BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 29, 2009

hajat doa dan nasihat

assalamualaikum,
alhamdulillah berkat doa antum, ana berasa bisa bernafas sekarang. alhamdulillah syukur. tinggal beberapa jam lagi akan bertolak ke kay el. doakan ana, doakan segalanya lancar. moga tinta ana di sini lebih menusuk hati kita semua selepas terdidik di darul quran.

sungguh,
ana tak tahu apa-apa untuk ke sana. cuma niat suci menemani dan mengharap redho Allah beserta. insyaAllah ameen.

doakan ana, antum juga sentiasa disebut dalam doa hamba ini. insyaAllah, kita sama-sama cemerlang di pandangan Allah..mencari berkah dan taqwa yg kian menghilang.

alahai, terasa panas dah mata ni. tunggu masa melimpah je. huhu. takpelah, kita bertemu berpisah kerana Allah.

*to all viewers, syukrn kathiiran support n doa untuk ana. syukrn sgt2. mga antum juga broleh kejayaan dunia akhirat. lepas ni, blog ni akan lama menyepi. ana akan sibuk di sana. insyaAllah bulan 7 ana pulang. mga pulang dgn jiwa yg baru :)
*to Ppah aliff aziz..hehe. thanx call nisah, support nisah, nasihat nisah. thanx sgt2 pah. insyaAllah ada rezki pah kat mesir sana, moga kita sama2 dijaga Allah dn beroleh kejayaan sebenar dunia akhirat. pah nak jd doktor, jd doktor yg solehah yea. hehe. xpe, lps ni kita tebuk-menebuk hafazan masing2.hee. i'll miss u pah, i'll miss ur advice. nisah igt nasihat pah. jgn la doa psl jodoh nisah lg, jauh lg bab jodoh. yg penting, kita nak baiki diri kan? teruknye rasa diri ni, tp nk mujahid agama..ish3. pah, doakan nisah. always nasihat n tegur nisah. luvv ppah aliff aziz :) hee

Monday, April 27, 2009

ubreakable

Assalamualaikum w.b.t

bahang darul quran kian terasa. rasa mcm taknak pergi!
yaAllah, tak taulah kenapa ni. rasa mcm tak confident je dgn diri. mungkin ana menulis dlm keadaan letih..mumkin.

insyaAllah, takda apa-apa(try pujuk hati :))

dgn izin Allah, dq akan memulakan segalanya kembali. ana fikir, ana bagai bayi yg tak tahu apa-apa ke sana dan menuntut ilmu lillahi taala. starts new life there-pesan kwn ana.

mgkn lantaran bermacam-macam yg berlaku pd ana. tak habis-habis. hehe. insyaAllah, 'bayi' ini akan dewasa di bumi barokah dq. mOga ia tetap suci seperti mana baru dilahirkan dulu.

focus on what u want-my besties
ittaqullah haqqa tuqatih-k.ha

*insyaAllah,doakan ana agar kuat dan terdidik dgn biah solehah di sana. walaupun hati ni gundah gulana..huuuuuuuuuuu. nanges je tau!

Monday, April 20, 2009

salam sebelum ke DQ


a'udzubillahiminasy syaitoonirrojiim
bismillahirrohmaanirrohiim...

alhamdulillah,akhirnya tersiar ulasan pembaca oleh ana ttg novel tautan hati di ikim sebentar td. hehe :)

bahang darul quran kian terasa. entah apa yg akan berlaku di sana nanti. ustazah hachinah pesan:cabaran sbg seorang hafiz ni bukan mudah. terutama cabaran nafsu. kena jaga. jaga betul-betul.

memikul 30juz, bukan mudah. kalam Allah yg sangat suci. masyaALLAH. ustaz Abdullah berpesan:nak hafal qur'an, hafal betul-betul. bila seorang hafiz berbuat kemungkaran, Allah bagi cash ats dunia lagi

yaAllah, agak terbeban. tapi insyaAllah, ana jadikan ini semua sbg penguat semngat menempuh dunia baru dgn jiwa yg baru. ana berdoa, moga darul quran melahirkan siti hanisah abdullah sani yg baru. lebih solehah dan aqrab denganNya. amiin ya Rabb.

ana tak tahu apa yg bakal berlaku di sana. sungguh, gundah tak terkira saat ini. ayah cakap:
ayah doa agar ada sorang dlm ahli keluarga kita seorang hafiz. dari anak pertama(35 tahun dlu) ayah doa. alhamdulillah skrg Allah maqbulkan. jaga diri baik2 kat sana.

gugur air mata ana. masyaAllah, penantian ayah dah lama rupanya. ana pergi dgn harapan ayah dan cita ana beserta redho Allah. ana pohon doa antum buat ana, agar kuat di sana menempuh ujian dan cbrn sbg seorg hafizah, sbg seorang da'ieah, sbg seorang 'abidah dan seterusnya.

ana tak tahu apa yg perlu dinukilkan lagi. persiapan masih di peringkat awal. doakn yg terbaik buat ana. antum semua sntiasa ada dlm doa kudus dr ana yg hina ini, insyaAllah.

*buat pelawat blog tersayang, mungkin ana tidak update dlm masa yg lama. menyesuaikn diri dlm keadaan yg baru, prlu masa yg lama. doakan ana, mga lahir hanisah yg lebih baik dari saat ini. Allahumma amiin. moga hafalan ana juga lancar dan mantOp!

Friday, April 17, 2009

can or nOt II

assalamualaikum


apa khabar antum semua? rindunya pd antum, walau tak bersua muka tapi rindu itu tetap ada! rindu itu adalah anugerah dr Allah. indahnya rindu krn Allah, manisnya ukhuwah krn Allah(ukhwh yg halal) hehe. sempat lagi ana ni nak tulis in bracket.


sedih!


sejak akhir2 ni, kuat makan. betul! ana xtipu. badan pun dah macam monster je :). ana pun xtau knp kuat makan, mgkn tension. ana akn sendirinya kuat makan bila tertekan. dulu, gaduh dgn kawan..maaakn je tau. ish3.


lupakan kuat makan.


ayah suruh check result darul quran(DQ). ana keberatan, tp check demi ayah. seram sejuk seluruh badan. apelah result nnti.


Alhamdulillah, dapat! cuma surat belum sampai. ada kawan ana yg nak sangat tak dapat.


ni yg ana nak bincangkan..Allah amat menyukai seseorang yg remuk hatinya!
dlm keadaan kita sgt kecewa terduduk dgn taqdir Allah, akhirnya kita buat apa? berdoa dlm keadaan yg amat hina, penuh harap, dan lemah hnya pd Allah. kita harap pd Allah sahaja. siang malam doa dn mohon pd Allah. terasakah kita saat itu yg paling kita dekat dgn Allah. sungguh, Allah aaaamat menyukai keadaan itu. So,
jika kita diuji dan keadaan itu membuatkan kita terduduk, gembiralah! krn Allah terlalu rindu akan kita waktu itu. jadi, jangan berhenti berdoa dan berdoa serta berharap hanya pd Allah. mana yang kita nak, dirindu oleh ALLAH atau dirindu oleh manusia? tanya iman,
kita pasti nak dirindu oleh ALLAH sentiasa bukan? Allah tidak zalim mebiarkan kita terduduk selamanya, dgn ingat Allah semangat kita pulih semula. janganlah terduduk baru ingat Allah, bila berlari tinggal Allah..naudzubillah.

tidak kira kita 'berlari, berjalan atau terduduk' kita harus ingat ALLAH AZZA WAJALLA sentiasa. dalam susah senang, Dia maha melihat dan maha mengetahui. ana kongsikan beberapa mutiara kata khas utk antum tersayang :)

"bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yg mencipta segalanya,
yg menimpakn ujian,
yg menjadikan sakit hatimu,
yg membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkn hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
krn masakn ALLAH sengaja mentaqdirkn segalanya utk sesuatu yg sia2,
bkn ALLAH tak tahu derita hidupmu,
tp itulah yg DIA mahu krn hati yg sebeginilah lebih cepat akrab dan lunak dgnNYA"

moga peroleh ibrah dr pembacaan! dOakn ana jd hafizah solehah :)
ws

Sunday, April 12, 2009

can or nOt

sama ada sesutu tu kita nak atau tak, terpulang pada kita! setelah usaha, let Allah decide for us. kan?

tapi ana ni..

truely tengah takde mud. bukan nak marah orang, tapi rasa macam hampeh je sekarang ni. back to istighfar! betul menenangkan hati..astaghfirullahalaziim

takde mud tetap ada! ana takde mud dgn diri sendiri. ana tak suka bila ingat balik perkara yg dah lepas, yg takde kaitan lagi. yg meng'hampeh'kan diri.

one message received:
bykkn istighfar. semakin kuat kita mujahadh,semakin byk tipu daya syaitan-k.ha

msa trima msg tu, dgr pulak lagu 'padaMu ku bersujud-afgan'. ouh, betul-betul menginsafkan diri. astaghfirullah, apa aku dah buat ni?

ble taknak ingat pun, ia menerjah fikiran ni. mcm segmen terjah! main terjah sesuka hati je

now I can't stOp crying! all I knOw, just cry! cry! n cry!

pssst:ni lah tulisan ble ikut perasaan. antum jgn ikut. bila gni, byk istighfar! Allah ade brsama. benar2 tenang. "Allah menyukai keadaan seseorang yg mana hancur remuk hatinya"

know why? tggu post terbaru! huhu

Friday, April 10, 2009

:)

tiba-tiba je tersenyum
bila tengok iklan rejoice
alaa, yang lelaki tu bagi rose kat perempuan tu
ana suka sangat iklan tu
tanpa sepatah bicara, ros menerangkan segalanya. I like it :) huhu
berbanding berkata-kata
perbuatan lebih meninggalkan kesan yang mendalam
betul tak?
apabila seseorang sedang marah
tiba-tiba ada yang datang pujuk dia
cakap itu ini
mesti rse nak lempang je dia tu
tapi
ada yg datang, tersenyum!
menepuk-nepuk bahu kita
dan membawa kita ke suatu tempat indah
sambil berzikir mengingati Allah
mana lebih baik?
kepimpinan melalui teladan
bukankah telah diajar oleh Rasulullah s.a.w?
sejak dari dulu lagi!
tapi sayang
umat islam jarang praktikkn tu
yg dia tahu
ada degree/master/PhD in islamic study
kra mantOp! hebat!
hebat ke?
malah
orang kafir pula yg mengamalkannya bersungguh-sungguh
bg murtadkn org islam
bila org islam murtad
berdegar-degar cakap itu ini
salah itu ini
inikah kepimpinan melalui teladan?
beginikah cara kita sayangi dn cintai Rasulullah s.a.w?
korek hati dan iman, cari semula suara taqwa yg semakin menghilang
yaAllah, golongkan kami dlm golongn syakirin dn muqorrobiin
amiin ya Rabbal 'alamiin

Tuesday, April 7, 2009

malu lah pulak

sedih gaban bila hari-hari bukak blog ni takde sape nak komen post "halaqoh?"..semua main call je lepas baca post tu.

"nisah,apa yang ko tulis kt post tu?maksud ko pandangan siapa?"..em,banyak lagi lah soalan-soalan yg ana perlu jawab. sampai rasa letih nak angkat phone..huhu. suruh komen, malu pulak. korang niee,malu-malu kerbau pulak

antara Allah dan manusia, yg mana satu kita pilih?

haa,ni baru jelas soalan.

dalam kita melakukan ibadah seharian, kita selalu terfikir tentang siapa? "eh, kalau aku pakai camni..kang semah cakap apa pulak kat aku","eh, baju ni terang sangat kaler kang orang cakap malampau pulak","ish,aku pegi pub ni kang kalau jiran nampak jatuh maruah 'alim aku","ambik duit ni, harap-harap mak ngan ayah tak perasan","alah, aku curi sikit je..bukan ade orang nampak"...dan macam-macam lagi!

