerja rencam! Namun bila pulang ke bilik, keletihan menguasai diri semuanya dicampak merata-rata. Bukan ana ingin burukkan sesiapa, tapi masalah ini semakin parah. Bila sudah berumah tangga, masih beginikah akhowat??? Itu yg merunsingkan…moga-moga tidak

Mutabaah mereka tiptop. Tahajud tak pernah tinggal. Puasa sunat, iftor jama’ie, risalah perjuangan, mesyuarat program tazkiyatunnafs, namun bila bicara hal mengemas dan sebagainya, dikatakan itu tidak penting. Perjuangan lebih penting. Perkara itu bila-bila boleh buat..aduuh

No wonder timbulnya isu akhowat tudung labuh tapi busuk! Tudung dan jubah digosok semberono, kesan lipatan masih jelas. Zuhud katanya. Itukah zuhud? Kitab mana yg mengajar umat islam selekeh? Rasulullah SAW sendiri sentiasa dalam keadaan kemas, bersih, dan harum. Ana sendiri pun bukanlah tiptop dalam bab mengemas ni, kadang pening tak tahu nak letak mana, letak dulu atas meja nak kena fikir(haishhh), tapi janganlah nak cari sarung kaki pun kena ambik dalam timbunan kain yg masih belum berlipat setelah diangkat seminggu. Bilik berbau macam-macam, baju yg sama dipakai 18 kali..haishh

Ana membebel bukan apa, tak tahan dengan situasi begini. Di dq pun dah macam ni, depan masyarakat ana tak berani nak cakap. Moga-moga islam tidak terfitnah. Moga-moga mad’u tidak melarikan diri…disebabkan da’ie busuk!

Wallahu’alam
10/2/2011
Darul quran, jakim

aku terima nikahnya

Assalamualaikum wbt dan salam hangat mentari buat hamba-hamba Allah sekalian alam. Bertebaranlah kamu bekerja dan berusaha untuk menggapai kemenangan di sana..insyaAllah

“nisah, ko ni kawen awallah,” usik sahabat ana. Waktu firstime kena usik, muka merah padam macam udang kena panggang. Tapi hari ni, buat dunno saja. Dah lali agaknya..huhu. tapi ana selalu tergelak bila diusik macam tu, bukan suka…tapi lawak sangat! Entah kenapa laa diorang ni, buang tebiat agaknya…

Ditaukidkan sekarang ana sedang menelaah aku terima nikahnya edisi istimewa. Gabungan 3. Nak tunggu orang bagi, lambat lagi gamoknye. Sekarang dah nak habis bercinta sampai ke syurga..huhu. Alhamdulillah, banyak perkara baru yang dapat teroka. Dunia perkahwinan tak seindah yang disangka. Banyak cabaran yang memerlukan gandingan suami isteri. Terutama bab anak! (waa, nisah pandai cakap bab anak dah) sebab ana pernah membesar sebagai seorang anak, jadi ana mengerti hati nurani anak yg dibesarkan dalam kekeliruan ibubapa.

Pergaduhan siang malam. Anak-anak dibesarkan dengan pertengkaran ibubapa yang tiada berkesudahan. Akhirnya anak itu membenci apabila ibubapanya berada dalam keadaan baik. Semuanya hipokrit belaka! Dan si anak buat perangai. Maka ibubapa tak habis salahkan anaknya yang ‘degil’ ‘tak dengar cakap’..sedangkan itu didikan siapa? Anak-anak tak pernah salah dalam meniru gaya kita…like that phrase J

Bait muslim yg dibina atas dasar dakwah dan fikrah yg sama sangat bagus, tp rumah tangga bukan sekadar medan dakwah. Ia juga medan pertempuran kasih sayang antara keduanya. Disini tiada soal siapa beri siapa terima…disini persoalannya sebanyak mana yg sudah diberi dan sejauh mana ia meresap kedalam jiwa. Kadang gerun melihat rakan sebaya rilek bertukar kaple, keluar dating, bertandang ke rumah lelaki dan sebagainya. yaAllah…
Ana sukakan ayat didalam novel mencari kekasih by zaharah Muhammad. Alhamdulillah, novel itu sangat dekat dgn ana. “aku tak inginkan kemesraan atau kata-kata manis darinya. Aku hanya inginkan sebuah lafaz ikatan yg suci yg dapat menghalalkan aku untuk berbuat begitu kepadanya” luahan hati zainab buat ahmad naim. Begitu jua sebahagian besar kami akhowat…kami tidak menginginkan kemesraan yg bisa mengundang bala dr Allah, hanya sebuah lafaz yang diserta dengan rasa bertanggungjawab setelah ia dilafaz. Bait muslim yg disinari mawaddah, mahabbah dan sakinah dr Allah…

