BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 29, 2009

dan cukuplah KEMATIAN itu sbg peringatan

astaghfirullahalaziim...
astaghfirullahalaziim...
astaghfirullahalaziim...

berkata saidina Abu Bakar r.an,"sekiranya kamu tahu sakitnya sakaratul maut itu, pasti cukuplah hidupmu sehari-hari dgn sekeping roti"





manik-manik jernih gugur dr tubir mata. seolah baru semalam ana melihat senyumannya sebagai ketua pengawas di SRI AMAN yg sama2 beriringan berjalan bersama abang ana. seolah seperti semalam baru arwah ke rumah duduk bersama abang menyiapkan kerja sekolah di meja makan. dia seorang yg tekun. senyuman tidak lekang dari bibirnya. dia sentiasa tersenyum, dan tersenyum. mungkin itu kenangan yg entah bila, tp cukuplah kematian itu sbg peringatan...

arwah ammar dan arwah andi akmal, 2 insan yg pernah berada di depan mata ana. walau kami tak pernah kenal antara satu sama lain..dan cukuplah kematian itu sebagai peringatan...

kebaikan mereka disebut-sebut setelah pemergian yg takkan kembali. kita??? apa yg akan disebut nanti. kita tak tahu nafas ini apabila dihembus masih adakah kesempatan untuk menghirup yg baru..blm pasti

*cukuplah disini, tak tertahan lg. 2 mata yg takkan disentuh neraka..iaitu mata yg sering menangis krn takutkan azab Allah dn mengharap kasih Allah..itu mereka. fikir2kan kita...

wallahu'alam

Thursday, November 26, 2009

pehal??


assalamualaikum wbt dan salam sayang,
berulang kali ana jenguk ke blog melihat perkembangan walaupun dr ana sendiri xde perkembangan :)

ana tak tahu nak tulis apa ni..otak kering sangat!

"nisah, blog ko bese2 je aku tengok eh,"

gurlllp..apakah yg dia cuba nak sampaikan. apapun tetap cover macho

"em, a'a. blog aku bese2 je. xdak benda pun. mengarut je banyak,"

sambil tersenyum "xpe, slow2 la tambah thaqofah. aku pun baru post tentang tuutt, tu pun punye payah aku nak post. kena buat tu buat ni semata-mata nak post,"

alahai, semata-mata nak post dan nampak hebat di mata orang? urmm, ana sengih je la. menampakkan barisan gigi yg xle lawo mane. kan bagus kalau buat semata-mata nak tambah ilmu, share dengan pembaca dan mendapat tempat di sisi Allah.

itulah juga senario di dq..ana turut tersihir olehnya. sering kali kawan2 dn senior2 tegur jangan buat aksi2 tak sopan, jangan pakai perfume kuat sangat, jangan itu jangan ini SEBAB?
nanti BANIN tengok, tak elok.

weii, pehal kalau banin tengok pon. haa, kan dah keluar ana punya kegeraman. alangkah indahnya jika di bibir kita meniti kata2 seperti ini..

"tak elok buat macam tu, mawar agama lemah lembut tp tegas dengan prinsipnya"

"mujahidah sejati takkan lembut2kn suaranya dihadapan ajnabi, krn takut akan azab Allah"

"pakai perfume sekadar sahaja, Allah suka sesuatu yg tak lebih2. biar attitude kita menarik redho Allah bukan murka Dia"

masyaAllah, kan sedap di dengar. hati cam ketam batu pun boleh capai tahap melting point. dan satu lg, ikhlas! bukan pura2 yg nak nampak thiqoh dpn banin..

kadang kita nak jadi baik Allah uji, tiba2 nak jadi baik banin lalu. alamak, banin banin. dah takde pahala. kan itu ujian. kalau ikhlas, malaikat ade pun tetap ikhlas. bukan sebab..malaikat..malaikat. koreksi dan muhasabah, sejauh mana kita praktik teguran kita terhadap orang dan sejauh mana kita ni sama level dengan thaqofah kita yg berlambak ni..utk ana terutama

* ada orang nasihat kat ana, jangan mesej ngan banin. kalau nak mesej ngan banin kena jage. tp in the same time sampai je mesej dr ustaz tu ustaz ni. dalam hp penuh nombo banin. alahai, nak tergelak bile ana teringat peristiwa tue. banat..banat! sampai bile nak diprovoke oleh pandangan banin..

