BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 27, 2011

rindu ini

assalamualaikum wbt

insyaAllah malam ini akan kembali semula ke tempat pengajian, darul quran. malam ini juga mak dan ayah akan terbang kembali ke kelantan. yaAllah, rindunya pd bumi haramain...tak terucap rindu ini...

saat pulang dr tanah suci makkah, terasa ujian lebih hebat berbanding sebelumnya. apabila semakin kita cinta, semakin hebat ujian kita. kan?

ujian itu biasa bg mereka yg hidup dalam cintaNya. mungkin Allah nak train ana..huhu. just be cool and relax..Allah always with us. jgn terlalu tertekan, Allah ada jaga kita.

yaAllah,
aku tahu amalanku terlalu banyak cacat celanya
ampuni aku yaAllah
kerana sukar mencari ikhlas dlm diri
ya'Aliim,
Engkau maha mengetahui seluruh isi hati ini
yg tak dapat ku ungkapkan dengan kata2
hanya air mata cerita segala
terlalu perit hidup ini buat aku yg terlalu lemah ini
setiap langkah keikhlasan aku diuji
setiap detik Engkau menuntut kesabaran dr ku
ampuni aku yaAllah...
hati ini merindui sentuhanMu
yaAllah,
ambil nyawaku dlm keadaan cintaku pdMu memuncak
mengatasi segalanya
amiin

~sarang hae yaAllah

Thursday, May 26, 2011

saat cinta pecah menjadi keping-keping

assalamualaikum wbt dan salam cinta, salam rindu dr bumi makkah

mungkin ada sesetengah orang yg Allah kurniakan rezki, dapat ke makkah tiap2 tahun. dan pengalaman pertama sangat bercampur-baur semuanya. tiap saat keikhlasan diuji. tiap detik ujian Allah beri agar si hamba tidak alpa. yaAllah, andai kata ziarahku ini banyak cacat celanya, izinkan aku menjadi tetamuMu lagi yaAllah..

di saat Allah izinkan ana menjadi tetamuNya, Allahuakbar..hati ana menjadi tak keruan. bagaimana ana ke sana membawa dosa-dosa yg tak tertanggung oleh diri ini. apa akan terjadi di sana??

alhamdulillah, selamat sampai di madinah pada pukul 8mlm. ana rasa mcm mimpi. betul2 tak sangka. dah sampai madinah?? betulke? kami tak sempat solat isya' berjemaah, hanya pd keesokan hari solat subuh...

alunan cinta dr imam membaca kalimah2 cinta dr Allah membuat hati ana menangis keharuan, terasa ana dipeluk oleh kasihNya dan Dia berkata, "hanisah, don't cry..i'm here with you"..kami disambut dgn surah ar-rahman yg sangat syahdu. esakan kecil kedengaran..yaAllah, sebegini kasih Engkau pd kami yg hina lg berdosa ini..Engkau menyambut kami dengan penuh cinta dan rindu...

perlahan-lahan pimpin sang ibu keluar dr masjid, hati masih lg menangis. bila lagi aku akan ke sini ya Allah...

dan tatkala kaki diizinkan untuk ke raudhah, rindu sekali lagi teruji. alhamdulillah Allah mudahkan ke sana. berdoa di mimbar Rasulullah, air mata tak dapat di tahan lagi. segala kesakitan, segala cinta dan rindu diluahkan segalanya. temani aku yaAllah dalam menghadapi kehidupan yg penuh mencabar ini. ampuni aku tatkala ujianMu menghampiri aku, aku selalu rebah di kaki mehnahMu...ampuni aku yaAllah

dan bila Allah mengizinkan untuk melihat kaabah, sekali lagi cinta ini pecah menjadi keping-keping. sampai ke tahap puncaknya yg tak dapat dibendung..yaAllah, rindunya. mengelilingi kaabah...melantun cinta dan rindu pdNya..segala pengaduan dihambur pdNya..jangan dibiarkan ini adalah yg terakhir yaAllah..

