BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 31, 2008

salam maal hijrah 1430hijrie

assalamualaikum..

asif dah lama ana tinggalka blog ini kesepian. sebenarnya ana ingin publishedkan artikel ayah ana, tapi ayah janji nak bagi artikel yg lain. sampai sekarangana masih tunggu. ayah walau dah pencen, tetap busy mengalahkan PM kita. abang2 ana tau lah ayah macamane..sibuk sangat. tapi jadual tetap ayah, mesti baca akhbar di internet setiap hari. semua news ayah akan baca, even mawi dn ekin pun ayah tau. huhu. ayah..ayah. ayah cakap"dah ada sekali, ayah bace je.tapi rumah tangga yg hebat adalah Rasulullah s.a.w,". terkesiama ana mendengar. ana saje nak lawak dengan ayah, ana pun insaf bila ayh ingatkan. ana kagum bila diorang naik heli, ayah cakap "bia kita naik heli kat akhirat, dalam syurga lebih heli pun naiklah. ingat, akhir hidup kita, kita taktahu..nak care hal orang anis..tak sudah. kita ni Allah pandang macamana taktahu,". ya Allah, ana betul2 tak terfikir. fikiran budak lagi rupanya ana...masih jauh tertinggal.

jadi, ana biarkan blog ini. ana terfikir-fikir..bagaimana pandangan Allah yg Maha Mulia pada ana? sedangkan hambaNya pun bukan semua yg puas hati dgn ana..Allah? astaghfirullah

ayah dah cakap, tak perlu blog. ana diam. ayah tak halang, ikutlah. ana diam. memikirkan kebenaran. ya! banyak kali ana tewas dgn pemikiran ayah. bila kami ber"hujah"..pastiakhirnya ayah akan menang. ayah cakap, "kene pandang jauh, fikir jauh". ana diam.

ayah tak tanya azam tahun baru, sebab ayah tahu yg anak perempuan dia ni malas berazam. memang ana malas azam tahun baru ni..kalau azam tapi tak buat. kawan ana cakap, "hampeh je buat azam mu ni,". sengih je la. ana suka pahatkan azam setiap hari. jadi akan berubah-ubah azam ana. namun perkara pokok tetap sama, tujuan tetap sama..cuma azam ape je yg lain.

bangun pagi, ana akan fikir2kn ape aim hari ni..nak buat apa. lebih kurang macam tu lah. sebab ana akan boring dengan azam yg sama dalam satu tahun. jadi ana akan ubahkan azam setiap hari tanpa mengubah asal azam tu. apapun, azam kita biar mencapai mardhotillah.

azam ana?
lebih baik dari yg sebelum ini..
~melupakan yg tak patut..berbakti pd yg patut..buat yg patut..teguhkn yg patut..semua yg patut2 lah :)..ngee
ceria dr semalam..masalah ada pun still boleh senyum sampai nak koyak mulut,even ana cepat nangis :). lebih ikhlas dan sabar dalam hidup. moga iman dan taqwa makinmeningkat..insyaAllah,ameen. dan dalam naungan Allah Rabbul 'Izzati selamanya..
sama2 kita doakan..

dah masuk 4 muharam..bagaimana hidup kita, lebih baik atau buruk?
hablumminallah wa hablumminannas..bagaimana? biarlah lebih baik..ana pun masih perbaiki

wallahu'alam

Tuesday, December 30, 2008

calling..calling

bismillahirrohmaanirrohiim..

asif semua ana terpaksa membiarkan blog ini kosong tanpa apa-apa catatan cinta di sini. sebenarnya ana sedang berjuang untuk kawan2 dan diri sendiri. jadi dalam teori ekonomi akan ada kos lepas..kos lepas ana waktu itu ialan blog!

ana tak berfikir ingin menulis tentang hijrah, jika ana tulis sekalipun kalau itu semua ibarat angin lalu,antum semua mesti fahamkn? insyaAllah artikel tentang hijrah akan menyusul, tetapi ia adalah tinta dr ayahanda ana sendiri. fikrahnya lebih jelas berbanding ana, hati lbh bersih.

suatu petang..taklah petang sangat. ana sedang nyenyak tidur, terrlalu penat. tiba2 pintu diketuk bagai nak pecah, sah abang ana yg ketuk! dengan sedikit geram ana bangun membuka pintu, "apa?" soal kepadanya. "kawan hang tipon,". dalam hati terdetik, sape pulak tipon waktu2 gini.


"assalamualaikum,"
"waalaikumussalam,sah"

"haa,sape ni?" ana tak dapat cam gerangan siapakah suara merdu itu
"aku ni"

"ooo..ha, kenapa syg?" (ana biasa menggunakan "syg" dlm kalangan kawan2..jgn slh fhm ya)
dia terdiam, esakan kecil kedengaran

"eh, bakpo ni. tenang..tenang. cito kat aku bakpo"

"sah, aku xtehe doh sah. aku segho nak lari dari rumoh"

"aa? lari? meh lari ngan aku. 400m, jom" ana berjenaka

"mu ni sah, aku sekeh ke"

"hehe,takla. tkde ribut takde angin nak lari?emm,masalah hari tu ya"

"sah, setiap hari aku dengar kutukan mak aku terhadap ayah aku. aku tak tahan sah. dia ayah aku..dia mak aku. tak dengar derhaka pulak, dengar hati aku tak tahan. sah, aku tak pernah mintak hidup gini. aku just nak femly aku happy bahagia," luahnya dalam esakan

"peah(name samaran), mu dah berputus asa denan kehidupan?'

dia diam dalam sendu tangis

"peah..Allah menganugerahkan mu satu dugaan yg hebat..kerana Dia yg Maha Hebat, dn Allah Maha Mengetahui kekuatan mu sendiri. yeah, you can't stand with it..tapi mu still boleh hadap walaupun hatimu dirobek-robek,"

dia masih mendiamkan diri


*kawan ana menghadapi masalah yg ibu dia ade konflik dgn ayahnya. jadi dia selalu burukkan ayah kawan ana ni depan dia. dia tension. tersepit antara dua. kadang2 mereka bergaduh depan2. kawan ana taktahan. siap keluarkan kata2 kesat. jadi, anamengharapkan antum dapat memberikan pandangan, nasihat pd kawan ana. sengaja ana tinggalkan sekerat, nasihat ana pada dia taklah sehebat buah fikiran antum. moga mendapat kerjasama:)


disamping kita mendoakn saudara kita di Gaza..ya Allah, selamatkan mereka, kuatkan hati mereka, tetapkan iman mereka. amiin.

Friday, December 26, 2008

dia yg dirindu

assalamualaikum..

post kali ini mungkin beremosi. sungguh ana rindu pada dia. pertemuan kami kebetulan,dan ana benar2 dahagakan kebenaran. ana mencari seseorang yg boleh tarbiah hati ini. tika itu, kem pro bijak 2008..bersaksikan bumi naim yg barakah..ukhwah tertaut. pertama kali melihat dia, "masya Allah, indahnya tudung labuh dibalik wajah ayu itu," ana bermonolog sendirian. time tu dah la ustaz yu mengajar bahasa arab tinggi. minda sempat lagi menerawang memikirkan dia.

saat dibahagikan kumpulan, dalam hati tak henti-henti berdoa bersama dia. pasrah jua yg kami tak ditakdirkan bersama. ana nekad, biar kaki ini mulakan taaruf.

memang benar, insan ini istimewa. ana terasa bagai dikasihi kakak sendiri. tuturnya lembut menusuk kalbu. jiwa ana terusik. hikmah dia ana rasa. semua ini Allah yg atur. syukur pada Mu Rabb.

hikmahnya, pertemuan ini membuahkan tarbiyaah yg tak ternilai. dirinya yg dihambat kesibukan, tetap membalas mesejku yg pelbagai masalah. dia serikandi ummah yg terbilang, jiwanya sarat dgn perjuangan. hatinya bersih..ana kagum peribadinya. k.ejah, I really miss u..miss ur smile, miss ur advice n everything about u my dear sis


truely, ana rindu pada dia..moga ukhwah ini kekal krn Allah

siapa nak masak?

ayam goreng berempah:
3 ketul kepak ayam
5gm garam
1btag serai(dikisar)
30gm bawang putih(dikisar)
5gm serbuk kunyit
5gm serbuk cili
20gm cili boh
tips:ana tak ikut sangat resepi ni. ikut je berapa ketul ayam yang antunna nak, garam tu depends la..nak masin bubuh la sekilo.heheh,taklah. ikut tekak. serai dn bawang putih jgn banyak sangat,agak2 la.kalau banyak rasa pelik nanti. tapi antum tambah bawang besar ya. itu penting sebenarnya. actually, bila dah ada cili boh..serbuk cili tak perlu sangat. tapi kalau nak bubuh jugak, tambahlah. anyway,ana banyak modified resepi. kadang2 tak terjangkau dek akal, ikut selera masing2lah ya. nak ikut resepi ni 100% pun boleh. kalau sedap bagitau ya! tak sedap?takyah la kot:)
wallahu'alam

Thursday, December 25, 2008

10hari yg menyesakkan



lihat kepada gambar2 yg ana sertakan,ana rasa antum semua tahu yg ana terlibat secara tidak langsung dlm kem pengahyatan solat remaja. ayah sebagai s/u program amat sibuk,tetapi lagi sibuk ust Sabri..imam muda masjid al-sultan. ana saja gura dgn ayah,"kalau susah nak cari fasi, anis pun boleh," disertai dgn ketawa yg tidak yakin. "haa,nak jadi? ayah boleh bagitau ust Sabri," kata2 ayah penuh mengharap. alamak, ana gurau saja. terrjadilah ana dgn kawan menjadi fasi. kami fasi banat, banin ust2 tahfiz. cuma, itulah. tak selesa campur dgn banin. pandangan jadi tak berapa terjaga. astaghfirullah. kesian pd kwn ana,dugaan dia hebat. ust2 tu mintak no phone dia,harap dia kuat. alhamdulillah ana yg tak cantik, tak mencuri perhatian dr mereka. kalau ya, kesian pd mereka dn ana. hati kami masing2 kotor jadinya. syukur alhamdulillah.


