BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 7, 2011

ehehh

assalamualaikum wbt

mencuri masa sebelum masuk waktu zohor. pinjam broadband kawan. tiada apa yg ana nak tulis di sini, cuma rasa agak gementar untuk memasuki fasa baru setelah raya haji. semakin hari terasa semakin sesak di dada. tanggungjawab semakin bertambah sebagai pelajar tahun akhir.

ana menyimpan angan untuk mengerjakan umrah setelah tamat diploma di dq. doakan ya!

bebanan rindu pada rumah Allah menusuk setiap saat. dulu, ana suka jugak laa kalau kawan-kawan ceita ceriti tentang perkahwinan ni. maklumlah semua dah besa..ehehh. tapi sekarang, mood seronok macam semakin kurang. sakit rindu pada rumah Allah telah membunuh sedikit demi sedikit virus tersebut... :)

rindu serindu rindunya

apapun, setiap apa jua yg berlaku..Allah dah aturkan semuanya. jangan menyesal. jangan meratap perkara yg dah pergi. jauh. tak terkejar.

diploma tahfiz dan hadis yg dikejar adalah tanggugjawab besar. masyarakat sekarang amat membimbangkan. bukan soal solat dan aurat sahaja, tp soal akidah! itu yg merunsingkan.

ana bukak youtube, tgk ceramah-ceramah dr sesetengah ustaz, masyaAllah. boleh macam ni mereka keluarkan pendapat. rasa macam nak jatuh terjelapok. "xpe pakai tudung macamana pun, asalkan bertudung. kena risau tak bertudung"..Allahuakbar!

masyarakat moden sekarang tafsirkan tudung pun salah. asal tutup sehelai dua rambut pun tudung. tutup rambut tapi nampak leher pun tudung. ana betul2 terkesan dgn semua ni...

tudung bukan tutup kepala. tapi tutup aurat. tutup aurat, bukan bungkus aurat sampai shape semua nampak. rambut, leher, dada..kena tutup. bukan bungkus!

.....sambung di lain lembaran :)

~alfaqir ilallah

Saturday, November 5, 2011

menghitung hari

"rindu bumi haramain
sekarang jemaah sedang berwukuf di arafah
kemuncak haji

ana cemburu. cemburu!
mereka dipilih jadi tetamu Allah
dan alhamdulillah
ana juga pernah terpilih untuk seketika

sedih!
sebab tak banyak melihat dan berfikir
bermusahabah di sana..
berdoa dan menagih kasih Allah
ana rindukan rumahNya

cuma satu yg masih terkesan
setiap kali bertadarus di sana, mak beritahu
orang2 sekeliling pasti mencuri pandang
kadang seperti tekun mendengar
lantas mereka tersenyum
ana terfikir, ana hanya baca macam biasa. tak berlagu pun
rasa macam byk berterabur
dan ada yg salam, peluk, cium sewaktu ana bertadarus
eh, kenapa ni..pelik je

one from that told me,
"are u hafizah?".."insyaAllah,coming soon"
dan dia memeluk cium sekali lagi..eh, kenapa..
sambil tersenyum, dia cakap pd sy
"ur recitation very good. i like to hear that. it comes from ur heart. are u alimah?".."coming soon also, insyaAllah"
dia masih tersenyum dan memeluk sy..she said,"just continue ur way. walk this path. don't gve up. Allah guide u.i'll pray 4 u.4 ummah, insyaAllah"
selesai solat, wanita itu menghilang


*saat itu semua pecah menjadi keping2. quran yg ana baca selama ni, ana dakap, ana peluk, ana cium. Allahuakbar. berderai tangis bersaksikan kaabah. kerana cintaNya tak pernah membebankan, ana jadi kelu. berapa kali ana give up pd jalan menghafal quran ni, Allah je yg tau. susah nak cari ikhlas dlm menghafal, sgt susah. tawaran yg hebat selalu ana menyesal sbb pilih jalan ni. dan disana, Allah memberi satu nota yg berharga. yg Allah tidak pernah silap meletakkan ana di jalan ini. Allah tak pernah salah dlm menetapkan sesuatu. cuma ana! ana yg jahil...
menyalahkan takdir
yaAllah, beri aku peluang..beri aku ruang merasai titisan titisan ikhlas cintaMu buatku yg selalu membebankanMu.dakapanMu mendamaikan aku. izikan aku untuk bergelar tetatmu Mu lagi yaAllah..sekali lagi dan lagi..amiin ya rabb

~alfaqir ilallah