assalamualaikum..
asif dah lama ana tinggalka blog ini kesepian. sebenarnya ana ingin publishedkan artikel ayah ana, tapi ayah janji nak bagi artikel yg lain. sampai sekarangana masih tunggu. ayah walau dah pencen, tetap busy mengalahkan PM kita. abang2 ana tau lah ayah macamane..sibuk sangat. tapi jadual tetap ayah, mesti baca akhbar di internet setiap hari. semua news ayah akan baca, even mawi dn ekin pun ayah tau. huhu. ayah..ayah. ayah cakap"dah ada sekali, ayah bace je.tapi rumah tangga yg hebat adalah Rasulullah s.a.w,". terkesiama ana mendengar. ana saje nak lawak dengan ayah, ana pun insaf bila ayh ingatkan. ana kagum bila diorang naik heli, ayah cakap "bia kita naik heli kat akhirat, dalam syurga lebih heli pun naiklah. ingat, akhir hidup kita, kita taktahu..nak care hal orang anis..tak sudah. kita ni Allah pandang macamana taktahu,". ya Allah, ana betul2 tak terfikir. fikiran budak lagi rupanya ana...masih jauh tertinggal.
jadi, ana biarkan blog ini. ana terfikir-fikir..bagaimana pandangan Allah yg Maha Mulia pada ana? sedangkan hambaNya pun bukan semua yg puas hati dgn ana..Allah? astaghfirullah
ayah dah cakap, tak perlu blog. ana diam. ayah tak halang, ikutlah. ana diam. memikirkan kebenaran. ya! banyak kali ana tewas dgn pemikiran ayah. bila kami ber"hujah"..pastiakhirnya ayah akan menang. ayah cakap, "kene pandang jauh, fikir jauh". ana diam.
ayah tak tanya azam tahun baru, sebab ayah tahu yg anak perempuan dia ni malas berazam. memang ana malas azam tahun baru ni..kalau azam tapi tak buat. kawan ana cakap, "hampeh je buat azam mu ni,". sengih je la. ana suka pahatkan azam setiap hari. jadi akan berubah-ubah azam ana. namun perkara pokok tetap sama, tujuan tetap sama..cuma azam ape je yg lain.
bangun pagi, ana akan fikir2kn ape aim hari ni..nak buat apa. lebih kurang macam tu lah. sebab ana akan boring dengan azam yg sama dalam satu tahun. jadi ana akan ubahkan azam setiap hari tanpa mengubah asal azam tu. apapun, azam kita biar mencapai mardhotillah.
azam ana?
lebih baik dari yg sebelum ini..
~melupakan yg tak patut..berbakti pd yg patut..buat yg patut..teguhkn yg patut..semua yg patut2 lah :)..ngee
ceria dr semalam..masalah ada pun still boleh senyum sampai nak koyak mulut,even ana cepat nangis :). lebih ikhlas dan sabar dalam hidup. moga iman dan taqwa makinmeningkat..insyaAllah,ameen. dan dalam naungan Allah Rabbul 'Izzati selamanya..
sama2 kita doakan..
dah masuk 4 muharam..bagaimana hidup kita, lebih baik atau buruk?
hablumminallah wa hablumminannas..bagaimana? biarlah lebih baik..ana pun masih perbaiki
wallahu'alam
Wednesday, December 31, 2008
salam maal hijrah 1430hijrie
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 11:53 PM 1 comments
Labels: althafunnisa'
Tuesday, December 30, 2008
calling..calling
asif semua ana terpaksa membiarkan blog ini kosong tanpa apa-apa catatan cinta di sini. sebenarnya ana sedang berjuang untuk kawan2 dan diri sendiri. jadi dalam teori ekonomi akan ada kos lepas..kos lepas ana waktu itu ialan blog!
ana tak berfikir ingin menulis tentang hijrah, jika ana tulis sekalipun kalau itu semua ibarat angin lalu,antum semua mesti fahamkn? insyaAllah artikel tentang hijrah akan menyusul, tetapi ia adalah tinta dr ayahanda ana sendiri. fikrahnya lebih jelas berbanding ana, hati lbh bersih.
suatu petang..taklah petang sangat. ana sedang nyenyak tidur, terrlalu penat. tiba2 pintu diketuk bagai nak pecah, sah abang ana yg ketuk! dengan sedikit geram ana bangun membuka pintu, "apa?" soal kepadanya. "kawan hang tipon,". dalam hati terdetik, sape pulak tipon waktu2 gini.
*kawan ana menghadapi masalah yg ibu dia ade konflik dgn ayahnya. jadi dia selalu burukkan ayah kawan ana ni depan dia. dia tension. tersepit antara dua. kadang2 mereka bergaduh depan2. kawan ana taktahan. siap keluarkan kata2 kesat. jadi, anamengharapkan antum dapat memberikan pandangan, nasihat pd kawan ana. sengaja ana tinggalkan sekerat, nasihat ana pada dia taklah sehebat buah fikiran antum. moga mendapat kerjasama:)
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 9:56 AM 3 comments
Labels: althafunnisa'
Friday, December 26, 2008
dia yg dirindu
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 9:31 PM 2 comments
Labels: althafunnisa'
siapa nak masak?
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 10:32 AM 0 comments
Labels: althafunnisa'
Thursday, December 25, 2008
10hari yg menyesakkan
peritnya perpisahan! ana pesan pd mereka dn diri, jangan tinggal solat..cukup 5 waktu, taat pada ibubapa, walau rasa susah..usah bersungut terhadap mereka. apapun, tanamkan Allah di hati. ana sebak, air mata hampir2 gugur di hadapan mereka. alhamdulillah, berjaya tahan. namun ana sedikit gembira, ana tak lagi berdepan dgn muslimin! takut juga,bila dah pergi pusat pengajian, ana akan hadapi perkara ini juga..moga hati ana tetap berpegang prinsip2 suci. insyaAllah, amiin.
alhamdulillah, ukhwah kami masih kekal. ada yg lost contact, tapi masih ada yg terus berhubung. ana pasti akan rindu saat2 itu! saat yg indah bersama kanak2 riang :)
*adikku, walaupun kamu di usia kanak2..wajibkn dirimu solat. solat kerana Allah, bukan akak. akak mohon maaf jika ada buat antunna terasa, ketahuilah adikku, k.nisah hanya ingin ilmu ini sampai dn bermanfaat buat kita semua. k.nisah takut amanah ini tak terlaksana. adikku sayang, k.nisah sayang antunna semua. rajin tuntut ilmu, ikhlaskan hati dan banyakkan sabar. doakan kejayaan k.nisah ya..uhibukunna fillah
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 11:35 PM 0 comments
Labels: althafunnisa'
cinta, tegarkan hatiku!
Apa khabar semua? Harap semua berada dalam rahmat dan lindungan-Nya. Sudah lama saya ingin berkongsi coretan disini, tetapi kerana kesuntukan masa dan tanggungjawab sebagai pelajar membuatkan saya terpaksa korbankan. Alhamdulillah, syukur pd Dia kerana memberi kekangan masa kepada saya untuk berkongsi anda semua.
Kadang-kadang saya tersenyum sendirian mebaca kisah cinta yg takkesampaian, saya pun macam mereka juga. Agak obsess terhadap cinta. Tapi itu dulu,InsyaAllah sekarang harap tak lagi.