mengerjakan saie menguji kekuatan fizikal dan mental para jemaah. mungkin ada yg merungut, "macam nak tecabot kaki aku nih"..tp bila mengimbau kembali sejarah siti hajar berlari-lari anak sebanyak tujuh kali, Allahuakbar. dengan berlari atas batu, tanpa aircond, tanpa ada marmar mcm kami, takda air zamzam boleh berhenti rehat-rehat..i can't imagine if i were siti hajar. kekuatan cinta siti hajar pd nabi ibrahim diuji oleh Allah, dan siti haja sangat redha bilamana ini adalah dr Allah. yaAllah, berikan aku kekuatan seperti siti hajar. berikan aku semangat serikandi seperti siti hajar..dalam memungut kembali semangat yg kian dimamah oleh dosa-dosa aku ini yaAllah..aku terlalu hina

"you're are too naive hanisah," ada sorang sis bagitau ana macam ni. ana hanya tersenyum. menerima segalanya dengan salamatussodri. it's ok. ana memang terlalu naif dalam hidup ini. di mata Allah, ana tak tahu apa pandanganNya pd ana. dipandang atau tidak..yaAllah, terimalah amalku ini yg penuh dengan cacat cela...

i think this is enough..sebab segalanya tak dapat digambar dengan kata-kata. rindu ana pd madinah dan makkah terlalu mendalam. melebihi segalanya. cinta Allah terlalu memuncak. moga Allah kekalkan dan bukan ia hanya sementara. yaAllah, pegang hatiku ini agar tidak tergelincir dlm mengemis dan mencari secebis redhoMu untukku...

YaAllah,yaRahman,yaRaheem
datang peluk aku tatkala aku ingin rebah
datang dakap aku dalam pd aku tersasar dr jalanMu
pimpin aku perlahan-lahan..kerana kaki aku belum kuat untuk menampung ujian cintaMu ini
hapuskan air mataku dengan rindu pdMu
hilangkan lelah ini dengan senyumanMu
terkahir kali,
izinkan aku menemuiMu dlm keadaan cintaku pdMu memuncak mengatasi segalanya..
amiin ya Robb


~sarang hae yaAllah

Saturday, May 7, 2011

selamat tinggal semua

assalamualaikum wbt

tak berniat untuk menulis berjela-jela..tp setakat muat di jendela..heheh

insyaAllah 11/5 ni ana akan terbang jauh meninggalkan bumi malaysia..dan akan berhenti terbang di haramain insyaAllah. alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah abg ana dengan baik hatinya sponsor mak ayah dan ana mengerjakan ibadah umrah..rs mcm mimpi. tak percaya pun ada

yea..yea je nak pergi umrah ni. siyes, saat ini pun ana still rs tak percaya..fuuuuhhh

semua tanya persediaan..hehe. sengih je la...

apapun ana dah rs mcm tak betul sangat, sbb semua rs bercmpur-baur ni..

*doakan kami. dan ana minta maaf ats segala salah silap. dan terima kasih ats segalanya yg telah anda semua sumbangkan..

Wednesday, May 4, 2011

just do it

Find a spouse?

Bila tiba ulang tahun kelahiran yg ke-20, semua cakap…lulus dah nak kahwin ni. Tergelak dengar ucapan macam tu, bagi sy mustahil untuk bernikah dalam waktu terdekat, tp sy tak tahu aturan Allah untuk saya. Setakat ni family saya average umur diorang nikah 25 ke atas, mungkin sebab diorang lelaki. Perlu ada kerjaya, baru boleh fikir tentang perkahwinan. Tapi orang cakap perempuan it’s okay, hurmm..terfikir-fikir…

Banyak artikel yg saya baca sejak akhir-akhir ini menganjurkan untuk bernikah awal. Rasa selamat, rasa bahagia bila disayangi dan menyayangi, rasa hidup ini indah sangat. Macam tukah rasa nikmatnya bila berkahwin? Wauw…kalau macam tu saya pun nak nikah sekarang jugak ;)

