BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 17, 2013

bermula perjalanan

assalamualaikum wbt,

saya berpeluang menghadiri majlis perkahwinan sahabat atau kakak di ............. i love her much.

Allah nk bagi sesuatu perkara yg best, mesti ada test. kalau x, xbest lah. xde nikmat and kita x appreciate pun. kn? utk sampai ke templer bukan mudah. tempat yg not familiar dgn sy. but, i'll treasure it. mesti Allah akn tolong.

sampai lrt putra gombak, my friend ask pakcik bus road to go there(ntah pape english ak haa). so pck bus tu ckp jauh, xde bnde lain selain teksi je. bus pon xde. adehhh.

ade sorg pck tu sanggup nk hantar, yg lain sume geleng. jauh kot. but he said dia xkn guna meter, and it was rm40! bapak mahal. tp since no choice terpaksa la naik dgn muka xbrape nk manis+kepenatan+lapar. memang klu pki meter xsmpi rm20 rse. sb half perjalanan pck tu bru tekan meter, sb tkut ade roadblock. bru rm6.50 kot!!! alahai, sedekah ajelah. nak buat macamna.

masa masuk dewan, waaaaa, cantik sangat. purple! fav kot.

then nampaklah orang yg sy cinta dan kasih. i came this far to attend her wedding. so, ofcourse dia sgt bermakna utk sy kan? hahaha.

ambik pinggan, makan puas2. jumpa pengantin. but xleh nk ckp byk sb bukan sy sorg guest dia. but mse tu my heart full of tears laaa, tunggu nak melimpah. dia pernah terluka, dan dia harus menunggu 4tahun utk berjumpa dgn pasangannya skrg. kesabaran dia, Allah ganjari dgn ikatan barokah ini. i'm jelous with her.

dan doa sy sentiasa ada untuk dia. walaupun ini kali pertama kami jumpa, hati sy sayang dia sebelum tu lagi.


"kakak, semoga solehah itu untukmu. bahagia itu takdirmu. syurga nanti kita jumpa. inshaAllah"

person love u forever,
hanisah

***dedicated special to kakak fatin filzah. who inspired me a lot through her life.

Saturday, October 19, 2013

disaat aku mencintaimu


assalamualaikum wbt,
salam rindu salam cinta utk hamba Allah dan khalifah Allah

dah lama sy xupdate blog. maafkan diri ini yg sibuk dgn urusan dunia yg xsudah-sudah. apapun sy harap ia membawa kpd urusan akhirat juga.

sy didatangi seorang junior. yg xpnh jumpa waktu di sriaman. Allah mengaturkan perjumpaan kami ketika sy mula bekerja di sriaman. first impression sy, dia budak baik. itu sj. dan dia al-hafizah.

sy yg terlebih peramah ni menegur dia. dan kami mula berkongsi ceritera hidup. belum sempat bertaaruf, kami tenggelam dlm urusan masing-masing. sampai saat Allah menautkan hati sy kpd dia. ditakdirkan schoolmate dia kemalangan dan meninggal. maka berjuraian air matanya selama seminggu. sy pelik kenapa dia terlalu sedih, krn schoolmate dia berlainan jantina. sy biarkan dulu.

hingga saat yg Allah ingin sy tahu, rupanya arwah tersebut secret admire dia. dan keluarga arwah seolah dh 'chop' dia. fahamlah sy knp dia sgt sgt sedih.

baru-baru ini dia cuti, dgn wajah yg gembira kami berlaga pipi. dia mengambil hp sy dan check lagu.
"ni je lagu dlm hp k.nisah?"
"ye lah dik, nak banyak mane" jwb dlm keadaan malas ya amat
"semua k-pop" muncung
"haha. ade la lagu ungu. check bebetul"
"k.nisah nak lagu?"
"nak! send je ape-ape yg ada"
 "ok dah"

selepas itu kami terpisah. sy menuju ke kelas.

keesokan hari baru sy membelek hp. dia send 2lagu. tapi satu lagu tu membuat sy terfikir, kenapa dia dgr lagu ni?
mungkin dia masih dlm fasa ingin menghapuskn ingatan dia kpd arwah. sy dpt rs kecewa dan sakit dia. sy sedih bila dgr lagu yg dia hantar. dia bertuah, krn arwah diambil Allah. tp cerita sy diambil org. bila difikir balik, kedua-dua diambil Allah, cuma cara berbeza. bg dia, kisah dia lbh tragis. bg sy, kisah sy mendatangkan trauma hingga kini.



apa yg sy belajar dr kecewa, 
kita tak selamanya akan tenggelam dlm perasaan. kita perlu bangkit walau sakit mcmna yg kita alami. redha. redha perlu ada. kena paksa redha tu dtg. agar lembaran baru dpt kita buka. mungkin jasad kita nampak ok, tp hati kita makin parah. Allah bg ujian bukan nk kita lemah..Allah nak kita double kuat. memang sakit, memang pedih, memang terluka..bangun balik. bangun utk Allah. bkn utk makhluk. kita hidup bkn utk makhluk. kita hidup utk Allah. that's not the end, that's the beginning utk kita jd org lbh baik. tinggalkan sakit tu kat belakang, letak tepi rasa kecewa, buang jauh terluka kita..bagi ruang utk bangkit. Bismillah, terus jalan!

