BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 15, 2011

sarang

Assalamualaikum wbt dan salam penuh taat buat para perindu cinta Allah. Sekarang musim haji, moga semua mendapata haji yg mabrur. Amiin

Dah tiga hari di rumah, namun line internet kena potong buat sementara waktu. Alhamdulillah, peperiksaan akhir sem lima baru habis. Alhamdulillah, all praise to Allah. Walaupun bagi ana semua paper agak mencabar, fuhh! Mau sawan jugak nak jawab paper madkhal dan semua..tapi Alhamdulillah jawab je, result belum tau. Huhu

Kadang rasa muak jugak bila kita ditanya dan surround kita benda yang sama dan tak berubah, tapi setakat ana yang dhoif ni siapalah untuk mengubah environment yg sememangnya macam tu. Kadang ana letih bila semua sibuk tentang jodoh. Mungkin ada yg kurang senang, but I’m really tired of it…

Bila fikir2 balik, mesti ada sebab kenapa hot sangat cerita pasal jodoh ni. Mungkin getaran jiwa sem akhir ni semakin kuat agaknya. Tapi kenapa ana macam takde appetite tentang tu? Abnormal neh..heheh

Even kawan ana yang pada awalnya syadid(tegas) sangat2, akhirnya fallin love juga. Bertunang dan akan menuju ke gerbang perkahwinan juga. Itu yang nampak jenis tak layan lelaki...

Kita tak boleh nak jugde benda ni datang bila dan bila..sekat dan tetapkan waktu. Sebab benda ni aturan Allah. Apa kata, tak perlu cakap apa-apa dan ikut aturan Allah. Dalam pada ‘diam’..isi peribadi agar soleh/ah untuk terus hidup.

Kita sediakan diri untuk soleh/ah bukan untuk pasangan kita, tapi untuk Allah. Kita cantikkan diri bukan untuk pasangan, tapi untuk Allah. Kita tepek kat muka cream ni cream tu untuk ‘hot’ bukan untuk pasangan, tapi untuk Allah. Kita jaga shape badan, bukan untuk pasangan kita, tapi untuk Allah

Kenapa bukan untuk pasangan? Bukankah diharuskan berhias untuk pasangan??

Ya! Memang harus berhias untuk pasangan, tapi bila kita lihat umat pada zaman sekarang..sikit2 untuk pasangan. Dimana Allah dalam kehidupan kita? Adakah kita hidup memperhamba diri pada pasangan? Naudzubillah. Pasangan adalah wasilah, bukan matlamat untuk kita berhias. Itu yg ana nak sampaikan. Bukan jatuh hukum haram, ana bukan sesiapa nak jatuhkan hukum. Pasangan adalah wasilah untuk mendapat mardhotillah, bukan Allah wasilah untuk dapat pasangan soleh. Dah dapat pasangan yg agak complete package, tinggal Allah. Naudzubillah

Itu fenomena sekarang! Termasuk pelajar agama. Termasuk student dq sendiri

Semua nak yang perfect. Nak yang lawa. Nak yang dahi licin. Nak yang ala-ala pelakon korea. Nak yang berjubah 24jam. Kalau tak pakai tudung labuh/ berkopiah jatuh thiqoh..tak warok. Adakah agama diukur sebegitu?

Mungkin ada yang cakap kecantikan penting jugak. Yup! Memang penting untuk sedap mata memandang, biar tenang hati ni. Fitrah beb. Tenang hati bukan terletak pada rupa, tapi pada praktik agamanya. Bukan pada first degree dalam usuluddin atau apa, tapi pada praktik agamanya yg datang dr hati.

Hurmmm, dah panjang post ni. Apapun I’m tired of it. Letih dengan segelintir student yg sibuk meng’adjust’ sana sini. yang belum di’usha’ risau akan jodoh mereka. Sabar. Baru masuk 20/21 tahun. Just stay calm and relax. Keep doa, keep build up urself. Let them. Just continue ur walk…

*selagi rasa belum cukup haul dan nisob, janganlah menggatal. Check balik if kita suka kat dia sebab nafsu atau kita dah betul-betul bersedia nak galas tanggungjawab. Kalau bersedia, ask permission from her wali, bukan menggatal tak tentu pasal. Wallahu’alam

0 comments: