BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 1, 2012

ngee :)

assalamualaikum wbt dan salam sakinah untuk semua. kerana ketenangan itu lahir dr keredhoan Allah untuk kita. maka bergembiralah pd hamba-hamba yg telah dihadiahkan ketenangan dr Allah, iaitu ketenangan hakiki..biarpun dihimpit sejuta masalah..masih bergerak seperti biasa, zikirnya makin bertambah :))

hanya sekadar ingin menyapa di blog ini sahaja. tiada apa-apa dr ana. semua dr Allah yg Maha Hebat. sejak akhir-akhir ini terasa mcm diri ni tamak. tamak itu dtg dr nafsu. astaghfirullah.



puasa itu dapat mengawal nafsu. dipetik dr sebuah hadis. krn apabila kita berpuasa, kita akan merasa Allah akan sentiasa mengawasi kita, maka kita akan menjaga tindak-tanduk kita dengan sebaiknya. maka, berpuasalah!

ia juga dapat mengawal nafsu makan. karna dr nafsu makan itu akan timbul segala macam nafsu lagi.

sedih dgn diri sendiri. tamak dgn apa yg org ada. tidak bersyukur dgn diri sndiri. ambil ibrah dr kisah ini. pandang setiap perkara itu dr kacamata dakwah dan kasih sayang. menghukum adalah hak Allah, usah kita rasa HERO untuk menghukum manusia..kita siapa? HAMBA semata

~salam sakeenah

Saturday, January 28, 2012

teruskan!

assalamualaikum wbt dan salam sayang buat semua ^_^

tak terasa mahu menulis panjang. krn penat keletihan menghadiri kursus perkahwinan seharian. esok akan disambung lagi. program ini wajib bagi pelajar tahun akhir. sekerta jalan dah mata ni rase kebas..nisah..nisah

sebelum kursus ni kagi ana terdedah dengan pelbagai ragam dan kerenah manusia yg dah berkahwin. sehingga mencapai satu tahap, T.R.A.U.M.A

bukan menghalang fitrah. cuma jadi serik apabila melihat rumahtangga yg sepatutnya adalah syurga dunia tetapi telah menjadi neraka. juga buat anak-anak yg tidak bersalah. mereka turut menjadi korban. no wonder masalah sosial kian meningkat. ibu bapa sibuk bertengkar di rumah, anak-anak keluar rumah mencari ketenangan dgn cara yg salah. dan kita selalu saja ingin org memahami kita, dan kita langsung tidak membuka ruang untuk memahami org lain. apa salah mereka jika kita tidak difahami?

usah mengharapkan anak memahami betapa siksanya jiwa raga si ibubapa andai ibubapa tidak boleh memahami jiwa anak-anak. kalau macam tu kenapa nak ada anak? (amboiii soalan)

ana bukan hebat, dan ana bukan malaikat yg xpunya nafsu..dan ana bukan sesiapa menjadi penyelesai masalah. cuma boleh mendengar dan beritahu apa yg patut..
rumahtangga yg dibina berpaksi nafsu plg lama bahagia hanya setahun, tahun lain2 wallahu'alam..boleh agak rasanya.
even ustaz pun boleh cerai? ya! sebab mereka juga manusia yg ada salah

apabila dilanda ujian..apa hak kita untuk menyoal pd Allah bila ujian ini akan berakhir. seolah tidak redha..seolah complain pd Allah. setiap hari ada yg call, mengeluh..bilalah nak berakhir ujian ni..haiii laaa

adakah antum rasa ana ada jawapan?

bila diminta bersabar dan terus istiqamah berdoa,.ditanya lagi..sampai bila akk harus berdoa? aaaaa..ade ke soalan mcm tu..

ana terfikir-fikir, ini belum keluar menghadapi masyarakat lagi dah mcm2 kerenah yg tidak terjangka. kalau keluar darul quran ni mau sasau dibuatnya dengan mcm2 lagi perangai pelik manusia ini..islam,tp tidak tahu syahadah itu apa..aaaa?mengucap tu ape? tepuk dahi..

