BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 19, 2013

aku juga

assalamualaikum wbt dan salam berpesta ibadah...

menaip dalam keadaan tersengguk-sengguk. kerana suka, saya turutkan juga jari ini menulis. moga ada manfaat.

bagi saya, selain keluarga, sahabat adalah keutamaan. once i accept them as sahabat, dan selamanya saya akan cinta dia. dan Allah menurunkan ujian agar saya sedar yg makhluk bernama manusia terlalu banyak kekurangan.

saya sayang dia dari hati. malah anatara dia dan orang yg saya sayang dalam senyap, maka saya akan pilih dia. kerana dia sahabat saya!

panggilan tak pernah diangkat, mesej hanya yang penting shj dibalas. jika berbasa-basi langsung tidak dilayan. adakah ini cuma salah sangka? puas saya memujuk diri, bersangka yg baik. namun kebetulan yg tidak disengajakan menjadikan saya semakin sedih.

saya sedih. bukan mengada-ngada. tapi sebab saya sayang dia. dia sahabat saya, yg akan berpimpin tangan ke syurga. itu impian saya.

mungkin ini ujian. melihat seteguh mana kasih antara kami.

saya sedih. lebih sedih dari ditinggalkan orang yg pernah saya sayang dalam senyap!