BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 5, 2012

bermula al-hafizhoh

Assalamualaikum wbt dan salam damai buat hambaNya yang masih istiqamah merindui dan mentaatiNya..inshaAllah

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah

Segala puji bagi Allah yg mengaturkan keindahan hari ini yg tidak terhitung nikmatNya. Allahuakbar! Hari ini bermula tanggungjawab yg berat. Ana tahu hari ini akan tiba, Cuma bila?? Allah saja yg tahu. Tatkala ana memilih jalan ini untuk meneruskan perjuangan hidup, ternyata jalan ini menjanjikan seribu satu derita dan kesengsaraan. Ana tahu. Dan ana mahu mengelak. Namun, siapa ana untuk mengatur hidup tanpa mempedulikan aturan Allah..

2/5/2009 adalah tarikh yg mengubah hidup ana 85%. Saat kaki melangkah masuk ke kompleks darul quran jakim, bulu roma ana tegak. Ana merasakan kembara hidup yg sebenar bakal bermula. Dari haluan siswa bersama pensyarah, kami didera. Disambung dengan mafatihul mahabbah, kami rasa sengsara. Semua itu adalah ujian buat kami sama ada tegar atau sanggup untuk mendukung amanah Al-Qur’an ini. Setiap yg kami lakukan pasti ada saja tengkingan dr exco. Kami betul-betul dalam ketakutan. Tanpa rehat. Amat lelah selama 2minggu orientasi. Allah saja yg tahu isi hati kami.

Setelah program tamat, beru kami diterangkan kenapa kami diseksa sebegitu rupa. Amanah Al-Qur’an ini bukan mudah. Hidup kami tiada rehat. 24jam dengan Al-Qur’an dan zikir. Tidak boleh lalai. Akan dihukum. Itu yg nyata. Azab Allah kita pasti tidak sanggup untuk menghadapainya bg org yg mengabaikan Al-Qur’an. Sungguh. Ana menangis tanpa henti. Mengenangkan bebanan hidup yg bakal ana galas.

Setelah dibahagi kepada kelas tasmi’..ana ditarbiah dgn duru tasmi’ yg strict. Wajib 1hari 1maqro’..kalau tak dapat kena berdiri diluar. Allah saja yg tahu hati ana. Merangkak-rangkak ana menghafal. Menghafal bersama air mata. Masjid dq menjadi saksi air mata ana tidak pernah kering. Setiap hari kena berdiri diluar. Mungkin bg sesetengah orang tertanya-tanya, susahke hafal? Saat ana menghafal ayat pertama, baru ana tahu, ia bukan semudah menghaafal formula akaun, addmath, bio, fizik dan chemi..satu ayat amat sengsara untuk ana betul-betul hafal.

Ujian perasaan hampir-hampir menghancurkan masa depan dalam bidang hafazan. Hampir-hampir ana give up untuk check out dr dq. Siapa ana untuk menolak perasaan yg hebat pd waktu itu. Apabila akhirnya dinoktahkan, maka hanya Allah yg tahu derita sengsara hati ini. Seminggu tasmi’ ana hancur..baru tasmi’ satu ayat, air mata mengalir tanpa henti. Terlalu sakit yg dirasakan. Mungkin ana yg silap langkah, membuka hati terlalu awal. Dan akhirnya, kecewa itu makan diri. Bermula hidup baru, yg ana inginkan tanpa luka. Dan kadang hati tetap terasa pedihnya. Itu ujian perasaan yg sgt menyakitkan. Dan ana tahu, Allah mengaturkan itu bukan sia-sia, Allah ingin menegur hati yg semakin kotor dgn dunia. Lagho dgn perasaan sendiri. Akhirnya, terluka hingga tak sudah. Biarlah, andai sakit itu Allah redho, maka biarkan ia. Bukan hak ana untuk mengungut dan mempersoalkan. Terlalu banyak hikmah yg ana kutip dr perkara itu. Seorang wanita solehah, bukan terhasil dr perkara biasa-biasa, tetapi setelah ia menempuh pelbagai cabaran yg betul-betul men’solehah’kan dirinya. Bukan ana solehah, jauh lg. tapi ana anggap itu teguran dr Allah buat hati yg lalai. Buat hati yg terlalu mengharapkan manusia.

“jika hidup kita berharap pd makhluk, jika makhluk itu runtuh..maka kita juga akan runtuh”

Juga ana pernah repeat exam al-quran. Menyakitkan. Pointer menurun. Ana betul-betul down. Ana menangis semahunya. Ana cuba tenang, dan air mata masih juga mengalir. Ana terlalu sedih dgn diri sendiri. Bodoh ke ana sampai exam al-quran pun kena repeat tiap2 sem? Ana terluka. Ana terasa rendah diri. Juga tidak terlepas family probs. Yg menguji kekuatan untuk terus berdiri. Tiap2 malam, pasti bantal basah. Ana tak dapat menahan air mata. Hanya itu yg mampu ana lakukan. Ana terasa berat. Terasa lelah. Setiap hari pasti ujian baru bakal ana hadapi. Dari hanisah yg penuh tarbiah, tiba-tiba bertukar dgn hanisah yg biasa-biasa..itu waktu yg amat teruk bg ana. Macam mana ana yg dulu pernah kuat dgn ujian, akhirnya ana tersungkur di bumi dq.

Penulisan ana mungkin bagus..dan banyak tak bagus. Dan ana tahu, ana bukanlah bagus. Ana menulis untuk diri dan sesiapa yg mahu ambil ibrah. Bukan mengutuk kehidupan ana. Fitnah itu biasa. Setiap hari ada saja ana mendengar cerita-ceriti psl ana. Namun biarlah, ana dah tak larat nak layan. Pandai cakap belakang, bukan berani nak jumpa tanya hal sebenar. Itu reality banat dq yg sekarang. Mgkn ana juga termasuk sama. Astaghfirullah.

Sampai saat ana pergi umrah, itu kemuncak hidup ana di dq. Disana, terhambur segala rasa yg selama ini disembunyikan. Menangis semahu-mahunya. Biarlah itu hanya Allah yg tahu segala detail hidup ini..yg terasa sukar untuk ana melangkah, mahupun melupuskan perkara yg dah lama berlalu. Terlukanya ana Allah yg tahu, kerana ana insan yg sgt lemah. Selalu terluka dgn perkara yg berlaku. Dan di Madinah, juga di Makkah..Allah tahu ceritera hidup ana. Allah tahu segalanya. Ana gembira, ana teruja kerana menerima jemputan dr Allah untuk berada di rumahNya walaupun seketika. Allah terlalu mencintai hambaNya..terlalu kasihkan hambaNya..hanya kita yg buta menilai..

Kasih Allah melimpah ruah. Rindu Allah terlalu hebat. Keampunan Allah tiada batasan buat hamba-hamba yg berdosa seperti ana. Allah mengajar erti sabar saat semua org berebut-rebut memiliki pahala, Allah mendidik erti ikhlas..disana, ana menghirup ketenangan yg abadi. Yg belum pernah dirasai. Dan pulang ke tanah air, membawa perasaan yg lara dek rindu yg tak terungkap. Setiap hari rindu ini bertambah. Semakin hari perasaan ini sukar diungkap. Rindu pd Baitullah hanya Allah yg bisa menafsir…

Akhir kalam,

Ampunkan dosa-dosaku ini yaAllah..sepanjang menjalani kehidupan. Izinkan aku untuk menjadi tetamuMu lagi, lagi dan lagi yaAllah..matikanku di bumi Madinah..amiin

^_^ 22/12/2011

0 comments: