Saturday, January 31, 2009
nikah
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 10:31 PM 3 comments
Labels: althafunnisa'
Thursday, January 29, 2009
kelas memandu
http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" type="application/x-shockwave-flash" bgcolor="#000" width="328" height="94" src="http://www.esnips.com//escentral/images/widgets/flash/esnips_player.swf" flashvars="theTheme=blue&autoPlay=no&theFile=http://www.esnips.com//nsdoc/63658df5-fa61-4a8d-bef2-a3f47e403b9b&theName=AFGAN -PADAMU KU BERSUJUD&thePlayerURL=http://www.esnips.com//escentral/images/widgets/flash/mp3WidgetPlayer.swf"> | |||||
|
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 10:30 PM 0 comments
Labels: mawar mujahidah
Tuesday, January 27, 2009
sebuah pertemuan
hari ini satu pertemuan yg dinanti berlaku. sekian lama lantaran dari pertemuan pertama kami, ana menanggung rindu yg amat sangat krn Allah. ana merindui dia kerana Allah menggerakkan hati ana memakai jilbab yg lebih baik melaluinya. dulu, ana melihat orang memakai tudung labuh..biasa saja. mereka lebih memahami dan praktik agama. itu yg ana fikir. bila ana melihat dia memakai jilbab yg lebih sopan, "indahnya" terpacul dari mulut ana. setiap patah kata dia, menusuk tangkai hati ana. pertemuan pertama meninggalkan kesan yg amat dalam.
setelah berbulan kami berhubung melalui mesej, ana mula kembali kpd yg lama. batin ana menjerit kejijikan dgn malabis yg ana pakai. terutama ketika travel!
tiba2 dia mengajak ana ke satu tempat, menemaninya. hati melonjak riang tak terkata. berjumpa jantung hati. jilbab ana tak sempurna. sungguh menjijikkan! namun dia masih tersenyum dgn malabis ana. kami berjalan sambil berkongsi kisah. cerita ceriti ana masalah tak habis tentang satu kaum tu. dia mendengar sambil tersenyum
ana bertanya kisahnya pula. saat dia memulakan cerita ceriti, iman ana disentuh! kata2 yg dia lontarkan 85% benar-benar dari hatinya yg suci. ketahuilah dia, ana ingin menangis tatkala itu. iman ana merana..iman ana melontarkn amarah pd diri sendiri. ana tahan, namun hati ana dilanda bah lebih dari tsunami. ana diam, dan diam. senyum ana hadiahkan pd dia. ana berani mengatakn yg hatinya bersih dr muslimin. hatinya sgt sensitif apabila hal berkait dgn kesucian hatinya digoncang. dia benar2 mawar berduri yg amat mahal. pesan dia, "nisah, sekarang nisah boleh buat perancangan nk pilih course apa dan kerjaya apa. agar biar ke mana pun kita tercampak, kerja dakwah dan islam tetap berjalan," dia tersenyum lagi.
kisah dia, ana tak tahu nak manipulate macam mana. kerana antum perlu faham dan dengar, namun biarlah ia menjadi rahsia pertemuan kami yg amat istimewa. perpisahan bakal berlaku, jiwa ana makin merintih. yaAllah,janganlah pisahkan kami. aku masih perlukan dia untuk tarbiyyah aku.
saat2 akhir, ana tak ingin melepaskan dia. ketahuilah k.ejah, hati nisah merana tatkala mahu terpisah tadi. biarlah orang cakap nisah emo, tapi nisah tau apa yg nisah dambakan saat itu. salam dihulur, tangan dikucup. kami berpelukan. ana tak ingin lepaskan, kerana ana tahu kami takkan jumpa dalam waktu yg lama.
dia tersenyum, menyapu air mata yg tak bisa henti lagi. tangis ana makin menjadi pabila dia melangkah pergi dan kereta ana meluncur pulang. kata2 masyaAllah k.ejah tadi..betul2 membuatkan ana kecewa dgn diri sendiri. ana malu pd Allah, malu pd k.ejah. terngiang-ngiang terkejutnya k.ejah.
tangis ana tak mungkin berhenti. ayah disebelah hanya menyepi. makin kuat isak tangis ana. tiba2 handphone berdering, fatimah syarha! ana mengangkat sambil isak tangis bergema. ana hanya dgr beberapa butir biacaranya, lembut dan berhikmah. isak ana makin menjadi-jadi. 2 wanita yg berharga selain mak, serentak bertandang. sampai di rumah, muka ana bengkak. ana tak hirau semua itu. usai solat, isak ana masih belum berhenti.