Biasanya cinta di peringkat sekolah, tak sejati. Tak banyak yang kekal,banyak yang main-main. Namun saya tepis tanggapan itu dan akhirnya saya jatuh hati pada seseorang. Dari dulu saya dikenali sebagai girl yang tak berkaple,pendek kata kalau saya berkaple memang terkejut besarlah kawan-kawan saya. Tapi fitrah manusia,saya pulak perempuan. Dipendekkan cerita, saya berkenan pada seorang lelaki itu. Bagi saya, asas pegangan agama dia yang buat saya suka. Nasihat-nasihat yang dia berikan amat bermakna buat saya. Saya pegang betul-betul dan sematkan dalam hati. Setiap hari saya bersemangat meneruskan hidup yang baru,ingin menempa kejayaan sama seperti dia.
Awal perkenalan saya amat bahagia, namun disaat akhir kami terpisah begitu sahaja. Kami tak pernah declare,dan kami hanya kawan. Tak lebih. Tapi jauh disudut hati saya mengagumi dia. Akhirnya, dia akan menyambung pengajian ke pusat pengajian tinggi. Kami tak boleh berhubung seperti biasa,kerana dia akan sibuk disana nanti. Saya faham dan pasrah dengan apa yang berlaku. Tetapi ada satu ceritera terselit yang membuatkan saya betul-betul merana kerana dia. Tak payahlah saya tulis disini,let bygones be bygones. Sejak haritu,saya tersiksa. Merana,amat-amat merana. Setiap hari air mata saya pasti gugur disebabkan dia. Lagu-lagu yang jiwang sikit pun tak boleh dengar,mesti saya menangis. Pelajaran saya down,turun merudum sebab saya rasa sakit oleh semua ini. Tahun itu tahun yang paling perit untuk saya berdiri. Rasa tak sanggup nak berdiri,tetapi kenangkan mak dan ayah,saya tetap gagahkan. Hati saya hancur,remuk. Saya tawar hati dengan lelaki. Walaupun dia dah ada orang lain,saya tetap setia meletakkan dia di hati. Dia lelaki pertama yang berjaya menghuni hati saya. susah untuk saya biarkan kaum adam berada di hati,tetapi dia berjaya. Saya kalah! Kalah dengan emosi sendiri. Kalah dengan percaturan cinta yang langsung takda makna.
Bila tahun baru bermula, saya nekad. Tak mahu pandang ke belakang,mahu memulakan hidup baru. Buka buku baru,yang lepas tak perlu ditoleh. Azam baru,tekad baru bersama. Saya tak mahu mencari cinta lagi. Cukuplah yang lepas amat menyakitkan. Saya rela menanti asalkan tidak buat saya rebah kali kedua. Tetapi saya terlibat lagi buat kali kedua, yang kali ini banyak menyedarkan saya. Banyak mengajar saya hakikat sebenar. Kami bukan bercinta, tetapi berkawan. Sama juga seperti kisah pertama, saya kagum dengan dia. Prinsip yang dia jaga, sifat dia dan yang paling penting agamanya. Itu yang membuatkan saya agak senang dengan dia. Mak saya turut senang saya berkawan dengan dia. Sehingga di akhir persahabatan kami pun dia masih berhemah dalam berkata-kata. Dia buat semua ini untuk kebaikan saya, saya masih belajar. Perlu tumpu pada pelajaran demi masa depan. Saya terima apa yang dia cakap, dia tak pernah menyakitkan hati saya. Tetapi kami perlu noktahkan segera agar tidak terlajak jauh. Kami kawan, bukan kaple. Jadi keputusan ini adalah untuk kebaikan bersama, dan kami tidak pernah bermusuh. Masih ok sampai sekarang.