10hari bersama mereka, ana tidak betah. ana terrlalu bz. kerja rumah byk terbengkalai. time management teruk!sangat teruk. diuji mak demam teruk waktu tu, agak melemahkan semangat ana. ana nangis. mana nk berdepan dgn muslimin, ana takut. hati dah semakin jauh lalai.


ana takde skill nak layan budak2, tp alhamdulillah Allah mudahkan. ada je budak2 yg main2..taknak hafal. berbual je. tegur secara baiklah. ana pun bukan perfect sgt. kadang2 timbul di hati takut2 ajaran yg diajar salah, mintak jauh. letih! itu yg pasti. melaya kerenah budak bukan senang. tapi gelagat mereka menghiburkan.


hafizah khalilah, fakhira, liyana, ain syahida, farahanis(1hr sj), alya ezzaty, alia, aqilah, saifarah, uzma, amirah. ana harap takde yg tertinggal. hafizah yg banyak bercerita. mereka semua byk mendengar, tapi otak cepat pick-up. hebat! subahanallah. ana pun rasa tak larat nak hafal 13 surah n 13 hadith..memang tak dinafikan, mereka belum lagi dicemari oleh anasir2 luar yg mengotorkan hati. hati mereka bersih. sebab itu mudah melakukan kebaikan, macam umur ana yg dah tua ni..lambat je nak wat amal baik,astaghfirullah. bila hari2 terakhir kami lalui, ana sebak. truely! ana tak tahu apa ada di hati mereka..namun ana sedih mahu berpisah. ana akan rindu dengan hafazan2 mereka, ana rindu dengan kenakalan mereka, rindu akan cerita-ceriti mereka. baru ana sedar, ana mula menyayangi mereka.



peritnya perpisahan! ana pesan pd mereka dn diri, jangan tinggal solat..cukup 5 waktu, taat pada ibubapa, walau rasa susah..usah bersungut terhadap mereka. apapun, tanamkan Allah di hati. ana sebak, air mata hampir2 gugur di hadapan mereka. alhamdulillah, berjaya tahan. namun ana sedikit gembira, ana tak lagi berdepan dgn muslimin! takut juga,bila dah pergi pusat pengajian, ana akan hadapi perkara ini juga..moga hati ana tetap berpegang prinsip2 suci. insyaAllah, amiin.

alhamdulillah, ukhwah kami masih kekal. ada yg lost contact, tapi masih ada yg terus berhubung. ana pasti akan rindu saat2 itu! saat yg indah bersama kanak2 riang :)

*adikku, walaupun kamu di usia kanak2..wajibkn dirimu solat. solat kerana Allah, bukan akak. akak mohon maaf jika ada buat antunna terasa, ketahuilah adikku, k.nisah hanya ingin ilmu ini sampai dn bermanfaat buat kita semua. k.nisah takut amanah ini tak terlaksana. adikku sayang, k.nisah sayang antunna semua. rajin tuntut ilmu, ikhlaskan hati dan banyakkan sabar. doakan kejayaan k.nisah ya..uhibukunna fillah

cinta, tegarkan hatiku!



Assalamualaikum,
Apa khabar semua? Harap semua berada dalam rahmat dan lindungan-Nya. Sudah lama saya ingin berkongsi coretan disini, tetapi kerana kesuntukan masa dan tanggungjawab sebagai pelajar membuatkan saya terpaksa korbankan. Alhamdulillah, syukur pd Dia kerana memberi kekangan masa kepada saya untuk berkongsi anda semua.


Kadang-kadang saya tersenyum sendirian mebaca kisah cinta yg takkesampaian, saya pun macam mereka juga. Agak obsess terhadap cinta. Tapi itu dulu,InsyaAllah sekarang harap tak lagi.


Biasanya cinta di peringkat sekolah, tak sejati. Tak banyak yang kekal,banyak yang main-main. Namun saya tepis tanggapan itu dan akhirnya saya jatuh hati pada seseorang. Dari dulu saya dikenali sebagai girl yang tak berkaple,pendek kata kalau saya berkaple memang terkejut besarlah kawan-kawan saya. Tapi fitrah manusia,saya pulak perempuan. Dipendekkan cerita, saya berkenan pada seorang lelaki itu. Bagi saya, asas pegangan agama dia yang buat saya suka. Nasihat-nasihat yang dia berikan amat bermakna buat saya. Saya pegang betul-betul dan sematkan dalam hati. Setiap hari saya bersemangat meneruskan hidup yang baru,ingin menempa kejayaan sama seperti dia.

Awal perkenalan saya amat bahagia, namun disaat akhir kami terpisah begitu sahaja. Kami tak pernah declare,dan kami hanya kawan. Tak lebih. Tapi jauh disudut hati saya mengagumi dia. Akhirnya, dia akan menyambung pengajian ke pusat pengajian tinggi. Kami tak boleh berhubung seperti biasa,kerana dia akan sibuk disana nanti. Saya faham dan pasrah dengan apa yang berlaku. Tetapi ada satu ceritera terselit yang membuatkan saya betul-betul merana kerana dia. Tak payahlah saya tulis disini,let bygones be bygones. Sejak haritu,saya tersiksa. Merana,amat-amat merana. Setiap hari air mata saya pasti gugur disebabkan dia. Lagu-lagu yang jiwang sikit pun tak boleh dengar,mesti saya menangis. Pelajaran saya down,turun merudum sebab saya rasa sakit oleh semua ini. Tahun itu tahun yang paling perit untuk saya berdiri. Rasa tak sanggup nak berdiri,tetapi kenangkan mak dan ayah,saya tetap gagahkan. Hati saya hancur,remuk. Saya tawar hati dengan lelaki. Walaupun dia dah ada orang lain,saya tetap setia meletakkan dia di hati. Dia lelaki pertama yang berjaya menghuni hati saya. susah untuk saya biarkan kaum adam berada di hati,tetapi dia berjaya. Saya kalah! Kalah dengan emosi sendiri. Kalah dengan percaturan cinta yang langsung takda makna.

Bila tahun baru bermula, saya nekad. Tak mahu pandang ke belakang,mahu memulakan hidup baru. Buka buku baru,yang lepas tak perlu ditoleh. Azam baru,tekad baru bersama. Saya tak mahu mencari cinta lagi. Cukuplah yang lepas amat menyakitkan. Saya rela menanti asalkan tidak buat saya rebah kali kedua. Tetapi saya terlibat lagi buat kali kedua, yang kali ini banyak menyedarkan saya. Banyak mengajar saya hakikat sebenar. Kami bukan bercinta, tetapi berkawan. Sama juga seperti kisah pertama, saya kagum dengan dia. Prinsip yang dia jaga, sifat dia dan yang paling penting agamanya. Itu yang membuatkan saya agak senang dengan dia. Mak saya turut senang saya berkawan dengan dia. Sehingga di akhir persahabatan kami pun dia masih berhemah dalam berkata-kata. Dia buat semua ini untuk kebaikan saya, saya masih belajar. Perlu tumpu pada pelajaran demi masa depan. Saya terima apa yang dia cakap, dia tak pernah menyakitkan hati saya. Tetapi kami perlu noktahkan segera agar tidak terlajak jauh. Kami kawan, bukan kaple. Jadi keputusan ini adalah untuk kebaikan bersama, dan kami tidak pernah bermusuh. Masih ok sampai sekarang.

