BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 28, 2013

saya baru faham ep.11

 telefon bimbit berbunyi. jam di dinding menunjukkan pukul 2.30pagi. alya baru sahaja 30minit melelapkan mata. mengkhatamkan drama korea kegemarannya
"mangkuk mana yang call ni"alya merungut
"ton, kenapa?"
diam
"cha, kau ke? cha" suara alya meninggi
"assalamualaikum"
gurlpp. alya terdiam. matanya celik. eh, macam kenal suara ni.
"awak?"
"eh..eh..waalaikumussalam"
tegak alya bangun. menyandar di dinding. peluh dingin mula memercik. apehal call pagi buta ni.
"saya minta maaf"
diam
"sebab pergi tak bagitahu"
"study ok?"
"alhamdulillah"
"murajaah tak?"
"yg tu paling sedih, tak macam dulu. makin berkurang"
"laaa, kenapa macam tu. nanti Allah tarik nikmat ataupun sekarang ni awak tengah menghirup istidraj Allah"
"naudzubillah"
"haaa..so? jagalah hak Allah. baru Allah jaga kita"
"dah lama saya tak dengar orang nasihat saya camni"

alya terdiam. tangannya berpeluh. matanya berair. susah untuk dia berpura-pura. 
"awak..ok tak?"
air mata alya jatuh satu-persatu. suara ini yang pernah mencuri hatinya suatu ketika dahulu. dan kini, masih sama.
"awak?"
"ok"
"kenapa awak nangis?"
suara alya tersekat di kerongkong. dia tidak bisa mengeluarkan suaranya
"awak tunggu saya lagi?"
"kenapa awak tanya camtu?"
"sebab saya tunggu awak lagi"
lama alya mendiamkan diri,"awak, sejujurnya saya masih macam dulu. tak berubah. saya sakit bila awak pergi macam tu je. dan saya rasa down tahap gaban. tapi saya fikir balik, muhasabah, apa rasional saya perlu meratap. awak tetap teruskan study tanpa saya. saya sakit, awak sakit. dan selamanyakah kita hidup dalam perasaan macam ni?"
"awak, jodoh di tangan Allah. kita berusaha. natijah di tangan Allah. sekiranya awak rasa saya adalah jodoh awak, maka kita sama-sama berusaha membina diri sebagai individu muslim. walaupun bukan itu yang saya nak, tapi bukan itu yang Allah mahu. awak, kalau betul awak untuk saya, saya yakin lepas empat tahun awak kat sana, Allah akan pertemukan kita"
pantas tangan alya mematikan telefon. dia takut sekiranya dia akan berpatah kembali kepada farhan, dan seterusnya melakukan maksiat. maksiat hati. maksiat suara. maksiat tangan.
tersedu-sedan alya menahan ledakan tangisnya. dia sedih. sakit. terluka. tapi adakah itu yang Allah suka? 
wudhu' menenangkan alya. dia larut dalam sujud rakaat terakhir. dahinya melekap lama. tangisnya masih bersisa. segala sakit hanya diluah pada Allah. pemilik hati dia dan farhan.

T.A.M.A.T

Monday, May 20, 2013

selingan :)

dah lama tak update kehidupan ini. ececece. cuma nak habaq mai kat hangpa, laa ni busy dengan sambutan hari guru peringkat sekolah. almaklum private school lambat sikit. jadi sebagai guru kelas, dah macam-macam arrange untuk anak-anak tahun 2. tapi masa berbincang dengan mereka, agak zalim juga saya ni. 
"siapa nak bawa kek?"
semua angkat tangan
"ok najiha, nak bawa kek apa?"
"kek kecik-kecik"
"masyitah?"
"kek besa"
"afnan?"
"cheesecake"
"ok, afnan bawa kek. awak yang lain bawa makanan lain ya. kalau semua bawa kek, tak kenyanglah awak. nanti semua mabuk kek"

dan mereka yg tak boleh bawa kek, kaciwa. cikgu dihadapan dengan zalim tidak menghiraukan kekaciwaan mereka. zalim kot!

one more thing, busy tahap cipan latih budak nasyid for teacher's day ni. saya bukan guru kesenian, malahan suara macam petir tunggal yang tiada burdah mcm habib syech. cuma saja gatal rajinkan diri untuk latih mereka since guru mereka busy. saya ajar guna laptop je lah. nak saya nyanyi? sorry lah. tak pasal-pasal nuclear kat iran and korea meletop.haha. metafora melebih.

apapun, apa jua yang berlaku, Allah tahu itu yang terbaik buat hambanya. saya pegang kata-kata ni bila saya rasa letih, letih dengan dunia yang tak berkesudahan. sifat hasad manusia yang makin menjadi-jadi. terluka. tapi pujuk diri agar tak terus futur. live life to the fullest. kita mesti persembahkan yang terbaik buat Allah. sebab Allah cipta kita dengan keadaan yang terbaik. Allah sangat suwiit pd kita in a silent way. hanya. hanya kita yg mampu rasa. Allahuakbar!

