BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 23, 2013

kurang manis? tambah gula :)

assalamualaikum wbt. salam rindu :)

rindu akan blog ini. yg setia menemani ana selama mana ana ada. dan Allah menemani ana tanpa syarat. yg membuat hati bahagia walau ada duka.

"kau pergi kelas tak?"
" pergi lerr dulu. tunggu kat wakaf, aku gi jap g"
"cepat tau"
"iyolah"

antara bait-bait perbualan ana dengan kawan. ada orang tegur, kenapa hanisah guna aku kau. nampak kurang manis. kitakan hafizah.

nasihatnya lembut menyapa telinga. ana tak marah. nisah guna aku kau dengan orang tertentu je. bukan semua. kalau macam dgn anti, nisah guna nama kan. sambil tersengih tak malu.

dia berlalu pergi. nampak macam tidak boleh menerima lagi. kalau ana start berjidal kang, payah. berjela sampai minggu depan. rasa itu jawapan yg terbaik.

penggunaan aku kau terhadap manusia sekeliling, amat terhad. penggunaan itu hanya digunakan untuk mereka yg benar-benar rapat. kalau yg biasa-biasa tu, selain dari aku kau lah :)

manusia berbeza. cap jari pun dah beza, apatah lagi hati. hati melahirkan pendapat. menzahirkan rasa. berlapang dada lah menerima perbezaan. itu yg Nabi ajar. bukan bergaduh sana-sini. nak menangkan pendapat sendiri.

bukan hanya title 'hafizah' tu sangat, tapi sebagai orang yg agak mengerti agama, maka berakhlaklah dgn akhlak agama.

ISLAM IS PERFECT, BUT MUSLIM NOT!

Tuesday, January 29, 2013

damai kamu disana

assalamualaikum wbt,
pukul 5.30pagi, dapat call dari aunty yg jaga atok kat melaka..atok meninggal.

mak terduduk menangis.

baru tengok atuk sihat je hari tu, pagi maulidurrasul atok pergi tinggalkan dunia. berpindah ke alam lain. bau wangi menusuk rongga hidung tatkala kami mengiringi jenazah ke liang lahad. moga itu petanda yg baik utk atok.

pusara atok, betul-betul sebelah arwah nenek. 23tahun nenek pergi, dan jodoh nenek kekal dengan atok. insyaAllah hingga ke syurga.

xboleh nak tulis panjang-panjang, sama-sama sedekahkan al-fatihah untuk arwah atuk. kassim md dom.

Thursday, January 3, 2013

"mama" yg baik

assalamualaikum wbt dan salam cinta buat semua. cinta ini ana hadiahkan buat antum :)

tahun baru ana tak punya azam, sebab azam yg lepas-lepas pun xtertunai. nampak sangat pemalas! hehe. tahun baru, ana ditugaskan utk menjaga anak-anak kecil drjah dua. ujian besaa!

ana mula rasa kelam-kibut, tahun lepas ana mengajar anak-anak tahun 5 dan 6, aduuuh, macamana pula nak mengajar anak-anak 8tahun ni.

seriously xreti!




baru tiga hari mengajar, anak murid merajuk. memberontak xmahu menulis. buat deeek je bila pujuk. siap jeling maut lagi. Allah, macamana nak pujuk ni... try sedaya-upaya guna skill yg ada, alhamdulillah AGAK berjaya. hehe

pening dan penat!

tp seronok. sebab ana rasa ini adalah latihan yg baik utk ana jd "mama" yg baik kepada mereka. mana tak haruuu ana ni, tiba-tiba ada anak 24orang yg ada 2400 kerenah. haha. rasa nak pengsan. memang ana macam charlie chapling.
dr seorang yg sporting time mengajar dan berbual cara dewasa, tiba-tiba kena menyanyi dan 'menari' macam kanak-kanak riang. alamak. haha

i'm still try my best. utk jd "ibu" yg baik kepada mereka.