Apa yang kita boleh lihat, kisah 1 dan 2 berbeda. Kisah pertama membuatkan saya betul-betul jadi hamba cinta. Bila saya ingat balik, Ya Allah bodohnya aku jadi begitu. Obses terhadap cinta. Membazirkan sisa hidup begini, andai kata Allah menjemput saya diwaktu itu..naudzubillah, tak dapat saya bayangkan. Betul-betul saya jauh dari Dia. Saya dibelenggu sedih yang amat sangat. Tak terkata. Tetapi daripada kisah kedua, walaupun sedikit sebanyak memberi kesan kepada saya, tetapi saya lebih pasrah. Terima dengan hati yang agak terbuka walaupun susah. Dia sempurna bagi saya, walaupun ada kekurangan tetapi itu perkara biasa. Saya terima yang kedua ini tanpa syarat dan biarlah dia pergi tanpa sekat. Banyak yang saya belajar dari dia. Setiap bait kata dia mempunyai pengajaran. Air mata saya gugur kerana saya fikir saya takkan dapat sebaik dia selepas ini, tetapi itulah qadar Dia. Kita harus terima. Saya kena terima.

Saya decide taknak guna handphone kerana taknak jadi orang bodoh menunggu mesej dari dia setiap hari. Terasa bodoh tetapi saya tetap lakukan. Mujurlah saya ada kawan-kawan yang support saya. Saya tak berapa kecewa dengan yang kedua..saya boleh terima. Putri, kadang-kadang Allah mendatangkan kepada kita berbgai-bagai ragam manusia untuk diuji. Datang yang sempurna dimata kita, hati meyatakan dialah jodoh kita. Siang malam berdoa agar dia adalah jodohku, tetapi mana tahu bukan itu yang terbaik. Rahsia Allah kita tak tahu. Ini semua rahsia Dia, kita tak tahu. Tak semestinya orang yang kita suka adalah jodoh kita. Memang dia baik, sempurna tetapi mana tahu dia tak boleh membahagiakan kita esok hari. Positiflah dalam berfikir. Jangan menjadikan cinta sebagai tajuk utama dalam hidup. Kecewa memanglah..namun renungkanlah kembali asal kejadian kita. Allah sendiri sudah memberitahu didalam Al-Qur’an tujuan manusia dan jin dijadikan. Bukan untuk mencari cinta, tetapi beribadah pada Dia.

Pembaca sekalian, yakinlah pada Tuhan sekalian alam. Dia takkan mengkhianati kita..malah dia berikan yang terbaik buat hamba Dia. Dunia semakin tua, bermakna hidup kita tak panjang lagi. Mardhotillah yang dicari sepatutnya, bukan percintaan menjadi fokus utama. Mengapa perlu menyeksa diri, menagih cinta yang tidak tahu tulus atau tidak sedangkan kita tahu cinta Alah lebih baik dari segalanya. Sekalian umat Islam dan anda semua, jalan bahagia itu hanya satu. Iaitu jalan menuju Ilahi, semakin jauh kita lari dari Dia semakin kusut dan serabut hidup. Oleh itu, kembalilah pada Dia...Allah menanti dengan kasih dan sayang lebih dari orang yang kita sayang. Tidakkah rasa bangga?

Petikan dari majalah Anis keluaran Mei, ”apabila hati ditadbir oleh akal berlandaskan iman, berbudilah dulu pada mereka yang sepatutnya. Keluarga, terutama ibu dan ayah merupakan golongan yang pastinya memerlukan perhatian dan toleransi daripada kita sebagai anak. Mereka tidak pernah menyebut, tapi kita akan memahami jika kita benar-benar anak mereka. Hati yang suci dan murni tidak berkira untuk berbudi. Tidak kira untuk siapa, hanya matlamat budi yang utama.

Ketika itu, cinta yang berputik tiada lagi menjadi keraguan. Kerana persediaan yang rapi menjadikan kita cukup matang untuk menghadapi sebarang situasi. Hubungan direstui, diredhai dan diberkati. Itulah yang kita cari. Kita tidak mencari cinta yang buta tapi kita mencari hati yang suci.”

*jangan hanya mencari percintaan...salam mujahid memburu syahid


*sebenarnya tulisan ini ada keluar dlm mingguan malaysia,tp dah lama berlalu. cuma ana ingin kongsikan disini, jgn mudah percaya pada kata2 dn wajah seseorang. jatuh cintalah pd pegangan agamanya. krn yg diukur dn dilihat di mata Allah adalah taqwa seseorang. ramai kawan ana kaple. dn berkahir tgh jalan, telefon nangis2..ana tak tahan dgr semua tu. kadang2 ana soal, tak nampakkah yg dia hanya mempermainkan kta. sbb ana dah pernah kena ana ckp. esk luse ana tak tahu. wallahu'alam. walau apapun, jgn mengalah saat hati kecewa..sbb Allah nk kta lihat dn renung knp dia tarik cinta itu..Dia nk kta sedaryg Dia jauh lbh syg kta. terrrlalu syg. jgn fikir ana tak terjebak..ana pernah terjebak. dn bangkitlah kembali mencari cinta Allah, bukan senang. menuntut sejuta pengorbanan jiwa dn raga. bacalah kisah2 anbiya' dn sohabiah..bagaimana mereka 'abdikan diri pd Allah. ada yg pengsan dgn mndgr azan, ada yg menangis hgga tak nampak memikirkn nasib di mahsyar, ada yg terketar-ketar mendengar ayat azab..tapi kita?

apapun,ingatlah Allah sentiasa nampak, dengar dn tahu apa yg kita buat. kita lalai dgn dunia, Allah sedih. bak kata kwn ana, "tega-tega kamu,". ya! tega saja kita. ana pun sama,masih lemah dlm hidup ini. dgn itu, whatever you do..put trust into Allah,think Allah first..

wallahu'alam

Saturday, December 20, 2008

Allahu Akbar

bismillahirrohmaanirrohiim
dalam kekalutan mengharungi liku-liku hidup
dugaan tak henti datang menerjah
arahan demi arahan
menyakitkan jiwa!
setiap patah dari mereka ku rasakan perintah
tidak dilaksanakan
amarah bertamu
dilaksanakan
bermacam yg tidak sempurna
"mereka"
fahamilah hati ini
terlalu banyak tanggungan yg perlu dibuat
tak terkejar oleh tulang empat kerat
jasad merungut letih
arahan demi arahan menyinggah
tiada siapa mahu membantu
yg lain?
goyang kaki sambil melihat
ahh,jiwa aku parah
seakan ingin menangis mengadapi semua ini
lantaran arahan tak terbuat semuanya
hukuman dijatuhkn!
zalimkah aku?
tak berhati perutkah dia?
tidak!
mungkin salahku..
dia tidak pernah salah walau hakikat dia tak mengerti gejolak jiwa kerdil ini
berperang dengan perasaan
bertarung mempertahankan iman
berjuang memperkukuh taqwa
mujahadahku terhenti
seketul daging semakin hitam
lantaran arahan sentiasa meresahkan
akhirnya
jasad ini terduduk
tika melayan arahan
empangan yg ditahan pecah
tidak sempat utk dibendung
jiwaku semakin parah
ya Allah,
apa yg aku buat ini?
ikhlaskah aku menuruti arahan mereka?
walaupun sehabis tenaga aku lakukan
mengapa masih merungut tidak sempurna?
tidak terfikirkah akan mereka perasaan aku tatkala itu?
dituduh aku memberontak
ya Allah,
sungguh aku mahu menangis tika itu
kalimah itu menghiris perasaan
aku biarkan
aku terlalu menyayangi mereka
aku kembali mengutip sisa kesabaran di perjalanan
menyemai kembali redho
yg kian terhapus
kembali berpatah menuju jalan kebenaran
demi perjuangan seorang muslimah!
walau hidup "ditentukan" mereka
ikhlaslah menuju mardhotillah
kerana Allah itu yg Maha Berkuasa
yakinlah..percayalah
sematkan kembali kepercyaan yg makin menghilang
ALLAHUGHOYATUNA
Allah tujuan kita
Allah sentiasa bersama
bukankah Allah menyayangimu hanisah?
lantaran itu Dia hadiahkan kekuatan di sebalik arahan mereka
kuatkan hati..kuatkan iman
ayuh hanisah!
kau pemudi harapan bangsa
tetap berpegang pd janjiNya
teruslah
teruskan usahamu

Thursday, December 18, 2008

dapur ku berasap

ibu ana demam. ana kena take over housework. everything ana kena buat. balik dari masjid(jadi fasi kem solat),ana kena urus semua. kesian mak,mak memang tak larat. satu hari ana betul2 tak larat. masa basuh kain,ana nangis. tak tahan. I want my mum..tu yang ana mahukan saat itu. ana tak kuat nak urus semua ni sorang. sungguh, ana rasa betul2 nak terduduk. ana nangis,nangis semahunya. kat dapur, takda siapa nampak. namun Allah Maha Mengetahui.


ana teruskan juga lakukan semua itu. jangan kata ana kuat, terkadang ana terduduk. tapi, pasrahlah dengan setiap ketentuan Allah. ana terima. dan ana dapat satu idea. biar penat macam mana sekalipun, ana tetap mahukan dapur yg bersih. bila bahan nak memasak takda, nak buat apa ya? bila dapur kotor,kna bersihkan..dan banyak lagi kita dapat belajar dari dapur..