semua itu bermula dr keluarga!

kadang ana fikir mcm perlukan someone yg boleh ana share mcm2 ttg mslh umat dan keseluruhan hidup ana..namun berfikir lagi, ana juga trauma dgn dunia perkahwinan..dan skrg mengambil langlah selamat, iaitu mendiamkan diri dulu! hehehehe..malas nak fikir psl nikah ^_^

Thursday, January 5, 2012

touch n go

Assalamualaikum wbt

Mengambil kesempatan seketika tatkala mata masih belum mengantuk. Bunga-bunga mengantuk dah ada..hehe

Dah lama rasanya tak upload artikel baru. Busy dengan dunia macam ni lah..memanjang sibuk. Memanjang ada alasan. Astaghfirullah

Kerenah-kerenah manusia sekeliling kadang memeningkan kepala. Ada yg datang menceritakan masalah..ada yg datang sekadar suka-suka..ada yg datang meminta fatwa agar perkara yg dilakukan betul..dan macam-macam lagi. Rasa macam diri dah tak betul..adeii la nisah

Cuma tertarik pd satu perkongsian dr kawan. Dia bertanya, macam mana nak buang perasaan pd si dia yg disukai dan berhenti berhubung? Nadanya sedih. Air mukanya pun muram. Tiada seri seorang hafizah lagi… mungkin terlalu derita agaknya

Mengenai hati dan perasaan, jadinya remote control kita bateri kadang dah habis..kadang rosak..kadang kita tersalah kawal tersasar ke lain arah. Dan perkara tersebut berlaku hanya sekali sekala. Bukan selalu. Kalau berlaku selalu? Itu bermasalah pd orang yg mengawal, iaitu kita. Allah pemberi hati dan perasaan, pemilik yg Maha Kekal pd hati dan perasaan. Allah memberi ruang pd kita untuk menjaganya. Kita yg kurang pandai jaga..akhirnya remote control susah dah nak baiki.

Pelik. Kita tahu, tapi kita masih buat. Kenapa? Xpelik. Senang nk jawab, sebab kita gagal kawal nafsu. Sekali-sekala tersilap, itu biasa dalam membuat perubahan. Tetapi andai kata kita jatuh di lubang yg sama setiap kali melalui jalan yg sama, tanya balik pd hati. Adakah betul kita nak berubah..atau masih nak merasai keseronokan jadi perempuan murahan? Yg senang untuk dipengaruhi..senang untuk ditest, senang untuk ditabur janji..adakah sama level kita dengan kucing? Asal jumpa kucing jantan, on je.. boleh arr ni..at least ada orang nak kat aku..

Bukan ana baik sangat. Bukan ana tak pernah silap. Bukan ana tak pernah jatuh dalam lubang.

Sebab ana pernah sakit, pernah derita dgn sebab gagal mengawal nafsu..hidup ana hampir terkubur. Ikutkan nafsu. Hari-hari yg dilalui terasa tiada makna. Sedangkan Allah memberi macam nikmat, krn nafsu..ana jadi buta menilai. Apabila hancur, maka ana juga turut hancur…

Ana taknak antum ulang kesalahan yg ana pernah buat. Ana taknak antum tanggung derita yg pernah ana rasa. Cukup ana! Dan apabila melihat kawan..dengan mudah memberi kad touch n go pd lelaki2 yg hadir dalam hati dia, terfikir-fikir…adakah lubang yg dia jatuh berkali-kali tidak memberi sebarang goresan luka pd dirinya? Atau apa yg sebenarnya dia rasa.. atau dengan memberi izin memiliki kad touch n go itu kepada mana-mana lelaki berjaya membuat dia rasa kurang sakit pd lubang-lubang yg dia telah jatuh..benarkah begitu?? Masih dalam mood tertanya-tanya… mudahnya hati menerima dan membiarkan pergi..mudahnya untuk bertukar ganti..adakah itu nilai cinta buat suami kita suatu hari nanti? Bertukar ganti…naudzubillah

Suami adalah pinjaman dr Allah..agar kita dan dia lebih mencintai Allah. Fitrah manusia lemah. Perlukan pertolongan dan sokongan. Dan Allah Maha Pengasih mengurniakan pasangan..agar menyubur cinta pd Allah. Bukan menyubur cinta nafsu yg boleh bertukar!