"yaAllah, hadirkan rasa cinta dan sayang buat anak-anak soleh ini agar aku dapat didik mereka menjadi soleh..amiin"

Sunday, December 2, 2012

saya juga diuji

assalamualaikum wbt dan salam rindu buat pelawat sekalian,
yaAllah rindu sangat dgn blog. rase nak peluk sampai pecah comp ni..hehe. rindu utk menyambung kembali novel. in process. tapi taktaulah best ke tidak. nak jadi hebat macam novelis lain inshaAllah.

next week akan berada di shah alam selama dua minggu.

minggu ni duduk rumah bela lemak banyak-banyak. nanti cun lah. heh.

time tengah down dan lemah semangat, itu ujian. tiba-tiba ada orang hantar message positive quote. apalagi, terkejut dan menangis. dr orang yg ana sendiri hampir lupa. terima kasih. ustaz saoki. the best ustaz ever. ilmu yg ustaz curahkan melekat hingga hr ini. subjek tauhid yg selalunya orang dapat pointer 2.0..tapi ustaz memberi pointer yg tinggi dalam hidup kami.

peringatan demi peringatan utk i'adah sangat membantu. like me yg huha huha ni memang selalu lupa, and Allah gives me alarm through ustaz saoki. ustaz yg hensem tapi pemalu.

sejak akhir-akhir ini selalu rasa down. nasib baik ada gongju chacha dan taehu tomtombak. they're really made my life. from day to day.

and of course, when i had problem. big or smal, i like to HUG my mum. even mak tak suka dan geli, i always hug her. i feel relieved. when we apart, setiap hari dirundung duka dan cuka. and i love to see my father's face. menenangkan. biar banyak kedut, tapi setiap kali tengok ayah rasa sayu. he loves me very much. sangat sabar. i wish that Allah will give me a patient man like ayah.




saat ini, ana diuji dengan rasa rindu. rindu pd orang yg xpernah tahu yg dia dirindu. kami terpisah beribu batu..kami tinggal di benua yg lain. ana disini, dia jauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh disana.

Saturday, November 3, 2012

bumi DQ

assalamualaikum wbt,

bila buka fb, ramai batch IRSYAD mula post kerinduan akan Darul Quran. ana juga rindu. rindu bersulam rasa perit. namun manis itu yg ana pegang hingga sekarang.

bukan tak rindu. rindu.
tak dapat diluah dengan kata atau tulisan.

menjejakkan kaki ke DQ adalah langkah yg silap. seolah ana tak redho akan diri. ana punya cita yg lain. ana ingin duduk sebaris dengan akauntan profesional Bank Negara. atau pakar ekonomi islam. itu cita ana sedari tingkatan 4. ana yakin. ana nekad.

musyawarah dengan ayah, negatif! ayah membantah keras. my tears rolled down. setiap hari ana menangis. dan result spm terkubur! semakin banyak telunjuk menyalahkan ana. qadar ini Allah tetapkan. dan rezki ana tertulis di bumi DQ.

menjejak langkah pertama, doa ana hanya satu. temukan ana dengan sahabat yg solehah. yg boleh pimpin ana ke syurga. i'm not tired keep the dua'. i know Allah hear my whisper. jatuh bangun di bumi dq hanya Allah yg tahu.

segenap ruang ana diuji.
paling teruji adalah perasaan.

setelah 3tahun, dicampak, dihina, difitnah, dicerca, dimaki, didenda, dipermain, diumpat..ini ana sekarang. ana tidak bangga, masih seperti dulu. i'm still believe yg Allah selalu selamatkan ana. apa sekalipun manusia buat, Allah knows. i've Allah utk mengadu. it's more than enough.

3years in diploma hadis, i'm turned back. Allah xsalah memilih dq utk ana. smile.

Friday, October 26, 2012

Annyeong



“zat..izzat..oiii,” laung maisarah dari koridor tingkat tiga. Izzatun yang sedang asyik menyidai pakaiannya terjenguk-jenguk ke kiri dan kanan. 

“oiii. Sini la,” 

“astaghfirullah. Buat terkejut aku je. Bukan ke suara kau tadi jauh? Tiba je ade kat sini,” Izzatun mengurut dada. Terkejut dengan sergahan Maisarah.

“zat, petang ni dating jom,” nafas maisarah tidak teratur. Mencungap. Pecutan menaiki tangga ke tingkat tiga seperti berlari 400meter tanpa henti.

“iyolah,” izzatun mengangguk. Malas dia bersoal-jawab dengan maisarah. Disuruh jadi peguam, lain pula bidang yang diambil.

*****
“oo..mak terbalik,” latah maisarah. Namun mulutnya masih sempat menghabiskan surah al-anfal yang masih berbaki dua ayat.

“sakit la kau cocok aku. Nak terkeluar jantung aku ni. Haishh,” maisarah membebel. Izzatun hanya memandangnya dengan lirikan mata. Maisarah memang banyak mulut. 

“zat, terima kasih sudi dating. Hoho,” tawanya berderai. Izzatun tersenyum. Al-Qur’an diletakkan perlahan-lahan di atas meja. Maisarah melemparkan pandangannya ke arah tasik. Tiba-tiba sunyi.

“assignment ustaz khairi dah siap?” soal Maisarah. Dahinya berkerut. Mulutnya muncung. Izzatun mengangguk. 

“aku tinggal part yang last. Tu pun rasa cam malas. Astaghfirullah. Syuh..syuh malas. Jangan kau dekat,” tawa mereka berderai lagi. Sunyi jika tiada Maisarah yang kecoh ini. Bunyi tapak kasutnya sahaja semua orang sudah tahu itu Maisarah.

“kau ok?” Izzatun bersuara. Setelah 15minit dia mendiamkan diri.

“ok,” maisarah tersenyum lebar. Tetapi matanya sudah mula bertakung. Izzatun tahu maisarah memendam rasa. Ramai orang tahu maisarah seorang yang happy go lucky, tetapi lagi ramai yang tidak tahu membaca jiwanya. Tawanya sering bergetar dengan tangisan hati. Dan itu izzatun tahu.

“takpelah zat. Allah bagi aku macam-macam, kenapa mesti aku sedih. Kena sabar,” maisarah memujuk dirinya. Dia kembali senyum. 

“eh, dah pukul 6.30. jom makan. Nanti makanan habis, tak larat aku nak ke cafĂ©. Melainkan aku kerja kat sana. Hehe,” izzatun senyum. Maisarah senyum. Mereka jalan berpimpin tangan sambil ‘tebuk-menebuk’ hafalan masing-masing. 


^^ to be continue

Thursday, October 18, 2012

yakin inshaAllah

assalamualaikum wbt dan salam cinta.

sejak menjawat jawatan sebagai guru di sriaman, jadual berubah 200%. really busy. sampai mak pun bising sebab xdpt bawak mak pegi jalan-jalan macam dulu. anis minta maaf mak.

ramai orang cakap ana ni bodoh sebab lepaskan offer utk further study ke degree.i got offer from usim in fiqh fatwa.

but i have reason. why.

sebab tu terlalu peribadi yg xdpt ana kongsikan kat sini. apapun ana mohon doa dr antum semua. bukan ana xmahu sambung degree, akan sambung suatu hari nanti. inshaAllah. mane tau rezeki ana di mekah ke, madinah ke. hehe. berangan boleh la.

tp itu tempat yg ingin sangat2 utk tinggal. i love mekah. i love madinah. setiap saat nadi berdenyut menanggung rindu dendam buat haramain. hanya Allah yg tahu, betapa hati ana rindu pada rumahNya. selalu berangan,siapalah yg nak sponsor ana pegi umrah. sponsor half pun xpelah. half lagi ana try usahakan. kiki.

ada sebab kenapa ana xpegi usim tu. hati ana tenang untuk xpegi setelah istikharah berkali-kali.

perjalanan setiap dr kita berbeza. ana yakin yg Allah menyimpan hikmah yg besar buat kita semua. it's ok kalau antum ingin keluarkan pendapat, dan ana juga punya sebab.

anak-anak sriaman terlalu dahagakan tarbiah islam.

liku yg terlalu banyak utk memperkenalkan islam pd mereka tatkala kehidupan mereka selama ini yg 'islam' hanya pd solat, zikir dan membaca al-quran. subjek akhlaq, feqah, aqidah, sirah hanyalah utk peperiksaan shj. tiada relation (hubungan) dgn kehidupan.

Allahuakbar! oleh kerana ana belum bersuami dan masih muda trang tang tang, ana di'haram'kan untuk bergaul terlalu rapat dgn pelajar. ana faham niat suci mereka. kalau pandai cakap sgt, kenapa xbuat? sebut je kasih sayang, tp dimana hak kasih syg utk anak2 kita...

walaupun mereka xlahir dr perut ana, ana tetap sayang mereka seperti anak. malah ana sgt ingin menggunakan perkataan ummi utk mereka. apakan daya, semua perilaku diperhati dan dipersoal. tp ana ana senjata yg ampuh. ana punya doa. ana punya kekuatan yg Allah pinjamkan. inshaAllah.

bila fitnah itu melanda, saat itu ana terasa terus nak kawen. agar ada teman lelah dalam mendidik dan dididik. agar mulut2 itu tertutup. tp ana tahu, erti perkahwinan lebih besar dr itu. bukan semata utk elak fitnah, tp tanggungjawab mengendalikan amanah Allah. Allahurabbi!