Friday, October 11, 2013

muallimah

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. skemA plak. ecececece. sangat lama xupdate this blog. been busy dgn anak murid yg tak berkesudahan. tired. fun.

baru lepas camping dengan anak-anak. memegang kumpulan darjah 6 lelaki. sebelum jadi cikgu, my heart full of tears. memang mudah nak menangis.

disebabkan penat bercampur kecewa, maka mengalirlah.

meluah dengan cikgu yg pernah mengajar saya. she said " dont expect too much from them. sebab mereka masih-masih budak-budak dan tak kan faham. dalam fikiran diorang, main"

mata saya bengkak. sedih. sakit. kecewa. buat cikgu macam orang gaji.

"u give too much. its not wrong. yg salah, hope too much"

memang pun.

lepas nangis, i learned something yg berguna. hope from Allah, bukan manusia. jadi lepas ni, mengharap perlu dielak, nanti kecewa, rosak ikhlas.

"nak jadi cikgu sangat, terima lah perangai pelajar. masalah betul lah" ni kata-kata murid yg buat sy sentap. tapi betul.

Friday, July 19, 2013

aku juga

assalamualaikum wbt dan salam berpesta ibadah...

menaip dalam keadaan tersengguk-sengguk. kerana suka, saya turutkan juga jari ini menulis. moga ada manfaat.

bagi saya, selain keluarga, sahabat adalah keutamaan. once i accept them as sahabat, dan selamanya saya akan cinta dia. dan Allah menurunkan ujian agar saya sedar yg makhluk bernama manusia terlalu banyak kekurangan.

saya sayang dia dari hati. malah anatara dia dan orang yg saya sayang dalam senyap, maka saya akan pilih dia. kerana dia sahabat saya!

panggilan tak pernah diangkat, mesej hanya yang penting shj dibalas. jika berbasa-basi langsung tidak dilayan. adakah ini cuma salah sangka? puas saya memujuk diri, bersangka yg baik. namun kebetulan yg tidak disengajakan menjadikan saya semakin sedih.

saya sedih. bukan mengada-ngada. tapi sebab saya sayang dia. dia sahabat saya, yg akan berpimpin tangan ke syurga. itu impian saya.

mungkin ini ujian. melihat seteguh mana kasih antara kami.

saya sedih. lebih sedih dari ditinggalkan orang yg pernah saya sayang dalam senyap!


Saturday, June 15, 2013

dan saya minta maaf



assalamualaikum wbt,
entri kali ni takde apa yg bermakna. cuma saya nak minta maaf pd orang yg saya tak pernah hargai. after one years, two years..saya mula diserang rasa menyesal. tidak pernah saya jujur dengan dia. tidak pernah saya hargai dia walau sikitpun. dan saya minta maaf. setelah hampir dua tahun.

i'm hurt

saya tau dia juga terluka dgn sikap ketidakmatangan saya. cuma saya nak minta maaf. mungkin dia baca, mungkin dia takbaca entri ni. dia bukan di malaysia sekarang, dia jauh di benua lain. dan saya minta maaf.



saya pohon pd Allah agr hilangkan rasa bersalah saya terhadap dia. kawan sy ckp, rasa bersalah takkan hilang selagi sy tak minta maaf pd dia. dan sy pinta Allah kuatkan hati sy. utk menagih maaf dr dia. setelah 2tahun, dia ingat lagi ke? demi memburu kemaafan Allah, kemaafan dia harus sy pegang. dan saya minta maaf

kuatkan hati saya yaRabb dalam menempuh perjalanan menuju Engkau



Tuesday, May 28, 2013

saya baru faham ep.11

 telefon bimbit berbunyi. jam di dinding menunjukkan pukul 2.30pagi. alya baru sahaja 30minit melelapkan mata. mengkhatamkan drama korea kegemarannya
"mangkuk mana yang call ni"alya merungut
"ton, kenapa?"
diam
"cha, kau ke? cha" suara alya meninggi
"assalamualaikum"
gurlpp. alya terdiam. matanya celik. eh, macam kenal suara ni.
"awak?"
"eh..eh..waalaikumussalam"
tegak alya bangun. menyandar di dinding. peluh dingin mula memercik. apehal call pagi buta ni.
"saya minta maaf"
diam
"sebab pergi tak bagitahu"
"study ok?"
"alhamdulillah"
"murajaah tak?"
"yg tu paling sedih, tak macam dulu. makin berkurang"
"laaa, kenapa macam tu. nanti Allah tarik nikmat ataupun sekarang ni awak tengah menghirup istidraj Allah"
"naudzubillah"
"haaa..so? jagalah hak Allah. baru Allah jaga kita"
"dah lama saya tak dengar orang nasihat saya camni"