“yaAllah, pelihara hati kami dr cinta dunia..cinta nafsu yg membinasakan hati-hati kami..amiin”

3/1/2012

12.23 a.m

bermula al-hafizhoh

Assalamualaikum wbt dan salam damai buat hambaNya yang masih istiqamah merindui dan mentaatiNya..inshaAllah

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah

Segala puji bagi Allah yg mengaturkan keindahan hari ini yg tidak terhitung nikmatNya. Allahuakbar! Hari ini bermula tanggungjawab yg berat. Ana tahu hari ini akan tiba, Cuma bila?? Allah saja yg tahu. Tatkala ana memilih jalan ini untuk meneruskan perjuangan hidup, ternyata jalan ini menjanjikan seribu satu derita dan kesengsaraan. Ana tahu. Dan ana mahu mengelak. Namun, siapa ana untuk mengatur hidup tanpa mempedulikan aturan Allah..

2/5/2009 adalah tarikh yg mengubah hidup ana 85%. Saat kaki melangkah masuk ke kompleks darul quran jakim, bulu roma ana tegak. Ana merasakan kembara hidup yg sebenar bakal bermula. Dari haluan siswa bersama pensyarah, kami didera. Disambung dengan mafatihul mahabbah, kami rasa sengsara. Semua itu adalah ujian buat kami sama ada tegar atau sanggup untuk mendukung amanah Al-Qur’an ini. Setiap yg kami lakukan pasti ada saja tengkingan dr exco. Kami betul-betul dalam ketakutan. Tanpa rehat. Amat lelah selama 2minggu orientasi. Allah saja yg tahu isi hati kami.

Setelah program tamat, beru kami diterangkan kenapa kami diseksa sebegitu rupa. Amanah Al-Qur’an ini bukan mudah. Hidup kami tiada rehat. 24jam dengan Al-Qur’an dan zikir. Tidak boleh lalai. Akan dihukum. Itu yg nyata. Azab Allah kita pasti tidak sanggup untuk menghadapainya bg org yg mengabaikan Al-Qur’an. Sungguh. Ana menangis tanpa henti. Mengenangkan bebanan hidup yg bakal ana galas.

Setelah dibahagi kepada kelas tasmi’..ana ditarbiah dgn duru tasmi’ yg strict. Wajib 1hari 1maqro’..kalau tak dapat kena berdiri diluar. Allah saja yg tahu hati ana. Merangkak-rangkak ana menghafal. Menghafal bersama air mata. Masjid dq menjadi saksi air mata ana tidak pernah kering. Setiap hari kena berdiri diluar. Mungkin bg sesetengah orang tertanya-tanya, susahke hafal? Saat ana menghafal ayat pertama, baru ana tahu, ia bukan semudah menghaafal formula akaun, addmath, bio, fizik dan chemi..satu ayat amat sengsara untuk ana betul-betul hafal.

Ujian perasaan hampir-hampir menghancurkan masa depan dalam bidang hafazan. Hampir-hampir ana give up untuk check out dr dq. Siapa ana untuk menolak perasaan yg hebat pd waktu itu. Apabila akhirnya dinoktahkan, maka hanya Allah yg tahu derita sengsara hati ini. Seminggu tasmi’ ana hancur..baru tasmi’ satu ayat, air mata mengalir tanpa henti. Terlalu sakit yg dirasakan. Mungkin ana yg silap langkah, membuka hati terlalu awal. Dan akhirnya, kecewa itu makan diri. Bermula hidup baru, yg ana inginkan tanpa luka. Dan kadang hati tetap terasa pedihnya. Itu ujian perasaan yg sgt menyakitkan. Dan ana tahu, Allah mengaturkan itu bukan sia-sia, Allah ingin menegur hati yg semakin kotor dgn dunia. Lagho dgn perasaan sendiri. Akhirnya, terluka hingga tak sudah. Biarlah, andai sakit itu Allah redho, maka biarkan ia. Bukan hak ana untuk mengungut dan mempersoalkan. Terlalu banyak hikmah yg ana kutip dr perkara itu. Seorang wanita solehah, bukan terhasil dr perkara biasa-biasa, tetapi setelah ia menempuh pelbagai cabaran yg betul-betul men’solehah’kan dirinya. Bukan ana solehah, jauh lg. tapi ana anggap itu teguran dr Allah buat hati yg lalai. Buat hati yg terlalu mengharapkan manusia.