Melihatkan statistic kes penceraian semakin meningkat, gerun jugak. Banyak jawapan sebab mereka tidak mengaplikasikan ajaran islam sepenuhnya. Tapi rumah tangga ustaz-ustazah ada juga yg berakhir sekerat jalan…why? Tingg..satu soalan

Setakat pembacaan dan pemerhatian saya yg amat sedikit, mereka yg kurang praktik ajaran islam cukup loving, tapi bercerai jugak. Ustaz-ustazah dah bagus bab aplikasi agama, tp mereka mungkin kurang love each other as human. Hebat dalam bab ilmu agama, sebut kitab apa, semua cair, tapi mungkin ada segelintir terlepas pandang macamana nak menelaah hati pasangan.

Bacalah buku men are from mars and women are from venus. Edisi bahasa melayu pun dah ada. Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, bukan setakat buku tarbiatul aulad je kena baca, tp lebih penting buku ni. Bagi saya lah. Saya pun baru baca separuh. Walaupun belum nampak bayang nak bernikah, tapi tak salah pun baca buku ni. Tambah ilmu, tambah pengalaman.

It’s okay kalau tak faham semua pun, bila dah sampai saat untuk kita faham..kita akan faham. insyaAllah. Moga masjid yg dibina, dlimpah berkat dan sakinah dr Allah.

*belum rasa sampai saat untuk menikah. Enjoy your single life okay ;)

just live thankfully

Assalamualaikum wbt…


Alhamdulillah kita dapat jumpa lagi. Maafkan saya meninggalkan blog ini lama tanpa sebarang khabar berita. Terlalu banyak perkara yang menuntut komitmen saya lebih dr yang ada. Adat hidup sendiri..


Dan Alhamdulillah, dengan segala nikmat yg Allah limpahkan kepada saya, kehidupan ini dapat sy tempuhi walaupun kadang teruji segala macam perasaan. Amat sukar bg saya untuk kelihatan seperti biasa apabila sesuatu perkara berlaku, it will write clearly on my face…


Sejak akhir-akhir ni, saya selalu berhadapan dengan perkara yg sangat saya nak elak. Kalau saya tak dapat elak, agaknya izzatun fadhilah akan tengok keadaan sy macam dalam bilik kosong tu sekali lagi kot. Betul tak izzatun? Heheh..seems like she was really shocked..maaf banyak. Hanya itu yg mampu saya lakukan waktu tu.


Hidup dalam keadaan diburu. Setiap tingkah laku diperhati. Saya dalam jemaah apa, semua perkemat nak ambil tahu. Adakah sy ini kelihatan seperti pengganas? Bukan sy masuk jemaah islamiah pun…


Kadang, antara kalangan huffaz sendiri pun tak boleh kita letak kepercayaan. They will become backstab…ya, apapun kita tetap manusia yg selalu buat silap. But cant we think like true huffaz?


Minta maaf…saya telah troublekn antum semua dengan perkara yg macam ni…


Apapun..apa jua yang berlaku Allah tahu itu yg terbaik buat hambaNya. Saat berlaku perkara yg kita tak suka, yg kita benci..mulut dan hati kita pasti akan bercakap. Itulah yg Allah nak. Dia akan dengar setiap rungutan kita atas apa yg berlaku. Segala keluh-kesah kita Allah dengar. Sebab tu setiap apa yg kita terdetik adalah doa. Doa itu adalah perkara yg Dia dengar. Dan Allah MAHA MENDENGAR…


Walaupun kita nangis bagai nak rak, sakit hati tahap gaban, menyampah giler2…semua tu Dia dengar…dan setiap apa yg kamu inginkan, pintalah dengan hati yg terbuka. Kita meminta tanpa mengaharap balas, kita meminta agar diberikan yg terbaik..itulah sifat seorang hamba…dan kita adalah HAMBA SELAMANYA


*just live thankfully