HAKIKAT WA MAJAZNYA:

apabila diri dirundung masalah, kitaharus tahu apa yg perlu buat. macam dapur, bila nak masak kari,rempah kari xda..pergi beli(kalau kedai dekat). santan takda..ganti dengan evaporated milk. daun kari takda..takpe,rempah dah ada. macam nak sup, remaph sup takda..buat rempah sendiri. bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis..cekup sikit2..jadi sup.



bila diri dirundung masalah, kita kena bijak tangani(ana pun taklah macam tu sangat). apapun,balik pada jalan penyelesaian yg benar2 tepat. Allah!jangan bila ada masalah,baru ingat Tuhan. hati kena bersih, macam dapur kita. nak tengok sentiasa bersih,kemas dan rapi. masuk dapur pun suka. macam tengok orang sesetengah orang, tenang saja. ada yang terkurang pada diri, pandai2lah tambah. banyakkan muhasabah diri,buat post-moterm.



terkadang kita tak sedar, kita lari jauh dari Allah. terkadang kita tak sedar, nak masak kari jadi rendang. itulah. kuatkan hati dengan Allah, nescaya hatimu akan tenang. ada masalah pun, senyum lebar. apapun, yakin dengan Allah..bukan hambaNya. kalau takda rempah beriani, masak nasi minyak boleh. apa yg ada,cekau saja.



bila ada masalah, nak cekau sapa? baru nak ingat Allah. fitrah berTuhan tetap ada. jangan sampai satu saat Allah taknak dengar rintih kita. naudzubillah. jangan sampai satu saat, kat dapur takda apa2 nak masak. memanglah canti, tp kosong! kita nak dapur yg lengkap. nak masak apapun boleh,sebut saja. kita nak dapur yg cantik bersih, biar dapat memasak dengan baik. ia mempengaruhi mood juga. macam hati, kita nak hati yg lengkap dgn cinta Allah, baru hidup terasa bermakna. kita nak hati yg bersih, baru Allah suka..org pun suka.



oleh itu, lengkapkan hati anda sebagaiman anda lengkapkan dapur anda. berasapkn hati, sebagaimana anda berasapkan dapur dengan masakan yg hebat. hebatkan hati dengan cinta Allah, hebatkan hati dengan kasih kepada Allah, Rasul dn keluarga serta rakan..bukan kekasih ya. dan, mulakan sekarang! wallahu'alam

*DOAKAN IBU ANA CEPAT SEMBUH YA..

wassalam

Tuesday, December 16, 2008

smka naim lilbanat yg dirindui..

sebaik tamat SPM,maka berakhirlah perjuangan di sekolah. selepas ini akan menjejak ke alam yg lebih dewasa. mungkin! namun hiba menyelubungi diri ini, betapa banyak kenangan pahit dn manis du bmi barokah ini. di sini menemukan ana dengan kawan2 yg sentiasa menyokong dn membimbing walau susah dn senang. di sini juga menyaksikan kejatuhan ana dek kerana seorang lelaki! ahh,lelaki. pahit benar tragedi itu. di sini juga menyaksikan gelak tawa ana bersama rakan dn guru, juga sebaran fitnah dn sumpah-seranah. di sini juga ana mencari dewasa,meneliti erti hidup yg terlalu sukar utk diungkai..perit, tetapi Allah maniskan ia. ana tersenyum.


tepat jam 12.25 tengahari,paper ekonomi asas. tamatlah kisah siti hanisah di sini. ana tak banyak jasa di naim,namun punya kenangan yg takkan dilupa. ana rindu, terlalu rindu pd sekolah itu. menemukan ana dengan ust Abdullah Hussin, mengajar pendidikan syariah islamiah. ana minat pd subjek itu krn ust. bkn kerana ust hensem atau pandai berjenaka, ngertilah ust seorg yg thiqoh. dia tidak pandang semua itu. namun pengajarannya ana ingat sampai hr ini. alhamdulillah, dgn izin Dia.


ana rindu pd semua kenangn yg pernah dilakar di sana. menemukan ana dengan senior2 yg menyayangi ana seperti adik mereka. walau tidak pernah bersua sebelum ini, mereka mesra. ukhwah kami bertaut kerana Mu ya Allah.


sayangnya, ana tidak mengabadikan gambar2 naim..tak mengapalah, naim kekal di hati sanubari. sebolehnya, ana ingin di naim selamanya. anak2 buah persatuan, maafkan kak nisah sayang, kak nisah tak sempat nak adakan lawatan. namun sempat juga membelikan antunna cenderahati. harap antunna suka.


tanggal 3/12..ana lalu di naim. baru satu hari meninggalkan bumi itu, ana terasa rindu. sebak membuak di dada. ya Allah, moga bumi naim dilimpahi barokah dari Mu selamanya. di naim juga, ana berubah. alhamdulillah, syukur. peralihan umur remaja, membuatkan ana mencari hiburan. smaa sahaja spt remaja lain. ana lalai, ana leka. asyik dengan mesej, mesej dn mesej. astaghfirullah..ana teruk, teruk sangat. mengertilah antum, ana bukan manusia yg hebat.


namun, ana takut dengan semua ini apabila membuatkan seseorang terpaut. ana terpempan apabila dia berani menyatakan cinta. ahh, lelaki! itu yg ana katakan di hati. namun ana juga gembira. tetapi ana takut, taku ya amat. dari itu, ana mencari, mencari dn terus mencari kebenaran. ana mencari apa yg boleh membuat ana keluar dari dunia fatamorgana ini. alhamdulillah, ana jumpa! dengan belajar quran sunnah dn syariah..ana temukn cinta. syukran ya Rabb, syukrn ustzh wa ustaz.


ana meneliti lagi setiap inci ruangn di naim, rindunya. betul hati ini sayu. ana takkan lupa saat jatuh bangun disini. baru seketika terasa tahun 2004 di mana ana form1..tak terasa sudah form5. begitu sekejap waktu meninggalkan kita..ana sedih. ada air jernih menakung di tubir mata, menanti saat jatuh ke riba..mata masih tertancap pada bangunan2 usang naim

naim..
ke renungi hari-hari sepiku disini
tak terasa yg aku akan meninggalkanmu
tak terasa betapa sebentar cuma aku disini
bumi barokah ini
mengajar erti yg amat besar buat diriku
mendidik, mengubah segenap rasa di jiwa
ku harap adik-adikku
meneruskan perjuangn disini
kelak,
apabila keluar
menjadi insan rabbani..
naim,
akan terus di sanubari
ngertilah
hati ini say
jiwa ini sedih
takkan dibiar begini
kerana aku keluar bersama perjuangan yg belum habis
teruskan hingga titis terakhir
HAKIKAT WA MAJAZNYA:
semua yg ada adlah pinjaman Allah semata-mata. tangan ini, mata ini, telinga ini yang digunakan utk tulis artikel ini..pinjaman Allah. jangan kata ini milikku, ini milik Mu ya Allah. kita hanya pinjam. bagaimana kita pulangkan barang yg kita pinjam pd si peminjam? mesti dalam keadaan sebagaiman yg kita pinjam. gunalah sebaiknya. jangan di buat dosa dengan apa yg kita pinjam. Allah itu Maha Melihat, Maha Mendengar. ke mana mahu sorok?
walau hiba hati ana, sedar keran naim adalah pinjaman Allah buat ana. dulu, ramai yg pertikai kenapa ana tak ke maahad? kerana budak2 maahad memang terkenal dengan kethiqohan diorng,terutama maahad lelaki. banat segan dengan mereka. ana nekad, naim pilihan ana. namun sedih juga tak ke maahad, tp inilah hikmahNya. dari seteruk-teruk ana, alhamdulillah berkah bumi naim mendidik ana. guru2 yg baik sangat, menyentuh tangkai hati. biar bukan di maahad, naim juga ada keistimewannya.
sahabat, Allah pinjamkan pada kita. even nyawa pun. eosk2, Allah nak ambil juga. kalau Dia mahu sekarang pun, boleh kan? kerana ini Allah yg punya. selagi nafas masih dipinjamkan, nafaslah dengan alunan zikrullah. Allah beri pinjam..ngertilah kita ini yg meminjam..jangan bongkak, nanti peminjam murka..antum tahu apa yg akan Dia buat?tanya iman di hati..naudzubillah
kita hanya hamba. patuhi apa yg disuruh, jangan dibuat apa yg Dia larang. sebab? kita hanya diberikan pinjam. Allah tak charge bunga macam bank. berganda-ganda bunga yg kita kena bayar, tapi Allah? Dia tak charge pun, malah bagi kita ni'mat..masyaAllah tak ternilai. tapi kita? kita buat dunno je dengan Allah..Allah sedih, kita hirau?tanya iman dan taqwa anda..ana juga terutamanya..wallahu'alam
wassalam

Monday, December 15, 2008

mingguan malaysia 14 disember 2008

Assalamualaikum Putri dan selamat sejahtera kepada semua sahabat-sahabat pembaca sekalian. Izinkan saya memperkenalkan diri sebagai Althafunnisa’. Terusik kalbu saya tatkala membaca luahan-luahan masalah yang pelbagai. Ada yang membuat saya tersenyum sendirian,tak ubah seperti rentetan hidup saya juga.