Amat murahan rasa harga diri kami andai ikhwah memulakan dengan kemesraan yg tiada hala tujuan dan ikatan. Mungkinkah kami ini hanya sebagai tempat antum melepaskan nafsu sahaja…mencari seseorang untuk melepaskan nafsu antum tidaklah susah mana, tapi mencari seseorang yg setia bersama antum tatkala susah dan senang, itu yang sukar. Ibarat pertama dicelah kaca. Yg amat tipis perbezaannya. Kemilaunya lebih kurang sama. Cuma nilainya yg tak terhingga.

Permata atau kaca, ditentukan oleh kita sendiri. Bait muslim bukan sekadar si dia bisa mendegupkan jantung kita seperti taufan, tapi bait muslim terbina dengan gabungan individu muslim. Individu muslimkah kita sekarang???

Wallahu’alam
10/2/2011
Darul quran,jakim

Tuesday, February 8, 2011

Redha dalam terbuang

Assalamualaikum wbt dan salam sedingin tasik huffaz yg tenang lagi mendamaikan. Moga hati kita masih dalam keadaan mengingatiNya walau dalam apa cara sekalipun. Amiin.

“ sabar banyak2” pujuk ana tatkala kawan ana menelefon dia dalam tangis. Dia tak mampu berkata walau sepatah perkataan pun. Esakannya makin kuat. Kerana keadaan waktu itu dia terbuang. Dia dibuang oleh makhluk Allah yg menadamaikannya. Dan ibunya masuk ke dalam bilik, memeluk erat tubuh yg menggigil menahan esak tangis yg kian memecah kedinginan pagi. Allahuakbar! Kebesaran Allah sangat menyusup ke dalam hati…
“orang yg kita cinta tak lebih dari debu-debu. Tanpanya kita mampu hidup. Tapi tanpa Allah, kita adalah tanpa jiwa, tanpa bahagia, tanpa nyawa”
Ana cuba menghembuskan sisa-sisa semangat yg masih berbaki pd diri. Walaupun ana tidaklah sekuat mana, namun ana perlu kuat seketika untuk memebendung perasaan sahabat ana yg kian meruntun.


Dia makhluk, kita juga makhluk. Tiada beza. Beza hanya iman. Bukan paras rupa, bukan tahap intelek, bukan masyi atau tidak. Tapi IMAN. Ana cuba sedaya yang ada. Kadang kita juga tewas dengan keadaan yg sedia ada, namun kekuatan kita adalah pd munajat setiap kali usai waktu solat. Itu kekuatan yg sebenar!


Ana juga pernah jatuh terduduk, namun doa yg dipanjatkan tiap hari menyelamatkan ana dr terus tersungkur dan tidak bangun-bangun. Tangis cuma seketika, kecewa tidak berbekas. Yg ada hanya satu perasaan yg mendamaikan. Perasaan yg menenangkan. Kerana doa yg dipanjatkan tiap hari…dan Dia memakbulkan pada detik dan saat yg sangat-sangat tepat! Hamdan lillah. Sujud syukur hanya padaMu yaAllah…


Hidup adalah kombinasi semua rasa. Hidup adalah medan ujian untuk mendapat natijah di sana. Syurga atau neraka! Kalau hidup ini macam exam yg kita Nampak secara zahir, of course kita buat preparation awal bukan??. Kita study habis-habis bagai nak rak. Kita tinggalkan nikmat berFB sampai ke pagi, tinggal nikmat berYM sampai meletop komp…kita buat preparation giler-giler punyelah. Same as our life. Kita akan tinggalkan segala apa yg dapat mengganggu kita daripada buat preparation untuk mendapat mumtaz di akhirat sana. Dan ikut skema soalan yg Allah nak bagi. Prepare iman betul-betul agar dapat jawab soalan alam barzakh..agar mendapat husnul khatimah. Krn disitu klimaks kita berjuang. Setelah segala preparation. Iman dan amal dilakukan sepenuh hati. Sama macam menelaah buku-buku subjek sehingga kita tertidur..tanda bersungguhnya kita!


