BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 30, 2009

temuduga

Assalamualaikum,


first of all syukrn pd kakak tersyg(k.fida) sbb sudi post walaupun sibuk. ana takda nk uar-uarkan apa disini, cuma ana pohon doa antum buat ana rabu ni. ana ada interview,doakan ana binnajah. ni hasrat ayah, harapan ana. insyaAllah, ana akan lakukan yg termampu+terbaik.


ana tak boleh nak cakap lebih2,ni baru mula. namun ana pohon ia berjalan lancar dan ana terpilih ke sana. doakan ana!


*doakn kwn ana yg skrg ni di hospital, khabarnya dia kritikal.

Sunday, March 29, 2009

PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH DAN RASUL by Fatimah Syarha

assalamualaikum semua,
mOga barOkah Allah mengiringi setiap gerak geri dan denyut nadi kita sbg hambaNya..

ana rasa tajuk ni dah membayangkan apa yg bakal ana kupas disini. pagi tadi,ana dan ibu ke kedai buku di Kota Bharu,mencari buku terbaru Fatimah Syarha. Dia penulis fav ana. masyaAllah, ana taktahu nak gambarkan apa perasaan ana bila membaca helaian demi helaian.

bagi ana dan pembaca blog sekalian, yg sedang ingin bercinta, sedang bercinta, telah bercinta, cinta terkubur dan sebagainya..ana syOrkan baca buku ni. nipis je, tak tebal. tapi isi yg padat dengan peringatan Al-Qur'an dan hadith.

sedikit sinopsis: "bingkisan Qani'ah buat suaminya ini ingin dikongsi denganmu..."
dalam buku,Fatimah Syarha(k.ha) menceritakan susur galur percintaan Qani'ah dengan Dr Muslih. masyaAllah, ana yakin satu dalam sejuta muslimin spt Dr Muslih. bermula dgn ujian cinta muslimin buat Qani'ah dan akhirnya bagaimana dia dimiliki oleh muslimin soleh. sungguh, Qani'ah adalah mawar berduri yg tinggi maharnya, dia amat menjaga cintanya kpd Allah. tak pernah berbagi kpd yg tidak layak.

hatinya sensitif apabila ada cinta muslimin yg mengetuk hatinya. sungguh,cintanya hanya untuk Allah dan Rasul

sepanjang pertunangan sekalipun, mereka tidak berhubung. sekalipun dah bertunang, mereka menjaga adab dan syariat. masyaAllah, ana rasa teruja dgn watak Qani'ah yg memelihara cintanya kudus buat suami tercinta. jarang ada muslimah spt ini. amat jarang.

Qani'ah benar2 membina baitul muslim bersama Dr Muslih. kehidupan mereka terisi dengan cinta Ilahi Rabbi dan kerja dakwah. benar, muslimin yg menjadi ketua keluarga memainkan peranan yg penting. Dr Muslih amat berwibawa. ana dapat rasakan percintaan mereka begitu indah walaupun pada majlis akad baru mereka berani bertentang mata..masyaAllah

*syukur pd Allah, syukrn pd k.ha..mOga mendapat ibrah dr buku ini..

Friday, March 27, 2009

ketulusan hati


Sedihku sakitku ku terima

Ku rela ku pasrah jalanku

Ini suratan aku dicoba

Demi rahmat-Mu ku memohon



Yaa Allah ridhoi ketulusan hati

Yaa Allah beri aku ketabahan

Yaa Allah aku sanggup berkorban

Demi rahmat-Mu Yaa Allah



Yaa Allah ridhoi ketulusan hati

Yaa Allah beri aku ketabahan

Yaa Allah aku sanggup berkorban

Demi rahmat-Mu Yaa Allah




*mOga keputusn yg ana decide dpt menjaga dn memelihara hati,iman serta agama kami. fighting fighting fighting

yaAllah

Thursday, March 26, 2009

tautan hati~~


assalamualaikum...salam perjuangan....

~ ukhti hidayah(saudara baru kita from sabah+my bestfriend) & me

lama benar tak kembali berkarya dalam blog ni....

ini dulu peluang yang ana curi2 tulis di sini....walaupun sepatutnya sekarang tengah sibuk.banyak benda yang ana terlepas kat blog ni...(huhu,,,nisah..maaf ya...tak sempat nk baca semua post nisah kadang tu..)...Tambah plak dengan connection internet yang sangat slot menyebabkan rasa susah betol nak update. Anyway, i'm fine and getting more n more busy.Please make du'a for me..and for all of us insyaAllah.Tak sempat nak menulis buah fikiran

utk semua.

Wassalam....

Tuesday, March 24, 2009

Hazrat 'Ali(rah.) melalui satu kubur

Hazrat Kumail(rah.) berkata, "Aku bersama Hazrat 'Ali(rah.) dalam satu perjalanan. setelah tiba di satu kawasan beliau telah berpaling ke arah satu kubur lalu berkata, "Wahai kamu ahli kubur. Wahai kamu yg tinggal di aklangan orang yg telah binasa. Wahai kamu yang kesunyian lagi keseorangn. Apakah berita kamu dan apakah keadaan kamu?"


Kemudian beliau berkata lagi, "berita kami pula, selepas kematian kamu, harta-harta kamu telah dibahagi-bahagikan. Anak-anak kamu telah menjadi yatim dan isterimu telah berkahwin lain. Itulah berita daripada kami. Ceritakanlah berita kamu pula."


Kemudian beliau berpaling ke arah sy lalu berkata, "Wahai Kumail, sekiranya mereka dibenarkn berkata-kata dan mereka boleh berkata-kata maka pasti mereka akan menjawab bahawa sebaik-baik bekalan ialah taqwa,"


Kemudian beliau telah menangis dan berkata, "Whai Kumail, kubur ialah tempat menyimpan amal dan hanya disedari setelah seseorang itu mati.

[muntakhab kanzul-'ummal]



KETERANGAN:


Apa-apa sahaj yg dilakukan oleh seseorang itu, sama ada baik atau buruk akan dikumpulkan dalam kuburnya spt sebuah peti. banyak hadith yg menyatakan amalan2 yg baik akan berubah mnjadi seorang manusia yg akan mententeramkn simati dan bermesra dengannya. sementara amal yg buruk akn dtg dlm rupa yg hodoh srta bau busuk yg akn menyebabkan penderitaan yg lbh dahsyat.

diberitakan dlm satu hadithbhwa 3 perkara akan mengiringi mayat ke perkuburan iaitu pertama, hartanya(sebagaimana mnjadi kebiasaan adat org 'arab zaman dahulu) kedua, kaum keluarganya, ketiga amalannya. dua prkara iaitu harta dan kaum keluarganya akn pulang setelah pengkebumian, hanya amalannya yg akn tinggal bersamanya.

pada suatu ketika Rasulullah s.a.w telah bersabda kpd para sahabat(rah.),"adakah kamu mengetahui apakah permpamaan perhubungan kamu dgn keluarga, harta dan amalanmu?"

setelah diminta penjelasan oleh para sahabat(rah.),Baginda s.a.w menerangkan, "perumpamaan perhubungan itu ialah seperti seorang yg mempunyai 3 saudara. apabila dia hampir mati, dia memanggil salah seorang saudaranya dan berkata, "saudaraku, engkau mengetahui keadaan yg sedang aku alami sekarang. pda saat ini apakah bantuan yg engkau akan berikan kepadaku?"

saudaranya menjawab, " aku akn menjaga kamu, mengusahakan rwtn utk kamu, aku akn melakukan segala khidmat utkmu dan apabila kamu meninggal dunia, aku kan memandikan dan memakaikan kafan utkmu. kamudian aku akan mengusung dan membawa kamu di ats bahuku. setelah engkau dikebumikan aku akn sebutkan kebaikanmu". Rasulullah s.a.w. bersabda, "saudara ini ialah kaum kerabatnya,"

kemudian dia akn menanya soaln yg sama kepada saudaranya yg kedua. saudaranya menjawab, "hubungan aku dgn kamu hanya utk semasa hidupmu shj. sebaik sahaja engkau emninggal dunia, aku akn pergi ke tempat lain," saudara ini ialah hartanya.

kemudian dia akn panggil saudaranya yg ketiga dan bertanya kepadanya. saudara itu menjawab,"aku akn menjadi temanmu dalam kubur, aku akn hiburkan hatimu di tempat asing itu. apabila penghisaban dimulakan, aku akn duduk di ats dacing amal kebaikanmu dan akan memberatkan dacing itu,". saudara ini ialah amalannya.

setelah itu Rasulullah s.a.w bertanya, "saudara manakah yg memberi faedah?"

para sahabat(rah.) menjawab,"wahai Rasulullah s.a.w, saudara yg ketigalah yg memberi faedah. dua saudara yg petama tidak memberi apa2 manfaat."

Thursday, March 19, 2009

dapat P

Assalamualaikum,


masyaAllah rindunya ana nak menulis semula,tapi sayangnya takde apa-apa yg perlu ana nukilkn sangat. cuma ana nak kongsi kegembiraan dengan antum, ana lulus test jpj tadi.


berdebar dalam hati ni Allah saja yang tahu. rasa nak terkeluar jantung, tapi cepat-cepat pujuk hati yg jpj ni hanyalah hamba Allah.


bukan kerana jpj baru nak ingat Tuhan, tapi try antum letakkan Allah mengatasi segalanya. memang itu yg kita perlu buat tiap hari, tapi sedarkah kita kadang kita terlalu mengharap pada makhluk. contohnya, seorang kontraktor apply tender bernilai 2.1juta. tiap-tiap hari dia belanja orang yg luluskn tender(ana pun xtau spe). dia harap biarlah orang tu bagi dia tender jutaan ni. kan mengharap kepada makhluk..right?


dalam keadaan kita tak sedar..memang itu selalu kita harap. bila ada exam, harap cikgu tak nampak kesalahan kita. bukan mohon pada Allah agar lembutkan hati cikgu dengan jawapan kita. dalam sakit, harap ubat tu menyembuhkan. hakikatnya ubat tu hanya asbab, yg menyembuhkan adalah Allah. kita selalu cakap tiada Tuhan selain Allah, tiada kuasa yg lebih hebat selain Allah. tapi hakikat wa majaznya, adakah ia dipraktikkan?


Saidina Umar Al-Khatab semasa pemerintahannya berjaya meletakkan dunia didalam genggamannya. sehingga untuk membelikan baju baru untuk anaknya dia tiada wang dan tidak sanggup menggunakan duit baitul mal. sedangkan dia berkuasa untuk meminjam dan membayar kembali. apabila Saidina Umar hampir2 untuk meminjam, seorang hamba Allah berkata "wahai Umar, bagaimanakah jika engkau dipanggil Ilahi sebelum sempat membayar hutang mu ini?". lantas Saidina Umar menolak wang tersebut dan sanggup mengorbankan kehendaknya.

kalaulah keadaan itu terjadi pada kita, tepuk iman tanya taqwa...

wallahu'alam

*alhamdulillah dpt lesen P. moga iman ana dan antum semakin bertambah dan menjadi hamba yg sntiasa bersyukur dgn nikmatNya. amiin.

Friday, March 13, 2009

I dont want live anymOre

assalamualaikum,


maudhu' tu sering ana ulang dan ulang sampai rasa nak bunuh diri. dengar dulu cerita ana..ana harap antum dapat ambil ibrah yg amat berharga


ya, memang ana rasa nak buat perkara bodoh tu. tapi ana taknak jumpa Allah dalam keadaan Allah amat murka pada ana lantaran tak bersyukur dgn nikmat nyawa yg Allah beri. bodoh sih.


keputusan spm ana tak memberangsangkan, sebab tu ana down sangat. time kat sekolah, ana still ok je..but bila balik rumah..and abang2 semua tanya, tajuk tue lah ana rasa.


ana tak pernah rasa seteruk tu dalam hidup ni. bila kita dapat sesuatu yg tak dijangka dan semua orang menyalahkan antum..itu yg ana rasa beberapa hari ni. ana dapat satu call yg betul2 buat ana rasa macam tajuk tu. kalau takde Allah, ana takkan boleh menulis lagi kat sini.


Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..


semua ni Allah yg buat, dan Allah tahu itu yg terbaik buat ana. masa ana rasa macam tajuk tu, ana buka Al-Qur'an..ana mohon agar Allah beri satu kekuatan. main bukak je surah apa, sebab ana amat2 bingung. lalu Allah seolah berkata kepada ana:

"maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampun utk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi"-Al-Mu'min:55-


banyak lagi kata-kata Allah..seolah Dia membisikkan satu semangat pada ana. walau semua betul2 menuding jari pada ana, bila ana baca ayat2 cintaNya..ana tahu Dia sedang pujuk ana.


walauapapun, sungguh Dia takkan tinggalkan kita. jangan dengar apa yg orang kata, dengar apa yg Allah kata. tika ini ana sedang mengutip kembali kekuatan yg telah ana buang..ana masih lemah, tapi ana yakin dan percaya pd Allah.


pelawat blog tautan hati sekalian,

ana tak reti berkata-kata..tambahan dlm keadaan spt ni. ambiklah seberapa banyak ibrah dr kisah ni. usahlah bodohkan diri spt ana..bila kita benar2 redha dgn qada' qadar tu, kita akan nampak peluang yg Allah buka pd kita. Allah tak pernah khianat kita, jauh sekali Dia zalim. malah Dia maha menyayangi..maha penyabar dgn kerenah kita. waktu ana gini, memang betul2 semua tinggalkan ana tekontang-kanting..cuma Allah benar2 ada.


*a lot of thanx..syukran kathiiran..gracias kepada k.ha,k.ejah,makcik(kg melaka),k.fida,mus,k.sarah,abg,k.zura,ppah aliffaziz dan beberapa lagi..mereka2 ini yg Allah gerakkan hati utk terus pujuk dan tarbiyyah ana hingga kini..moga antum tak jemu tarbiyyah ana hingga akhirnya. mus n k.sarah, thanx sbb selalu call anis dr semasa ke semasa. suggest kan tempat2 yg blh pergi..healkan anis. dengar anis nangis..advice anis..thanx a lot. kpd semualah, terima kasih sgt2. ana taktahu nak cakap apa, hanya Allah yg bisa bls semua yg antum telah lakukan utk ana. barakallahu 'alaikum..


doakan ana, doakan agar ana dapat further ke tempat yg terbaik buat iman dan diri ana..

Thursday, March 12, 2009

muslimah ku

Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera. Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah S.W.T Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam bagi Rasulullah S.A.W, Ahli keluarga Baginda dan Para Sahabatnya.

Gadisku.....Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu namun...... tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar , dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang ....... tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya. .....

Gadisku....Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah... Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk ..... ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ...... umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup ..... sudah pasti nya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......

Namun ............ .. ianya memerlukan pergobanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mecabar rasa keimanan yang ada ...Namun ingatlah gadisku.... sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting gadisku engkau mesti punyai azam, usaha dan istiqomah...

.......Gadisku ....Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki... Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu. .. Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu "Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selpas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"....

Oleh itu gadisku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.... . Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam...Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu.....

Gadisku...Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta ... Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahgian besarnya kerana sebuah cinta... Benarlah sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya cinta itu buta"Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT ... Sebelum kau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik , yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah ..Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu.. ......... .

Gadisku..... .Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali..Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah muslimahmu.. ... Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufii iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama:"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal, cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri"

JazzakaAllah Khairan Kathiraa.