Izinkan saya juga untuk berkongsi rasa dan mungkin nasihat buat pembaca terutama diri saya. Suka saya pada artikel-artikel yang dipaparkan pada 7 Disember 2008. Terus kepada maudhu’,kepada Potpouri Girl,kisah saudari persis seperti saya. Alhamdulillah, sekarang saya boleh atasinya. Ya, mungkin kerana kita takut dan belum bersedia untuk memberi komitmen yang lebih sebagai seorang sahabat. Akhirnya apabila perkara yang amat bermakna terlepas, kita rasa hidup ini seperti tiada apa-apa. Saudari ukhtifillah, let bygones be bygones. Berkata amat mudah, dan ya! Proses untuk melupakan dia amat memeritkan. Saya telah lalui itu!. teruskan mujahadah saudari. Potpouri Girl, kembalilah mencari cinta yang sebenar. Mengapa menanti pada sesuatu yang sudah pasti bukan milik kita. Saudari perlu tahu dan semua juga perlu ingat termasuk saya yang hina ini, kita milik Allah dan si dia juga milik Allah. Apa yang lebih pada si dia sehingga kita memilih jalan derita pada makhluk yang tiada apa-apa. Saya mengerti perasaan saudari, mendalamnya cinta kepada dia. Sama seperti saya dulu..sama sangat. Tapi renunglah cahaya yang indah dibalik semua ini. Allah masih sayangkan saudari, biar dia pergi dan Allah menanti cinta saudari untukNya. Saudari sayangfillah, percayalah cinta Allah tidak mengecewakan. Saya bukan berlagak alim, sedangkan saya masih dalam proses pembelajaran. Bukankah Islam itu bersaudara..dan berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan kesabaran. Saudari, jalan bahagia itu cuma satu, iaitu jalan menuju Ilahi, semakin jauh kita lari daripadaNya semakin kusut hati dan perasaan, oleh itu kembalilah mencari cinta Ilahi, Dia menunggu dengan kasih sayang dan harapan. Tingkatkan mujahadah untuk lupakan dia, dan carilah yang lebih beerti. Mujahadah memerlukan kesabaran dan keihklasan yang cukup tinggi. Sabarlah, jangan mengalah! Teruskan...Allah ada bersama.

Korean baby, hidup saudari amat bertuah. Amat bertuah dan sangat hebat. Percayalah pada apa yang saya katakan ini. Bertuahnya saudari kerana mempunyai ibu dan ayah serta arwah nenek yang amat menyayangi saudari. Bertuahnya saudari dapat ke sekolah dan menduduki pperiksaan dengan baik. Bertuahnya saudari kerana dilahirkan oleh seorang ibu yang tabah menghadapi saat-saat antara hidup dan mati semasa melahirkan saudari. Bertuahnya saudari seorang yang cukup sempurna dan mempunyai kehidupan jauh lebih baik berbanding saudara kita di Darfur, Sudan , Palestin dan sebagainya. Dan banyak lagi ni’mat-ni’mat yang kita terlepas pandang. Bertuahnya saudari, teramat bertuah. Ketahuilah saudari, jauh di sudut hati ibu saudari saya yakin dan percaya dia amatmenyayangi saudari, cuma mungkin ada perkara yang kita tidak tahu mengapa dia begitu. Selamilah hatinya, rasailah segenap rasa oleh dia. Saudari, ada yang diuji Allah diambil ibu dan ayah mereka dan tinggal sendirian. Kerana itulah saya mengatakan saudari amat bertuah, sangat bertuah. Bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan. Saya juga hidup bukan mewah, cukup-cukup sahaja. Namun, renunglah saudara kita yang jauh, teramat jauh lebih susah. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat padaMu. Kita juga setakat ini belum ada apa-apa penyakit yang kronik, Alhamdulillah dan mintak jauh semua itu. Ini ujian buat kita saudari, lihatlah Nabi Muhammad s.a.w..kekasih Allah, diuji jauh lebih hebat. Sedangkan Baginda siapa? Habibullah..kekasih yang paling Allah sayangi. Syukurlah setiap apa yang diberi, terlalu cukup buat kita. Saya tidak kata saudari tidak bersyukur, mungkin kita terlepas pandang sahaja, saya juga begitu. Biasalah, hamba-hamba yang Allah sayangi memang Dia uji, Dia tidak mahu kita jauh dari Dia kerana kasihNya yang Maha Hebat, sangat hebat saudari. Percayalah, yakinlah pada rahmah dan mahabbah Allah. Panjatkan doa dengan sabar dan ikhlas, kuatkan hubungn dengan Dia. Sungguh, saudari dapat merasai ketenangan yang abadi. Jangan pernah berhenti berhenti berharap padaNya. Sabarlah, ikhlaslah..juga untuk saya yang lemah tidak berdaya.

Senyuman masih tidak lekang apabila membaca kisah Pelajar sedih. Saya bukan tidak bersimpati, kerana saya faham apa yang dialami saya tersenyum. Bukankah menghadapi masalah dengan senyuman dan tenang lebih baik? Petua awet muda tu. Pelajar sedih, usah bersedih. La Tahzan, innallaha ma’ana. Allah itu bersama-sama. Kondisi saudari sekarang seperti saya. Pelikkan? Semua yang mereka alami saya pun turut merasa. Bukan menyibuk, tapi itulah hakikatnya. Memang berlaku. Saudari, saya ingin bercerita ringkas tentang sejarah hidup yang takkan saya lupa. Moga-moga boleh dijadikan panduan buat semua. Saya mempunyai 6 orang abang dan saya bongsu, satu-satunya perempuan. Alhamdulillah. Saya paling rapat dengan abang saya yang ke-3, bagi saya, dia nyawa saya dia segalanya buat saya. Budak kecil, mana ngerti erti susah. Ibu saya agak sibuk menjual kerana menampung gaji ayah yang tak seberapa, ayah juga sibuk. Abang-abang yang lain juga sibuk dengan belajar. Dan saya, terkapai-kapai seoarang diri. Mujurlah arwah abang saya yang ke-3 ada untuk melayan saya. Dia amat menyayangi saya, amat kasihkan saya. In my life, I just have him. Hanya dia. Dan saya bergantung sepenuhnya pada dia. Suatu hari, di pagi raya aidilfitri yang ke-3..pagi Jumaat, dia menghembuskan nafas terakhir. Saya terpisat-pisat bangun melihat abang saya yang sudah pergi menemui Ilahi. Semua diselubungi sedih kecuali saya. Ini kerana saya pegang pada janji arwah, dia takkan tinggalkan saya. Dia akan ada bersama saya, dia tetap akan menemani saya sampai bila-bila. Saya tidak menangis langsung, percayalah. Apabila tiba waktu untuk menatapnya kali terakhir dengan kafan, tiba-tiba saya tersentak. Saya menangis semahunya hingga tidak dapat menciumnya, air mata saya tidak boleh berhenti langsung. Dia mungkir janji. Ketahuilah saudari, hidup saya tidak tentu arah. Bayangkan kanak-kanak kecil 5 tahun perlu memahami erti kematian. Saya mengambil keputusan untul suicide, berdiri di tengah jalan. Tapi Allah sayangkan saya, tiada satu kereta pun di sana . Saya kecewa, saya ingin bersamanya. Hakikatnya saudari, amat payah untuk diterima. Tapi Allah mendatangkan hikmah yang tak ternilai, abang-abang saya yang lain lebih menyayangi saya. Walau kadangkala ada terasa dan perselisihan, mereka tiada pengganti. Walaubagaimanapun, sayangi mereka sepenuh hati. Mereka bukan tidak menyayangi saudari, tetapi mungkin belum dizahirkan. Sama seperti saya. Saudari sahabatku, jangan berputus harap pada Allah. Banyakkan berdoa, berdoa dan berdoa. Mintaklah apa sahaja dengan sabar dan ikhlas. Jangan lupa solat 5 waktu. Kuatkan jiwa dan hati dnegan tahajjud agar jiwa lebih tenang dan bersih. Apapun, apa jua yang berlaku Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang..terlau sayang lebih dari segalanya.

Buat semua terutama saya, kembalilah mencari cita Allah. ALLAHUGHOYATUNA(Allah itu tujuan kita). Kita ada destinasi lain selepas ini, bagaimana mahu mengahadapNya..bagaimana mahu dijawab soalan-soalan dari pengawalNya. Ketahuilah, Allah itu Maha Mengetahui apa yang terjadi pada kita..dan Dia takkan memberatkan kepada kita sesuatu yang tak sanggup kita tanggung. Buat ketiga-tiga mawar mujahidah, selamat maju jaya. Semoga dalam nanungan rahmah dari Allah..jika saudari-saudari ingin berkongsi rasa, saya tidak kisah. Selagi boleh bantu, saya bantu. Email saya ada pada Putri. InsyaAllah, dengan izinNya saya bantu. Saya manusia lemah, insyaAllah..Allah sentiasa bersama. La tahzan, Innallaha ma’ana. Cukuplah Allah bagiku. Terlalu cukup. Wallahu'alam. Wassalam.