Moga kita selalu dalam keadaan semangat dalam buat preparation. Cinta manusia bukan tujuan utama! Tp cinta Allah adalah matlamat dan hala setiap tindak tanduk kita. Takkan rebah hanya kerana cinta manusia yg membuang kita jauh ke dasar yg ntah ke mana…sabarlah wahai sahabat, doaku sentiasa ada untukmu
Wallhu’alam
7/2/2011
Darul quran, jakim

more than shawl


Assalamualaikum wbt dan salam sesegar nailofar yg indah tumbuh melata di bumi Allah ini. Moga hati dan iman lebih segar agar terdidik nafsu yg sering memilih kebatilan. YaAllah pimpinlah hati ini agar iman yg menguasainya, bukan nafsu yg sering kali aku tewas padanya…Allah

“enti kalau kat luar pakai tudung labuh ke?” soal seorang muslimin. masyaAllah, apa kena ni? Dahi ana berkerut memikirkan sama ada perlu atau tidak menjawab pertanyaan muslimin yg diluar jobskop sedia ada. Diikutkan syadia yg sedia ada, mesej akan dibalas begini “maaf ustaz, ini diluar nidang jobskop sedia ada”. Tp Alhamdulillah masih punya peri kemanusiaan untuk menjawab sebaiknya. Mungkin dr sudut ‘ikhtilat’ kita rasa muslimin tu tak perlu dilayan ataupun dia nak menggatal Tanya. Tp bagi yg berfikiran professional dengan muamalat, maka jawablah sekadarnya. Memilih untuk menempelak muslimin tersebut, adalah cara kita membuang fitrah.

“Alhamdulillah masih kekal. Cuma kalau ana ke luar Negara, ana memilih bidang 60. Agar saudara mara tidak terasa janggal untuk mendekati”
“kenapa tak kekal dengan tudung labuh?” aishhh, macam2 soalan yg timbul. Sahabat disisi setia menemani, dan setiap butir mesej dia akan baca. Agar tidak timbul fitnah atau perkara-perkara yg tidak sepatutnya berlaku.
Namun ana biarkan sahaja mesej tersebut tidak berbalas. Kenapa? Kerana jawapannya terlalu kompleks untuk ana terangkan kepada muslimin yg ana sendiri belum mengenalinya sangat.

Dan benak ana terfikir, apa salah untuk ana menyarung tudung bidang besar bagi menggantikan tudung labuh? Wajibkah mahasiswi yg belajar course agama memakai tudung labuh? Kenapa tudung lain seolah haram bagi kami sedangkan masih menepati tuntutan islam…aduhai
Bukankah kita harus melabuhkannya sehingga menutupi bahagian dada. Tidak jarang. Tidak nipis. Tidak membentuk. Warna/corak yg tidak menarik perhatian.

Islam tidak susah, jangan menyusahkan ajarannya. Ya, ana tahu tudung labuh adalah the best shawl..tp memakai tudung selain tudung labuh dan masih dalam lingkungan syariat tidaklah haram!

Bagi yg memilih istiqamah tudung labuh, syabas ana ucapkan. Moga thabat! Jauh lebih baik berbanding ana yg macam power rangers..bertukar..bertukar. ana hanya perempuan yg biasa-biasa. Menjalani kehidupan yg biasa-biasa.

Tudung labuh atau tak, lihatlah pada syariat yg digariskan. Dan yg paling dilihat hati itu. Banyak ana jumpa tudung labuh, tp bangun subuh pukul 7! Aduhai nasib..tp apapun, ana akui, tudung labuh adalah the best shawl..mungkin dr tudung itu dia membentuk peribadi solehah. Mana tahu..hidayah itu kn milik Allah. Bila-bila je boleh terjadi..macam Aladdin ;)
Wallahu’alam
7/2/2011
Darul quran,jakim

Thursday, February 3, 2011

a journey to midvalley

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pelawat. terlalu lama ana tinggalkan blog kesayangan, terlalu lama ana pendamkan segala ceritera di hati untuk dikongsi dgn sahabat2 sekalian. salam cinta dan rindu.

on 1st february, birthday my bestfriend, afifah ahmad najib. sempat belanja asikrim hpa je..heheh. tulah, sape suruh birthday time kita kering..huhu. apapun, doa tetap ada untuk kamoo.

