BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 26, 2012

Annyeong



“zat..izzat..oiii,” laung maisarah dari koridor tingkat tiga. Izzatun yang sedang asyik menyidai pakaiannya terjenguk-jenguk ke kiri dan kanan. 

“oiii. Sini la,” 

“astaghfirullah. Buat terkejut aku je. Bukan ke suara kau tadi jauh? Tiba je ade kat sini,” Izzatun mengurut dada. Terkejut dengan sergahan Maisarah.

“zat, petang ni dating jom,” nafas maisarah tidak teratur. Mencungap. Pecutan menaiki tangga ke tingkat tiga seperti berlari 400meter tanpa henti.

“iyolah,” izzatun mengangguk. Malas dia bersoal-jawab dengan maisarah. Disuruh jadi peguam, lain pula bidang yang diambil.

*****
“oo..mak terbalik,” latah maisarah. Namun mulutnya masih sempat menghabiskan surah al-anfal yang masih berbaki dua ayat.

“sakit la kau cocok aku. Nak terkeluar jantung aku ni. Haishh,” maisarah membebel. Izzatun hanya memandangnya dengan lirikan mata. Maisarah memang banyak mulut. 

“zat, terima kasih sudi dating. Hoho,” tawanya berderai. Izzatun tersenyum. Al-Qur’an diletakkan perlahan-lahan di atas meja. Maisarah melemparkan pandangannya ke arah tasik. Tiba-tiba sunyi.

“assignment ustaz khairi dah siap?” soal Maisarah. Dahinya berkerut. Mulutnya muncung. Izzatun mengangguk. 

“aku tinggal part yang last. Tu pun rasa cam malas. Astaghfirullah. Syuh..syuh malas. Jangan kau dekat,” tawa mereka berderai lagi. Sunyi jika tiada Maisarah yang kecoh ini. Bunyi tapak kasutnya sahaja semua orang sudah tahu itu Maisarah.

“kau ok?” Izzatun bersuara. Setelah 15minit dia mendiamkan diri.

“ok,” maisarah tersenyum lebar. Tetapi matanya sudah mula bertakung. Izzatun tahu maisarah memendam rasa. Ramai orang tahu maisarah seorang yang happy go lucky, tetapi lagi ramai yang tidak tahu membaca jiwanya. Tawanya sering bergetar dengan tangisan hati. Dan itu izzatun tahu.

“takpelah zat. Allah bagi aku macam-macam, kenapa mesti aku sedih. Kena sabar,” maisarah memujuk dirinya. Dia kembali senyum. 

“eh, dah pukul 6.30. jom makan. Nanti makanan habis, tak larat aku nak ke cafĂ©. Melainkan aku kerja kat sana. Hehe,” izzatun senyum. Maisarah senyum. Mereka jalan berpimpin tangan sambil ‘tebuk-menebuk’ hafalan masing-masing. 


^^ to be continue

Thursday, October 18, 2012

yakin inshaAllah

assalamualaikum wbt dan salam cinta.

sejak menjawat jawatan sebagai guru di sriaman, jadual berubah 200%. really busy. sampai mak pun bising sebab xdpt bawak mak pegi jalan-jalan macam dulu. anis minta maaf mak.

ramai orang cakap ana ni bodoh sebab lepaskan offer utk further study ke degree.i got offer from usim in fiqh fatwa.

but i have reason. why.

sebab tu terlalu peribadi yg xdpt ana kongsikan kat sini. apapun ana mohon doa dr antum semua. bukan ana xmahu sambung degree, akan sambung suatu hari nanti. inshaAllah. mane tau rezeki ana di mekah ke, madinah ke. hehe. berangan boleh la.

tp itu tempat yg ingin sangat2 utk tinggal. i love mekah. i love madinah. setiap saat nadi berdenyut menanggung rindu dendam buat haramain. hanya Allah yg tahu, betapa hati ana rindu pada rumahNya. selalu berangan,siapalah yg nak sponsor ana pegi umrah. sponsor half pun xpelah. half lagi ana try usahakan. kiki.

ada sebab kenapa ana xpegi usim tu. hati ana tenang untuk xpegi setelah istikharah berkali-kali.

perjalanan setiap dr kita berbeza. ana yakin yg Allah menyimpan hikmah yg besar buat kita semua. it's ok kalau antum ingin keluarkan pendapat, dan ana juga punya sebab.

anak-anak sriaman terlalu dahagakan tarbiah islam.

liku yg terlalu banyak utk memperkenalkan islam pd mereka tatkala kehidupan mereka selama ini yg 'islam' hanya pd solat, zikir dan membaca al-quran. subjek akhlaq, feqah, aqidah, sirah hanyalah utk peperiksaan shj. tiada relation (hubungan) dgn kehidupan.

Allahuakbar! oleh kerana ana belum bersuami dan masih muda trang tang tang, ana di'haram'kan untuk bergaul terlalu rapat dgn pelajar. ana faham niat suci mereka. kalau pandai cakap sgt, kenapa xbuat? sebut je kasih sayang, tp dimana hak kasih syg utk anak2 kita...

walaupun mereka xlahir dr perut ana, ana tetap sayang mereka seperti anak. malah ana sgt ingin menggunakan perkataan ummi utk mereka. apakan daya, semua perilaku diperhati dan dipersoal. tp ana ana senjata yg ampuh. ana punya doa. ana punya kekuatan yg Allah pinjamkan. inshaAllah.

bila fitnah itu melanda, saat itu ana terasa terus nak kawen. agar ada teman lelah dalam mendidik dan dididik. agar mulut2 itu tertutup. tp ana tahu, erti perkahwinan lebih besar dr itu. bukan semata utk elak fitnah, tp tanggungjawab mengendalikan amanah Allah. Allahurabbi!


Monday, October 1, 2012

ku yakin aku untukMu

assalamualaikum wbt :)

apabila Allah mentakdirkan ana memegang kumpulan 7 dalam camping anak-anak tahun6, gembira! setelah meneliti nama anak-anak, kelu. kenapa tiba-tiba adik si dia dalam kumpulan ana? macamana ana nak face that girl..aduuh. ana rasa macam nak nangis, dan dah nangis pun :)

setiap hari ana menangis. merenung hikmah Allah dalam ketetapan yg menyakitkan. setelah segala usaha ana cuba utk bertenang, alhamdulillah dengan izin Allah, nadi ana berrdegup tenang.

ana akur, sejak akhir-akhir ini ibadah tunggang-langgang. ana yakin, cara ini adalah yg terbaik utk Allah pimpin ana kepada Dia. bukan kepada si dia. bicara senior ana, "ada dua petanda Allah nak bagi. sama ada Allah nak dekatkan nisa dgn dia, atau Allah nak jauhkan nisa dgn dia".

itu Allah shj yg tau

namun, waktu skrg. ana harap Allah memilih yg kedua. walaupun sakit bertambah luka, ana lebih sakit dgn perbuatan dia. however, in the deepest of my heart..i hope Allah will choose number one.

*bilamana anak-anak diuji dgn rasa untuk mengenal cinta, gurunya juga diuji dengan rasa utk mematikan cinta. betapa sakit mujahadah ini yaAllah. matikan rasa ini yg membunuh aku dlm senyap.