"Dalam penciptaan syurga-syurga dan bumi, dan pertukaran siang dan malam, terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memahami: mereka yang mengingati Allah, berdiri, duduk, dan baring atas sisi mereka, dan mengungkap atas ciptaan syurga-syurga dan neraka: “ Tuhan kami, Engkau telah mencipta semua ini tanpa sia-sia. Maha Suci Engkau! Maka hindarkanlah kami daripada azab neraka.” (Qur'an, 3:190-191).

*artikel kwn ayh ana yg emel pd ana. tersentuh baca even ana pernah bc dlm tautan hati. yg ni agak detail sikit, I think it help muslimah out there a lot. kadang kita terlupa dan terlepas pandang, waktu ni lebih kurang 12 jam result spm nk pegi ambk. I really under pressure..but I hope this artikel will give a lot of benefits. doakan sy cemerlang, dan buat muslimah

antum tahu kn, susahnya mencari kualiti gadis seperti fatimah az-zahra' dalam diri kita. usah cakap muslimah kini, tp diri kita. selalu nak nampak sempurna depan manusia esp muslimin. kot2 muslimin tu tersangkut kat kite. selalu macam tu. tak pernah pun fikir sempurnakah aku di depan Allah. Allah lihat kita tiap saat, tp kita tak pernah pun terfikir tentang Dia. no wonder byk muslimah yg separuh muslimah. tu pun cukup baik...rite? patut pun muslimin kecoh nak cari muslimah tak jmpe, padahal ramai sangat bilangan muslimah ni..huhu. nOw, think pandangan Allah pd kita..bukan muslimin esp. apa diorang nak tengok pun..tengoklah. asalkan kita jaga hak2 Allah..untuk apa jaga sangat depan muslimin nih? I think u know what I mean..

utk ana terutama..kita renungkan

Friday, March 6, 2009

hehe

assalamualaikum,



post ni akan ada yg tak puas hati..esp muslimin. ana minta maaf awal lagi. kalau antum nak marah, marah la. ana ngerti apa yg antum rasa dgn penulisan ana ni. ana bagitau awal2, ana tulis ni dari kacamata seorang perempuan. nisa'.



walaupun dgn secara rasmi ana bukan lagi pembimbing rakan sebaya di sekolah, tp ana seolah dilantik menjadi kaunselor tak bertauliah oleh kawan2. certain2 jek. majoriti yg probs berkaitan dgn muslimin. ishh, sampai kadang ana rasa nak bersemuka dgn muslimin tu..basuh dia cukup-cukup. kalau tak faham jugak, aja dengan tangan ni je.



kebanyakan mereka banyak dikecewakan oleh muslimin. jarang ada kawan ana mengecewakan muslimin. hmm, ana tak pasti whether muslimin tu takde hati perut atau memang niat nak main-main. yeah I know girl ni terlalu serius sangat, padahal tak semestinya kapel berakhir dgn nikah. but susah sangat ke korang nak faham hati seorang perempuan? jangan jawab susah! kami nak faham lelaki pun susah but at least kitorang try!



jangan seksa hati seorang wanita. jangan buat perempuan tu tertunggu-tunggu. sebab korang tau ur gf tu akan setia, senang hati biarkan dia. buat dia tertanya-tanya. what's that? ana sakit hati bila kawan ana call ana, nangis2 then ceritera lebih kurang same semua. ouh my God! lepas dah buat hati seorang wanita tu jatuh pada muslimin(korang)..then korang boleh biar. kalau dah menyampah sangat dengan dia, just clash. wanita tu boleh terima walau bukan tu dia nak. at least dia tau itu hakikat. kalau still sayang, betul-betullah.



ana sedih, kadang ana rasa kecewa sangat dengan muslimin. ana rasa menyampah dengan antum disebabkan perbuatan sebilangan kaum antum. kenapa mesti wanita jadi korban antum. tak cukup satu, korang cari lain lagi. then bila dah bagi harapan puas2 kat dia, antum tinggalkan dia tanpa bicara. tiada kata maaf dan penjelasan langsng.