_Althafunnisa'_



ini yg full version,putri tak dapat nak publishedkan semuanya. antum boleh baca.

Friday, December 12, 2008

hikmah seorang ibu


ana ingat lagi sewaktu hari raya aidilfitri 2007, kesemua abang-abang pulang ke kampung, Melaka. justeru itu, kesemua 6 anak saudara ana pulang. bukan nak dikatakan meriah, macam nak runtuh rumah atuk kat kampung tu. dengan abang-abang ana lagi. mereka masih menganggap ana seperti budak kecil, terima sajalah :). terutama abang ana yang berada di Johor.


kebiasaannya siapa yang muda perlu berkhidmat pada yng lebih tua. ana juga lah yang perlu berkhidmat untuk anak-anak buah ana yang comel dan nakal. my hero a.k.a daniel, dia yang jadi hero. daniel ni suka pada perkara yang cantik2 sj. maklumlah, jiwa lelaki tetap ada.


melayan kerenah anak-anak saudara semestinya memenatkan. mana tidaknya, belum habis nak layan yang sorang, yang sorang lagi dah menangis..merajuk. kadang-kala buat ana lelah terkejar sana-sini. kadang-kala menguji kesabaran, tetapi tatkala memandang wajah innocent mereka ana jadi tersenyum. dalam letih ada juga kemanisan yg Allah beri melalui senyuman mereka.


mereka pandai mengambil hati. bila lihat ana letih terduduk, datanglah si hero dan yang lain2 gembirakan hati ini. macam2 yang diorang buat. selalunya mereka meminta ana mengajar A,B,C...dan keluarlah segala perkara yang membuat ana lapang dada. subhanallah, Allah meringankan beban di dada dengan keletah mereka.


waktu makan, ada saja yang datang nak makan sekali. nak suaplah, dan macam2. kadang-kala mood kita terganggu, tetapi merenung wajah itu hilang rasa serabut. nak marah pun, rasa tak jadi. kadang2 terlepas jugak,hehe.



HAKIKAT WA MAJAZNYA:

ana belajar erti sabar dan ikhlas dalam melayani karenah mereka. juga terasa naluri seorang ibu tatkala melayan setiap patah kata yang keluar dari mulut mereka. walaupun belum bergelar ibu, tetapi fitrah itu tetap ada!


maksud ana, disini ana belajar betapa kita harus bersabar melayan mereka. ya! kerenah mereka bermacam-macam. ada yang nak ini, ada yang diminta buat itu. kadang-kala tak terjangkau dek fikiran kita dengan soalan-soalan dari mulut mereka. otak mereka sentiasa berfikir. dan kita perlu menunjukkan qudwah terbaik. walaupun bukan ibubapa mereka, namun kita juga dianggap role model.

ana berkata pada diri, "macam manalah anak2 aku esok, letih nak melayan ni,". tapi dari situ ana belajar bersabar. semestinya seorang ibu harus melayan kerenah anak2 dengan penuh berhikmah dan sabar. apabila menjadi ibu, sabar semulajadi ada. sanggupkah seorang ibu mencederakan anaknya? hanya yg tidak waras sahaja yg lakukan begitu.

konklusinya, apabila menjadi ibu kita akan lebih memahami dan belajar erti sabar. dan juga bagaimana melayan setiap ucapan mereka. tersilap,mereka ingat. apa yg kita ajar,mereka juga ingat. jadi, perlu untuk kita menggunakan 'akal sebaiknya untuk menjawab soalan mereka dgn baik. wallahu'alam

wassalam

Thursday, December 11, 2008

masyghulatun jiddan


assalamualaikum,
sebenarnya sewaktu menulis post pd kali ini ana betul-betul dalam keletihan,tapi dek kerana rindu akan beloved blog ini ana teruskan.

sejak akhir2 ini terrrlalu banyak perkara yang menghambat ana kesana kesini. lagi 2 hari ana diminta menjadi fasilitator kem penghayatan solat. ana perlu menemani ibu ke mana saja. walaupun letih, anggap itu sebagai pengorbanan! kerja di dapur memang 80% ana yang kena buat, mak dah tak larat.

anak2 saudara tercinta pulang,fatimah,aisyah,zainab. maafkan mak usu terpaksa bertegas dengan antunna. truely,ana tak larat sangat. pelbagai cabang ada dalam kepala ana sekarang. memikirkan bagaimana mahu membantu anak2 buah sukses dengan kem itu. berhadapan dengan muslimin,satu keberatan buat ana!

perancangan ana pun entah macamana. dalam kalut mengharungi hidup, sampai satu mesej dari nombor yang tidak dikenali,ruapanya sahabat baik ana,amalia. she asked me about darul quran,dapat tak?ana terkesima seketika. ana balas,dah ada yang dapat ke?. sahabat satu sekolah kami dah dapat comfirmation. terus air mata menitis laju, sepatutnya ana meraikan hari bahagia jiran ana. tetapi ana tak dapat tampung ia dari tumpah. dalam hati Allah saja yang tahu, kaciwanya ana. dari interview ana tau dah, from panel uia..ana dah tersangkut bab course.



letih dengan perjalanan! gundah dengan ujian!..itulah ana saat ini.

HAKIKAT WA MAJAZNYA:
belajarlah menerima apa yang Allah beri seadanya. Allah takkan beri pada kita perkara yang menyusahkan dan memudaratkan kita. ana teringat dialog didalam filem ayat2 cinta, "islam itu sabar dan ikhlas"(seingat ana). ya,sabar menerima ujian dr Allah. Ikhlas seadanya. menerima apa pun dengan senyuman..redho. ana pasrah, dan jalan di hadapan masih jauh.

ada yang sudah bertanya, "sudah berpunya?". soalan seperti itu takbiasa untuk ana jawab, jadi ana senyum saja. ana masih memikirkan himah disebalik "tidak dipilih" ke DQ. harapan ayah ana hancur. oleh itu hati ana sedang berkecai. ana tak sanggup melihat wajahnya,tapi ana pernah mengatakan pada ayahanda,"anis akan jadi hafizah suatu hari nanti walaupun tidak ke DQ".ayah cuma mengangguk.

tanggungjawab tergalas berat di bahu satu2nya ana perempuan. ana diasak dengan kesusahan belajar ilmu wahyu. ana tak kisah. yakinlah, Allah itu ada. selagi Allah ada, apapun percaya pada Dia. kita berjuang di jalan ilmu, Allah takkan susahkan melainkan untuk membersihkan hati kita, menambah iman dan meningkatkan taqwa. akhiiran, ittaqullaha rabbakum. aasif,ana terlalu letih.

tuntasnya, tanggungjawab kita sentiasa bertambah. jangan merungut, jangan gundah..Allah adalah yang terrrrrrrbaik. yakin dan ikhlas pada Dia. wallahu'alam.
*sehingga kini ana masih berjuang..ya Allah,kuatkan ak

wassalam

Tuesday, December 9, 2008

Tabah Terhadap Kesusahan untuk Agama

Tabah Terhadap Kesusahan Untuk Agama

www.iluvislam.com

SahabatX

Editor: NuurZaffan

Tidak mungkin bagi orang yang lemah seumpama kita untuk menanggung kesusahan dan kepayahan dalam menyebarkan agama sebagaimana yang telah ditanggung oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Malah berniat untuknya pun adalah susah.

Kitab-kitab sejarah penuh dengan kisah-kisah sedemikian tetapi untuk beramal dengannya telah menjadi perkara yang asing. Malah kita tidak ingin pun bersusah-payah untuk mengambil tahu tentang kisah-kisah tersebut.

Dalam bab ini dinukilkan beberapa kisah sebagai contoh. Saya memulakan dengan kisah Nabi Muhammad s.a.w kerana menyebut Baginda ialah asbab keberkatan. Perjalanan Nabi s.a.w ke Taif Setelah mendapat tugas kenabian, Nabi s.a.w menjalankan usaha dakwah di Mekah selama sembilan tahun dan terus berusaha demi petunjuk dan islah kaum Baginda s.a.w.

Dikalangan orang yang menolong Baginda s.a.w, terdapat hanya segolongan kecil daripada mereka yang telah menerima Islam serta segelintir orang yang masih belum memeluk Islam. Kebanyakan orang kafir Mekah berusaha sedaya upaya untuk menyusahkan dan mempersendakan Baginda s.a.w serta para Sahabat r.a dengan berbagai-bagai cara tanpa melepaskan sebarang peluang yang ada. Bapa saudara Baginda s.a.w, Abu Talib juga ialah antara mereka yang baik hati. Walaupun tidak memeluk Islam, dia tetap membantu Baginda s.a.w dalam semua segi.

Selepas sepuluh tahun baginda s.a.w menjadi nabi, apabila Abu Talib meniggal dunia, orang kafir pun mendapat lebih banyak peluang untuk menghalang penyebaran Islam dan meyeksa orang Islam dengan berbagai-bagai cara secara terbuka. Nabi s.a.w telah pergi ke Taif dengan anggapan bahawa di sana ada kabilah Thaqif yang ramai bilangannya. Sekiranya kabilah tersebut memeluk Islam maka kaum muslimin di Mekah akan mendapat keselamatan daripada segala kesusahan tersebut dan Taif akan menjadi pusat penyebaran Islam.

Setelah tiba di sana, Baginda s.a.w telah berbicara dangan tiga pembesar yang dianggap tinggi darjatnya. Baginda s.a.w menyeru mereka kepada agama ALLAH dan berusaha menarik perhatian mereka untuk membantunya. Walaubagaimanapun, mereka bukan sahaja tidak menerima ajaran Baginda, sebaliknya telah menjawab secara kasar dan tidak berakhlak sekali. Sekurang-kurangnya mereka patut melayan tetamu yang baru datang dengan baik sesuai dengan sifat suka melayan tetamu yang memang termashur di kalangan bangsa Arab. Sebaliknya mereka telah menjawab secara kasar. Mereka juga tidak rela Nabi s.a.w tinggal di sana. Nabi s.a.w menganggap mereka yang merupakan pembesar kaum ialah orang yang baik dan akan bercakap dengan sopan tetapi salah seorang daripada mereka telah berkata:

"Hoi! Engkaukah orangnya yang ALLAH hantar sebagai nabi?"

Orang yang kedua pula berkata,"Tidakkah orang lain daripada kamu yang ALLAH temui untuk diutus sebagai Nabi?"

Orang yang ketiga pula berkata,"Aku tidak ingin bercakap dengan kamu, kerana kalaulah kamu sememangnya nabi sebagaimana didakwa maka mengingkari percakapanmu mandatangkan musibah dan sekiranya kamu seorang pendusta, aku tidak ingin bercakap dengan orang seumpama itu."

Apabila Nabi s.a.w tiada menaruh harapan lagi terhadap pembesar-pembesar itu, Baginda s.a.w cuba bercakap-cakap pula dengan orang lain kerana Baginda s.a.w ialah seorang yang mempunyai hemah dan kecekalan seumpama gunung. Malangnya tiada seorang pun yang sanggup menerima. Bukan sahaja mereka tidak menerima bahkan telah berkata kepada Nabi s.a.w, "Keluarlah dari bandar kami ini serta-merta. Pergilah ke mana-mana yang kamu suka."

Apabila Baginda s.a.w sudah langsung tiada menaruh harapan lagi terhadap mereka maka Baginda s.a.w telah memulakan langkah untuk pulang. Mereka telah menghantar budak-budak untuk mengejar, megejek,mempersendakan dan melontari Baginda s.a.w dengan batu hinggakan kedua-dua kasut Baginda s.a.w dilumuri dengan darah yang mengalir. Dalam keadaan itulah Nabi s.a.w pulang. Apabila Baginda s.a.w sudah selamat daripada pengacau-pengacau tersebut, Baginda s.a.w berdoa:

Mahkfum doa nabi : "Ya ALLAH, kepadaMU aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya-upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia. Ya! Arhamarrahimin! Engkaulah Tuhan orang yang ditindas. Engkaulah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau menyerahkan diriku ini, kepada orang asing yang akan menyerang aku atau kepada musuh yang menguasaiku? Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku maka aku tidak peduli. Namun, afiatMu sudah cukup buatku. Aku berlindung dengan nur wajahMu yang menerangi segala segala kegelapan dan teratur di atas nur itu urusan dunia dan akhirat, daripada Engkau menurunkan kemarahanMu kepadaku atau Engkau murka kepadaku. KepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau reda. Tiada sebarang daya (untuk melakukan kebaikan) dan tiada upaya (untuk meninggalkan kejahatan) kecuali denganMu."

Dengan doa sedemikian, bersemaraklah sifat qahhar ALLAH s.w.t, Raja segala kerajaan. Lalu Jibrail a.s datang memberi salam dan berkata, "ALLAH s.w.t telah mendengar perbualan kaum itu dengan tuan dan telah mendengar jawapan mereka serta menghantar satu malaikat yang bertanggungjawab ke atas gunung-gunung. Perintahkan sahaja malaikat itu supaya melakukan apa-apa yang tuan kehendaki." Selepas itu, malaikat tersebut memberi salam dan berkata,"Saya akan menunaikan segala yang diperintahkan supaya saya melagakan bukit-bukau di kedua-dua arah supaya mereka semua akan hancur atau apa-apa sahaja hukuman yang tuan tetapkan." Baginda s.a.w ialah seorang yang amat pengasih lagi belas kasihan. Baginda s.a.w telah memberi jawapan,"Aku tetap menaruh harapan kepada ALLAH bahawa walaupun mereka ini tidak memeluk Islam, pasti akan lahir orang yang akan menyembah ALLAH s.w.t dan beribadat kepadaNya di kalangan anak-anak mereka."

Iinilah dia akhlak peribadi mulia seorang yang kita kononya berbangga-bangga menjadi pengikutnya. Sebaliknya, apabila kita sendiri mengalami sedikit kesusahan atau kita dilempari dengan kata-kata kesat, kita akan menjadi begitu marah sehingga kita menaruh perasaan dendam yang tidak akan padam-padam seumur hidup kita terhadap orang yang telah menyakiti kita. Kezaliman demi kezaliman kita lakukan ke atasnya sedangkan kita mengaku yang kita ialah pengikut Nabi Muhammad s.a.w yang mengikut jejak langkah Baginda s.a.w. Setelah menaggung kesusahan dan penderitaan yang sebegitu dasyat, Baginda s.a.w sendiri tidak pun mendoakan keburukan ke atas mereka dan tidak juga mengambil sebarang tindakbalas.

sumber:iluvislam

Monday, December 8, 2008

happy belated birthday dear

assalamualaikum


to my dear friends


WAN NUR FARIEHAN WAN IBRAHIM


really sorry dear


I just wanna wish you


HAPPY BELATED yeah


moga dalam naungan dan rahmah Allah sentiasa


dan


dalam ni'mat iman dan islam yang tak ternilai


sahabat,

lahir kita ke dunia sebagai perempuan. Makhluk Tuhan yang tiada nilai bandingnya. Penyejuk mata bagi kaum adam, penguat semangat kaum adam dan mungkin segalanya bagi kaum adam selepas Allah,Rasul dan ibunya. Lahirmu disambut kalimah suci, menandakan bertambahlah umat Muhammad seorang lagi. Cahaya kegembiraan nama diberi..agar dirimu beerti buat Agama, Bangsa dan Negara. Teruskan jihad wahai sahabat, biar sampai darah menitis di bumi ini..jangan kau gadaikan harga dirimu. Teruslah melangkah ke hadapan menuju ke destinasi yang abadi dengan mardhotillah. Carilah mardhotillah dalam setiap tindak-tandukmu. Jangan pernah berhenti berjuang menjadi wanita solehah, kerana yang solehah itu satu dalam seribu. Binalah baitul muslim bersama mujahid sejati.


ukht sayangfillah,

Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Jadilah wanita solehah yang diredhoi.


Destinasi selepas ini mencabar kekuatan rohani kita, kuatkan hati dengan pergantungan pada Allah. Walau badai melanda, teruslah tersenyum menghadapinya. Tenanglah. Tiada apa yang dpaat membahagiakan diri mu melainkan rimbunan taqwa yang merendang ke akhirat.


*luv u, miss u

*all da best

*semoga jumpa "fahri" ya..ameen,hehe

Sunday, December 7, 2008

pengajian islam vs profesional

salamullahi'alaik
ana tak berasa nak menulis panjang
cuma mahu meluahkan
agak kecewa..mungkin!
pilihan lepasan SPM lebih kepada profesional
spt accounting,engineering,medic(majority), n etc
tapi..
pengajian islam..yang lebihan saja
malah,ada yang mengatakan itulah pilihan terakhir
akhir sekali..senang cerita
jadi ustaz/ah la
iya,ana cuba husnuzzhon
mungkin mereka mahu menjadi golongn profesional yang kuat pegangan agamanya
yang tinggi ilmu agama
jarang
dan puak pengajian islam
ada juga yang tergelincir
biarlah
apapun pilihan
tetaplah teguh berpegang pada
LAILAHAILLALLAHMUHAMMADURRASULULLAH
terkilan
mungkin!
sedih
tidak pasti

Friday, December 5, 2008

mein plan after SPM

Assalamualaikum...

waaa..udah lama nggak ketemu disini. Kangen bangat. Oklah,ana disini nak menjawab soalan-soalan lazim yang orang sekeliling akan bertanya apabila SPM dah habis. Nak buat apa lepas ni? Nak kerja ke? Nak kerja kat mana? Belajar keretalah..belajar kat mana? Taknak masuk kelas apa-apa ke?

