BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 29, 2010

fitnahlah aku

assalamualaikum wbt

alhamdulillah, akhirnya daurah huffaz yg mengambilmasa lebih kurang 3 bulan terlaksana. pelbagai mehnah dan tribulasi yg MT dan KD hadapi sepanjang mengendalikan program ini. dan kemuncaknya sewaktu program ini berlangsung. ana tulis dr kacamata siti hanisah abdullah sani..bukan org lain.

terlalu byk peristiwa yg berlaku sepanjang ana dan sahabat2 bertungkus-lumus memerah keringat. semestinya yg plg byk buat kerja adalah MT program. ana lihat kesungguhan KD2 dn MT dlm menjayakannya. tak keterlaluan kalau ana nyatakan yg ana sayang dgn program ni. kita sama2 fight dgn segala usaha yg ada. walaupun kesihatan ana sgt tidak mengizinkan. alhamdulillah, doa dn perhatian dr shbt menjadikan ana kuat.

bergaduh, berselisih pendapat, tertawa, tersenyum, tertekan dan sebagainya adlh lumrah dlm menjayakan program. ana msh ingat macamana ana 'bergaduh' dgn salah seorang yg berjawatan dlm program tersebut. alhamdulillah akhirnya selesai, dn kami tutup buku!

ana juga tertekan dgn krjasama ketua yg sgt byk komitmen. tp smgt daurah ada dlm diri ana walaupun terpaksa bergerak seorang diri. kontroversi melanda tatkala ana dilantik menjadi KD. sehingga fitnah tersebar luas. "xmenjaga ikhtilat" adlh isu yg plg hangat diperdebatkan tatkala nama ana menjadi popular. ana popular dgn fitnah!

yg paling ana hairan, tiada seorang pun dr mereka yg memfitnah ana face2face dan tanya keadaan sebenar apa yg berlaku. yg ana dpt adlh berderu-deru mesej yg minta ana jaga ikhtilat dn muamalat dgn banin. ana dihukum. ana terasa dihukum. semua yg ana lakukan tak kena. br angkat call dr ketua, semua mata memandang ana terutama yg memfitnah ana. sampai mesej dr ketua, semua curiga. mereka menghukum ana seolah ana adlh pelacur jalanan dan selamanya akn menjadi pelacur dan akhirnya neraka jahannam adlh tempat ana! naudzubillah. ana menanti dr mereka bertanya ttg hal yg sbnr..xda siapa pn. macam ni sikap seorang pendakwah yg antum dan antunna laungkan???

dr sem1 ana penuh dgn kontroversi. dituduh kaple dgn banin dq dan ada antara mereka mengadu pd ustazah tasmi' ana, quran ana terganggu sbb ana kaple. ana beritahu pd ustazah, "ustzah, krm slm pd yg fitnah sy dan beritahu pd dia heret banin yg kaple dgn sy bwk jumpa ustazah dn sy. tanya sendiri dr mulut banin tu adkh dia kaple sy? wallahi ustazah, sejahil sy alhamdulillah xpnh kaple". sampai sekarang, banin yg kaple dgn ana xmuncul. macamana ana nak kaple, nombor banin pun ana xda dlm hp. kalau dah habis gerak kerja, deletelah. ana nak buat apa dgn nombor tu. dan yg fitnah ana adlh org yg dianggap thiqoh di dq. depan ana manis muka, tp blkg ana hati busuk! fitnah ana sana-sini. bwk cerita...

kerja tetap kerja! alhamdulillah saat akhir ketua ana bg komitmen yg baik. syukrn jazilan. dan ia mengundang kontroversi krn ketua ana adlh pengerusi sem IRSYAD. takut kalau ana 'menggoda' pengerusi sem..astaghfirullah. hadap sgt ke ana dgn pengerusi sem. ana dh xtahu nak buat apa. handphone ana dicheck..takut2 kalau ada mesej lagho dgn ketua. dan handphone org lain, xdicheck pun??knp bias sgt??