Saturday, November 14, 2009

I'CARE(Irsyad Caliph Reincarnation)

assalamualaikum w.b.t
salam sayang, salam mahabbah buat semua

rindu rasanya nak menulis kembali, tetapi ana perlu awla apa yg awla..huhu

mulanya ana dah rancang jiddan utk outing ke midvalley. nak pergi mph, sekali ade program daa..kira dalam hati Allah je yg tau betapa berontoksnye ana untuk TAKNAK pergi I'CARE. semua yg terlibat I'CARE ana rasa menyampah. masyaAllah, teruknya rasa.

dan ana mengaku sejujur hati, sepanjang I'CARE ana tak ikhlas langsung. dan kebetulan ana tak berapa sihat. namun, pengisian demi pengisian ana ikut je. mula2, ana taktahu apa yang ana hadiri. convenction usrah atau pekebende..

namun, jauh di sudut hati ana..ana tetap mengharapkan I'CARE dpt memberi sesuatu kepada ana. walaupun hati ana bukan di dalam program ini. ana tetap mengharap.

bermula slot forum bersama presiden GAMIS, ana mula menghargai setiap detik di I'CARE. ada sesuatu yg telah membuka hati ana, bukan kerana berkaliber dan segak si presiden itu..tetapi kata2 yg meluncur dr bibirnya. ana betul2 teruja. ana paling suka bila dia berkata, dakwah ini bukan setakat menulis, bercakap kt depan, tegur2 orang atau sewaktu dengannya..dakwah yg lebih realiti adlh berhadapan dgn masyarakat sendiri. face to face with them. lebih kurang macam tu, nak record satu2 ana tak ingat. alhamdulillah, dapat satu BERLIAN.

selepas itu, ana makin teruja apabila saudara Kailani memberi khulasoh/muhasabah kpd kami semua sem IRSYAD. saat tu ana rasa nak terbit ayaq mata, tp ana terus meneliti satu persatu kata darinya. mungkin apa yg kita cakap tak sehebat diri kita, namun ana yakin dan percaya kata2nya telah menyihir kami. banin yg memang tak serius, ana melihat merek amula menunduk. ya, apa sumbangan kita pd ISLAM? kita hanya laungkan JIHAD, DAKWAH, TARBIAH, MAD'U, DA'IE dan sebagainya. namun apa usaha kita? apa???

kita senang lenang melihat Palestin di ceroboh. kita sempat bergelak tawa dalam menghafal Al-Qur'an. sedangkan dalam kalam Allah ini penuh peringatan2 buat kita. huffaz sekalian...bagaimana kita ingin mendidik masyarakat di luar sana yg menanti kita...sedang kita sama sahaja???

ana sedih dgn diri ana. ana sempat lg lalai dan lagho. senyum2. hub dunia. sempat lagi berbual-bual ttg perkara yg tak patut dgn kawan2. nak ajak orang kenal Allah, nak jadi baik bukan senang. tiap2 hari rasa nak nangis..nak keluar DQ. ana taktahan. tapi, kalau bukan kita siapa lagi? kalau bukan sekarang bila lagi?

ana harap..coretan JAHIL ni bisa membuka mata dan minda. kita nak jadi baik, keadaan membuatkan kita jd jahat. sbb tu Allah bg ganjaran besar pd siapa yg dapat mujahadah habis-habisan demi merenggut redho Allah. jangan laungkn mardhotillah kalau sikap kita seperti menghalau jauh Allah dr hidup kita!

maafkan atas kata2. doakan kami para huffaz agar dpt mengekspresikan Al-Qur'an melalui akhlaq dan jiwa kami. My life and death only for Allah...insyaAllah

Friday, November 6, 2009

aku milik Allah....


Aku impikan
Menjadi mawar berduri
Hanya bisa digapai mujahid sejati
Iman sebagai tabir diri
Keperibadiaan indah dan disegani
Umpama mutiara indah tersimpan
Tidak cacat sekalipun
Sekali ku jatuh,
Ku bangun semula
Kuat dan utuh
Penawar racun yang berbisa
Cintaku hanya pada Allah dan Rasul
Tidak sekali menyerahkan cinta
Pada manusia yang hanya palsu semata
Namun hatinya menanti mujahid sejati
Yang memberikan jalan dan bimbingan
Yang setia dan soleh
Lelaki acuan Al Quran
Yang melabuhkan cintanya
Pada Allah lebih dari segalanya
Aku sedar aku tidak akan
Memilikinya sepenuhnya
Kerana dia milik Allah jua
Aku juga begitu
Aku milik Allah
Aku hanya hamba kerdil
Amat mendambakan cinta Allah
Ya Allah, Aku amat merinduiMu!!!