alya terdiam. tangannya berpeluh. matanya berair. susah untuk dia berpura-pura. 
"awak..ok tak?"
air mata alya jatuh satu-persatu. suara ini yang pernah mencuri hatinya suatu ketika dahulu. dan kini, masih sama.
"awak?"
"ok"
"kenapa awak nangis?"
suara alya tersekat di kerongkong. dia tidak bisa mengeluarkan suaranya
"awak tunggu saya lagi?"
"kenapa awak tanya camtu?"
"sebab saya tunggu awak lagi"
lama alya mendiamkan diri,"awak, sejujurnya saya masih macam dulu. tak berubah. saya sakit bila awak pergi macam tu je. dan saya rasa down tahap gaban. tapi saya fikir balik, muhasabah, apa rasional saya perlu meratap. awak tetap teruskan study tanpa saya. saya sakit, awak sakit. dan selamanyakah kita hidup dalam perasaan macam ni?"
"awak, jodoh di tangan Allah. kita berusaha. natijah di tangan Allah. sekiranya awak rasa saya adalah jodoh awak, maka kita sama-sama berusaha membina diri sebagai individu muslim. walaupun bukan itu yang saya nak, tapi bukan itu yang Allah mahu. awak, kalau betul awak untuk saya, saya yakin lepas empat tahun awak kat sana, Allah akan pertemukan kita"
pantas tangan alya mematikan telefon. dia takut sekiranya dia akan berpatah kembali kepada farhan, dan seterusnya melakukan maksiat. maksiat hati. maksiat suara. maksiat tangan.
tersedu-sedan alya menahan ledakan tangisnya. dia sedih. sakit. terluka. tapi adakah itu yang Allah suka? 
wudhu' menenangkan alya. dia larut dalam sujud rakaat terakhir. dahinya melekap lama. tangisnya masih bersisa. segala sakit hanya diluah pada Allah. pemilik hati dia dan farhan.

T.A.M.A.T

Monday, May 20, 2013

selingan :)

dah lama tak update kehidupan ini. ececece. cuma nak habaq mai kat hangpa, laa ni busy dengan sambutan hari guru peringkat sekolah. almaklum private school lambat sikit. jadi sebagai guru kelas, dah macam-macam arrange untuk anak-anak tahun 2. tapi masa berbincang dengan mereka, agak zalim juga saya ni. 
"siapa nak bawa kek?"
semua angkat tangan
"ok najiha, nak bawa kek apa?"
"kek kecik-kecik"
"masyitah?"
"kek besa"
"afnan?"
"cheesecake"
"ok, afnan bawa kek. awak yang lain bawa makanan lain ya. kalau semua bawa kek, tak kenyanglah awak. nanti semua mabuk kek"

dan mereka yg tak boleh bawa kek, kaciwa. cikgu dihadapan dengan zalim tidak menghiraukan kekaciwaan mereka. zalim kot!

one more thing, busy tahap cipan latih budak nasyid for teacher's day ni. saya bukan guru kesenian, malahan suara macam petir tunggal yang tiada burdah mcm habib syech. cuma saja gatal rajinkan diri untuk latih mereka since guru mereka busy. saya ajar guna laptop je lah. nak saya nyanyi? sorry lah. tak pasal-pasal nuclear kat iran and korea meletop.haha. metafora melebih.

apapun, apa jua yang berlaku, Allah tahu itu yang terbaik buat hambanya. saya pegang kata-kata ni bila saya rasa letih, letih dengan dunia yang tak berkesudahan. sifat hasad manusia yang makin menjadi-jadi. terluka. tapi pujuk diri agar tak terus futur. live life to the fullest. kita mesti persembahkan yang terbaik buat Allah. sebab Allah cipta kita dengan keadaan yang terbaik. Allah sangat suwiit pd kita in a silent way. hanya. hanya kita yg mampu rasa. Allahuakbar!

Tuesday, May 14, 2013

saya baru faham ep.10

alya mendiamkan diri. menelan biskut perlahan-lahan.
"apapun, kau kena tanya Allah" izaton bersuara
alya masih lagi mendiamkan diri. tidak tahu untuk berkata lebih lanjut. dia sendiri tidak pasti keadaan dirinya sekarang.
"alya, ginila. keadaan ini memang yang kau nak kan? jadi jangalah kau buat muka seposen demi kami. kalau kau mau dia, kau kejar dia. kalau kau nda mau, jangan kau kenang lagi. setakat ni jak la" aishah membuat kesimpulan
"aku nak kejar dia macam mana? takkan aku nak mengorat dia?" alya mengeluh
"kejar dia dengan kau kejar Allah"
dahi alya berkerut
"siapa cipta mangkuk tu? siapa pegang hati dia? dia ka?"
alya mengangguk tanda mengerti
"tapi aku tak boleh lupakan dia"
"alya, kau dengar sini. sekali jak aku akan cakap. keputusan kau buat!"
"iya, iya. aku dengar"
"di akhirat nanti ada dua jak, neraka atau syurga. dan pilihan hidup kau sekarang ada dua juga. lepaskan atau kekalkan. jadi, kau tentukan apa tindakan kau. kami hanya boleh doakan kau. bukan memberi keputusan takdir pada kau"
izaton sebak. alya memandang sahabatnya disebelah.
"a;ya, aku tahu ujian perasaan ni cukup hebat. cukup kuat. tapi, kau jangan jadikan ujian ni sebagai satu perkara yang menghalang kau dari berjaya"
alya terdiam. dia terharu mempunyai sahabat seperti mereka. sangat mengambil berat.
"kau doakan aku ya"
mereka mengangguk

Saturday, May 11, 2013

saya baru faham ep.9

dia menongkat dagu. merenung aliran tasik yang tenang. kenapa hati aku tak boleh macam ni?. dua bulan lagi dia bakal meninggalkan bumi tahfiz ini. bumi barokah. alunan ayat al-quran sentiasa meniti di bibir siswa siswi di sini. alya bakal merindui bi'ah ini. suasana yang sangat damai. walau rebah macamana, walau teruk dia dihina, dia masih terasa kekuatan mengalir dalam tiap derap langkahnya. dia tahu Allah sangat menyayanginya. mencintainya sepenuh hati. matanya panas. terasa ingin mengalir air matanya. bagaimana nasibnya diluar nanti. adakah dia kuat untuk berdiri tanpa kekuatan disini lagi? alya merenung nasibnya. adakah dia akan rebah lagi dalam soal hati. esakan kecil kedengaran. sendirian di hadapan tasik huffaz. tangannya kuat menggenggam bangku kayu. tertunduk sayu.

handphone alya berbunyi. tertera mesej dari izaton.
"kau buat apa?"
alya tersenyum. menyapu air mata. tangannya ligat membalas mesej sahabatnya.
"tengah menghirup udara. haha"
"kau tepi tasik eh? aku nak join boleh?"
"lai..lai. dipersilakan datin"

5minit kemudian, Izaton hadir bersama aisyah.
"kau nangis ka?"
aisyah menyoal. wajahnya serius seperti biasa. ditangannya terdapat sebalang biskut. izaton membawa botol air milo ais. 
"eh, ade bekalan laaa" alya bersuara riang
"haishh, jangan kau makan" aisyah menepis tangan alya. wajah alya muncung.
"minumla air ni. jangan gaduh bha dean rezki" mama mia sudah bersuara
"jangan kau minum air ni" alya merajuk
"hah! aku yang buat tuu" aisyah menjeling
"uitt, kamu dua orang jangan bising bha. aku tembak kang!" izaton bersuara

"alya, dah prepare esok?" ton bertanya
"insyaAllah"
"insyaAllah kau tu boleh pakai ka?" aisyah menyoal. alya tertawa. melihatkan aisyah yang seolah mahu bergaduh dengannya, dia rasa terhibur. tangan aisyah memeriksa handphone alya. dia membiarkannya. tiada apa yang penting didalam handphonenya. 
"weyy, mesej si farhan ada lagi?"
"haa? mana ada" wajah alya berubah
"hamboii, kate dah putus" izaton mengusik. alya buat-buat tak dengar.

"cha, ton..aku taktau nak cakap status aku apa dengan dia. senyap je takde apa-apa" alya membuka bicara
"kau tu yang bangang tak reti nak manage" sebijik dari aisyah
"uii cha, zalimnya kau"
"hah, biar kau tau perasaan orang"
"aku rasa la alya, farhan memang nak serius ngan kau. tapi bila kau buat dia macam tu, dia jadi down lah. so dia pergi jepun dengan hati yang terluka"
alya termenung. mungkin ada kebenaran kata-kata izaton.
"and satu lagi, bagi dia masa alya. he needs time. lelaki ni perlu masa untuk buat sesuatu perkara yang betul-betul serius" izaton menyambung
"sampai bila aku nak tunggu"
"kau tanya Allah"

Saturday, April 13, 2013

saya baru faham ep.8

''awak, status kita apa?'' alya menyoal

''awak rasa?'' farhan pula menyoal

''tanya kita pulak, you are man k''

masing-masing mendiamkan diri. berfikir sebelum memulakan bicara. bimbang jika salah bicara, rajuk antara mereka akan memakan diri sendiri

''dari hati awak, nak macam mana?'' akhirnya farhan bertanya

''tak taulah. saya pun tak berani nak cakap apa-apa''

''just say it''

''entahla awak. saya perempuan. nak cakap lebih, gedik. tak cakap, kena pijak pulak''

''ishh, jangan berfikiran macam tu. woman nowadays mesti berani''

alya mendiamkan diri. wajahnya suram. dia sendiri tidak tahu mahu berkata apa lagi. 

''macam ni lah awak, sebagai perempuan ofcourse saya suka yang serius. bukan main-main. i'm not toys untuk dimainkan. tapi apa daya saya, saya perempuan. lelaki senang datang dalam hidup wanita, bagi harapan and leave macam tu je''

''panjang jawapan awak''

''it's not time to kidding farhan. i'm serious. awak jugak yang serious tadi''

''kalau saya cakap saya serius?'' 

alya terdiam.menelan liur. farhan serius ke?

''awak serius ke?'' alya pula menyoal

''kalau saya serius, are you for serious too?''

''insyaAllah'' jawapan alya lemah

"je?" farhan tidak puas hati

"awak nak saya jawab apa lagi"

"i think you are not serious. macam sia-sia je saya berusaha selama ni" nada farhan berubah. alya serba salah

"it's not like that farhan. saya tak sure whether saya boleh bagi komitmen untuk perkara ni atau tak. awak akan ke jepun 4tahun. insyaAllah saya boleh tunggu, tapi saya takut after all we are separate. saya takut bila saya kecewa, saya takkan bangun lagi. kita rancang, tapi kalau Allah tak izin?"

farhan terdiam. alya sebak. memikirkan tentang hubungan mereka. macam mana kalau kedua orang tua mereka tidak setuju? setelah hati mereka berjanji untuk setia, akhirnya terpisah kerana Allah menjodohkan mereka dengan yang lain. persoalan demi persoalan menyesakkan dada alya. akhirnya dia menangis. 

"if that, kita setakat ni je?" farhan menyoal meminta kepastian. dia juga berat. namun farhan harus pastikan sejauh mana hubungan mereka sebelum berangkat. itu penting bagi dirinya.

"awak?" farhan memanggil

"aaa..ermm" suara alya tersekat. serak.

"awak nangis?"

"no, i;m not. saya ok"

"awak ok?"

"aaa..ok. jangan risau. ok je"

"kenapa awak nangis..awak, ikut saya pergi jepun jom" suara farhan juga serak. cuba mengawal perasaan. walaupun matanya sudah berair. farhan mengakui kebenaran kata-kata alya. dia dan alya tiada kuasa, melainkan berserah pada Allah. perit untuk dia menerima, dan dia harus menerima. 

"awak, saya letak dulu. kita sambung next time ya. assalamualaikum"

tangisan alya makin menjadi-jadi. esakannya dikawal. dia tidak mahu rakan sebiliknya terjaga dari tidur. alya menangis sepuasnya. farhan juga begitu. gugur juga air mata lelakinya. mungkin tidak sebanyak alya, namun cukup menunjukkan yang dia juga sakit. 




*sorry. terupload episod8 terus, sepatutnya episod7 dulu. nanti saya upload ep.7 ya. so sorry. cholmal mianhae :(

Monday, April 8, 2013

saya baru faham ep.6

''alya, kau dah cari modal?''

''belum'' mata alya tertancap pada skrin laptopnya. dia ,asih leka menaip cerpen

''alya, better kau cari modal. aku tak nak kau kena denda nanti'' izzah risau

''biar bha dia tu, lagi bagus kena denda'' lalu aisha keluar dari bilik. sakit matanya melihat alya yang tak endahkan hafazan. alya tersentap. dia menutup laptop lalu mencapai al-qur'an. wajahnya suram diperli aisha.

''aisha tu taknak kau lagho. just accept cara kita berbeza'' izzah seolah memujuk

alya mengangguk. dia memang terasa dengan aisha, tapi apa yang aisha cakap tu betul. itu cara aisha menegurnya, agar dia mengerti. hafal al-qur'an bukan main-main. bukan sekadar dapat title 'al' di belakang nama. alya termenung. lagi 2minggu farhan akan terbang ke bumi matahari terbit. perasaannya sejak akhir-akhir ini tidak menentu. selalu melepaskan kemarahan pada farhan.

''kau ok tak?''

''ok''

''kau ngan farhan ok?''

''we're not couple ok. tak pernah bincang pun bab feeling ni. kawan biasa je''

''tapi macam mana kau boleh berhubung dengan dia eh? setau aku kau bukan jenis melayan ni''

wajah alya berona merah. sebijik terkena atas muka. ''aku pun taktau la zah. bermula dengan hal kerja, after that aku cam senang je angkat call dia. nafsu kan tu?''

izzah mengangguk. ''kalau dah tau, kenapa buat jugak?''

''astaghfirullah. but seriously aku harap there's nothing between us. aku rasa cam nak akhirkan hubungan ni cepat''

''better kau suruh dia masuk meminang la''

''ape lak meminang bagai ni. tak nak aku''

''jadi kau accept dia sebab saje-saje? suke-suke? takde arah tujuan kenapa kau accept dia as friend?''

alya terdiam

''alya, kau dah gadaikan prinsip kau selama ni, then kau nak akhirkan macam tu je? i can smell that he have something that you accept him. mesti ada''

alya masih diam. dia tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan. apa yang diperkatakan oleh izzah memang benar.

''kau fikir baik-baik alya, once kau dah amek step dalam hal ni, kau kena bertanggungjawab dari awal hingga akhir. ni bab hati alya, bukan bab main pondok-pondok'' bagai halilintar memanah bumi. amaran izzah menusuk kalbu. alya bungkam. dia sendiri tidak dapat memastikan perasaannya ketika ini. adakah dia serius atau main-main? adakah farhan juga begitu?

 

Friday, April 5, 2013

saya baru faham ep.5

''assalamualaikum''

''waalaikumussalam, ade ape?''

''haishh, garang aih. stress ke?''

''taklah. dah call tiap-tiap hari bosan jugak''

''ok. off phone lah''

''laaaa, penat-penat call, nak letak pulak? so, how are u today?''

''alhamdulillah sihat. kelas hafazan macam mana? banyak tak menghafal hari ni?''

''eleh, bajet take care lah tu. rahsia. titik''

''nasib saya la kawan dengan orang sombong''

''heh, tak heran kalau awak merajuk. pun tak hingin nak pujuk''

''first time ada kawan macam ni''

''seriously i'm not type of gedik girl ok. saya memang macam ni kalau dengan lelaki. malas nak layan, nanti melebih pulak''

''amboi..amboi, sedap mengata lelaki''

''agak sedap jugak'' balas alya sambil menyeringai. hatinya berbunga riang menerima panggilan dari farhan. tetapi layanan tidak seindah khabar. alya memang begitu. suka menyakitkan hati.

''esok hafal banyak dari hari ni ya''

''tengoklah''

''boleh pulak dia nak tengok, wajib''

''encek farhan, suka hati saya nak hafal banyak mana. jangan paksa boleh?'' alya seolah memperli

''iyalah datin alya. saya nak awak better dari saya. jangan macam saya, malas. btw, sebelum lupa, sehari berapa juz awak mengulang hafalan?''

alya menelan liur. berapa juz? gila ke dia ni...''ermm, adelah''

''seriously i'm very jelous with u. sebab everytime dengan al-quran. macam saya, dengan jadual yang packed, limit sangat masa dengan al-quran'' nada farhan sedih

''ok, berapa juz awak mengulang biasanya?'' alya seolah memujuk, tapi cara dia macam annoy giler

''paling kurang 4juz je dalam seminggu''

4juz? mak datok. jadual packed sempat lagi 4juz. ''ooo, oklah tu''

''oklah awak. gi lah sambung hafazan. sorry take your time''

''eh, taklah. ok, do your best. belajar jangan nak menggatal'' nada alya sedikit meninggi. hanya tawa farhan kedengaran. setalah salam berbalas, talian dimatikan. alya tersenyum-senyum sendirian. langkahnya menuju ke bilik, berazam menghafal lebih banyak lagi. insyaAllah.

saya baru faham ep.4

''alya, kat mcd ada burger samurai laa. try nak?''

''macam tak reti boikot je kau ni. nama je hafizah'' sebijik izzah terkena.

''aduuh, mendalamnya'' alya mempamerkan riak selamba. memang dia dan izzah bergurau secara kasar. hanya orang yang benar-benar faham sahaja yang akan kekal berkawan dengan mereka. lagu shae kedengaran. tertera nama aishah di skrin telefon izzah.

''kirim salam kat dia'' izzah mengangguk. alya berjalan disekitar kedai kasut. meninjau-ninjau kasut yang terbaik dari ladang, namun tiada satu yang berkenan di matanya. setelah beratur panjang untuk membeli cool blog, alya mengambil tempat sementara menunggu izzah berbual dengan aishah. hal penting katanya. mata alya terpana pada papan iklan airasia. rm249 return to Osaka. Jepun?

alya mengalihkan pandangan. terus dia bangun dan menuju ke kedai buku. membelek buku yang terbaru. setelah memilih dua buah buku, alya ke kaunter untuk membayar.

''weh, mana kau pegi? penat aku carik'' izzah merungut

''heee, sorry la. aku lupa nak kasi tau. dah habis cakap? aishah ok tak?'' tanya alya

''ok je. dia stress tu. kau pun nampak bermuram durja je'' tegur izzah

''cub akau tengok papan iklan tu'' sambil menghulur cool blog kepada izzah

''so?'' 

''izzah, kita balik jom. aku rasa aku tak boleh nak stand dah. pleasee'' tiba-tiba alya membuat permintaan yang jujur. pertama kali izzah melihat alya jujur dengan hatinya. mata alya bertakung. dan akhirnya melimpah. 

''give me time. aku tak boleh drive sekarang. sorry'' esakan alya kedengaran. rasa yang dia pendam terhambur juga hari ini. genap sebulan farhan di Jepun, khabar berita langsung tidak diterima. farhan benar-benar merajuk dengannya? alya juga tidak punya kekuatan untuk bertanya pada farhan

''aku perempuan zah. takkan aku yang terhegeh-hegeh nak tanya dia itu ini'' alya bersuara

''tapi tak salah alya. untuk diri kau jugak'' izzah menasihati

''aku yang kau kenal macam mana?'' kini giliran izzah terdiam. dia kenal alya macam mana. 

''take your time. istighfar. ingat Allah k'' hanya itu yang mampu izzah tuturkan. esakan alya masih belum berkurangan. sakit yang dia tanggung terhambur. alya, kuatlah!

Sunday, March 31, 2013

saya baru faham ep.3

''wallaweh, kita nak grad dah..macam tak sangke kan?'' tutur alya

''tu lah, banyak masa terbuang time kat kolej ni. ada masa, ada ceramah agama, kitatido kat bilik. ngok la aku rase'' izzah selamba

''eh, anyway. i got gift dari jauh tau'' wajah izzah bertukar gembira

''ea?'' alya mengangkat kening

''dari mekah. my mum buy abaya for me. alahai suke sangat. aku nak pakai time konvo nantilah'' wajah izzah bercahaya. alya tersenyum.

 ''kau ni, orang tengah excited dia gi layan fb lak. hess'' izzah sudah muncung. alya bersahaja.


buat-buat tidak dengar. tangannya ligat membaca berita di fb. alya tidak suka update status, tp lebih suka stalk fb orang. hah, stalker.

''eh, ade orang inbox kau la''

''sape?'' alya menyoal

''laaahai, bukak je la. banyak tanye minah ni'' izzah merungut

......assalamualaikum. apa khabar? bila grad? after grad further ke mesir ke?......