Uishh, 8 hari 8 malam pun tak habis nak jawab. Jadi, ana tolong jawab pertanyaan semua tu kat sini. InsyaAllah, selagi terdaya ana jawab.

Q:nak buat apa lepas ni?
A:banyak perancangan, tapi tak taulah boleh buat semua ke tak. InsyaAllah,pertama sekali nak belajar kereta. Kedua, nak pergi kelas "apa-apa". Ketiga, nak belajar buat gelang,kait,sulam manik,macam sulamlah. Kira kelas menjahit la. Semua boleh. Keempat, update mein blog. Kelima, decorate bilik(dah macam kandang kambing dah..ish3). Keenam, melancong ke seluruh rumah abang-abang yang terdapat di Malaysia. Ade ke patut mein brothers suruh ana jadi maid,ish3..for Melly,Daniel(my hero),Dina..tunggu mak usu ya.nanti korang,mak jage. Sekarang ni ada kat Pahang, jaga Fatimah, Aisyah, Zainab..huhu. Abang pun dah sihat. Ketujuh, buat research sikit tentang apa-apalah. Kelapan, haaa,ni paling penting..nak qada' baca novel..like Syabab Musafir Kasih(Fatimah Syarha..my sis),Tunggu Teduh Dulu(Faisal Tehrani),Syahadat Cinta(Taufiqurrahman),Aku Terima Nikahnya(Hasrizal Abd Jamil..orang lain dah khatam 8juta kali dah), dan banyak lagi...sampai tak ingat. Kesembilan, jalan-jalan makan angin..bia kembong perut.huhu. Jalan pun kat KB Mall je..kat Kelantan ni nak jalan mana lagi. Orang-orang yang dah booking..Amalia,Syamila(kat KL),Kak Alynn(Shah Alam),Kak Fida(not sure,akak ni busy sangat),'Izzah(Hafizah yang thiqoh,alamak malu.Redah je la,mein bestfriend since sri aman), dan banyak lagi..tunggu pengesahan.ish3. Kesepuluh, jadi maid kat rumah sepenuh masa. Lepas ni tugas memasak ana akan ambik alih sepenuhnya. Waa,kalau kari cair jangan mengungut ya. Kemas rumah, cat rumah, cat bilik, beli sikit hiasan..haa,oklah. Kesebelas, InsyaAllah yang terakhir..beli kasut. Hari tu mak dah buang. Sedih bangat. Haa,tu perancangan ana. InsyaAllah, moga-moga Dia mudahkan segalanya.

Q:nakkerja ke?
A:Ishh, antum rase sempat ke ana nak kerja..dengan perancangan sebegini rupa. Tengoklah,kerja kat rumah sendiri pun da banyak.

Q:Nak kerja kat mana?
A:Stakat ni belum fikirkan lagi, tapi akalu boleh nak kat SecretRecipe,tapi tak rasenye. Ayah tak bagi.

Q:Belajar kereta kat mana?
A:InsyaAllah kat Yakin Pandu dengan kawan mak, Mak Cik Jah. Mudah2an.

Q:Taknak masuk kelas apa-apa ke?
A:Naaaak, nak sangat. Macam-macam nak masuk ni,tapi kena mintak permition ayah dulu. Ayah bagi beberapa kelas je. InsyaAllah, lancar semuanya.

Ok, ana dah peruntukkan beberapa juta saat untuk jawab soalan lazim ni. Hakikat wa majaznya, Allah yang tentukan. Ini hanya perancangan, tak semua terlaksana..mungkin. Ikut kesempatan yang ada. Kadang-kadang ada hal-hal yang tak jangka berlaku..macam sekarang ana dah ada kat Pahang, abang sulung ana suspect Denggi, Alhamdulillah lepas makan sup ketam, dah baik.

ok..jumpa di post yang lain...

wassalam

Thursday, December 4, 2008

susah la kak...

serabutnya otak memikirkan assignment yang bertimbun-timbun,entahkan bila boleh disiapkan.satu keluhan kecil dilepaskan.


"huarghh..."sergah seseorang dari belakang


"kus semangat mak terbang melayang,"


"hahaha..apelah akak ni.melatah rupanya,"


"astaghfirullahalazim diik,mau tercabut jantung akak ni,"ucapnya sambil mengurut dada


"akak tu yang termenung entah sampai ke England agaknya. haa..ingat kat pacar ya,"


"dalam Islam kami nggak kenal apa itu pacaran.biasanya kami akan lakukan taaruf terlebih dahulu,"dialog fahri dalam filem ayat-ayat cinta lancardari mulut 'akak' tersebut


berderai ketawa kami,sama-sama saling meminati Fahri.Ahh berangan saja.
"yealah kak,apa-apa aje,"ujarnya sambil tersenyum manis. Manis senyuman itulah yang membuatkan banyak jejaka meminantinya. Kasihan dia,banyak dugaan datangdari muslimin


wajahnya yang secerah mentari pagi di ufuk timur berubah menjadi suram. Tiba-tiba sahaja. Kenapa agaknya? Kami sama-sama menyepikan diri,melayan masalah yang kian bercambah di jiwa masing-masing


15 minit berlalu.."kak...,"lembut tutur katanya memnggil membuatkan aisyah khairunnisa' berpaling


"ada apa dik,"


satu keluhan berat dilepaskan,"susah jugak hidup ni akak ya,"ujarnya tersenyum tawar.menutup gejolak jiwa


"dik,Allah s.w.t Taala takkan memberatkan sesuatu yang tak mampu baginya. Allah itu Arrahman Arraheem. Adik rase Allah sayang adik tak?"


"entahla kak,"


"istighfar banyak-banyak dik.jangan biarkan syaitan menguasai adik. ya,sekali Allah nak uji,kadang-kadangtak terdaya kita nak bangkit semula,tapi dik..pandanglah hikmah disebalik masalah yang timpa ke atas diri kita,"


"dik,bila engkau memandang segala dari Tuhanmu,yang menciptakan segalanya yang membuat keinginanmu terhalang yang menjadikan sakit hatimu, pasti akan damailah hatimu...kerana masakan Allah sengaja takdirkan sesuatu yang sia-sia, bukan Allah tak tahu derita hidupmu, retak hatimu, tetapi itu yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang beginilah lebih cepat akrab dan lunak untuk dekat dengannya,"

air matanya menitis satu persatu. lantas dipeluknya aisyah khairunnisa' disebelahnya.

"dik,mungkin kerana kita semakin lalai dan jauh..Dia ingin menegur dan menarik kita kembali kepadaNya. Jalan bahagia itu cuma satu,iaitu jalan menuju Ilahi. Semakin kita jauh dan lalai mengingatiNya,semakin kusut hati dan fikiran. Oleh itu, kembalilah mencari Allah.Allah menanti dengan kasih dan sayang,"


"Allah takkan menganiaya hambaNya,Dia tidak zalim malah Maha Pengasih dan Penyayang..oleh sebab Dia sayang kat kita Dia taknak kita jauh daripada Dia.Bak seorang kekasih,dia takkan lepaskan kita pergi jauh dari dia bukan?"


Ika mengangguk perlahan. Air matanya masih bersisa.


"Ika,kuatkan hubungan dengan Allah.Banyakkan istighfar,dua golongan yang ada dia..tempatnya ditangguhkan bencana iaitu orang yang sentiasa beristighfar dan
bersambung........

Wednesday, December 3, 2008

Da new One..

assalamualaikum dan selamat cuti-cuti..

blog lama dah delete sebab tersilap update.lagipun pengisian ntah apa2..tapi kalau penulisan ukht anis ok saja.cuma apa yg anis tulis macam takda kesan.ok,no more about that.

ALHAMDULILLAH sangat2,SPM dah habis.bukan penyeksaan berakhir,tetapi kelelahan mengejar kelajuan cikgu2 untuk menghabiskn silibus2 pelajaran..juga menghabiskan latihan2 nak berperang(walaupun tak sempat habis).

akhirnya tepat 12.25tengahari,berakhirlah paper ekonomi asas yang membuatkan student aliran akaun menyampah gle dengan student science.sebab..diorang habis semalam.siap lambung2 kertas agik,aduuh,bebulu je kitorang tengok:)

saba aja dieh.akhiiran,habis jugak.alhamdulillah sangat2.tak rasa bebas sangat sebab berdebar untuk result pulak then destinasi selepas ini? Itu yg anis fikir2kan.ustaz Lah cakap,"enti buat istikharah la,".."alamak ustaz,bukan saya nak pilih jodoh,"(jahilnya jawapan).."laa,enti ingat nak cari jodoh jah ko wat istikharah,"..anis tersengih je.malu sendiri,gurau dengan ustaz je,lepas ni tak jumpa ustaz dah.takkan nak ngadap syariah lagi dengan ustaz.but I really2 miss ustaz dengan pengajian bout syariah..esp usul fiqh.tajuk yg paling susah but senang sangat.alhamdulillah

wabillahitaufiqwalhidayah..wassalam