Thursday, November 5, 2009

aku milik Allah....


Aku impikan
Menjadi mawar berduri
Hanya bisa digapai mujahid sejati
Iman sebagai tabir diri
Keperibadiaan indah dan disegani
Umpama mutiara indah tersimpan
Tidak cacat sekalipun
Sekali ku jatuh,
Ku bangun semula
Kuat dan utuh
Penawar racun yang berbisa
Cintaku hanya pada Allah dan Rasul
Tidak sekali menyerahkan cinta
Pada manusia yang hanya palsu semata
Namun hatinya menanti mujahid sejati
Yang memberikan jalan dan bimbingan
Yang setia dan soleh
Lelaki acuan Al Quran
Yang melabuhkan cintanya
Pada Allah lebih dari segalanya
Aku sedar aku tidak akan
Memilikinya sepenuhnya
Kerana dia milik Allah jua
Aku juga begitu
Aku milik Allah
Aku hanya hamba kerdil
Amat mendambakan cinta Allah
Ya Allah, Aku amat merinduiMu!!!

Tuesday, October 13, 2009

pertemuan semalam...

assalamualaikum w.b.t

tadi ana jumpa seseorang. yg agak istimewa di hati ana. nak tau jumpa kat mana? dia datang sekolah, jadi fasi. masa tu kem pro-bijak. baik sangat dia. ana jatuh hati kat dia dalam diam. ana tak tahu dia rasa apa. masa ana tegur dia, dia sangat terkejut. sebab ana bukan anak buah dia masa kem tu. tapi ana suka tengok dia. baik sgt. masyaAllah.

em, ana dah jatuh hati...

tadi, kitorang date kat kota bharu :). sedih sgt, dia nak fly ke sabah. dapat mengajar kat sana. tinggal ana sorang2 kat semenanjung. tapi takpe, Allah pegang ikatan ini. ana selalu doa, agr ikatan kami ni kekal dan dinaungi barokah-Nya. sedih tadi nak berpisah. ana tengok dia, dia tengok ana. yaAllah, sedihnya.

kak ejah..sedih tadi masa tgk k.ejah keluar nak pegi kt teksi. rasa nak nangis, tp tak boleh. nnti nisah xboleh drive blk. huhu. kak, duk sne jge diri baik2. igt nisah ya. thanx for the book. i really love it. dia sempat titipkan pesan pd ana. trima kasih kak. belanja makan lg :). makin sehat la nisah kak. huhu. kak, jge diri ya. nisah bakal rindu pd akk..salam seindah mawar mujahidah buat akk syg :)

*antum igt ana jmpe 'bakal' yea? ish3..naudzubillah :)

Sunday, October 11, 2009

KCB sudah, TAUTAN HATI bila lagi?

assalamualaikum w.b.t,

maafkan ana post sblm ni yg takda input berguna. ana main tulis je. takpelah, abaikan yg lepas ya. emm, masa ana di dq..ana terfikir-fikir, bilalah tautan hati nak difilemkan.

adakah cerita yg bertema cinta sesama manusia akan mencapai best-seller dan baru nak difilemkan?

ana cabar produser filem tempatan utk filemkan tautan hati sebagaimana KCB difilemkan. iaitu mengikut piawai penulis novel itu sendiri. ana lihat, dr A sampai Z pembikinan KCB..saudara Habiburrahman terlibat dan pendapatnya didahulukan. ana mencari, siapakah diantara lambakan pelakon2 di Malaysia yg sanggup melakokan watak2 didalamnya...

siapakah yg layak memegang watak 'asiah yusra','elya khadeeja','umar al-mujahid','hassan al-banna','dr. izzul hafiz' dan sebagainya...

kita mesti menginginkan pelakon itu tidak hanya bisa berlakon watak itu dgn sempurna, tetapi peribadinya di luar set juga mempengaruhi bukan?

begitu susah untuk kita mencari insan yg sempurna utk melakonkan watak2 tersebut? kita sendiri agaknya tak layak, malah mungkin tak masuk list. bukan kerana tiada bakat(mungkin), tetapi peribadi belum boleh utk kita melakonkan watak itu

tak kira layak ke tak, tak kira tautan hati bila nak difilemkan mengikut syariat...kiralah bila kita akan jadi seperti watak2 contoh dlm novel itu

ana akur bukan mudah! semua mesti ingin jadi seperti asiah yusra. masa mula2 ana jatuh cinta dgn novel tersebut, di tingkatan lima. ana jumpa diri yg sebenar, ana nak jadi mcm asiah yusra! ya, itu ana! bermulanya langkah pertama, masyaAllah. ana rasa ingin kembali menjadi diri yg dulu. Allah menguji sejauh mana diri ana itu. sampaikan ana rasa tak larat, ingin rehat saja dr menjadi spt asiah yusra. masyaAllah, rapuhnya iman..sangat rapuh. dan sekarang? heheh...bak kata us asri "la qola"..insyaAllah, moga lahir ramai asiah yusra.
tak sabar rasanya menunggu kelahiran ulama' k.ha :)


Friday, October 9, 2009

penggemar kOpi tegar

assalamualaikum w.b.t
salam sayang buat pelawat blOg sekalian, alhamdulillah masih ada kesempatan utk ana menulis walaupun baru berhempas-pulas menyiapkan spaghetti bolognese kegemaran..hehe. dah lama ana tak ke dapur, kelentung kelentang dengan mak. alhamdulillah, sOdap jugak lah.

pagi tadi bangun agak awal sikit, tiba-tiba lapar. aduh, camana ni? slOw2 masak air nak but coffee. ana ni 'hantu coffee'. walaupun doktOr berkali-kali menasihatkan, "hanisah..jangan minum kOpi ya". tapi hakikatnya ana peggemar coffee tegar. huhu. dalam kata lain, ana ni agak tak dengar kata. xnak cakap perkataan sewaktu dengannya :)



tengah syOk buat spaghetti, ana terfikir..takkan takde kebaikan disebalik tak dengar cakap ni ya. hah..dapat! alhamdulillah

HAKIKAT DAN MAJAZ:
jadilah seorang yg tak dengar kata utk berjaya. tak dengar apa orang cakap terhadap kita. itu maksud ana. kalau selalu dgr apa orang cakap, sampai kiamat pun takkan berhenti bercakap. dengarlah kata hati kita berlandaskan iman taqwa, bukan nafsu ya! buatlah apa yg kita yakin berpandukan wahyu Allah. setelah ijtihad dan ijma', pohOnlah keberkatan Allah dlm melakukan pilihan. pilihlah utk bahagi bernaung redhO Allah. namun ingatlah, jalan menuju bahagia bukan bahagia. jalan menuju bahagia itu perit, sakit dan jerih..wallahua'alam

"yaAllah yaTuhan kami, jadikanlah kami hamba yg selalu tunduk dan akur pd arahanMu. jadikanlah kami hamba kpd-Mu shj. jadikanlah mata kami ini mata yg selalu menangis krn takutkan azab-Mu. yaAllah yaRahman ya Rahiim, luluskanlah peperiksan kami dengan cemerlang dan mumtaz. jauhkanlah kami dikenakan daurus thani, jauhkanlah yaAllah. sungguh, kami berjuang dlm jihad agama-Mu ini. dgn linangan air mata, dgn jatuh bangun yg Engkau saksikan. ampunkanlah dosa kami, ampunkanlah dosa seluruh umat Muhammad..yaGhaffar yaRahiim. irhamna yaAllah, irhamna, irhamna yaRahman....."

Thursday, October 8, 2009

buatmu yg merindui HIDAYAH

puas sudah,
ku cari kebahagiaan,
di sisi teman-teman,
ku dapat hnya kelalaian

ku cari lagi, di hatis eorang kekasih,
ku dpt hnya kekecewaan,
dan ku terus mencari,
dalammeniti hari,
penuh kekosongan...

oh, di mana lagi harus ku mencari,
membawa sekeping hati,
yg sarat kerinduan,
rindu yg tiada haluan

aku keliru sendiri,
apa yg ku cari,
apa yg ku perlukan
aku masih tak bisa mengerti,
yg pasti,
kekosongan hati ini minta diisi

sejenak ku tersandar,
aku mencari cinta agung,
buat jiwaku yg merindukan,
hakikat kebenaran,
cahaya yg membelah kegelapan,
melimpah cemerlang mengisi kekosongan

ku sedar,
destinasi pencarianku disini,
ku mencari-Mu Tuhan,
mengharap keredaan,
menagih kebahagiaan,
dan sinar cahaya iman..

by:fatimah syarha(solusi ke-12)

Wednesday, September 23, 2009

watch ur mOuth

assalamualaikum wbt dan selamat hari raya aidilfitri buat pelawat blOg sekalian,
salam rindu salam sayang dr ana :)

ana sekarang exam week, jadi kesempatan utk menulis ana gunakan sepenuhnya. kalau di dq, bayang komputer pun tak sempat nak tengOk :). sekian lama, hari ke hari ana meniti kehidupan di dq..banyak 'ibrah yg Allah bukakan untuk ana kutip dan menjadikan ia sebagai panduan di hari kemudian.

pelbagai rentak dan ragam makhluk Allah di muka bumi yg ana perhatikan. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

sahabat tarbiah sekalian,
ana berhadapan dgn seorang sahabat yg mulutnya langsung tak tahu nak jaga. masyaAllah, dakwahnya hebat. namun akibat mulutnya yg agak laser, membuatkan ramai yg berkecil hati dgnnya. mula-mula, ana diamkan saja. tapi apabila seorang demi seorang mengadu pd ana tentang kata2nya yang kurang menjaga, ana turut terasa kesannya.

kesian pada dia kerana dia tidak tahu tentang itu. ana meminta kakak senior utk menasihatinya. insyaAllah, doakan dia.

KONKLUSI:
sehebat mana pun kita, jagalah kata2 kita terhadap makhluk Allah. kata2 itu kadang tajamnya lebih dr mata pedang. membuat orang terasa hati dan jauh dr kita, amankah hidup?

Saidina Abu Bakar sanggup memenuhkan mulutnya dgn batu semata utk tidak banyak bercakap, utk menjaga lidahnya. jagalah lidah kita, ia menggambarkan hati kita. seorang da'ie, abid, khalifah, hamba bukan sahaja perlu menjaga amal ibadatnya..masyi qurannya..tetapi hati nurani kita, dan akan terpancar dgn lidah.

ana bukan hebat sgt, ttpi sekadar mengutip ibrah dr perkara yg berlaku di sekeliling. sama2 kita koreksi diri apa yg kita dapat dr sekolah tarbiah ramadan kali ini. apakah kesannya hanya pd ramadan atau selepasnya...

wallahua'alam :)

Thursday, August 20, 2009

jOm kuruskan nafs

بسم الله الرحمن الرحيم
assalamualaikum w.b.t

salam ramadhan mubarak kpd semua pelawat blOg yg disayangi. ana ingin pohon maaf ats segala salah silap yg berlaku yg sedar atau tidak, maafkan. serta segala hutang-piutang minta di halal. kalau ada, inform pd ana. ana ni kadang tak ingat :). moga kita menjalani ramadhan kali ini dgn penuh hamba dan hina.

alhamdulillah, dimana-mana ramadhan sering diulang lebih baik dr segala bulan. ada ini, ada itu. baaaaaaaaaaaaaanyaknye kelebihan ramadhan. sampai tak cukup page lah nak tulis. cuba tanya, adakah kita merebut semua kelebihan ni semata-mata adat atau benar-benar dgn penuh hamba?

banyak yg kita lihat, tarawih pada awal bulan safnya hingga ke belakang..tiba 10 malam terakhir, ana tercari-cari dimanakah sayap2 kiri mujahid ini semua. mungkin ada masyaqqah. sungguh, tarawih ini bkn wajib..tp susah bukan utk mendapatkannya di lain bulan?

bazaar ramadhan tak kurang hebatnya. masyaAllah makanan, time nielah habis segala benda keluaq. tergoda iman, cair nafsu melihat. sahabtku tersayang, mari renung kembali bagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan sohabiah menjalani puasa. ingat kembali tujuan puasa ini, bkn sekadar tahan lapar dn dahaga. paling penting nafsu itu. kalau sekadar tahan lapar dn dahaga, bulan lain pun bolehkan? ana teringat sabda Rasulullah s.a.w: ramai diantara umatku kelak hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. naudzubillah, minta jauh. sia2 puasa seharian kita.

sahabat tarbiyyah yg dikasihi Allah sekalian,
lakukanlah amal ibadat semaksima mungkin bukan kerana adat, iaitu semata sebab orang lain buat dan tradisi org kita buat camtu. tetapi, lakukanlah ia kerana..kita sedar hakikat title hamba yg dipegang. kita sedar yg ajal tak kira waktu. kita sedar yg amal kita belum tentu diterima oleh Rabb. kita sedar yg masa sudah semakin suntuk, tiada masa utk bertongkat tangan. dan...

kita sedar puasa bkn utk menggemukkan nafsu, ttpi menguruskan nafsu


*bukan utk bulan ini sahaja, jadikan ramadhan ini permulaan kita utk mengekang nafsu kita dan berterusan hingga ramadhan akan datang..itulah nikmat sebenar ramadhan. bukan pd bazaar ramadhannya, bukan pd jualan rayanya, bukan pd pelbagai biskut rayanya..tetapi pada
sejauh mana hati kita ikhlas mendekatkan diri pd Rabbul 'Izzati tiap masa

SALAM KEMAAFAAN DAN KERINDUAN..selamat beramal :)
doakan ana dan seluruh umat Islam.