BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 26, 2011

fighting



iluvthisquote

mood sedih sikit. sebab cuti dah nak habis. i'll miss home and everything. i'll miss mom so much. 

quote ni bermaksud. untuk apa kita menunggu seseorang yg belum tentu takdir kita, tapi nafsu tetap memilih untuk menunggu.

teguhlah melangkah walaupun kadang kita rasa give up sangat. jangan biarkan nafsu bertepuk riang melihat kita tersungkur. kita takkan kalah dgn nafsu! walaupun selalu kalah, jgn give up. terus bangun, terus bangkit. kalau kita tgk kawan kita dah terduduk, bantu bangunkan dia. even kita sendiri pun kena serangan bertubi-tubi..huhu. strategi dah tak guna sekarang, tapi SEMANGAT!

jangan teruskan hidup sebab takdir dah tertulis, tapi teruskan hidup sebab kita perlu menulis pd takdir.

kecewa tu biasa

mencintai Allah tak pernah kecewa. diari seorang mukmin tak tahu kecewa tu apa. sebab Allah melindungi hati-hati mereka dari kecewa.

^jadi mukmin sekarang, meh^

Thursday, October 20, 2011

assalamualaikum wbt...
have you been well? moga semua ok2 insyaAllah


sejak akhir-akhir ni rindu sangat pada bumi haramain, macam dipanggil-panggil. insyaAllah next year, after habis diploma will go there again.


dah banyak waktu yg kita habiskan untuk berfikir dan berfikir. merenung dan meratap perkara yg lalu. ada manfaat, tapi bila lama-lama ia akan jadi mudarat. yg pasti, buang masa!


kita akan lemah dan lemah. tiada apa yg berubah. yg berubah hanya masa. sedangkan perkara lepas memerlukan perubahan untuk masa akan datang. even good things pun, perlu meningkat ke tahap yg lebih baik.





untuk bangkit, ana tak cakap senang. tapi untuk kekal bersemangat, lebih menduga. untuk bangkit kita dah kalah, so how untuk 'kuat' kekalkan kebaikan diri...


Allah tak pernah zalim. DIA bagi kita mcm2 untuk bangkit. tp kita letak tepi dan biarkan chance itu berlalu. disini, kita yg zalim dan sntiasa menzalimi diri sndiri. betul??

merenung dan bangkit! keep tawadhu' in yourself...find ikhlas in what u've been done...search iman with every steps


~arasso?

Wednesday, October 19, 2011

take responsibility

assalamualaikum wbt dan salam kasih penuh rindu.penuh cinta.penuh perasaan.untuk semua yang merindui dan takkan henti merindui Allah,yg Maha Mencintai. moga akhir hidup disaat cinta ini memuncak dan terus memuncak selamanya. insyaALLAH, amiin.

hari ni bawak mak dan kawan mak shopping kat tesco, makan2 and balik. nak dekat 5jam jugak jalan-jalan.wow! penat sikit. tapi puas sebab relax and smooth semua. alhamdulillah.

sebenarnya ada sikit bad feeling bila nak menempuh sem akhir diploma. sebab kena iadah 30juz, tesis. itu adalah dua benda yg besar untuk diatasi. penyelia yg paling teliti. fikir-fikir, sampai tak tau nak buat apa. then ulang balik tengok boys over flower. serius! betul-betul bingung...

dan suka phrase goo jun biao.."take responsibility from the beginning till the end"

bila decide untuk jadi hafizah, untuk ambil course hadis..bertanggungjawab untuk mengulang dan face exam 30juz dan tesis, juga penyelia yg agak strict. tak boleh larikan diri...agak berat jugak nak face..tapi apa lagi jalan yg ada..selain stay strong and keep do it..insyaAllah, everything will be fine..dun worry

itu aje yg nak di share. some of us, like to run away from responsiblity..sama macam ana. suka lari dari masalah, bukan selesaikan ataupun biarkan berlalu dengan penyesalan. at least we worked hard for that. even natijah tak seperti yg kita harapkan. tapi kita takkan menyesal, sebab kita dah buat sehabis baik. betul tak?

~just live thankfully

Saturday, October 15, 2011

sarang

Assalamualaikum wbt dan salam penuh taat buat para perindu cinta Allah. Sekarang musim haji, moga semua mendapata haji yg mabrur. Amiin

Dah tiga hari di rumah, namun line internet kena potong buat sementara waktu. Alhamdulillah, peperiksaan akhir sem lima baru habis. Alhamdulillah, all praise to Allah. Walaupun bagi ana semua paper agak mencabar, fuhh! Mau sawan jugak nak jawab paper madkhal dan semua..tapi Alhamdulillah jawab je, result belum tau. Huhu

Kadang rasa muak jugak bila kita ditanya dan surround kita benda yang sama dan tak berubah, tapi setakat ana yang dhoif ni siapalah untuk mengubah environment yg sememangnya macam tu. Kadang ana letih bila semua sibuk tentang jodoh. Mungkin ada yg kurang senang, but I’m really tired of it…

Bila fikir2 balik, mesti ada sebab kenapa hot sangat cerita pasal jodoh ni. Mungkin getaran jiwa sem akhir ni semakin kuat agaknya. Tapi kenapa ana macam takde appetite tentang tu? Abnormal neh..heheh

Even kawan ana yang pada awalnya syadid(tegas) sangat2, akhirnya fallin love juga. Bertunang dan akan menuju ke gerbang perkahwinan juga. Itu yang nampak jenis tak layan lelaki...

Kita tak boleh nak jugde benda ni datang bila dan bila..sekat dan tetapkan waktu. Sebab benda ni aturan Allah. Apa kata, tak perlu cakap apa-apa dan ikut aturan Allah. Dalam pada ‘diam’..isi peribadi agar soleh/ah untuk terus hidup.

Kita sediakan diri untuk soleh/ah bukan untuk pasangan kita, tapi untuk Allah. Kita cantikkan diri bukan untuk pasangan, tapi untuk Allah. Kita tepek kat muka cream ni cream tu untuk ‘hot’ bukan untuk pasangan, tapi untuk Allah. Kita jaga shape badan, bukan untuk pasangan kita, tapi untuk Allah

Kenapa bukan untuk pasangan? Bukankah diharuskan berhias untuk pasangan??

Ya! Memang harus berhias untuk pasangan, tapi bila kita lihat umat pada zaman sekarang..sikit2 untuk pasangan. Dimana Allah dalam kehidupan kita? Adakah kita hidup memperhamba diri pada pasangan? Naudzubillah. Pasangan adalah wasilah, bukan matlamat untuk kita berhias. Itu yg ana nak sampaikan. Bukan jatuh hukum haram, ana bukan sesiapa nak jatuhkan hukum. Pasangan adalah wasilah untuk mendapat mardhotillah, bukan Allah wasilah untuk dapat pasangan soleh. Dah dapat pasangan yg agak complete package, tinggal Allah. Naudzubillah

Itu fenomena sekarang! Termasuk pelajar agama. Termasuk student dq sendiri

Semua nak yang perfect. Nak yang lawa. Nak yang dahi licin. Nak yang ala-ala pelakon korea. Nak yang berjubah 24jam. Kalau tak pakai tudung labuh/ berkopiah jatuh thiqoh..tak warok. Adakah agama diukur sebegitu?

Mungkin ada yang cakap kecantikan penting jugak. Yup! Memang penting untuk sedap mata memandang, biar tenang hati ni. Fitrah beb. Tenang hati bukan terletak pada rupa, tapi pada praktik agamanya. Bukan pada first degree dalam usuluddin atau apa, tapi pada praktik agamanya yg datang dr hati.

Hurmmm, dah panjang post ni. Apapun I’m tired of it. Letih dengan segelintir student yg sibuk meng’adjust’ sana sini. yang belum di’usha’ risau akan jodoh mereka. Sabar. Baru masuk 20/21 tahun. Just stay calm and relax. Keep doa, keep build up urself. Let them. Just continue ur walk…

*selagi rasa belum cukup haul dan nisob, janganlah menggatal. Check balik if kita suka kat dia sebab nafsu atau kita dah betul-betul bersedia nak galas tanggungjawab. Kalau bersedia, ask permission from her wali, bukan menggatal tak tentu pasal. Wallahu’alam

Friday, September 2, 2011

kullu 'am wa antum bikhair

Assalamualaikum wbt dan salam eidulfitri. Taqabbalallahu minni wa minkum. Kullu ‘am wa antum bikhair.

Tahun ni raya Alhamdulillah best. Tapi macam ada kekurangan. Mungkin perasaan je kot. Ana dapat cuti seminggu, dan tak berkesempatan balik Kelantan. Sebab masa suntuk sangat dan tak berbaloi nak balik, after exam insyaAllah.

Preparation raya taklah semeriah sebelum masuk dq. Tak tahu kenapa, mood raya tak sangat. Sebab still lagi mood ramadhan.heheh. kuhnunnye ramadhan tahun depan di haramain, amiin insyaAllah. Doakanlah moga ada rejeki lagi. Abang insyaAllah tahun depan pergi umrah, gurau dengan abang selit la ana sekali. Jadi maid jaga anak buah pun okay jak, asalkan dapat pergi haramain. insyaAllah. Rindu haramain sangat2 membuncah di hati. Sampai termimpi-mimpi. Ingat lagi macamana naik flight, dalam kepala ye ke tak, ye ke tak pergi umrah ni. Sampai airport madinah, bia betul airport madinah ni. Naik bus ke hotel, blurr lagi. Bila mutawif sebut masjid nabawi disebelah kiri, zappp! Terus pusing kiri. Waduuh. Sama macam dalam gambar yg biasa tengoklah.hehe. tapi 50-50 lagi. Mimpi ni. Sampai kat hotel terus pergi dewan makan, tak selera makan sebab makanan atas flight ‘tapau’ bawak ke hotel. Pagi esok mak dah warning awal2 pergi masjid awal. Bangun 2jam awal sebelum waktu subuh..terkedek-kedek dua beranak ni pergi masjid nabawi. On the way, my tears rolled down slowly. I dunno know why. Tapi satu rasa yg tak dapat dizahir dengan kata. Satu rasa yg sangat mendalam, dan retak berderai satu persatu terletak di atas lantai masjid nabawi. Hati ana sayu. Dosa yg tak terhimpun membuat langkah semakin layu. Masih ada ruang untuk ana di dalam masjid KekasihMu ini yaAllah?

That’s why masa raya ni tak seronok sangat. Sebab kenangan haramain still fresh. Rindu rindu rindu. Tak pernah rindu mcm ni tau! Duduk tak sedap. Kejap diri kejap bangun. Tidur golek kanan, golek kiri. Makan pun termenung je. Mandi pun macam orang angau. Kadang-kadang sengih sorang2. Haha. Angau teruk dah ni. It’s ok, sebab angau kat haramain. Bukan kat benda tak pekdah. Alhamdulillah. Kalau ada rezki pergi lagi insyaAllah topup yg kurang. insyaAllah I’ll try my best.

Ana akan terus simpan dan ingat cerita haramain sampai bila-bila, insyaAllah. Ana akan simpan untuk cerita pada anak cucu, “nenek dulu poie mokah, hehe”. Cerita yg terselit sendu dan senyum seorang gadis 20 tahun. Segalanya terhambur di sana. Terlerai satu persatu di hadapan kaabah. Merungkai rahsia yg terpendam..semuanya diatur atas cintaNya…hamdan lillah

p/s: tak sempat pergi kubur arwah abg dan nenek. Sangat2 sedih.

Saturday, August 27, 2011

love me

assalamualaikum wbt dan salam ramadhan 10 malam terakhir, salam aidilfitri yg ditunggu tunggu

sekarang ana di johor bharu and love being here. di rumah abang yg ke-4 bersama anak buah yg nakal and comel. tak larat rasanya nak layan kerenah budak-budak. time tengah cun tumpah susu pulak..heheh. nak gelak rase duduk dengan diorg ni. terfikir jugak, one day insyaAllah i'll have children.huhu and macamanalah ana dengan diorg nanti..

tapi dlm hati ana, ada satu perasaan yg sukar ditafsir...

ana rindukan mak :'

dan sedih sebab ramadhan dah nak berakhir. ana bakal rindukan ramadhan lagi. ana sangat mencintai ramadhan. ana ingin setiap hari adalah ramadhan, setiap malam adalah lailatul qadar. tapi perkara yg sering kita dapat itulah yg mudah menjadikan kita alpa. knp lailatulqadar setahun sekali? sebab disitu Allah nak lihat mana hambaNya yg benar-benar beriman, sabar dan rindu akan Dia. yg pasti, jiwa seorang hamba sentiasa rindukan Dia, mencintai Dia..

ana menginginkan ramadhan yg akan datang, ana berada di haramain sebulan! hoho..macam banyak duit bunyinyek. mana tahu ada rezki, insyaAllah.

apapun, moga ramadhan yg kita lalui ni dah jadi clorox buat hati dan jiwa hamba. dan eidulfitri dilalui dgn penuh penghayatan.

sarangeo. sayang anda semua :))

Sunday, August 21, 2011

kamsahamnida

assalamualaikum wbt dan salam sejuta cinta buat hamba2Nya yg sedang asyik dilamun cinta Ilahi. moga sinaran kasih dan belaian sayangNya sentiasa bersama kita. moga hati2 kita sentiasa kekal mencintaiNya tanpa belah bagi...


semalam dah masuk 10 malam terakhir dan ana berkesempatan untuk berada di rumah my beloved sis. i really love being here. and sekejap lagi dh nak balik ke dq. kami jumpa time umrah, and from that we're soooo close.

bila start 10 malam terakhir, ana jadi sedih. berkira-kira sama ada ramadhan akan datang sudi atau tak untuk bersama kita semua. kita sentiasa mencintai dan menunggu ramadhan bukan? ana bukan tak suka raya, tapi tak sangat. suka bulan ramadhan!

mungkin 20 hari yg lepas kita tak banyak sgt amal..dan mungkin 10 malam terakhir kita boleh jadi lebih baik lagi. still xtrelambat if nak berubah. slow-slow and banyakkan doa. banyakkan doa. just tell HIM, HE will do for us. ALLAH is our hero. HE loves us sos much. DIA masih bagi peluang untuk merasai ramadhan ini, setiap detik dan saat ada bahagian untuk kita. jangan sia2kan. buat selagi terdaya dan termampu. even semalam gemuruh sgt kot bila kakak suh jd imam, habis berterabur baca. hahahah~

apapun, apa yg berlaku ALLAH tahu apa yg terbaik buat hambaNya. HE KNOWS THE BEST FOR US. dan kita??
teruskan berdoa. berusaha. dan berserah dengan oenuh rasa cinta.

*ana rindu saat Allah melakarkan namaNya di langit dan mengizinkan mata ana untuk melihatnya dan segenap urat dan nadi mengalir tenang bersama aura cintaNya.
sarangae~