Tuesday, May 14, 2013

saya baru faham ep.10

alya mendiamkan diri. menelan biskut perlahan-lahan.
"apapun, kau kena tanya Allah" izaton bersuara
alya masih lagi mendiamkan diri. tidak tahu untuk berkata lebih lanjut. dia sendiri tidak pasti keadaan dirinya sekarang.
"alya, ginila. keadaan ini memang yang kau nak kan? jadi jangalah kau buat muka seposen demi kami. kalau kau mau dia, kau kejar dia. kalau kau nda mau, jangan kau kenang lagi. setakat ni jak la" aishah membuat kesimpulan
"aku nak kejar dia macam mana? takkan aku nak mengorat dia?" alya mengeluh
"kejar dia dengan kau kejar Allah"
dahi alya berkerut
"siapa cipta mangkuk tu? siapa pegang hati dia? dia ka?"
alya mengangguk tanda mengerti
"tapi aku tak boleh lupakan dia"
"alya, kau dengar sini. sekali jak aku akan cakap. keputusan kau buat!"
"iya, iya. aku dengar"
"di akhirat nanti ada dua jak, neraka atau syurga. dan pilihan hidup kau sekarang ada dua juga. lepaskan atau kekalkan. jadi, kau tentukan apa tindakan kau. kami hanya boleh doakan kau. bukan memberi keputusan takdir pada kau"
izaton sebak. alya memandang sahabatnya disebelah.
"a;ya, aku tahu ujian perasaan ni cukup hebat. cukup kuat. tapi, kau jangan jadikan ujian ni sebagai satu perkara yang menghalang kau dari berjaya"
alya terdiam. dia terharu mempunyai sahabat seperti mereka. sangat mengambil berat.
"kau doakan aku ya"
mereka mengangguk

Saturday, May 11, 2013

saya baru faham ep.9

dia menongkat dagu. merenung aliran tasik yang tenang. kenapa hati aku tak boleh macam ni?. dua bulan lagi dia bakal meninggalkan bumi tahfiz ini. bumi barokah. alunan ayat al-quran sentiasa meniti di bibir siswa siswi di sini. alya bakal merindui bi'ah ini. suasana yang sangat damai. walau rebah macamana, walau teruk dia dihina, dia masih terasa kekuatan mengalir dalam tiap derap langkahnya. dia tahu Allah sangat menyayanginya. mencintainya sepenuh hati. matanya panas. terasa ingin mengalir air matanya. bagaimana nasibnya diluar nanti. adakah dia kuat untuk berdiri tanpa kekuatan disini lagi? alya merenung nasibnya. adakah dia akan rebah lagi dalam soal hati. esakan kecil kedengaran. sendirian di hadapan tasik huffaz. tangannya kuat menggenggam bangku kayu. tertunduk sayu.

handphone alya berbunyi. tertera mesej dari izaton.
"kau buat apa?"
alya tersenyum. menyapu air mata. tangannya ligat membalas mesej sahabatnya.
"tengah menghirup udara. haha"
"kau tepi tasik eh? aku nak join boleh?"
"lai..lai. dipersilakan datin"

5minit kemudian, Izaton hadir bersama aisyah.
"kau nangis ka?"
aisyah menyoal. wajahnya serius seperti biasa. ditangannya terdapat sebalang biskut. izaton membawa botol air milo ais. 
"eh, ade bekalan laaa" alya bersuara riang
"haishh, jangan kau makan" aisyah menepis tangan alya. wajah alya muncung.
"minumla air ni. jangan gaduh bha dean rezki" mama mia sudah bersuara
"jangan kau minum air ni" alya merajuk
"hah! aku yang buat tuu" aisyah menjeling
"uitt, kamu dua orang jangan bising bha. aku tembak kang!" izaton bersuara

"alya, dah prepare esok?" ton bertanya
"insyaAllah"
"insyaAllah kau tu boleh pakai ka?" aisyah menyoal. alya tertawa. melihatkan aisyah yang seolah mahu bergaduh dengannya, dia rasa terhibur. tangan aisyah memeriksa handphone alya. dia membiarkannya. tiada apa yang penting didalam handphonenya. 
"weyy, mesej si farhan ada lagi?"
"haa? mana ada" wajah alya berubah
"hamboii, kate dah putus" izaton mengusik. alya buat-buat tak dengar.

"cha, ton..aku taktau nak cakap status aku apa dengan dia. senyap je takde apa-apa" alya membuka bicara
"kau tu yang bangang tak reti nak manage" sebijik dari aisyah
"uii cha, zalimnya kau"
"hah, biar kau tau perasaan orang"
"aku rasa la alya, farhan memang nak serius ngan kau. tapi bila kau buat dia macam tu, dia jadi down lah. so dia pergi jepun dengan hati yang terluka"
alya termenung. mungkin ada kebenaran kata-kata izaton.
"and satu lagi, bagi dia masa alya. he needs time. lelaki ni perlu masa untuk buat sesuatu perkara yang betul-betul serius" izaton menyambung
"sampai bila aku nak tunggu"
"kau tanya Allah"