Apa yang kita boleh lihat, kisah 1 dan 2 berbeda. Kisah pertama membuatkan saya betul-betul jadi hamba cinta. Bila saya ingat balik, Ya Allah bodohnya aku jadi begitu. Obses terhadap cinta. Membazirkan sisa hidup begini, andai kata Allah menjemput saya diwaktu itu..naudzubillah, tak dapat saya bayangkan. Betul-betul saya jauh dari Dia. Saya dibelenggu sedih yang amat sangat. Tak terkata. Tetapi daripada kisah kedua, walaupun sedikit sebanyak memberi kesan kepada saya, tetapi saya lebih pasrah. Terima dengan hati yang agak terbuka walaupun susah. Dia sempurna bagi saya, walaupun ada kekurangan tetapi itu perkara biasa. Saya terima yang kedua ini tanpa syarat dan biarlah dia pergi tanpa sekat. Banyak yang saya belajar dari dia. Setiap bait kata dia mempunyai pengajaran. Air mata saya gugur kerana saya fikir saya takkan dapat sebaik dia selepas ini, tetapi itulah qadar Dia. Kita harus terima. Saya kena terima.
Saya decide taknak guna handphone kerana taknak jadi orang bodoh menunggu mesej dari dia setiap hari. Terasa bodoh tetapi saya tetap lakukan. Mujurlah saya ada kawan-kawan yang support saya. Saya tak berapa kecewa dengan yang kedua..saya boleh terima. Putri, kadang-kadang Allah mendatangkan kepada kita berbgai-bagai ragam manusia untuk diuji. Datang yang sempurna dimata kita, hati meyatakan dialah jodoh kita. Siang malam berdoa agar dia adalah jodohku, tetapi mana tahu bukan itu yang terbaik. Rahsia Allah kita tak tahu. Ini semua rahsia Dia, kita tak tahu. Tak semestinya orang yang kita suka adalah jodoh kita. Memang dia baik, sempurna tetapi mana tahu dia tak boleh membahagiakan kita esok hari. Positiflah dalam berfikir. Jangan menjadikan cinta sebagai tajuk utama dalam hidup. Kecewa memanglah..namun renungkanlah kembali asal kejadian kita. Allah sendiri sudah memberitahu didalam Al-Qur’an tujuan manusia dan jin dijadikan. Bukan untuk mencari cinta, tetapi beribadah pada Dia.
Pembaca sekalian, yakinlah pada Tuhan sekalian alam. Dia takkan mengkhianati kita..malah dia berikan yang terbaik buat hamba Dia. Dunia semakin tua, bermakna hidup kita tak panjang lagi. Mardhotillah yang dicari sepatutnya, bukan percintaan menjadi fokus utama. Mengapa perlu menyeksa diri, menagih cinta yang tidak tahu tulus atau tidak sedangkan kita tahu cinta Alah lebih baik dari segalanya. Sekalian umat Islam dan anda semua, jalan bahagia itu hanya satu. Iaitu jalan menuju Ilahi, semakin jauh kita lari dari Dia semakin kusut dan serabut hidup. Oleh itu, kembalilah pada Dia...Allah menanti dengan kasih dan sayang lebih dari orang yang kita sayang. Tidakkah rasa bangga?
Petikan dari majalah Anis keluaran Mei, ”apabila hati ditadbir oleh akal berlandaskan iman, berbudilah dulu pada mereka yang sepatutnya. Keluarga, terutama ibu dan ayah merupakan golongan yang pastinya memerlukan perhatian dan toleransi daripada kita sebagai anak. Mereka tidak pernah menyebut, tapi kita akan memahami jika kita benar-benar anak mereka. Hati yang suci dan murni tidak berkira untuk berbudi. Tidak kira untuk siapa, hanya matlamat budi yang utama.
Ketika itu, cinta yang berputik tiada lagi menjadi keraguan. Kerana persediaan yang rapi menjadikan kita cukup matang untuk menghadapi sebarang situasi. Hubungan direstui, diredhai dan diberkati. Itulah yang kita cari. Kita tidak mencari cinta yang buta tapi kita mencari hati yang suci.”
*jangan hanya mencari percintaan...salam mujahid memburu syahid
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 3:43 PM 2 comments
Labels: althafunnisa'
Saturday, December 20, 2008
Allahu Akbar
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 11:26 PM 0 comments
Labels: althafunnisa'

