BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 5, 2011

seribu hikmah utk hamba

Assalamualaikum wbt dan salam penuh kerinduan dan penghargaan buat hamba-Hamba Allah yg setia memburu cinta dan redha Allah selagi hayat diberi, moga2 kita tergolong dlm kalangan syuhada’ yg memperjuangkan islam hingga ke percikan darah yg terakhir…insyaAllah

Alhamdulillah dipertemukan dengan penyelia thesis yg ana thiqoh dgn ilmunya. Mungkin ustaz agak strict dalam menilai thesis yg hanya satu jam kredit. Tapi ustaz awal-awal lagi dah nasihat pd kami semua, thesis bukan hanya untuk mendapat 4.0 yg dinilai satu jam kredit, tp thesis adalah kajian yg kamu lakukan berdasarkan ilmu yg telah kamu dapat selama 3tahun kamu di d q. gurllpp!

Baru terasa nak buat ala kadar je. Adakah ana tersalah pilih penyelia? Tapi ana tak rasa menyesal, taktau kenapa.

Ramai kawan tanya, siapa penyelia. Bila ana sebut nama ustaz tu, semua cakap..erm, susah la ko nk dpt 4.0. bukan sesenang ustaz nak bagi 4.0. even budak mumtaz pun susah nak dapat 4.0 dengan dia.

Tajuk2 yang ana usulkan:

1) Khaulah binti tha’labah: pencetus penurunan wahyu mengenai zihar

2) Turki Uthmaniah: kesan kejatuhan dari segi moral masyarakat

Ustaz macam tak puas hati. Dia minta ana pilih satu tajuk nerdasarkan course yg ana belajar sekarang. Jadi, untuk ambil hati ustza ana kira ana bagi tajuk paling senang…

3) Hadis mengenai ganjaran membaca Al-Qur’an: kaedah metodologi takhrij hadis

Itu pun ana letak paling lat dalam list, dan berdoa harap-harap tajuk ketiga tak diluluskan. Setelah sebulan pemurnian tajuk thesis, di akademik tertampal tajuk-tajuk yg diluluskan. Dengan rilex, ana menjangkakan tajuk pertama yg diluluskan. Nak terkeluar biji mata ana, tajuk ketiga lulus dengan mudahnya. Rasa macam nk tercabut jantung ni. Apa nak buat skrg ni???

Ustaz dah mula minta proposal. Dalam keadaan blur siapkan proposal dalam masa seminggu. Berkampung di library mcm orang takde rumah..heheh. still blur..apa nak buat ni. Ana menjangkakan, ganjaran orang membaca Al-Qur’an hanya sekadar pahala dan kesenangan lain, tp skop ini terlalu luas. Dengan membaca Al-Qur’an kita dapat mengubati penyakit, mengetahui sejarah islam dengan lengkap, mengetahui istinbat hukum, mengetahui kaedah ilmu falak, sains di zaman moden dan sebagainya. Kerana Al-Qur’an adalah sumber rujukan utama umat islam..dan semua terkandung didalamnya. Termasuk tipu helah musuh-musuh islam..terlalu banyak yg perlu ana rungkaikan..ana sendiri baru tahu..

Ana mula tertekan, rambut dah start gugur ni. Alamak. Ni dah tahap teruk ni. Mood nak tasmi’ pun hilang, ustazah geleng kepala tgk ana. Semacam semangat dah hilang. Tp Allah mengembalikan semangat ana, kerana proposal ana diterima dgn mudah. Tanpa perlu diedit banyak. Allahuakbar! Penyelia ana bukan senang nak terima proposal. Kebiasaannya kena edit 2/3 kali baru lulus. Tp Alhamdulillah. Allah mudahkan.

Moga Allah mudahkan perjalanan thesis, mudahkan perjalanan untuk ana bergelar hafizah, mudahkan segala urusan dunia akhirat. Amiin. insyaAllah.

0 comments: