BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 3, 2012

bumi DQ

assalamualaikum wbt,

bila buka fb, ramai batch IRSYAD mula post kerinduan akan Darul Quran. ana juga rindu. rindu bersulam rasa perit. namun manis itu yg ana pegang hingga sekarang.

bukan tak rindu. rindu.
tak dapat diluah dengan kata atau tulisan.

menjejakkan kaki ke DQ adalah langkah yg silap. seolah ana tak redho akan diri. ana punya cita yg lain. ana ingin duduk sebaris dengan akauntan profesional Bank Negara. atau pakar ekonomi islam. itu cita ana sedari tingkatan 4. ana yakin. ana nekad.

musyawarah dengan ayah, negatif! ayah membantah keras. my tears rolled down. setiap hari ana menangis. dan result spm terkubur! semakin banyak telunjuk menyalahkan ana. qadar ini Allah tetapkan. dan rezki ana tertulis di bumi DQ.

menjejak langkah pertama, doa ana hanya satu. temukan ana dengan sahabat yg solehah. yg boleh pimpin ana ke syurga. i'm not tired keep the dua'. i know Allah hear my whisper. jatuh bangun di bumi dq hanya Allah yg tahu.

segenap ruang ana diuji.
paling teruji adalah perasaan.

setelah 3tahun, dicampak, dihina, difitnah, dicerca, dimaki, didenda, dipermain, diumpat..ini ana sekarang. ana tidak bangga, masih seperti dulu. i'm still believe yg Allah selalu selamatkan ana. apa sekalipun manusia buat, Allah knows. i've Allah utk mengadu. it's more than enough.

3years in diploma hadis, i'm turned back. Allah xsalah memilih dq utk ana. smile.

Friday, October 26, 2012

Annyeong



“zat..izzat..oiii,” laung maisarah dari koridor tingkat tiga. Izzatun yang sedang asyik menyidai pakaiannya terjenguk-jenguk ke kiri dan kanan. 

“oiii. Sini la,” 

“astaghfirullah. Buat terkejut aku je. Bukan ke suara kau tadi jauh? Tiba je ade kat sini,” Izzatun mengurut dada. Terkejut dengan sergahan Maisarah.

“zat, petang ni dating jom,” nafas maisarah tidak teratur. Mencungap. Pecutan menaiki tangga ke tingkat tiga seperti berlari 400meter tanpa henti.

“iyolah,” izzatun mengangguk. Malas dia bersoal-jawab dengan maisarah. Disuruh jadi peguam, lain pula bidang yang diambil.

*****
“oo..mak terbalik,” latah maisarah. Namun mulutnya masih sempat menghabiskan surah al-anfal yang masih berbaki dua ayat.

“sakit la kau cocok aku. Nak terkeluar jantung aku ni. Haishh,” maisarah membebel. Izzatun hanya memandangnya dengan lirikan mata. Maisarah memang banyak mulut. 

“zat, terima kasih sudi dating. Hoho,” tawanya berderai. Izzatun tersenyum. Al-Qur’an diletakkan perlahan-lahan di atas meja. Maisarah melemparkan pandangannya ke arah tasik. Tiba-tiba sunyi.

“assignment ustaz khairi dah siap?” soal Maisarah. Dahinya berkerut. Mulutnya muncung. Izzatun mengangguk. 

“aku tinggal part yang last. Tu pun rasa cam malas. Astaghfirullah. Syuh..syuh malas. Jangan kau dekat,” tawa mereka berderai lagi. Sunyi jika tiada Maisarah yang kecoh ini. Bunyi tapak kasutnya sahaja semua orang sudah tahu itu Maisarah.

“kau ok?” Izzatun bersuara. Setelah 15minit dia mendiamkan diri.

“ok,” maisarah tersenyum lebar. Tetapi matanya sudah mula bertakung. Izzatun tahu maisarah memendam rasa. Ramai orang tahu maisarah seorang yang happy go lucky, tetapi lagi ramai yang tidak tahu membaca jiwanya. Tawanya sering bergetar dengan tangisan hati. Dan itu izzatun tahu.

“takpelah zat. Allah bagi aku macam-macam, kenapa mesti aku sedih. Kena sabar,” maisarah memujuk dirinya. Dia kembali senyum. 

“eh, dah pukul 6.30. jom makan. Nanti makanan habis, tak larat aku nak ke cafĂ©. Melainkan aku kerja kat sana. Hehe,” izzatun senyum. Maisarah senyum. Mereka jalan berpimpin tangan sambil ‘tebuk-menebuk’ hafalan masing-masing. 


^^ to be continue

Thursday, October 18, 2012

yakin inshaAllah

assalamualaikum wbt dan salam cinta.

sejak menjawat jawatan sebagai guru di sriaman, jadual berubah 200%. really busy. sampai mak pun bising sebab xdpt bawak mak pegi jalan-jalan macam dulu. anis minta maaf mak.

ramai orang cakap ana ni bodoh sebab lepaskan offer utk further study ke degree.i got offer from usim in fiqh fatwa.

but i have reason. why.

sebab tu terlalu peribadi yg xdpt ana kongsikan kat sini. apapun ana mohon doa dr antum semua. bukan ana xmahu sambung degree, akan sambung suatu hari nanti. inshaAllah. mane tau rezeki ana di mekah ke, madinah ke. hehe. berangan boleh la.

tp itu tempat yg ingin sangat2 utk tinggal. i love mekah. i love madinah. setiap saat nadi berdenyut menanggung rindu dendam buat haramain. hanya Allah yg tahu, betapa hati ana rindu pada rumahNya. selalu berangan,siapalah yg nak sponsor ana pegi umrah. sponsor half pun xpelah. half lagi ana try usahakan. kiki.

ada sebab kenapa ana xpegi usim tu. hati ana tenang untuk xpegi setelah istikharah berkali-kali.

perjalanan setiap dr kita berbeza. ana yakin yg Allah menyimpan hikmah yg besar buat kita semua. it's ok kalau antum ingin keluarkan pendapat, dan ana juga punya sebab.

anak-anak sriaman terlalu dahagakan tarbiah islam.

liku yg terlalu banyak utk memperkenalkan islam pd mereka tatkala kehidupan mereka selama ini yg 'islam' hanya pd solat, zikir dan membaca al-quran. subjek akhlaq, feqah, aqidah, sirah hanyalah utk peperiksaan shj. tiada relation (hubungan) dgn kehidupan.

Allahuakbar! oleh kerana ana belum bersuami dan masih muda trang tang tang, ana di'haram'kan untuk bergaul terlalu rapat dgn pelajar. ana faham niat suci mereka. kalau pandai cakap sgt, kenapa xbuat? sebut je kasih sayang, tp dimana hak kasih syg utk anak2 kita...

walaupun mereka xlahir dr perut ana, ana tetap sayang mereka seperti anak. malah ana sgt ingin menggunakan perkataan ummi utk mereka. apakan daya, semua perilaku diperhati dan dipersoal. tp ana ana senjata yg ampuh. ana punya doa. ana punya kekuatan yg Allah pinjamkan. inshaAllah.

bila fitnah itu melanda, saat itu ana terasa terus nak kawen. agar ada teman lelah dalam mendidik dan dididik. agar mulut2 itu tertutup. tp ana tahu, erti perkahwinan lebih besar dr itu. bukan semata utk elak fitnah, tp tanggungjawab mengendalikan amanah Allah. Allahurabbi!


Monday, October 1, 2012

ku yakin aku untukMu

assalamualaikum wbt :)

apabila Allah mentakdirkan ana memegang kumpulan 7 dalam camping anak-anak tahun6, gembira! setelah meneliti nama anak-anak, kelu. kenapa tiba-tiba adik si dia dalam kumpulan ana? macamana ana nak face that girl..aduuh. ana rasa macam nak nangis, dan dah nangis pun :)

setiap hari ana menangis. merenung hikmah Allah dalam ketetapan yg menyakitkan. setelah segala usaha ana cuba utk bertenang, alhamdulillah dengan izin Allah, nadi ana berrdegup tenang.

ana akur, sejak akhir-akhir ini ibadah tunggang-langgang. ana yakin, cara ini adalah yg terbaik utk Allah pimpin ana kepada Dia. bukan kepada si dia. bicara senior ana, "ada dua petanda Allah nak bagi. sama ada Allah nak dekatkan nisa dgn dia, atau Allah nak jauhkan nisa dgn dia".

itu Allah shj yg tau

namun, waktu skrg. ana harap Allah memilih yg kedua. walaupun sakit bertambah luka, ana lebih sakit dgn perbuatan dia. however, in the deepest of my heart..i hope Allah will choose number one.

*bilamana anak-anak diuji dgn rasa untuk mengenal cinta, gurunya juga diuji dengan rasa utk mematikan cinta. betapa sakit mujahadah ini yaAllah. matikan rasa ini yg membunuh aku dlm senyap.



Tuesday, September 18, 2012

you're nOt human

assalamualaikum wbt,


apa khabar iman? mOga semakin bertambah dan terus meningkat


environment kerja mematangkan kita. ana sangat2 bersyukur dianugerahkan suasana kerja yg sangat baik. yg buruk tolak tepi dan xperlu tengoklah. biar berlalu bak angin yg menderu. huhu

sebelum ana mulakan post ni, ana minta maaf awal-awal lagi. sebab ini ada unsur emosi perempuan. yg ana tahu hati mereka yg melaluinya. sb Allah beri ana rasa. rasa tu sakit sampai mati. bukan xredha, bukan kerana sukar terima takdir..tp ana sakit kerana ini pilihan yg boleh kita elak..dan kita memilih utk sakit!

ana benci lelaki!

jarang ana tuturkan rasa benci, tp ini memang ya. ana benci LELAKI yg suka memberi harapan palsu pd perempuan. sedangkan dalam hati bukan nak pun, tapi saje suke nak ada affair. hebat la konon!

don't u think u're lelaki idaman malaya bila ada girls yg try tackle u. i'm sorry. tp ana memang sakit hati. hello! try la piki kalau benda tu terjadi pada kakak atau adik perempuan u, atau anak perempuan u..mesti rasa nak lempang je that guy tu sebab mainkan perasaan perempuan. don't blame others kalau kesalaham tu sejarahnya bermula dari KAMU wahai LELAKI!

kawan? kitab mana cakap between girls and boys boleh berkawan yg tanpanya ada sebarang perasaan..kita bukan dilahirkan sebagai malaikat, tapi kita adalah manusia yg punya rasa..punya hati yg sangat sensitif.

berpijak pada bumi nyata


kalau anda LELAKI, anda ada otak yg boleh digunakan utk berfikir sebelum mainkan hati perempuan. tapi kalau anda masih lagi mainkan hati perempuan, anda bukan manusia...

*GET OUT FROM MY LIFE LAAA

Tuesday, September 4, 2012

banyak post yg mengarut~


assalamualaikum wbt,

baca balik post ana, mengarut meraban banyak. astaghfirullah. maaf ya. jiwa kacaulah tu. kacau dengan kesunyian yg dicipta. hidup orang mukmin tiada kesunyian, yg ada derap2 cinta Allah yg harum hingga ke syurga.

orang lain dah berkurun tahu pasal matluthfi, aimanazlan, anwarhadi. tp ana ni baru terasa nak bukak vlog mereka. masyaAllah, hebat-hebat. cuma belum tengok semua. baru tengok beberapa. mOga mereka dapat sumbang utk islam :)

dan ana?





macamnilah hendaknye. jadi doktor chenta, skrg tambah profesion cikgu bahasa melayu. that's we called crazy things. sebab tak pernah terfikir utk terjun dalam bidang bahasa melayu, after grad dr darul quran (which is 24hours hafalquran,i'adah,kelas hadis,tafseer n etc)..tiba-tiba mengajar bahasa melayu. Allahuakbar! taksusah, cuma kelam-kibut. dan ana tahu, Allah sangat membantu. melalui doa ibubapa ana yg takputus. dan Allah uji. perkara yg paling ana takut, Allah uji lagi sekali. dan ana tahu, cinta Allah selalu bersama kita.

i'm hurt

tp Allah beri anak-anak murid yg kaya dengan cinta. ana jatuh cinta pd mereka. kerenah mereka memeningkan, menggusarkan hati..dn mereka pandai mengembalikan senyuman cikgunya ini. even ana xreti mengajar, menangis je tahu..mereka menggembirakan hati cikgunya ini. segala puji hanya utk Allah.

terlalu banyak perkara yg perlu ana lalui utk menjadi kebal. nama sering dipanggil ke bilik guru besar. ditegur. dicemuh. disindir. bebanan kerja yg takhenti. dipersoal tentang prestasi murid. dan ana terpinga-pinga dengan keadaan ini. kereta dicalar. murid-murid memboikot. tiada siapa yg dapat ana ceritakan. dan air mata yg ada. itu shj yg mampu. segala kudrat digunakan, agar semua pihak puas hati. setelah hampir 4bulan berlalu, ana mampu berdiri perlahan-lahan. mungkin ana belum mampu berjalan dan berlari seperti yg lain. suatu hari nanti inshaAllah. doakan ana :)

profesion guru.
~mengajar ana bersabar, mengajar ana kuat, mengajar ana utk berdikari dan makan kari :)). ana sayangkan kerjaya ini, tp ana perlu tinggalkan untuk cita-cita. walaupun mereka nakal, kadang melukakan hati...sayang pd mereka xberubah. air mata gugur kerana sayang, terukir senyuman kerana sayang, rotan ditangan kerana sayang, denda berdiri di padang kerana sayang. tiada benci utk anak-anakku. semua muallimah sayang. dan mengertilah anakku, muallimah pasti rindukn kamu bila tiba masa utk muallimah pergi. semOga Allah menjagamu spt Dia menjaga muallimah, penuh cinta!

Monday, August 27, 2012

tenangkan hati ini

assalamualaikum wbt,

mengisi masa sebelum ke kelas. mengajar anak-anak terchenta :)

haiii, ramai kawan-kawan mendirikan bait muslim, mengikat utuh janji setia utk menjaga amanah Allah hingga ke jannah. inshaAllah. yg dapat baby pun ada. waa, dapat anak buah.
ramai kawan-kawan yg "single" ni tergugat. termasuklah yg menulis ni. haha

fikir-fikir balik diorang ni dah cukup haul dan nisob utk mendirikan rumahtangga. as my mom said, " kalau basuh baju selai pun dah melepek sehari, camane nk jage husband". betul mak, anis setuju! haaa. ia bukan menghalalkan yg haram sahaja, tp kita kena lihat lebih besar dr itu. nak cakap panjang lebar pn semua dah tau.

ramai ni tanye dr ana bila diorang nak dapat kad wangi.
haaa, ni jawapan tulus suci murni cam minyak masak tu. "kalau tanye hati, sekarang pun nak akad nikah. tp bila tanya iman, belum cukup sedia lagi. nnti bila dah kawen, kita akan hidup dengan segala baik buruk dia. hidup dengan family dia yg dia sayang. manusia macam-macam kerenah, bersedia x kita nak accept kemungkinan yg xterjangka dlm hidup ni..mana boleh patah balik. kena teruskan. bila berlaku salah faham, macamane kita nak manage benda tu. nangis je xselesai masalah. dah la ana ni cengeng. sikit-sikit nangis. orang pun bosan. tp ana tau Allah xpnh bosan. hehe. saving kita cukup x? nafsu membeli memang xpnh berakhir. kat bodyshop dah dua atau tiga ratus habis..hOw? adakah kita bersedia utk memberi dan berkorban utk org yg kita syg kerana Allah, kerana agamanya..
pengorbanan seorang isteri bukan sedikit, bukan sekejap. ia satu pengorbanan yg indah, lahir dr hati yg bersedia utk menggalas tanggungjawab. tanggungjawab yg sgt2 besar. sb tu seorang isteri sangat mudah utk ke syurga. inshaAllah :))