''eh, farhan inbox kau la''

alya terdiam. riaknya masih bersahaja seperti tadi.

.......wswbt. alhamdulillah bakal konvo bulan 6 ni. mungkin around malaysia je kot......

ligat tangan alya membalas. setelah menekan butang send, dia terus log out.

''tekak aku kering la, jom carik cool blog''

''cool blog? nak..nak''

Friday, March 29, 2013

saya baru faham ep.2

ishh, merajuk ke dia ni. kate hari ni fly, tapi x text aku pon. alyana resah gelisah. memegang handphone ke sana ke mari.

''weyy, jom g makan'' aishah mengajak alyana

''kau pegilah, aku cam xrase nak makan lagi''

''suke ati kau lah'' pintu ditutup. alyana menyarung selipar jepunlantas ke taman. dia duduk sambil memandang telefon bimbitnya. pandangannya kosong.

jam di tangan menunjukkan tepat 11malam. dia tidak boleh tunggu lagi. akhirnya dia menelefon nombor lelaki itu. sepertinya talian tidak dapat dihubungi. ''dalam flight agaknya''. ''kenapa tak bagitau aku sepatah pun? am i nothing to him?''

alya mencapai al-quran. mulutnya terkumat-kamit membaca hafalan baru. dia mengulang-ulang sehingga lancar. 15minit berlalu, dia berjaya menghafal separuh mukasurat. ''astaghfirullah, kenapa hati xtenang ni?''





keesokan paginya, alya ke kelas tasmi'. selesai memperdengarkan hafazan di hadapan ustazah, dia meminta izin untuk ke tandas. dan dia duduk termenung menghadap padang bola DARQIS. dia mengeluarkan telefon bimbit dari kocek jubah. lantas menekas butang on.
''salam, saya dah sampai jepun. maaflah xsempat bagitau awak''. haaa? tu je ke dia balas...alya menekan butang off kembali. hatinya terasa kecewa. dia terfikir-fikir, adakah farhan kecewa dengan sikapnya tempoh hari sehingga menunjukkan kedinginan yg amat melampau. sedangkan farhan berjanji akan menelefon dia sebelum fly.

''alya, kau ok tak'' sapa izzah dari belakang.

''haa? ok je''. 


''sure?''

hanya anggukan sebagai jawapan. otak alya sudah penat mencari jawapan. dia melangkah masuk kek kelas kembali. tangannya membuka al-quran mengulang hafazan semalam dan hari ini. namun hatinya bukan disitu. hatinya terbang jauh, menyesal dengan perbuatannya. namun maaf yg ditutur sudah tidak berguna lagi

Thursday, March 28, 2013

saya baru faham

'' next week saya dah di Jepun''
''ooo'' (dalam hati ada tsunami sda)

''so i need confirmation''
..........

''whats your feeling towards me?''
''ape?'' (buat2 xdengar)

''i'm serious''
''ermmm, mungkin la saya teringat. mungkin jugak saya tertanya khabar di sana. mungkin laa kott'' tangan dah sejuk beku

''tu je?''
''nak macam mana lagi?''

''hurmm''
''saya nak tau awak pulak. boleh?''

he takes almost 5minutes to confess, ''sebagai lelaki ak sayang padamu''
''hahahahahahhahahaha..awak tau tak tu ayat novel. laksamana sunan cakap kat isteri dia. alahai, cam xde ayat lain''


dan lelaki itu terdiam. girl tu menghabiskan sisa tawanya yang berbaki. tiba-tiba dia senyap. ''sorry''. tapi maaf masa tu dah terlambat.

Friday, March 8, 2013

rasakan!

assalamualaikum wbt :)

baru balik dari town. bawa mak jalan-jalan, tp dapat singgah bodyshop sekejap je. terlepas promotion february. rasa macam nak nangis. it's ok, next time inshaAllah.

setiap kali buka fb, mesti ada antara kawan-kawan yg post about jodoh. dulu, tergugat jugak. dan selalu juga post pasal jodoh. maklumlah, zaman baru nak membeso. sejak setahun ni, rasa muak dah. stop dulu. dan a lil bit relax. xperlu nak fikir sangat. kalau orang tanya pun, buat muka lembu kenyang :)

tp sejak akhir-akhir ni mak macam tertanya-tanya, siapalah jodoh anis ni. macam biasa, muka lembu kenyang terbit secara automatik. haha.




dulu, saya juga seperti kamu. baru nak mengenal cinta. excited dgn cinta lelaki-perempuan. namun, berfikirlah secara dewasa. pengalaman itu mematangkan. kecewa itu membuat kita tersedar.

setelah nasihat demi nasihat dari izatonaishawardatikahfieza, saya mula boleh terima...manusia pasti akan buat silap. dalam komitmen pasti ada yg mengecewakan. sakit dan perit itu membuat kita dewasa. jangan takut utk berhadapan dgn realiti. face it. and step foward.











saya menunggu yg Allah hantar :)

Monday, March 4, 2013

get up

assalamualaikum wbt,

antum ok? macamana iman?

ana kat sini alhamdulillah. cuma sekarang ni zaman mendung sikit. slow-slow awan kelabu akan beredar, dan hadir awan yg cerah :)


bila sedih, gembira, terasa dengan sesiapa, nak marah, nak menangis, nak gigit orang, nak makan banyak-banyak, nak membebel dan banyak lagi...akan telefon dia. dia akan menadah telinga 30minit, tunggu dengan sabarnya sehingga mulut ni letih.