nisa' kadang mereka tak perlukan sangat kata maaf, namun nisa' memerlukan penjelasan. Allah jadikan kita berlainan jantina, of course attitude pun lain. janganlah asyik nak suruh orang lain je faham kita. kalau benar antum rasa nak main-mainkan nisa' dengan buat dia fall in love wif you, better lupakan. memang seronok bila lihat ada orang suka kat kita..but janganlah bagi harapan palsu. perkara tu menyakitkan kami. kalau kawan, buat cara kawan. kalau suka, just tell. tapi jangan buat nisa' gantung tak bertali. ana rasa pedih bila kawan ana dikecewakan kaum yg satu ni.


sampai ana sendiri tak tau nak heal kan diorang macamane. tak usah sebut yg nisa' banyak songeh, esok2 antum pun akan nikah dgn nisa' jugak..ada jugak songehnya tersendiri. then suka sangat nak test2 nisa' ni..kononnye test saham. eh, bursa saham sekarang menurun lah. ekonomi dunia tengah teruk. tak payah test2 saham..takdemaknenyee.


muslimin sekalian,
ana tak berdendam, jauh sekali nak menyahkan antum semua dari hidup nisa'. kaeknya ana ngerti kok yg nisa' perlukan antum. tapi kami perlukan muslimin yg benar2 boleh jaga agama dan hati kami. bukan memusnahkan iman dan hancur leburkan jiwa kami. kami punya maruah, namun kami juga insan yg lemah. dan jangan salahkan kami jika kami langsung tak berpaling melihat rasa di hati antum buat kami. kami tak menuntut banyak dari antum wahai muslimin, kami cuma inginkan seorang yg bisa menjaga agama kami, menjaga hati kami juga insan yg menyayangi kami kerana Allah..dan hbgn itu halal. antum imam kami..pimpinlah kami baik2.


*ana tahu, tak semua muslimin begitu. namun dunia sekarang menyaksikan itulah majoriti muslimin sekarang. yg warak pun..taklah warak dalaman. nisa' pun begitu. tapi sukar sangatkah kalau antum lebihbaik dr kami, krn antum pemimpin kami. nisa' juga ada silapnya. dn kita baiki kesilapan masing2 slow2..buat nisa' dan rijal, jadilah insan yg disayangi Allah, insyaAllah Dia hadiahkan insan yg disayangiNya juga.

tunai janji...

salam 'alaik.

ana kene tagged dgn kawan2 yg selalu mengacau hidup ini :).taklah, diorang lagi menceriakan hidup ini. alhamdulillah. si mai n syah tangged ana. sori kawan lambat sih! ana try lah walaupun entah hape hape tagged nih


1. List these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog.
3. Tell 6 unspectacular quirks of yours.
4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their namesas well as links to their blogs.
5. Link the person who tagged you.
6. Leave a comment foreach blogger you've tagged.

*no rules lah

- 7 facts about me?.. -
{ my real name is SITI HANISAH ABDULLAH SANI}
{my burpdei on feb 16th 1991}
{i' ve been the only daughter..and the last one}
{ i love my siamese cat so much }
{ love to travel and talk :)}
{ i'm currently waiting for SPM results}
{ i am chubby gurl..selalu kene tarik pipi dgn abg.wuaaaaa }

* adeii, ana xde idea la!!~

- Unspectacular quirks of mine? -
{ masih dalam proses utk lbh ikhlas dan sabar dlm hidup : D}
{ so easy to forgive people, that's y selalu kene tindas..isk3 }
{ i really crazy about acc,love it so much.I wanna be an acc at BNM..fOrget it hanisah!truely,I can't }
{ lurve cadbury n cakes so much }
{ i'm too shy gurl..huhu}
{ love to 'tangguh2' laa, ishk! astaghfirullah. cuba hindarkan!}

*taknak lah tag orang lain. cukuplah dua tu je mai n syah yea. kesian org lain, takut tak ikhlas pulak buat tag ana ni. hehhe

Wednesday, March 4, 2009

Alhamdulillah!