k.ejah, nisah tau akak terkilan sangat dengan nisah. nisah minta maaf banyak2 dgn akak. nisah bersalah pd Allah, nisah kecewakan Allah. nisah akan lakukan sesuatu. insyaAllah kak, akak takkan jumpa perkara itu lagi dalam diri nisah. nisah tak tercapai menjadi asiah yusra, tapi nisah ingin capai menjadi spt akak. bukan mudah, tapi nisah akan usaha. akak sayang, maafkan adikmu yg telah lukakan hatimu.
tarbiyyah nisah, tuntun nisah pd yg SATU. nisah tak kuat, terutama apabila berkait dgn muslimin. akak jangan biarkan nisah balik macam dulu, terkutuk! terkutuk ya amat. akak sayang fillah, doakan nisah! nisah harap masih ada peluang untuk menjadi syauqah wardah yg hanya memperjuangkan islam walau d mana jua.
buku tu, maafkan nisah tak sempat tinggalkan coretan. dan lagu ni, khas untuk akak. akak dengarlah sambil baca buku tu..dan surat akan menyusul, insyaAllah! mga akak mendapat mujahid sejati. berat hati nisah nak lepaskan akak
*lagu sebuah pertemuan
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 5:54 PM 0 comments
Labels: mawar mujahidah
Monday, January 26, 2009
opss,terlajak!
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 11:20 PM 2 comments
Labels: althafunnisa'
Saturday, January 24, 2009
cukuplah saja berteman denganku
post ni kira sambungan dari post yg sebelum ni. wah..!. ana nak nukilkan pd antum satu cerita yg biasa2, dan mungkin kita terlepas pandang.
Umar dan Maryam satu sekolah ketika di bangku menengah. Umar seorang yg bijak. sentiasa skor 4 flat tiap kali exam. mereka selalu berhubung melalui ym namun tak pernah berbalas mesej atau berbual setentang. mula-mula, setiap patah kata di jaga. ayat memang skema. ber'ym' kebanyakan tentang perbincangan ilmiah.
biasalah, bila anak adam yg berlainan jantina berduaan tanpa ada yg memantau..adalah orang ketiga. lepas sekadar teman perbincangan, maju kepada kawan. bertukar no phone untuk memudahkan 'perbincangan'. bila dah mesej 24jam, lain yg dibincangkan. maju ke hadapan menjadi teman baik.
hantar mesej cute2..ade pesanan macam2 lagi. take care..jaga diri awak.
tak perlulah ana tuliskan satu-persatu moral of da story ni. kita semua boleh fikir dan renung. hawa ada 9 emosi yg perlu di jaga. tak terjaga bila keadaan macam ni. kuat iman pun kadang2 tersasar. adam yg 1 emosi pun kadang2 tak boleh nak handle, apatah lagi hawa. sepatutnya umar tadi menegur sikap maryam, atau umar perlu cepat2 sedar tindakan dia yg berbalas mesej cute2.
kadang kita tak sedar, kadang kita anggap perkara itu kecil, kadang kita rasa boleh jaga hati, kadang kita tak sedar yg hati dah mula kotor, kadang..dan banyak lagi kadang yg kita tak nampak/terlepas pandang...ana juga begitu. mungkin ada yg berkata ana menulis, ye ke tak ana buat. ana usaha untuk lakukan...kadang terlepas. dan ruang utk berubah sentiasa ada
ana berbual dgn ustaz yg mengajar syariah. kebetulan hari last spm08. ana ambil peluang yg jarang ana dapat, sebab us jarang ada. ana tanya, boleh ke giral n boy kawan?
ustaz: boleh
ana: boleh ustaz? (ana bertanya dgn hairan)
ustaz: boleh tapi kena jaga
ana mengangguk tanda faham, tapi kurang faham. then ana tanya pada sorang sis ni, boleh ke girl n boy kawan
sis: by dn girl berkawan, berhubung sekadar nak tanya khabar, mampukah hati terjaga? sudah tentu ia menghampiri zina jika tujuannya tak jelas, sekadar suka2. asal perhubungan anatara lelaki perempuan adalah haram, hanya dibolehkan jika ada urusan, akak ulang, jika ada urusan. bc buku wahai puteriku oleh Ali Thontowi.
ana baca buku tu, ana suggest kaum hawa bacalah buku tu. menggigil jugak baca penjelasan dalam tu. hakikat wa majaznya, antum simpulkan sendiri. ada sis pesan, jangan biarkan nafsu mengatasi iman kita!
wallahu'alam
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 9:26 PM 3 comments
Labels: mawar mujahidah
Friday, January 23, 2009
wah...!
Do you hear me,I'm talking to youAcross the water across the deep blue oceanUnder the open sky oh my, baby I'm tryingBoy I hear you in my dreamsI feel your whisper across the seaI keep you with me in my heartYou make it easier when life gets hardI'm lucky I'm in love with my best friendLucky to have been where I have beenLucky to be coming home againOooohhhhoohhhhohhooohhooohhooohooohThey don't know how long it takesWaiting for a love like thisEvery time we say goodbyeI wish we had one more kissI'll wait for you I promise you, I willI'm lucky I'm in love with my best friendLucky to have been where I have beenLucky to be coming home againI'm lucky we're in love in every wayLucky to have stayed where we have stayedLucky to be coming home somedayAnd so I'm sailing through the seaTo an island where we'll meetYou'll hear the music, feel the airI'll put a flower in your hairThough the breezes through treesMove so pretty you're all I seeAs the world keeps spinning roundYou hold me right here right nowI'm lucky I'm in love with my best friendLucky to have been where I have beenLucky to be coming home againI'm lucky we're in love in every wayLucky to have stayed where we have stayedLucky to be coming home somedayOoohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh oohOoooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
...sengaja ana biarkan lyrics ini begini. antum semua tahu ini lirik apa. bagi ana lirik ni meninggalkan seribu satu kenangan. bukan diratapi, bukan dimegah..namun nostalgia itu kadang2 menyapa tangkai hati tanpa disedari. ana paling suka part "lucky i'm in love with my best friend". memberi makna yg mendalam :). kadang2 kita tak sedar pun yg kita fall in love with our bestfriend..rite? ouh,antum jangan salah faham. ana menulis mengikut pengalaman sekeliling.
kerana itulah...
kena jaga adab berhubung antara lelaki dan perempuan. mula2 guna trademark,"kami hanya kawan biasa,"
then.."teman tapi mesra"
lepas tu berlanjutlah ke lain. ana mengaku,ana pernah lalui itu! kita tak sedar cinta yg kian mekar di hati tanpa mengikut syaro'. menafikan hanya kawan baik..hampeh la semua tu
berhubung antara lelaki dan perempuan, hanya keperluan sahaja. kadang2 ana pun terlepas jugak.takboleh guna hehehe..ayat tu kene la skema. nak jaga adab. kalau guna ayat manje2 ni mudah la cair..sampai melting point wa cakap lu.uhuk..oklah,ana sebenarnya takde idea nak menulis. tapi bile dengar lagu ni..best pulak
lucky i'm in love with my bestfriend...
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 9:45 PM 3 comments
Labels: althafunnisa'
Wednesday, January 21, 2009
4 negeri sejuta hikmah
assalamualaikum,
ana baru sampai dr melaka pkl 10.30pg dan berpijak di baiti jannati 11pg. terasa amat rindu pd blog. kekok rasanya tangan untuk menulis kembali setelah hampir 2 minggu mengembara. perjalan ke 4 buah negeri memenatkan..digagahkan jua tulang 4 kerat meredah semudera. harap2..ana jumpa hikmah yg bisa menambah iman dan taqwa.
jauh perjalanan, namun semuanya seperti biasa. ana mencari hikmah kembara ini. hati berbisik,"mungkin lantaran dosa terlalu banyak hati menjadi buta," astaghfirullah
sebaik kaki menjejak kuala lumpur, pemandangan yg biasa dilihat. kerenah manusia berkejar ke tempat kerja seawal pagi.rehat sebentar setelah breakfast, petang ziarah saudara-mara hingga beberapa hari. itupun ada yg tertinggal.13/1..sampai johor bharu,rumah abang yg ke-4.
14/1..bertolak ke singapore. tempat lahir ummi. menginap d rumah mak long. kami tak lekat d rumah mak long, berjalan je. ana masih mencari keajaiban..dan terus bersabar.
