BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 5, 2013

saya baru faham ep.4

''alya, kat mcd ada burger samurai laa. try nak?''

''macam tak reti boikot je kau ni. nama je hafizah'' sebijik izzah terkena.

''aduuh, mendalamnya'' alya mempamerkan riak selamba. memang dia dan izzah bergurau secara kasar. hanya orang yang benar-benar faham sahaja yang akan kekal berkawan dengan mereka. lagu shae kedengaran. tertera nama aishah di skrin telefon izzah.

''kirim salam kat dia'' izzah mengangguk. alya berjalan disekitar kedai kasut. meninjau-ninjau kasut yang terbaik dari ladang, namun tiada satu yang berkenan di matanya. setelah beratur panjang untuk membeli cool blog, alya mengambil tempat sementara menunggu izzah berbual dengan aishah. hal penting katanya. mata alya terpana pada papan iklan airasia. rm249 return to Osaka. Jepun?

alya mengalihkan pandangan. terus dia bangun dan menuju ke kedai buku. membelek buku yang terbaru. setelah memilih dua buah buku, alya ke kaunter untuk membayar.

''weh, mana kau pegi? penat aku carik'' izzah merungut

''heee, sorry la. aku lupa nak kasi tau. dah habis cakap? aishah ok tak?'' tanya alya

''ok je. dia stress tu. kau pun nampak bermuram durja je'' tegur izzah

''cub akau tengok papan iklan tu'' sambil menghulur cool blog kepada izzah

''so?'' 

''izzah, kita balik jom. aku rasa aku tak boleh nak stand dah. pleasee'' tiba-tiba alya membuat permintaan yang jujur. pertama kali izzah melihat alya jujur dengan hatinya. mata alya bertakung. dan akhirnya melimpah. 

''give me time. aku tak boleh drive sekarang. sorry'' esakan alya kedengaran. rasa yang dia pendam terhambur juga hari ini. genap sebulan farhan di Jepun, khabar berita langsung tidak diterima. farhan benar-benar merajuk dengannya? alya juga tidak punya kekuatan untuk bertanya pada farhan

''aku perempuan zah. takkan aku yang terhegeh-hegeh nak tanya dia itu ini'' alya bersuara

''tapi tak salah alya. untuk diri kau jugak'' izzah menasihati

''aku yang kau kenal macam mana?'' kini giliran izzah terdiam. dia kenal alya macam mana. 

''take your time. istighfar. ingat Allah k'' hanya itu yang mampu izzah tuturkan. esakan alya masih belum berkurangan. sakit yang dia tanggung terhambur. alya, kuatlah!

Sunday, March 31, 2013

saya baru faham ep.3

''wallaweh, kita nak grad dah..macam tak sangke kan?'' tutur alya

''tu lah, banyak masa terbuang time kat kolej ni. ada masa, ada ceramah agama, kitatido kat bilik. ngok la aku rase'' izzah selamba

''eh, anyway. i got gift dari jauh tau'' wajah izzah bertukar gembira

''ea?'' alya mengangkat kening

''dari mekah. my mum buy abaya for me. alahai suke sangat. aku nak pakai time konvo nantilah'' wajah izzah bercahaya. alya tersenyum.

 ''kau ni, orang tengah excited dia gi layan fb lak. hess'' izzah sudah muncung. alya bersahaja.


buat-buat tidak dengar. tangannya ligat membaca berita di fb. alya tidak suka update status, tp lebih suka stalk fb orang. hah, stalker.

''eh, ade orang inbox kau la''

''sape?'' alya menyoal

''laaahai, bukak je la. banyak tanye minah ni'' izzah merungut

......assalamualaikum. apa khabar? bila grad? after grad further ke mesir ke?......

''eh, farhan inbox kau la''

alya terdiam. riaknya masih bersahaja seperti tadi.

.......wswbt. alhamdulillah bakal konvo bulan 6 ni. mungkin around malaysia je kot......

ligat tangan alya membalas. setelah menekan butang send, dia terus log out.