Alhamdulillah cikgu memandu dah nilai tadi, Alhamdulillah lulus. cuma tinggal test jpj lagi satu. kalau lulus, Alhamdulillah, boleh la melaram dgn kete ayah :)
dijangkakan test jpj 19/3. harap tarikh tu tak full dan harap dapat jpj yg baiik bangat. Allahumma amiin. moga2! tapi tarikh tu baru beberapa hari dapat result, aduss tak taulah ana nak cakap. ana juga harap moga result cemerlang. moga2!
*skrg ni ana dah tersangkut kat cerita korea "new heart"..besh bangat sih. ana plg suka dr. choi kang-guk..semangat dia sbg dr. tak rasa lgsg tu adlh lakonan.ptg melekat kat assalamualaikum cinta! tue je fav..huhu

Sunday, March 1, 2009

debaran result


tak senang duduk dibuatnya bila result makin nak keluaq. rasa nak keluaq habih isi perut nih bila dok fikir2kn result ni. ana tak score straight A1, tapi bagi ana cukuplah sekadar melayakkan ana ke bidang yang ingin ana sambung. ada sebab kenapa ana target gitu. memang ana dasar bukan budak cemerlang pon..tapi terus-terang nak habaq mai..ana memang tak score tinggi.


Allah aje yang tau rasa hati,jiwa dan seluruh anggota ni. longgaq habih. sekarang ana sedang habiskan belajaq memandu. bawak keta macam bawak kapal je rase.naik bukit tak sampai garisan kuning, dah kena turung balik. naik balik, terlebih pulak :) macam2 kalau nak ceghita kat sini.


tapi apapun ana dok ghisau pasal test jpj and of course hari result. ana test jpj, insyaAllah 19/3. baru beberapa hari lepas result, rasa mata tengah bengkak lagi tu. harap taklah. ana harap ana dan rakan seangkatan lulus dengan cemerlang diiringi redho Allah dan dapat further study kat tempat yang diingini.


ana memang dasar penakut. takut sih mau ngambil result. yang memang tersenarai sebagai pelajar cemerlang memang tak risau sangat..ana listkan sikitlah student cemerlang ni(kalau ada tertinggal aasif ya):

1.nurul afiqah a.k.a fiq

2.fathin nabilah a.k.a nabs

(ramai lagi, tapi tak larat nak nulih. tp yg ngetop 2 orang ni lah)

3.faris imadi(he's from falahiah..otak mmg power.tp syg, ramai sgt girl bekenan kt dia.kesiaan.ujian buat dia.moga mu kuat yuk!)


diorang ni semua dari sri aman. alhamdulillah, mesti muallimah wa muallim bangge dengan korang. 2 orang bakal doktor tp bidang lain2..and the last one engineer petronas. and ana? insyaAllah,doa2kanlah yg terbaik buat ana ya. moga impian dan hasrat ayah tercapai.


ana masih belum pasti destinasi selepas ini, semuanya after result. namun semuanya juga terletak di tangan Allah semata. ada rezki ade lah. ana tak boleh nak cakap. cuma, ana minta doa antum agar mendoakan kecemerlangan ana dan calon2 spm 08 agar lulus dgn cemerlang dan dapat sambung ke destinasi yg dipilih.

*YaALLAH,ajarkanlah kami belajar ini bukan untuk sesiapa tapi hanya kerana-Mu..belajar ini bukan untuk diri, bahkan untuk seluruh umat Rasul-Mu..belajar ini bukan untuk saat ini bahkan untuk sepanjang zaman-Mu..ajarkanlah kami apa-apa yang kami tak tahu tentang ilmu-Mu..ingatkanlah kami apa-apa yang kami lupa tentang-Mu..redhoilah setiap langkah kami kerana kepada-Mu lah kami akan kembali..


STARIGHT A1..PASTI! Allahumma Amiin