BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 20, 2012

meneguk kasih kakak

assalamualaikum wbt,

selamat hari raya aidilfitri. kullu 'am wa antum bikhair. taqabbalallahu minna wa minkum. semoga amalan kita diterima sepanjang ramadhan. amiin.

dapat satu call,

"aslkm nisah, sihat?"
"k.nisa', ape kabar?" < menjerit tanda suka dan rindu
"alhamdulillah sihat"
"sukenye akk call, heee" < menghabiskan sisa tawa
"nisah.."
"ya akk"
"inshaAllah raye ketujuh akk nikah"
"akk nikah?" < memang terkejut
"iya nisah"
"akk, sukenye dgr akk nk nikah dah. akhirnya Allah jumpekan jodoh akk. Allahuakbar" < ana terasa ingin menangis. terharu. kerana jodohnya sudah tiba.
"nisah bile lagi?"
"heee, akk ni. nisah nanti dulu" < sambil gelak-gelak. dalam hati...haaaa
"nisah, kahwinlah. jangan tunggu-tunggu. jangan terlalu memilih. kita pun xsempurna. try bukak hati"
"heheee, akk ni buat lawak pulak" < cover line la tuu
"nisah, dulu kan kita slalu share. dan akk harap nisah pun kahwin dlm masa terdekat. akk xnk nisah sorang-sorang"
"inshaAllah kak" < menjawab dalam keadaan menahan rasa. akk, andainya akk tahu hati nisah, pasti akk xkan cakap cmtu. terasa wajah ini membahang, menahan sebuah rasa.
"nisah?"
"ya, kak..i'm here..heee" < belakon suara ceria
"nisah dtg walimah akk ye. akk buat kecil-kecilan. tp akk nak nisah datang. sama-sama bahagia dgn akk"
"inshaAllah kak"

sejak akhir-akhir ni, soalan sama bertubi-tubi macam meriam buluh. dan jawapan pun xtahu nak bagi dgn gaya persembahan yg macam mana, agar mereka faham.

ada satu nasihat yg buat ana tersentak. "lepas ni kalau ada yg datang, try bukak hati terima". dia menepuk bahu perlahan. seperti melahirkan sebuah rasa yg mengharap. dan pandangannya sangat bermaksud. lirih mata ana menunduk ke lantai. dan dia menggenggam tangan. menghembus kekuatan. "tengoklah". satu jawapan samar.

rasa hati, sungguh DIA terlebih tahu. soal rasa, DIA yg sangat menjiwai. ana serah pada Allah. just keep du'a, keep improve ourself. agar saat yg datang nanti, kita tempuh dgn tenang. tiada duka, tiada terluka. yg terus berjalan adalah cinta Allah yg dihirup setiap hari bersama-sama. inshaAllah :))

0 comments: