BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, September 4, 2012

banyak post yg mengarut~


assalamualaikum wbt,

baca balik post ana, mengarut meraban banyak. astaghfirullah. maaf ya. jiwa kacaulah tu. kacau dengan kesunyian yg dicipta. hidup orang mukmin tiada kesunyian, yg ada derap2 cinta Allah yg harum hingga ke syurga.

orang lain dah berkurun tahu pasal matluthfi, aimanazlan, anwarhadi. tp ana ni baru terasa nak bukak vlog mereka. masyaAllah, hebat-hebat. cuma belum tengok semua. baru tengok beberapa. mOga mereka dapat sumbang utk islam :)

dan ana?





macamnilah hendaknye. jadi doktor chenta, skrg tambah profesion cikgu bahasa melayu. that's we called crazy things. sebab tak pernah terfikir utk terjun dalam bidang bahasa melayu, after grad dr darul quran (which is 24hours hafalquran,i'adah,kelas hadis,tafseer n etc)..tiba-tiba mengajar bahasa melayu. Allahuakbar! taksusah, cuma kelam-kibut. dan ana tahu, Allah sangat membantu. melalui doa ibubapa ana yg takputus. dan Allah uji. perkara yg paling ana takut, Allah uji lagi sekali. dan ana tahu, cinta Allah selalu bersama kita.

i'm hurt

tp Allah beri anak-anak murid yg kaya dengan cinta. ana jatuh cinta pd mereka. kerenah mereka memeningkan, menggusarkan hati..dn mereka pandai mengembalikan senyuman cikgunya ini. even ana xreti mengajar, menangis je tahu..mereka menggembirakan hati cikgunya ini. segala puji hanya utk Allah.

terlalu banyak perkara yg perlu ana lalui utk menjadi kebal. nama sering dipanggil ke bilik guru besar. ditegur. dicemuh. disindir. bebanan kerja yg takhenti. dipersoal tentang prestasi murid. dan ana terpinga-pinga dengan keadaan ini. kereta dicalar. murid-murid memboikot. tiada siapa yg dapat ana ceritakan. dan air mata yg ada. itu shj yg mampu. segala kudrat digunakan, agar semua pihak puas hati. setelah hampir 4bulan berlalu, ana mampu berdiri perlahan-lahan. mungkin ana belum mampu berjalan dan berlari seperti yg lain. suatu hari nanti inshaAllah. doakan ana :)

profesion guru.
~mengajar ana bersabar, mengajar ana kuat, mengajar ana utk berdikari dan makan kari :)). ana sayangkan kerjaya ini, tp ana perlu tinggalkan untuk cita-cita. walaupun mereka nakal, kadang melukakan hati...sayang pd mereka xberubah. air mata gugur kerana sayang, terukir senyuman kerana sayang, rotan ditangan kerana sayang, denda berdiri di padang kerana sayang. tiada benci utk anak-anakku. semua muallimah sayang. dan mengertilah anakku, muallimah pasti rindukn kamu bila tiba masa utk muallimah pergi. semOga Allah menjagamu spt Dia menjaga muallimah, penuh cinta!

0 comments: