BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 23, 2009

watch ur mOuth

assalamualaikum wbt dan selamat hari raya aidilfitri buat pelawat blOg sekalian,
salam rindu salam sayang dr ana :)

ana sekarang exam week, jadi kesempatan utk menulis ana gunakan sepenuhnya. kalau di dq, bayang komputer pun tak sempat nak tengOk :). sekian lama, hari ke hari ana meniti kehidupan di dq..banyak 'ibrah yg Allah bukakan untuk ana kutip dan menjadikan ia sebagai panduan di hari kemudian.

pelbagai rentak dan ragam makhluk Allah di muka bumi yg ana perhatikan. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

sahabat tarbiah sekalian,
ana berhadapan dgn seorang sahabat yg mulutnya langsung tak tahu nak jaga. masyaAllah, dakwahnya hebat. namun akibat mulutnya yg agak laser, membuatkan ramai yg berkecil hati dgnnya. mula-mula, ana diamkan saja. tapi apabila seorang demi seorang mengadu pd ana tentang kata2nya yang kurang menjaga, ana turut terasa kesannya.

kesian pada dia kerana dia tidak tahu tentang itu. ana meminta kakak senior utk menasihatinya. insyaAllah, doakan dia.

KONKLUSI:
sehebat mana pun kita, jagalah kata2 kita terhadap makhluk Allah. kata2 itu kadang tajamnya lebih dr mata pedang. membuat orang terasa hati dan jauh dr kita, amankah hidup?

Saidina Abu Bakar sanggup memenuhkan mulutnya dgn batu semata utk tidak banyak bercakap, utk menjaga lidahnya. jagalah lidah kita, ia menggambarkan hati kita. seorang da'ie, abid, khalifah, hamba bukan sahaja perlu menjaga amal ibadatnya..masyi qurannya..tetapi hati nurani kita, dan akan terpancar dgn lidah.

ana bukan hebat sgt, ttpi sekadar mengutip ibrah dr perkara yg berlaku di sekeliling. sama2 kita koreksi diri apa yg kita dapat dr sekolah tarbiah ramadan kali ini. apakah kesannya hanya pd ramadan atau selepasnya...

wallahua'alam :)