kami singgah di tampines mall,didalamnya ada sebuah pusat beli-belah Isetan. harga kat situ memang setanlah..mahal ya amat bg ana. tp sebab tgh sale, taklah mahal sangat. sedang belek2 earings yg ana berkenan, ana terpandang satu makcik..bertudung labuh dan berjubah. dengan suaminya dan anak lelakinya. antum semua maklum, singapura macamana kehidupan mereka. nak jumpa tudung labuh sikit punya payah. nak jumpa tudung labuh d Isetan, bg ana mustahil. kat sana lebih kurang macam pavilion lah.diorg panggil tampines mall ni 'little orchard'. ana merenung pakaian sendiri, alangkah terasa hinanya waktu tu. dalam gemerlap berfesyen, seluar pendek, skirt pendek, baju ketat tanpa lengan, rambut blonde, kasut tumit 5inci, baju terdedah sana sini..dengan brand antarabangsa like versace, padini, polo, dior, chanel, LV dan sebagainya. antum boleh bayangkan, yg makcik tu boleh berbangga dengan pakaian muslimahnya. sekilas ana tak sempat melihat makcik tu, kerana ramai sangat orang d Isetan. hati ana berbisik, mungkin inilah hikmah yg ingin Allah berikan pd ana..mungkin ini Allah ingin menegur ana. Menegurcara ana berpakaian. ya, memang ana bukan seperti diorang..tidak memakai skirt pendek dan baju tanpa lengan..tetapi sehelai tudung, blaus dan seluar longgar tidak cukup utk menggambarkan imej muslimah sejati.
bukan ana mengutuk mereka berpakaian begitu, ini lebih kepada diri ana. sementelah ana tinggalkan dunia blaus dan seluar, kini apabila mengembara ana menyarungnya semula. batin ana menjerit tidak selesa, memang terasa amat janggal..namun kejadian d Isetan menyedarkan ana. iman terlalu lemah! dan ana mendapat semangat kembali mengekalkan imej sedia ada. inilah hikmah kembara yg ana dapat. mungkin tidak besar mana, mungkin tak hebat mana..tapi bagi ana ia amat bermakna dalam hidup.
coretan ana hanyalah tinta dari seorang hamba Allah yg teramat hina..biarkan manusia memandang dengan pandangan apa sekalipun, namun pandangan Allah terasa hinanya aku disitu!
wallahu'alam
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 1:23 PM 0 comments
Labels: mawar mujahidah
Friday, January 9, 2009
akhirnya,ayah sudi menulis!
Reaksi Keganasan Rejim Yahudi ke atas Penduduk Gaza di Palestin
Oleh: Abdullah Sani Gani, Kubang Kerian, Kelantan.
Menjelang sambutan Maal Hijrah 1430 kita berasa sedih kerana Israel menyerang penduduk Gaza yang dikuasai oleh Hamas. Dengan angkuhnya RejimYahudi menyerang Gaza dengan kekuatan tenteranya dengan melepaskan peluru-peluru berpandu ke atas sasarannya di Gaza. Seperti biasa umat Islam mengambil tindakan dengan menunjuk perasaan di kedutaan-kedutaan Amerika dan sekutunya. Ada juga cadangan daripada beberapa golongan masyarakat Islam yang marah supaya memboikot barangan Israel dan sekutunya.
Daripada tunujuk-tunjuk perasaan menampakkan kebencian mereka kepada Yahudi dan sekutunya yang amat sangat tetapi selepas itu keaadannya seperti biasa. Kebanyakan mereka masih mengikut cara hidup Yahudi dan Nasara.
Amat malang umat Islam jika inilah satu-satunya cara untuk kita bertindak menyekat keangkuhan dan keganasan Yahudi.. Pada hal menurut petunjuk Al Qu’an dan Sunnah penyelesaian sebenar masalah ini telahpun diberitahu secara jelas.
Jika kita tinjau dengan teliti cara hidup umat Islam kini rata-rata banyak tidak mengikut ajaran Al Qur’an dan Sunnah akibatnya kita tidak mendapat nusrah Allah dan menjadi lemah seperti kelihatan dewasa ini. Allah telah berjanji di dalam Kitabnya, ”Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa-apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan), jika kamu orang yang (benar-benar) beriman.”
( Surah Ali ’Imran ayat 139)
Syarat untuk mendapat kemenangan dalam ayat-ayat di atas ialah orang-orang Islam benar-benar beriman, tapi renungankanlah keadaan orang-orang Islam kini menurut perspektif Al Qur’an dan Sunnah. Amat menyedihkan. Walupun sesetengah negara Islam mempunyai kekayaan harta(minyak) tetapi kita tidak berani bertindak yang sepatutnya apabila musuh-musuh Islam membunuh saudara kita seIslam khusus di Palestin. Iman kita lemah, keyakinan kita pada akhirat kurang walupun jumlah umat Islam ramai dan masih ada lagi orang-orang soleh.
Dalam sebuah hadith Nabi SAW. Ada sahabat bertanya kepada Nabi SAW. Apakah mungkin kami akan musnah dan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada lagi orang yang soleh dan bertaqwa? Nabi SAW. Menjawab, “Ya, apabila keburukan telah bermaharajalela.” (Kitab at Targhib, hadith riwayat Bukhari dan Muslim).
