BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 29, 2012

ramadhan kareem

assalamualaikum wbt dan salam salju ramadhan yg menyegarkan iman kita semula.

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah ats segala nikmat yg Allah beri. syukurku hanya milikMu yaAllah. ramadhan kali ini memberi impak yg lain pd ana. melalui ramadhan sebagai seorang guru kpd anak-anak murid yg comel dan nakal. hehe. tiap-tiap hari ana jadi 'harimau', tp xde effect pn pada diorang. gelak je tengok ana marah. haishh. nakal!

ana jatuh cinta pd dunia perguruan. setelah hampir 3bulan membiasakan diri sebagai guru, ana mula jatuh cinta pandang pertama. permulaan getir, permulaan menuntut air mata ana setiap hari..dan hari ini alhamdulillah semakin matang menghadapi kerenah anak murid yg comel. ada yg buat ana tertawa, ana yg mengalirkan air mata, ada yg menawan hati cikgunya ni. hehe.

jadi guru kelas darjah 5. nama kelas 5umar al-khattab. tapi anak-anak ana semua manje2 macam kucing. kalau silap tegur sikit, berhari-hari merajuk. pening kepala cikgu nak memujuk. tapi itu satu pengalaman! kalau gelak sama-sama, itu momen paling best! sb semua happy dan gembira.

ya, ana jatuh cinta dengan 5umar!

permulaan untuk membiasakan diri dengan mereka, SUKAR. dan kini ana yakin, suatu hari nanti pasti ana merindui mereka. anak-anak yg selalu ana sebut nama dalam kelas..fahmi, altamis, ammar, khir luqman, muhaimin, adib, nu'man, firdaus, syahmi..kalau mula2 tu means rate paling tinggi. kan?

seriously, ana sayangkan mereka. even setiap hari ana terluka dgn perbuatan mereka, even diorang buat kesalahan, even diorang buat ana nangis setiap hari..ana sayangkan mereka. cuma, mungkin diorang xtahu yg cikgunya ini sayangkan mereka, manjakan mereka. hanya Allah yg tahu, sayang ana pd mereka. dan kadang ana tertanya-tanya, belum cukup lagikah apa yg ana beri..kerana mereka sering mempersoalkan sayang ana pada mereka..dan ana hanya menjawab dengan senyuman, dalam hati "muallimah sayang sgt 5umar..sayang sangat"..belum terluah.

ana harap, ana harap..Allah memberkati setiap langkah ana utk mendidik mereka. bukan senang, namun jalan yg Allah beri ada ganjarannya. moga Allah permudahkan, dan Allah menemani tiap saat..

*agaknya macam ni lah perasaan ada anak! hehe

Sunday, July 8, 2012

Akhirnya..

Asalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat pelawat blog yg dicintai..semoga setiap langkah kita, Allah redha. Dan setiap perbuatan Allah berkati dan rahmati..


alhamdulillah. Segala kepujian, kesyukuran dan kegembiraan ini milik Allah. Alhamdulillah, semalam kami graduan Darul Quran,hakim menerima skrol diploma drpd menteri di jubin perdana menteri..dato' jamil khir bahrom..

Hanisah: terima kasih dato' :))
Dato': sama2 :))
Hanisah: doakan saya :))
Dato': Insyaallah..bagus2..kamu nampak confident..
*dalam hati hanya Allah yg tahu. Tangan dankaki dah lembik..

Segala kesukaran selama 3tahun..Allah janjikan kemanisan berpanjangan. Ini antara kemanisan yg xterhitung nikmatnya. Hanya Allah yg tahu..dalam hati hanya air mata yg menderu. Mata menahan agar empangan ini tidak pecah semalam. Biar ana lalui dgn senyuman. Yg duka dan terluka, ana mohon agar Allah tinggalkan semua itu di dq. Dan yg tertawa dan gembira, ana minta izin utk simpan.

Xterhitung segala kemanisan yg Allah beri. Karna Allah beri dgn kasih syg..Allah beri dgn sepenuh jiwa. Cuma kita menerima dgn muka mencuba. Astaghfirullah.

Ramai usha tanya, "bila kitorang nk dpt kad wangi?"..

Tergelak besar mendengar. Rase macam nk guling2 time tuh jugak..heheh. Ade patut muka mcm ana ni di tanya soalan mcm tu..sabotaj je lah