29/1/2011, ana dan dua anak sedare had a journey to midvalley. masyaAllah, train pack sgt mcm ikan sardin. nk bernafas pun terpaksa kempiskan perut. ana ckp kat anak sedare, "xpe2, ni lah mehnah dan tribulasi nak ke midvalley. berjihad untuk dptkn ruang,"..huhu.

tak semua boleh accept pakaian seorang muslimah dgn senang hati, atau tak kurang juga yg menyatakan ia adalah kecantikan hakiki. ms dlm train, one group of stylish girls gelak2. macam2 cerita diorang, xambik pot sgt. sbb keadaan dalam train tu xmampu untuk ana bernyawa. tapi ana sempat dgr ayat last, "kang geng2 sana tudung labuh tu ceramah baru ko tau".."astaghfirullahalaziim, ko ni byk dosa".."yelaaa, aku ni layak neraka"..bila dengar kata2 macam tu ana terus terpandang achik and husna. pada kamikah kata-kata tersebut?

sekejap sgt kt midvalley, just pergi mph tebus voucher n buy some foods, then balik. tengah tggu train pun, ramai ya amat umat Muhammad ini. alhamdulillah tiba di rawang, singgah kat surau kejap. after solat, duduk rehatfor a while. sgt2 letih. dlm 10 minit lepas tu, kami pun nak balik. salam makcik yg ada dalam surau tu. sebaik shj ana cium tgn makcik, makcik tu pun ckp kat ana, "sejuknya hati makcik ni tengok kamu, bilalah anak makcik nk jadi macam kamu"..ujar makcik tu tiba2. ana, husna and achik agak terkejut, tapi kami hanya tersenyum.

"makcik tgk kamu, teringat anak makcik. anak makcik sorang akauntan, sorg lagi engineer. empat perempuan. papanya dah takda. semua tak kahwin lagi. makcik risau nak. anakmakcik biasa2 je. tp makcik nak tgk anak makcik jd mcm kamu," ujar makcik tu dalam nada sayu. matanya bergenang. yaAllah, ana rasa mcm nak nangis waktu tu.

"makcik bukan nak duit nak, tp makcik nakkan ilmu agama. dan amalan yg dapat menjamin kita. makcik teringin sgt nak tgk anak makcik belajar dan mendalam ilmu agama. tp itu yg dia nak, makcik ikutkn," nadanya makin sayu

ana paling tersentuh pada phrase,"takda ibu bapa nakkan anak dia menderita, ibubapa ni nak yg terbaik sellau untuk anak2 dia,"..time tu rasa bersalah ana amat menggunung terhadap mak dan ayah. ana sangat menginginkan untuk bergelar akauntan/pakar ekonomi, tp cita2 ana dibangkang oleh ayah. "ayah nak anis belajar agama!"

pernah satu saat, ana selalu menulis nama spt ini SITI HANISAH ABDULLAH SANI(P.A), P.A yg bermaksud public accountant. that was my big dream. dan ana ingin menjadi wanita muslimah yg berada di kerusi akauntan di bank negara ataupun sebaris dengan pakar2 ekonomi negara. and Allah knows what da best for us. semua maklum, yg DQ bukan pilihan ana pada mulanya. ia adalah pilihan ayah semata. dan ana akur dalam tangis. hati ana bukan di dq!

dan ana still mencari hikmah kenapa Allah letak ana kat sini. dan pertemuan ana dengan makcik tu, mungkin hikmahnya. anak dia akautan juga! cita-cita ana yg terpendam. pernah ana nak sambung accounting after diploma in hadis ni. tp ana tahu ayah tetap takkan setuju.

walaupun perjalanan hari itu sgt memenatkan, tp luahan hati seorang ibu membuatkan ana terpana. memikirkan. mungkin mak jugak macam ni. she tolds me, "nanti anis boleh ajar mak bab2 agama ni. mak jahil. mak tak tau sangat. anis saham mak di akhirat," dan hari ini ana baru mengerti maksud ibu.

"yaAllah, yaRahman, yaRahiim..syukur atasnikmatMu kepada kami yg tidak terhingga. golongkan kami dalam golongan yg sentiasa bersyukur dengan nikmatMu. letakkan kami dalam naungan dan rahmahMu sentiasa. tetapkan takdir yg terbaik buat kami, dan berikan kami sifat redha pd setiap qadarMu buat kami. yaAllah, yaRaheem, yaGhaffar, ampuni dosa2 kami yg terlalu banyaknya..amupuni kami yaAllah"