''tekak aku kering la, jom carik cool blog''

''cool blog? nak..nak''

Friday, March 29, 2013

saya baru faham ep.2

ishh, merajuk ke dia ni. kate hari ni fly, tapi x text aku pon. alyana resah gelisah. memegang handphone ke sana ke mari.

''weyy, jom g makan'' aishah mengajak alyana

''kau pegilah, aku cam xrase nak makan lagi''

''suke ati kau lah'' pintu ditutup. alyana menyarung selipar jepunlantas ke taman. dia duduk sambil memandang telefon bimbitnya. pandangannya kosong.

jam di tangan menunjukkan tepat 11malam. dia tidak boleh tunggu lagi. akhirnya dia menelefon nombor lelaki itu. sepertinya talian tidak dapat dihubungi. ''dalam flight agaknya''. ''kenapa tak bagitau aku sepatah pun? am i nothing to him?''

alya mencapai al-quran. mulutnya terkumat-kamit membaca hafalan baru. dia mengulang-ulang sehingga lancar. 15minit berlalu, dia berjaya menghafal separuh mukasurat. ''astaghfirullah, kenapa hati xtenang ni?''





keesokan paginya, alya ke kelas tasmi'. selesai memperdengarkan hafazan di hadapan ustazah, dia meminta izin untuk ke tandas. dan dia duduk termenung menghadap padang bola DARQIS. dia mengeluarkan telefon bimbit dari kocek jubah. lantas menekas butang on.
''salam, saya dah sampai jepun. maaflah xsempat bagitau awak''. haaa? tu je ke dia balas...alya menekan butang off kembali. hatinya terasa kecewa. dia terfikir-fikir, adakah farhan kecewa dengan sikapnya tempoh hari sehingga menunjukkan kedinginan yg amat melampau. sedangkan farhan berjanji akan menelefon dia sebelum fly.

''alya, kau ok tak'' sapa izzah dari belakang.

''haa? ok je''. 


''sure?''

hanya anggukan sebagai jawapan. otak alya sudah penat mencari jawapan. dia melangkah masuk kek kelas kembali. tangannya membuka al-quran mengulang hafazan semalam dan hari ini. namun hatinya bukan disitu. hatinya terbang jauh, menyesal dengan perbuatannya. namun maaf yg ditutur sudah tidak berguna lagi

Thursday, March 28, 2013

saya baru faham

'' next week saya dah di Jepun''
''ooo'' (dalam hati ada tsunami sda)

''so i need confirmation''
..........

''whats your feeling towards me?''
''ape?'' (buat2 xdengar)

''i'm serious''
''ermmm, mungkin la saya teringat. mungkin jugak saya tertanya khabar di sana. mungkin laa kott'' tangan dah sejuk beku

''tu je?''
''nak macam mana lagi?''

''hurmm''
''saya nak tau awak pulak. boleh?''

he takes almost 5minutes to confess, ''sebagai lelaki ak sayang padamu''
''hahahahahahhahahaha..awak tau tak tu ayat novel. laksamana sunan cakap kat isteri dia. alahai, cam xde ayat lain''


dan lelaki itu terdiam. girl tu menghabiskan sisa tawanya yang berbaki. tiba-tiba dia senyap. ''sorry''. tapi maaf masa tu dah terlambat.