“jika hidup kita berharap pd makhluk, jika makhluk itu runtuh..maka kita juga akan runtuh”

Juga ana pernah repeat exam al-quran. Menyakitkan. Pointer menurun. Ana betul-betul down. Ana menangis semahunya. Ana cuba tenang, dan air mata masih juga mengalir. Ana terlalu sedih dgn diri sendiri. Bodoh ke ana sampai exam al-quran pun kena repeat tiap2 sem? Ana terluka. Ana terasa rendah diri. Juga tidak terlepas family probs. Yg menguji kekuatan untuk terus berdiri. Tiap2 malam, pasti bantal basah. Ana tak dapat menahan air mata. Hanya itu yg mampu ana lakukan. Ana terasa berat. Terasa lelah. Setiap hari pasti ujian baru bakal ana hadapi. Dari hanisah yg penuh tarbiah, tiba-tiba bertukar dgn hanisah yg biasa-biasa..itu waktu yg amat teruk bg ana. Macam mana ana yg dulu pernah kuat dgn ujian, akhirnya ana tersungkur di bumi dq.

Penulisan ana mungkin bagus..dan banyak tak bagus. Dan ana tahu, ana bukanlah bagus. Ana menulis untuk diri dan sesiapa yg mahu ambil ibrah. Bukan mengutuk kehidupan ana. Fitnah itu biasa. Setiap hari ada saja ana mendengar cerita-ceriti psl ana. Namun biarlah, ana dah tak larat nak layan. Pandai cakap belakang, bukan berani nak jumpa tanya hal sebenar. Itu reality banat dq yg sekarang. Mgkn ana juga termasuk sama. Astaghfirullah.

Sampai saat ana pergi umrah, itu kemuncak hidup ana di dq. Disana, terhambur segala rasa yg selama ini disembunyikan. Menangis semahu-mahunya. Biarlah itu hanya Allah yg tahu segala detail hidup ini..yg terasa sukar untuk ana melangkah, mahupun melupuskan perkara yg dah lama berlalu. Terlukanya ana Allah yg tahu, kerana ana insan yg sgt lemah. Selalu terluka dgn perkara yg berlaku. Dan di Madinah, juga di Makkah..Allah tahu ceritera hidup ana. Allah tahu segalanya. Ana gembira, ana teruja kerana menerima jemputan dr Allah untuk berada di rumahNya walaupun seketika. Allah terlalu mencintai hambaNya..terlalu kasihkan hambaNya..hanya kita yg buta menilai..

Kasih Allah melimpah ruah. Rindu Allah terlalu hebat. Keampunan Allah tiada batasan buat hamba-hamba yg berdosa seperti ana. Allah mengajar erti sabar saat semua org berebut-rebut memiliki pahala, Allah mendidik erti ikhlas..disana, ana menghirup ketenangan yg abadi. Yg belum pernah dirasai. Dan pulang ke tanah air, membawa perasaan yg lara dek rindu yg tak terungkap. Setiap hari rindu ini bertambah. Semakin hari perasaan ini sukar diungkap. Rindu pd Baitullah hanya Allah yg bisa menafsir…

Akhir kalam,

Ampunkan dosa-dosaku ini yaAllah..sepanjang menjalani kehidupan. Izinkan aku untuk menjadi tetamuMu lagi, lagi dan lagi yaAllah..matikanku di bumi Madinah..amiin