SO

kalau selalu duk fikir manusia ni cakap itu, manusia ni cakap ini..boleh jadi penuh jugak tanjung rambutan. kenapa ya kita selalu fikirkan pandangan manusia? adakah kerana manusia itu nyata dan kita nampak depan mata?

adakah kerana Allah itu Maha Ghaib, dan kita tidak nampak Dia secara mata kasar...ask your iman!

Allah itu Maha Ghaib tetapi Maha Nyata..bukankah penglihatanNya dan juga pendengaranNya amat tajam? ayat-ayat cintaNya sduah cukup memberi gambaran jelas pada kita yang mana apabila dibangkitkan kelak, semua itu pasti dipertontonkan. sesungguhnya Allah Maha Halus dan Maha Teliti.

saudaraku sekalian...
tidakkah kita terasa seolah Allah berbicara dengan kita tatkala kita membaca kalam cintaNya...tidakkah kita terasa berteman saat kita keseorangan...terasakah oleh kita kasih Allah yang tiada tandingnya

kita berbuat mungkar, Dia ampunkan. sedangkan manusia? belum tentu! saat kita terkontang-kanting dalam mencari arah hidup, Dia pimpin kita menuju jalan yg benar. tak pernah sekalipun Dia mengecewakn harapan kita padaNya. Dia hapuskan air mata kita tanpa sedar, Dia memujuk kita dgn cara amat halus sekali. Dia menghindarkan segala bencana dgn doa kudus kita pdNya. sungguh, janji Allah itu Maha Benar. sesiapa yg memohon pdNya, nescaya akn ditunaikan. tidak didunia, ia tersimpan di akhirat.

adakah nikmat rasa bertuhan apabila kita dalam kesusahan sahaja? naudzubillah! Allah tidak pernah lupa kita, menunggu doa cinta kita padaNya..masyaAllah hebatnya bila kita disayangi Tuhan

tapi kita..selalu memikirkan makhlukNya. betulkan?

yaa ayyuhal muzzammil. qumillaila illa qoliila................buangkan 'selimut' yg membalut, ayuh sujud pd Allah. bina kekuatan di sepertiga malam,itulah waktu yg terhebat dan terdekat kita dgnNya. kita mahu kn tergolong dlm muqorrobiin,insyaAllah






*masihkah kita mahu memikirkan dan mengharap pada makhluk lagi? utk ana terutama!

Saturday, April 4, 2009

halaqoh?

tengah-tengah hilang mood dan terasa nak marah kat seseorang, ana rasa lebih baik ana tidur. ngantuk sangat. mood pun tak berapa nak stabil sejak akhir-akhir ni. ade je tak kena. ishh

baru nak lelap, ade plak yg gatal nak mesej. eiiii. tapi dikuatkan jugak bukak mate bace sape la yg hantar tengah-tengah malam ni. "slm syg nisah, esk free x? ade crmh kt pustaka dar nur esk. hrp jmp awk kt sn, insyaA"-a'isyah azalan. em, ceramah apa agaknye. ana pun tanya dlm keadaan ngantuk ya amat. rupanya kelas tafsir. ana pun setuju dalam mata yg terpejam.

ana ada satu cerita yg ana dapat dr kelas tafsir ni:
"one day, ada sorang hamba Allah ni naik kapal yg bsr. ala-ala titanic kot. cme tak sempat nyanyi lagu je kOt.hehe.

then tiba2 kapal tu karam ke pecah, lebih kurang lah. then si hamba Allah ni terselamat dan dihanyutkan ke satu pulau. dekat pulau ni, semua orang hanya ada satu tangan je. si hamba Allah ni macam kita lah, ada 2. then dia pun pelik jiddan. kenapa diorang ni cacat eh? sume cacat.

penduduk pulau ni pun felik la tengok si hamba Allah ni 2 tangan. diorang pun ramai-ramai ketawa,"hahaha, korang tengok ni ade orang cacat la. ade 2 tangan lak tu. tetibe je. hahahaha. cacat..cacat,"

si hamba Allah ni bertambah hairan, eh..aku cacat ke diorang cacat. tak sedar diri betul. bisik dia dalam hati. okeh, disini kita dapat konklusinya tau. so ana nak tanya, pandangan siapa yg betul? pandangan siapa yg perlu kita fikirkan? pandangan siapa yg perlu kita ikut?

ana taknak jawab, tepuk iman tanya taqwa...jawab yea!