Friday, March 8, 2013

rasakan!

assalamualaikum wbt :)

baru balik dari town. bawa mak jalan-jalan, tp dapat singgah bodyshop sekejap je. terlepas promotion february. rasa macam nak nangis. it's ok, next time inshaAllah.

setiap kali buka fb, mesti ada antara kawan-kawan yg post about jodoh. dulu, tergugat jugak. dan selalu juga post pasal jodoh. maklumlah, zaman baru nak membeso. sejak setahun ni, rasa muak dah. stop dulu. dan a lil bit relax. xperlu nak fikir sangat. kalau orang tanya pun, buat muka lembu kenyang :)

tp sejak akhir-akhir ni mak macam tertanya-tanya, siapalah jodoh anis ni. macam biasa, muka lembu kenyang terbit secara automatik. haha.




dulu, saya juga seperti kamu. baru nak mengenal cinta. excited dgn cinta lelaki-perempuan. namun, berfikirlah secara dewasa. pengalaman itu mematangkan. kecewa itu membuat kita tersedar.

setelah nasihat demi nasihat dari izatonaishawardatikahfieza, saya mula boleh terima...manusia pasti akan buat silap. dalam komitmen pasti ada yg mengecewakan. sakit dan perit itu membuat kita dewasa. jangan takut utk berhadapan dgn realiti. face it. and step foward.











saya menunggu yg Allah hantar :)

Monday, March 4, 2013

get up

assalamualaikum wbt,

antum ok? macamana iman?

ana kat sini alhamdulillah. cuma sekarang ni zaman mendung sikit. slow-slow awan kelabu akan beredar, dan hadir awan yg cerah :)


bila sedih, gembira, terasa dengan sesiapa, nak marah, nak menangis, nak gigit orang, nak makan banyak-banyak, nak membebel dan banyak lagi...akan telefon dia. dia akan menadah telinga 30minit, tunggu dengan sabarnya sehingga mulut ni letih.

"dah habis?"
"dah"

baru dia mulakan khutbah pulak. haaha. feedback dia, sama ada ana nangis, ketawa atau no feel. banyak yg ana berhujah. always she said to me "first skali, kau kena letak depan adalah POSITIVE". dan nasihat yg sama setiap kali ana call dia.

apabila dia mula bercerita, mula memberi analogi yg terrrrbaik, ana mula sedar. yg bersangka baik dan berlapang dada itu membahagiakan. "nisah, kalau kau duk geram kat dia sampai sakit pun, ada dia kesah? kau yg susah. life must go on. teruskan hidup kau. bahagiakan diri kau. sebarkan aura positif"

................termenung. memikirkan kata-kata dia selama ni. thanks for being my friends. harga ukhuwwah yg tiada nilai. izatonaishahwardatikahfieza.

Saturday, February 23, 2013

kurang manis? tambah gula :)

assalamualaikum wbt. salam rindu :)

rindu akan blog ini. yg setia menemani ana selama mana ana ada. dan Allah menemani ana tanpa syarat. yg membuat hati bahagia walau ada duka.

"kau pergi kelas tak?"
" pergi lerr dulu. tunggu kat wakaf, aku gi jap g"
"cepat tau"
"iyolah"

antara bait-bait perbualan ana dengan kawan. ada orang tegur, kenapa hanisah guna aku kau. nampak kurang manis. kitakan hafizah.

nasihatnya lembut menyapa telinga. ana tak marah. nisah guna aku kau dengan orang tertentu je. bukan semua. kalau macam dgn anti, nisah guna nama kan. sambil tersengih tak malu.

dia berlalu pergi. nampak macam tidak boleh menerima lagi. kalau ana start berjidal kang, payah. berjela sampai minggu depan. rasa itu jawapan yg terbaik.

penggunaan aku kau terhadap manusia sekeliling, amat terhad. penggunaan itu hanya digunakan untuk mereka yg benar-benar rapat. kalau yg biasa-biasa tu, selain dari aku kau lah :)

manusia berbeza. cap jari pun dah beza, apatah lagi hati. hati melahirkan pendapat. menzahirkan rasa. berlapang dada lah menerima perbezaan. itu yg Nabi ajar. bukan bergaduh sana-sini. nak menangkan pendapat sendiri.

bukan hanya title 'hafizah' tu sangat, tapi sebagai orang yg agak mengerti agama, maka berakhlaklah dgn akhlak agama.

ISLAM IS PERFECT, BUT MUSLIM NOT!