^_^ 22/12/2011

Tuesday, December 13, 2011

termenung disini

Assalamualaikum wbt dan salam rindu abadi buat pelawat blog ini. Moga ada sesuatu yg dapat kalian kutip dr blog ini. Yg kadang kala mengarut je banyak.. J)

Tiap kali melihat gambar kaabah, terasa sangat sebak di dada ini. Membuatkan jiwa tak tenteram..dan air mata menafsirkan segalanya. Ana begitu kecewa dengan diri sendiri untuk umrah kali pertama. Dan inshaAllah jika ada peluang umrah kali ke2..mOga perjalanan itu lebih baik dr yg pertama. inshaAllah.

Saat-saat getir yg sedang dilalui kadang rasa lelah, penat, dan tinggalkan semua. Kerja jadi slow. Low motivation..atau erti kata lain, makanan rohani dah berkurang. Pada saat yg sangat lemah, mereka di sekeliling meminta izin untuk berpaut, meminta kekuatan untuk teruskan hidup. Sangat menguji rasanya.

Apapun Alhamdulillah Allah memberi rasa seperti ini, kita takkan lagho dengan benda lain. Dulu, ana suka tonton cerita korea if ada masa lapang..dan sekarang tak punya masa lapang. Kalaupun tak buat kerja, otak tetap ligat berfikir untuk cuba memberi rasa senang pada orang sekeliling. Ana bukanlah baik sangat, tetap berbuat kesalahan yg terlalu banyak untuk dihitung. Setakat mn yg mampu, buatlah kebaikan! Allah tak paksa. Allah memberi pilihan pd kita. Syurga atau neraka..itu saja

Hidup ni jangan terlalu berkira, Allah akan berkira dengan kita di mahsyar nanti. Kebaikan yg kita buat, bukan datang dr kita. Ia adalah rasa yg Allah hadirkan. Rasa itu jua milik Allah. Dan kejahatan itu datang dr nafsu yg kita tak reti nak kawal. Terlalu cukup Allah bagi panduan untuk mengawal nafsu, jd tidak ada alasan yg kita buat jahat adalah takdir Allah..

Diri kita, adalah HAMBA ;))

Monday, December 5, 2011

seribu hikmah utk hamba

Assalamualaikum wbt dan salam penuh kerinduan dan penghargaan buat hamba-Hamba Allah yg setia memburu cinta dan redha Allah selagi hayat diberi, moga2 kita tergolong dlm kalangan syuhada’ yg memperjuangkan islam hingga ke percikan darah yg terakhir…insyaAllah

Alhamdulillah dipertemukan dengan penyelia thesis yg ana thiqoh dgn ilmunya. Mungkin ustaz agak strict dalam menilai thesis yg hanya satu jam kredit. Tapi ustaz awal-awal lagi dah nasihat pd kami semua, thesis bukan hanya untuk mendapat 4.0 yg dinilai satu jam kredit, tp thesis adalah kajian yg kamu lakukan berdasarkan ilmu yg telah kamu dapat selama 3tahun kamu di d q. gurllpp!

Baru terasa nak buat ala kadar je. Adakah ana tersalah pilih penyelia? Tapi ana tak rasa menyesal, taktau kenapa.

Ramai kawan tanya, siapa penyelia. Bila ana sebut nama ustaz tu, semua cakap..erm, susah la ko nk dpt 4.0. bukan sesenang ustaz nak bagi 4.0. even budak mumtaz pun susah nak dapat 4.0 dengan dia.

Tajuk2 yang ana usulkan:

1) Khaulah binti tha’labah: pencetus penurunan wahyu mengenai zihar

2) Turki Uthmaniah: kesan kejatuhan dari segi moral masyarakat

Ustaz macam tak puas hati. Dia minta ana pilih satu tajuk nerdasarkan course yg ana belajar sekarang. Jadi, untuk ambil hati ustza ana kira ana bagi tajuk paling senang…

3) Hadis mengenai ganjaran membaca Al-Qur’an: kaedah metodologi takhrij hadis

Itu pun ana letak paling lat dalam list, dan berdoa harap-harap tajuk ketiga tak diluluskan. Setelah sebulan pemurnian tajuk thesis, di akademik tertampal tajuk-tajuk yg diluluskan. Dengan rilex, ana menjangkakan tajuk pertama yg diluluskan. Nak terkeluar biji mata ana, tajuk ketiga lulus dengan mudahnya. Rasa macam nk tercabut jantung ni. Apa nak buat skrg ni???

Ustaz dah mula minta proposal. Dalam keadaan blur siapkan proposal dalam masa seminggu. Berkampung di library mcm orang takde rumah..heheh. still blur..apa nak buat ni. Ana menjangkakan, ganjaran orang membaca Al-Qur’an hanya sekadar pahala dan kesenangan lain, tp skop ini terlalu luas. Dengan membaca Al-Qur’an kita dapat mengubati penyakit, mengetahui sejarah islam dengan lengkap, mengetahui istinbat hukum, mengetahui kaedah ilmu falak, sains di zaman moden dan sebagainya. Kerana Al-Qur’an adalah sumber rujukan utama umat islam..dan semua terkandung didalamnya. Termasuk tipu helah musuh-musuh islam..terlalu banyak yg perlu ana rungkaikan..ana sendiri baru tahu..

Ana mula tertekan, rambut dah start gugur ni. Alamak. Ni dah tahap teruk ni. Mood nak tasmi’ pun hilang, ustazah geleng kepala tgk ana. Semacam semangat dah hilang. Tp Allah mengembalikan semangat ana, kerana proposal ana diterima dgn mudah. Tanpa perlu diedit banyak. Allahuakbar! Penyelia ana bukan senang nak terima proposal. Kebiasaannya kena edit 2/3 kali baru lulus. Tp Alhamdulillah. Allah mudahkan.

Moga Allah mudahkan perjalanan thesis, mudahkan perjalanan untuk ana bergelar hafizah, mudahkan segala urusan dunia akhirat. Amiin. insyaAllah.

mendapat ganjarannNya

Ana tak bersungguh dalam berbuat sesuatu. Ana terasa sangat rugi. Masih blur2. Tapi banyak hikmah yg Allah sampaikan in a silent way. Allah mendidik sabar, yg selama ini ana terasa sgt susah. Allah beritahu makna yakin. Allah membisik erti tenang dalam setiap perkara yg berlaku, jangan kelam-kabut. Semua tu Allah tegur satu persatu.

Assalamualaikum wbt dan selamat menjalani kehidupan dengan sebaik-baik keadaan. Mencintai Allah sebaik-baik cinta. insyaAllah

Sangat mengantuk dan sangat letih. Tapi ana rasa kekuatan untuk menulis mengatasi rasa mengantuk. Moga2 apa yang ana tulis, dapat memberI sedikit ibrah dan lebih baik dapat memeberi sesuatu yg ada impak buat yg membacanya.inshaAllah.

Dah lama tak dengar lagu2 maher zain, sesekali dengar terasa disapa deru angin yg sangat lembut. apapun, ana ingin sampaikan berita gembira. Alhamdulillah abang ana dapat projek di UK. Jadi ada sedikit rezeki. Dia tanya, nak hadiah apa sempena khatam hafaz 30juz ni. Dia nk bawa ana ke UK. Tp ana just minta 1..1 je. Bawa ana pergi umrah. Itu saja hajat ana. Ana terasa banyak perkara yg perlu ana tebus disebabkan kesilapan-kesilapan saat umrah pertama. Ana kurang menjaga hati!



Kat sana bukan tiba-tiba kita akan jadi ‘solehah’..tapi solehah di sana dididik. Hasil tarbiah dr Allah. Special! Kalau balik ke Malaysia dan di mana saja kita kekal solehah, itu kemungkinan besar umrah maqbul..inshaAllah.

*pray 4 me agar ada rezeki untuk umrah tahun depan. I really miss masjidinnabawi and masjidilharam. Satu je doa ana, YAALLAH..MATIKANKU DI BUMI MADINAH..amiin