apa yg berlaku, biar Allah yg jwb. fitnahlah ana selagi antum antunna msh berkesempatan untuk fitnah! nikmatilah fitnah tu selagi terasa nikmatnya. ana dh taklarat nak dengar dan melayan semua fitnah bodoh!!! kesabaran ana tercabar..tp mak pesan,"biar Allah yg uruskan. mintak Allah tunjuk. kita xda kuasa. sbb yg fitnah anis adlh org yg berpengaruh dn thiqoh..biar Allah yg urus".

ana sengaja tak datangkan dalil krn kita sedia maklum kedudukan fitnah itu...

daurah huffaz..perjalanan yg penuh kontroversi namun kenangan manis plg bermakna. ana puas! walaupun ana dan shbt2 terkorban.

jmpa di lain lembaran..salam mujahadah :)

Thursday, June 24, 2010

Banat..banat

Assalamualaikum wbt dan salam seindah alunan ayt cintaNya.moga dlm rhmt dn lmpho kasih Allah setiap masa.amiin..:-)

Ana terpanggil utk mencoret sesuatu di sini sementara menunggu bicara pakar brlgsg. Esok inshaAllah stdnt sykbh hadis akan memulakn daurah mereka di kelantan.dlm benak,ana dh trbyg rumah.mlm ni akn ada mesy last touch.alhmdlillh,Allah m'hadiahkn ana ketua yg xbyk kerenah..cuma ana yg byk bg mslh pdnya.asif.

Banat mmg byk ragam.btl?anda setuju x?
Ana setuju!sb diciptakn pd mereka 9em0si..1akal.mereka lbh memilih utk melayan perasaan brbndg memikirkn jln penyelesaian.kan?dn krn itulah adanya ayt 34 surah an-nisa'

Ok,c u in da next post..bout daurah huffaz.suka duka kd dn mt;-)

Saturday, May 22, 2010

realiti shOw.."jangan lupa al-Qur'an"

assalamualaikum wbt dan salam segemersik irama syahdu yang menyapa halwa telinga. salam cinta dan rindu buat da'ie dan mad'u..khalifah dn hamba Allah SWT yg sangat dan terlalu yg disayangiNya..salam senyum :)

penat tak terkata dan perut mula membunyikan lagu gemuruh minta diisi,
"ayu, jom makan. lapaq la" terkeluar kata-kata tersebut setelah ana mebeli-belah di mydin rawang
"bleh la. lapaq gak ni"

sedang kami asyik makan, pemilik kedai makan di rawang tersebut membuka siaran "jangan lupa lirik"...dengarlah suara jeritan peminat didalamnya dan nyanyian yg agak bolelaaaa dr pesertanya. suasana gamat dgn celoteh aznil.

"rancangan jgn lupa lirik ke?" soal shbt ana. ana hanya mengangguk sambil menghabiskan sisa-sisa nasi yg berbaki.
"kan bagus kalau buat jgn lupa al-Quran"
lantas wajah ana yg sedang khusyu' menghabiskan nasi diangkat sambil tersenyum. macam tau-tau je apa yg bermain di minda ana. ana terfikir, kan bagus kalau buat nasyid ke..zikir ke..dan shbt ana berfikir dgn lbh baik lg. ya, jgn lupa al-quran!
"a'a kan. peserta prgram ni semua hafiz/ah kan? mesti best. kita yg baru menapak dlm dunia huffaz ni dpt la belajar-belajar gak. urmm, bagus2" ungkap ana sambil tersenyum lebar. shbt ana hanya tersenyum melihatkan ana excited sgt.
"lagi satu, mesti best tengok "tebuk-menebuk" ni. memasyikan lagi huffaz"
"a'a. bermanfaat gak buat gitu. sbb rancangan jgn lupa lirik tu hadiah sejuta tau. ntah pape. byk sgt. kalau bg kat hafiz2 ni, insyaAllah ada jgak berkat," sambung ayu. ana mengangguk tanda setuju.
sejuta? masyaAllah. banyak tu. dan ana, tertungu-tunggu TAUTAN HATI difilemkan atau diterjemahkan kepada media elektrnik pula. dan biarlah fatimah syarha menjadi pengarah bersama.

ya muqallibal qulub, thabbit qulubana 'ala dinik wa 'ala to'atik syari'tik..amiin

*semalam momen yg agak istimewa berlaku..k.fatimah syarha dn dr.farhan dtg ke dq jumpa ana. waaa, seronok. alhamdulillah. kiut sgt haura'.

Dr. Muhammad Iqbal

hidup ini ada tujuan
krn tujuan itu loceng kfilahnya berbunyi
hidup itu terpendam dlm carian
asalnya trsembunyi dlm kehendak
hidupkan kehendak dlm hatimu
kalau tidak pasirmu akn jd kubur
kehendak adlh jiwa dunia ini yg penuh dgn warna dan wangian
keadaan sesuatu adlh rmh stor kehendak
dn dgn sinarannya dadad itu dikilatkan spt cermin
ia jadikan tanah kuasa utk terbang
ianya Khidir kpd Musa pendangan
dr api kehendak api itu mendapat nyawa
pbla ia menhankan dirinya dr membentuk kehendak
sayapnyahancur dn tidak boleh terbang
kehendak ini berkekalan menggelorakan diri
ianya adlh ombak yg bergelora dr laut diri
kehendak ialah alat utk memburu cita-cita
penjilid buku kelakuan......


ana dah tak larat nak sambung lagi, ini adlh antara jutaan puisi dr. muhammad iqbal. kalau antum seorang yg menghargai tokoh2 islam dahulu mahupun skrg, antum tahu dia siapa. kalau blm tahu, search di internet cr siapa dia dr. muhammad iqbal. mengapa jarang atau tak pernah dgr nama dia? krn dia antara tokoh agung islam dlm bidang sastera yg lantang menentang Barat!

pendidikannya yg diterima belajar di cambridge(if i'm not mistaken). inilah sntoh muslim yg ingin kita ikuti sekarang. walaupun belajar di negara bukan islam, tetapi lantang menentang pemikiran barat. kita belajar di negara mereka, cedok ilmu mereka dan kembangkan utk ummat. ttpi skrg, kita ke sana dgn nada terselit kebanggan, dpt belajar ke sn. amat sedikit antara kita yg ingin menyambung ke negara islam dn pulang sama sahaja kita dgn student barat di sana. xda apa yg dpt kita bawa melainkan segulung certificate. pelajarilah dr dr.muhammad iqbal bagaimana profil hidupnya yg sgt mencintai perjuangan dan kebenaran.

...mOgakan lahir "dr.muhammad iqbal" seterusnya...amiin ya Rabb

Thursday, May 20, 2010

mencari soleh

assalamualaikum wbt. salam rindu salam cinta salam segala-galanya ke atas pengunjung blog ini. sekian lama ana menanti saat-saat ini untuk mencoret sebait kata yg menerjah relung hati tatkala ini. salam sehijau apple yg mendamaikan sukma kalbu tatkala resah gelisah, hijau itu menenangkan..hijau itu warna anugerah Allah

subahanallah..alhamdulillah. terlalu banyak perkara yg berlaku setiap minit dan saat. dn kita? jawablah sendiri

dalam juraian air mata yg mengalir, dalam ombak yg menghempas dalam dada ini..ada perkhabaran gembira buat ana..inshaAllah esok k.ha dtg melawat ana. mungkin bersama haura' puteri kesayangannya. rindu sangat pd dia.

dalam bulan 6 akan ada dua acara yg agak besar akan berlangsung. ana ditaklifkan sbg KD perhubungan dn penginapan utk kedua-dua prog tersebut. berat rasa utk ana pikul bebanan sebegini. sementelah berhadapan dgn kenyataan yg memeritkan ana. ana betul-betul rasa ingin berehat. izinkan ana berehat seketika....