Thursday, April 2, 2009

makhluk terindah



Dan sesiapa yang melihat dia akan mengakui, dialah makhluk terindah pernah diciptakan Tuhan. Dialah makhluk itu, makhluk yang bernama wanita. Makhluk terindah pernah diciptakan Tuhan. Lantaran keindahan yang teramat itu, maka perlu akan penjagaan, agar keindahan itu terpelihara menghiasi, mengharumi dan mewangi sepanjang zaman.




Damai, tenteram, tenteram dan damai- sepanjang zaman. Atas ihsan Tuhan yang mengenali tiap makhluknya, maka Tuhan memperkenalkan peraturan tertentu agar makhluk terindah itu terpelihara, mendamaikan dan menenteramkan seisi alam. Kerana Tuhan itu yang mencipta, maka Tuhan sudah tentu mengetahui peraturan yang mampu menjaga makhluk terindah itu daripada kerosakan dan kehancuran.




TUHAN... AKU INI SEORANG PEMBERONTAK! SEORANG PEMBERONTAK!


Dan dia menjadi gila. Dia rela mencemarkan keindahan dirinya dengan melanggar aturan Tuhan. Bermula saat dia melanggar aturan Tuhan, dia bukan lagi dia yang mendamaikan, sebaliknya dia sudah menjadi dia yang menghairahkan. Dia bukan lagi dia yang menenteramkan, sebaliknya dia sudah penjadi pengacau yang jahat dalam minda sesiapa sahaja yang memandangnya.


Dia sudah menjadi dia yang gila saat dia melanggar aturan Tuhan sedang aturan itu perlu untuk dia kekal damai dan tenteram. Saat dia mempamerkan rambutnya, saat dia menyelak kerudung yang melitupi dadanya, saat dia menyentengkan lengannya. Dia sudah menjadi hina. Sedangkan sebelum ini, dialah makhluk terindah yang mendamaikan dan menenteramkan.




TUHAN... AKU INI PEMBERONTAK! SEORANG PENAGIH CINTA! CINTA!


Dan saat hormon berahi menguasai tiap penjuru jiwanya, dia terkulai tidak bermaya. Dia perlukan cinta. Dia rela menjadi pelacur asalkan bayarannya adalah cinta. Lantas dibiarkan tiap inci tubuhnya dijarahi, direlakan suaranya memujuk dan merayu, dihias tubuhnya secantik termampu, diukirnya senyum termanis, dibiarkan tubuhnya dirangkul, asalkan bayarannya nanti adalah cinta. Dia sudah menjadi pelacur demi cinta.


Andailah dia mampu bersabar, dia akan kekal mulia sebagai makhluk terindah yang menenteramkan dan mendamaikan. Dia sudah tidak mampu berfikir, dia ketagihkan cinta. Dia melacur demi cinta. Dia sudah menjadi pelacur sedangkan sebelum ini dia adalah makhluk terindah yang mulus, suci, tenteram dan mendamaikan.




TUHAN... AKU INI PEMBERONTAK.... TUHAN....AKU INI PEMBERONTAK....


Dan malam yang dingin itu, butir-butir mutiara berguguran jatuh ke ribanya. Sedu dan sedan. Pilu. Sedih dan rintih. Damai dan tenteram. Pulang ke pangkal jalan. Kembali.“Tuhanku, aku ini pemberontak, pelanggar hukumMu yang setia. Aku ingin kembali. Ingin pulang. Ingin membersihkan diri dari noda-noda hitam.” Air mata berguguran.“Tuhan aku ini pendosa, bernilaikah taubatku di sisiMu, Tuhan?” Air mata berderaian.




Taubat setulus itu, masakan Tuhan tidak menerima. Dan malam yang dingin itu, diresapi dengan damai fimanNya, mereka yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat dan beriman, sesungguhnya TuhanMu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-A’raf, 153)




Dan dia, lena dalam kerudung putihnya. Damai. Tenteram.