Ajaran Islam dicuai-cuaikan, sebaliknya pendapat dan fikiran sendiri digunakan dalam kehidupan harian. Sedangkan perkara inilah yang menyebabkan keadaan yang berlaku ke atas umat Islam iaitu penindasan dan keangkuhan puak kufar ke atas umat Islam
Salah satu sebab umat ini menerima azab di dunia ialah kurang menjalankan amr- bil- ma’ruf dan nahi-anil mungkar(menyuruh yang makruf dan melarang yang mungkar). Dalam sebuah hadith daripada Hazrat Anas RA. bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW. bersabda, Lailahaillalla sentiasa memberi manfaat kepada penyebutnya dan menolak azab dan bencana daripada mereka selama mereka tidak meringan-ringankan haknya.” Para sahabat bertanya, “Apakah yang dimaksudkan dengan meringan-ringankan haknya? Nabi SAW. Menjawab, ”Apabila perbuatan maksiat kepada Allah SWT. berterang-terangan dan maksiat itu tidak dicegah dan tidak diubah. (At Targhib, hadith riwayat al Asbahani).
Satu lagi hadith yang berkaitan yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA. Beliau berkata bahawa Nabi SAW.telah bersabda, ”Apabila umatku mengagungkan dunia, kehebatan Islam akan dicabut daripada mereka. Apabila mereka meninggalakn amr-bil-ma’ruf dan ani-’anil-mungkar mereka akan diluputkan daripada keberkatan wahyu dan apabila mereka caci-mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur daripada pandangan Allah SWT. (Durrul-Manthur hadith riwayat Hakim dan Tarmizi).
Oleh sebab kelemahan Iman, amalan-amalan Islam tidak dapat dilaksanakan. Untuk meningkatkan iman umat Islam dan mendapat pertolohan ghaibah Allah SWT ialah dengan bersungguh-sungguh mengislahkan diri kearah penigkatan iman dan menyeru orang-orang Islam yang lain kearah ini.
Satu petikan ayat al Qur’an, ”Kalau kamu membantu (agama) Allah SWT. Nescaya Allah SWT. membantu kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” Surah Muhammad ayat 7). Mengikut para ulama membantu agama Allah ialah dengan meninggikan kalimah Allah SWT. dan menyebarkan Islam. Amr-bil mar’ruf nahi-anil mungkar mesti dilaksanakan pada peringkat diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara.
Tugas-tugas ini telahpun dijalankan oleh para sahabat, kebanyakan mereka bertebaran ke seluruh alam untuk menyebarkan Islam. Hasil daripadan pengorbanan mereka dan orang-orang selepasnya kita menikmati Islam. Sebaliknya apabila usaha agama ditinggalkan orang-orang Islam akan berhadapan dengan berbagai masalah. Wahai saudaraku kembalikan kepada ajaran Islam seperti amalan para-para sahabat dan mereka yang telah berjaya sebelum kita.
(Sumber rujukan: Muhammad Ihtishamul Hasan, Kemunduran Umat dan Penyelesainnya(Terjemahan); Kuala Lumpur, Era Ilmu Sdn Berhad, Cetakan Pertama 2002).
Tarikh: 4 Muharam 1430 H. bersamaan 1 Januari 2009 M.
*doakan kami sekeluarga selamat dalam perjalanan dn diberkati Allah..moga antum semua di bawah lindunganNya..lebih kurang sejam lagi kami akan berangkat.ya Allah,hancurkan musuh2 islam,kuatkan iman kami!
wallahu'alam
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 3:13 PM 0 comments
Labels: althafunnisa'
Thursday, January 8, 2009
Palestin,tunggu aku!
pelbagai mesej yg ana terima untuk selamatkan palestin. ada yg diakhiri dgn AMANAH! perlu difowardkan kpd 10 orang dn sebagainya. terbit sangsi. kerana terlalu banyak mesej yg ana takut ia tidak benar. selepas bertanya kepada seorang akhowat, dia membalas "wsalm.memang penting untuk kempen palestin besar-besaran skrg ni.yahudi mengganyg setaraf binatang.4wardlah x kira brpa seikhlas mungkin"
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 12:37 AM 0 comments
Labels: althafunnisa'
Tuesday, January 6, 2009
too sensitive!
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 6:51 PM 2 comments
Labels: althafunnisa'
Saturday, January 3, 2009
tak lebih dari sehelai kain!
wallahu'alam
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 2:59 PM 3 comments
Labels: althafunnisa'