"larilah kaua enti nak lari. ALLA SWT ada byk plhn lain selain enti utk perjuangan ni..."
ana tersentak dgn mesej kwn ana ni. lantas ait mata yg baru kering membasahi pipi sehingga ana tertidur.yaAllah, begitu sgt hina aku mengeluh...

ana tak tau nak tulis apa, tp..buat adam sekalian yg terlintas utk bc artikel ni...dgrlah adam..kata dari seorang hawa yg sgt naif dlm hidup
ikhwah sekalian,
andai antum diberi nikmat oleh Allah..bersyukurlah. bukan tujuan nikmat itu utk menyakiti org lain. dgn semua yg antum ada, ya antum memang digilai ramai hawa yg sgt naif dlm hidup mereka
saat itu nikmat Allah teruji ke atas antum..
apa tindakan antum seterusnya?
mudahnya antum menabrak kekecewaan ke dlm hati hawa tatkala harapan dibina
mencipta yg palsu dn menyakiti hawa yg sgt tulus menerima antum
ikhwah sekalian
tidak bermakna apa yg antum ada kekal selamanya..itu milik Allah
kita bukan budak2 lg utk main2 dlm hal yg besar
kita dh cukup dewasa dan matang utk buat keputusan
noktahkannya sekiranya bkn hawa itu plhn antum
hentikanlh menyakiti hawa..sekali terluka,
tak mungkin hawa akn berpaling buat kali kedua
_dari hawa utk adam_

*ana terkesan dgn kekecewaan shbt ana. tasmi'nya terganggu. wahai adam jundullah, hentikan permainan bodoh ini..hentikan harapan palsu antum..bangkit utk jadi jundullah. lawan antum bukan HAWA!!!
...what goes around comes around...

Thursday, April 22, 2010

journey of my life at DQ(2)

Assalamualaikum wbt dan salam cinta buat hamba Allah yg hingga kini istiqamah menyembahNya dgn sepenuh cinta dn jiwa..mOga rahmat Allah bersama kita disini..

ramai yg tanya ana, ada blOg ke? namun ada sesetengah jawapan ana mengiyakan..ada sesetengahnya ana tersenyum je ;)
ana taktahu kenapa ana tak berapa nak expose sangat blOg ana, terasa kerdilnya berbanding sahabat yg lain ;) ...kalau jumpa sendiri tu kira rezki antumlah yea

bermulanya langkah ana disini, Allah tidak menjanjikan yg manis walaupun ana tahu menghafal ni perit. dan tak terduga yg impaknya sgt menekan hidup ana..dan impak itulah yg mendewasakan ana

menghafal inshaAllah senang, tapi nak ingat tu yg susah..ramai pesan kt ana mcm tu. dan ana rasai kenyataan itu. ayah ana pernah cerita, dulu masa dia belajar kelas tafaqquh kat masjid kampung baru, KL..ada sorang imam ni hafiz. zaman tu nak cari hafiz sgtlah susah. dan ayah ana dgn shbtnya jumpa imam tu, "sheikh, kalau ana nak jd mcm sheikh blh x?" soal ayah ana antara serius atau tidak
imam tu tersenyum lalu menunjukkan wajah serius.."inshaAllah boleh atau sheikh, tp ana takut enta xtahan je. boleh ke enta luangkan masa dalam lebih kurang tujuh atau lapan jam just utk quran?"
ayah ana ternganga dengan soalan cepu mas tu. imam tu menepuk-nepuk bahu ayah ana sambil tersenyum.."sheikh, ana nak dpt ni pun bkn sng. org ckp ana masyi, ana hebat, ana bagus..tp org xtau nak dpt quran ni macam mane..susah sheikh. mujahadah" sambungnya lagi

sblm ana ke dq, setiap hari ayah ana menceritakan ttg dunia huffaz sbg persediaan utk ana. alhamdulillah, sem1 ana lepasinya dgn semangat juang ayah..namun sem2 ana jatuh tersungkur menyembah bumi...

rohani mesti kuat seiring dgn fizikal. itu yg ana dpt simpulkan. Allah xkan bg jln mudah..itulah mujahadah. sultan muhammad al-fateh yg ingin menakluk kota konstantinople pun, Allah xbg terus menang..hari ke-53 baru Allah makbulkan impiannya. sultan muhammad al-fateh mcmna? sgt dekat dgn ulama..sgt mencintai Allah dn RasulNya..kita?haruskah mengeluh apbl Allah tidak memberi apa yg kita nak..he knows what da best for us shbt

air mata sgt murah d dq..terpulang kwn2 nak ckp ana cengeng ataupn manja, tp itulah ana. ana rasa tertekan. ana nak keluar dq. itu kalimat yg ana tutur setiap hari..ana nak keluar dq! nak sambung uia je...ana tak sanggup lagi tggl kt dq..ana call mak everyday..ana nangis. ana betul2 xde kekautan. seolah dq telah meragut kesemuanya dr ana..