"dah habis?"
"dah"

baru dia mulakan khutbah pulak. haaha. feedback dia, sama ada ana nangis, ketawa atau no feel. banyak yg ana berhujah. always she said to me "first skali, kau kena letak depan adalah POSITIVE". dan nasihat yg sama setiap kali ana call dia.

apabila dia mula bercerita, mula memberi analogi yg terrrrbaik, ana mula sedar. yg bersangka baik dan berlapang dada itu membahagiakan. "nisah, kalau kau duk geram kat dia sampai sakit pun, ada dia kesah? kau yg susah. life must go on. teruskan hidup kau. bahagiakan diri kau. sebarkan aura positif"

................termenung. memikirkan kata-kata dia selama ni. thanks for being my friends. harga ukhuwwah yg tiada nilai. izatonaishahwardatikahfieza.

Saturday, February 23, 2013

kurang manis? tambah gula :)

assalamualaikum wbt. salam rindu :)

rindu akan blog ini. yg setia menemani ana selama mana ana ada. dan Allah menemani ana tanpa syarat. yg membuat hati bahagia walau ada duka.

"kau pergi kelas tak?"
" pergi lerr dulu. tunggu kat wakaf, aku gi jap g"
"cepat tau"
"iyolah"

antara bait-bait perbualan ana dengan kawan. ada orang tegur, kenapa hanisah guna aku kau. nampak kurang manis. kitakan hafizah.

nasihatnya lembut menyapa telinga. ana tak marah. nisah guna aku kau dengan orang tertentu je. bukan semua. kalau macam dgn anti, nisah guna nama kan. sambil tersengih tak malu.

dia berlalu pergi. nampak macam tidak boleh menerima lagi. kalau ana start berjidal kang, payah. berjela sampai minggu depan. rasa itu jawapan yg terbaik.

penggunaan aku kau terhadap manusia sekeliling, amat terhad. penggunaan itu hanya digunakan untuk mereka yg benar-benar rapat. kalau yg biasa-biasa tu, selain dari aku kau lah :)

manusia berbeza. cap jari pun dah beza, apatah lagi hati. hati melahirkan pendapat. menzahirkan rasa. berlapang dada lah menerima perbezaan. itu yg Nabi ajar. bukan bergaduh sana-sini. nak menangkan pendapat sendiri.

bukan hanya title 'hafizah' tu sangat, tapi sebagai orang yg agak mengerti agama, maka berakhlaklah dgn akhlak agama.

ISLAM IS PERFECT, BUT MUSLIM NOT!

Tuesday, January 29, 2013

damai kamu disana

assalamualaikum wbt,
pukul 5.30pagi, dapat call dari aunty yg jaga atok kat melaka..atok meninggal.

mak terduduk menangis.

baru tengok atuk sihat je hari tu, pagi maulidurrasul atok pergi tinggalkan dunia. berpindah ke alam lain. bau wangi menusuk rongga hidung tatkala kami mengiringi jenazah ke liang lahad. moga itu petanda yg baik utk atok.

pusara atok, betul-betul sebelah arwah nenek. 23tahun nenek pergi, dan jodoh nenek kekal dengan atok. insyaAllah hingga ke syurga.

xboleh nak tulis panjang-panjang, sama-sama sedekahkan al-fatihah untuk arwah atuk. kassim md dom.

Thursday, January 3, 2013

"mama" yg baik

assalamualaikum wbt dan salam cinta buat semua. cinta ini ana hadiahkan buat antum :)

tahun baru ana tak punya azam, sebab azam yg lepas-lepas pun xtertunai. nampak sangat pemalas! hehe. tahun baru, ana ditugaskan utk menjaga anak-anak kecil drjah dua. ujian besaa!

ana mula rasa kelam-kibut, tahun lepas ana mengajar anak-anak tahun 5 dan 6, aduuuh, macamana pula nak mengajar anak-anak 8tahun ni.

seriously xreti!




baru tiga hari mengajar, anak murid merajuk. memberontak xmahu menulis. buat deeek je bila pujuk. siap jeling maut lagi. Allah, macamana nak pujuk ni... try sedaya-upaya guna skill yg ada, alhamdulillah AGAK berjaya. hehe

pening dan penat!

tp seronok. sebab ana rasa ini adalah latihan yg baik utk ana jd "mama" yg baik kepada mereka. mana tak haruuu ana ni, tiba-tiba ada anak 24orang yg ada 2400 kerenah. haha. rasa nak pengsan. memang ana macam charlie chapling.
dr seorang yg sporting time mengajar dan berbual cara dewasa, tiba-tiba kena menyanyi dan 'menari' macam kanak-kanak riang. alamak. haha

i'm still try my best. utk jd "ibu" yg baik kepada mereka.

"yaAllah, hadirkan rasa cinta dan sayang buat anak-anak soleh ini agar aku dapat didik mereka menjadi soleh..amiin"