"anis, jalan yg anis lalui sekarang adlh jihad. org lain jgn pk. Allah bg senang kt diorg utk menghafal, Allah bg susah kt anis ada sebabnya. anis kena ingat, ni jihad. jihad ni pengorbanan. anis berkorban utk agama. kita bkn nak lihat hasil kt atas dunia ni..tp kat sana nnti. kat mahsyar. biar susah kt dunia. perjalanan kita Allah dh tetapkan kat loh mahfuz sna anis, anis kena sbr byk2. ayh fhm anis sakit, tp ayh nk anis kuat" itulah kata2 semangat dr ayh tercinta. saat ana mendaftarkan diri di sini, ayh xdpt bersama. ana nangis semahunya. mujur ibu menemani

shbt yg ana kasihi,
mungkin perjalanan ana ni tak sama macam org lain yg berada dlm bidang ni. ana akui, ramai shbt sekeliling ana lebih cepat berbanding ana..ana cemburu, tp ingatlah yg seseungguhnya pertolongan Allah itu sgt dekat. didiklah diri yakin dgn janjiNya..didiklah hati agr kuat utk agama Allah

shbt sayangfillah,
kita akan diuji tiap detik dan saat. ana disini setiap saat diuji dgn perasaan. masyaAllah, hancur remuk. dn Allah amat menyukai keadaan hamba yg hancur remuk hatinya..hati begitu lebih lunak utk dididik mendekati Allah..dn ana akui, ana xkuat. langkah ana terlalu berat..

ambillah mutiara dr perjalanan ana, dan buangkan jauh2 apa yg terasa xberguna. ana hambaNya yg terlalu lemah yg kadang xsggp melalui jln ini, bkn xredha..tp jiwa hambaMu ini terasa bagai disiat.

...Allah bersamamu, u're never alOne hanisah...
pray fOr me, pray fOr ummat islam ;)

Monday, April 19, 2010

journey of my life at DQ

assalamualaikum wbt dan salam sehangat mentari yg tak pernah lelah menghangatkan jiwa hambaMu ini tiap detik dan saat..

ana hanya berkesempatan untuk bercuti selama sebulan dan mengikuti program tasmi' tambahan yg dianjurkan PERKEMAT DQ. ana tak menyesal memendekkan cuti di rumah kerana faham tugas sebagai seorang huffaz dan pelajar. ana masih bertatih dlm bidang hafiz ini, malah mungkin langkah ana lebih lambat dr yg lain.

kpd saudara hafizaidi, ana akan ceritakan di sini inshaAllah..bagaimana perjalanan ana di DQ yg kadang kala ana tak rasa yg itu adalah ana.
2/5/2009 adalah tarikh yg akan mengubah hidup ana. tarikh itu bermulanya ana akn tinggal jauh dr keluarga. ana sedih, ana kecewa namun bercampur gembira. dlm hati, ana nekad yg DQ akan menyaksikan jatuh bangun ana dan bagaimana "bayi" ini dr xtahu apa-apa bisa berjalan menggapai sesuatu.

melalui orientasi yg sgt melelahkan jiwa kami. bermula haluan siswa bersama pensyarah dan seterusnya mafatihul mahabbah bersama exco2. walaupun badan penat tak larat+asthma yg agak kronik waktu itu, ana teruskan perjalanan permulan sebagai seorang bakal hafizah.

hari pertama tasmi' alhamdulillah, tp apabila melihatkan wajah guru tasmi' yg agak syadid ana tak mampu tasmi' dgn baik. seluruh urat nadi ana terasa debarannya, jantung ana berdegup sangat kencang dan ana rasa mcm nak pengsan. sungguh, ana betul-betul blank n blurr

ana tak tahu orang lain camna, tp bg ana..menghafal sangat perit dan pedih. air mata ana takda harga. sakit..sangat sakit rasa. mungkin menghafal dlm keadaan byk sgt dosa...

to be continue...(maaf, ana berkejar masa sekarang ;) )
doakan ana di sini!