BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 31, 2009

nikah


assalamualaikum..


bukan ana nak nikah, tp maudhu' ni sesuai sangat dgn teenagers yg umur sebaya dgn ana. kalau tanya kawan2.."hang nak kawen tak?"


"nak!!"


"mu gak tanyo lagi, mestila nak"


"eheh, nak le"


"best tu kawen"


"bakpo tanyo gitunyo..mu tokse nikoh ko?"


itulah antara jawapan2 yg ana dapat bila ana tanya soalan tu. ada yg merona merah muka menahan malu. takda apa2 mengenai maudhu' ni, ana cuma ingin berbicara secara ringan2 shj. sebab kafla ana sudah memikirkan ttg ujian comp memandu. antum doa2kanlah ana lulus ya.


apabila berbicara soal nikah, bermacam kriteria zauj yg kita nak. nak hensem, kaya, bijak, giler2, sporting, pandai layan n etc. sampai fenin kafla ana nak layan kriteria2 tersebut. entahkan dapat atau tak, wallahu'alam. tapi jarang yg ana dengar ingin membina baitul muslim bersama-sama. banyak yg mengejar paras dunia. hensem? kerepot jugak. kaya? Allah nak uji, jatuh miskin satu hr nanti. bijak? 'akal manusia terbatas..kdg2 ikut nafs. giler2?banyak ketawa gelap hati. sporting? Nabi tak cakap pun suruh cr yg sporting. pandai layan?kalau pandai layan kita, mesti dia pnh layan girl2 lain sblm ni.


huhu. nampak ana ni su'zhon sgt dengan kaum adam. agak la su'zhon sket. ana ngaku! tapi kalau benar2 kita ikut landasan yg Islam tetapkan, semua tu bukan ukuran. umur2 macam ni, memanglah tergedik+gatal sangat nak kawen..tp kita ada tanggungjawab yg lbh besar. lainlah kalau wajib. tp jaranglah umur camni wajib. dulu2? zaman sekarang lain.


Rasulullah SAW menyarankan wanita Mukmin mengutamakn 2 kriteria dalam mencari dn memilih zauj kita..iaitu lelaki yg boleh dipercayai pegangan agamanya dan disenangi kejujurannya. dgn adanya sifat ini, maka akan lengkaplah yg lainnya.
insyaAllah..ana akan sambung pada post yg seterusnya!
wallahu'lam

Thursday, January 29, 2009

kelas memandu

assalamualaikum dan selamat sejahtera :)
hari ini firstime hadiri kelas memandu. agak gementar sebab takde kawan, tapi redah je lah. masuk tu, yaAllah..penuh muslimin menunggu. tapi buat2 tak nampak jea lah. perkara pertama, menjawab soalan buta warna. bolehlah. tak tau nak cakap camna, sebab ana buat dalam keadaan tak tenang sangat. harap cemerlang, insyaAllah.
masuk dewan A, diberi taklimat(tapi ana lebih suka guna takmilat,hehe). tunggu semua hadirlebih kurang sejam setengah. sesi ceramah 3jam. yaAllah, habis kebas urat2. tapi tak bosan. penceramah pun tahu yg kitorang ngantuk ya amat.
rehat satu jam untuk makan dan solat. kitorang makan roti dan air je. lupa ana nak bagitau, alhamdulillah ana dapat kawan baru. aisyah dan ana! diorang amat mesra. masa ambil wudhu', ana rasa nak marah sangat pd muslimin yg selamba badak lalu kat tempak wudhu' muslimat. masa tu aisyah..ana pun kena jugak. by hook by crook, ana palingkn badan ke lain. ana sakit hati sangat, of course free of charge diorang dapat tengok aurat muslimat. yaAllah, sabar aja dieyh!
then masuk dewan balik, takmilat dalam 2 jam. input yg 2 orang penceramah bg amat berguna. ana dapat pengalaman baru. cuma, ana tak berapa senang apabila ada sesetengah dari dalam dewan berfikiran agak lucah. maaf ana kata di sini. ikhlas ana cakap, perkara tu tak lawak..malah rasa menjengkelkan. always think positive. especially muslimat, kenalah jaga adab. muslimin pun ana tengok senyap, just senyum. malu ana..malu pd yg 'Alim.
HAKIKAT WA MAJAZNYA:
as muslimah, jagalah adab-adab kita walau ke mana kita pergi. tak kira muslimin pun sama. kita membawa imej Islam, tapi akhlaq naudzubillah lagi terok dari yg kafir. ana nak tekankan pd muslimah di luar terutama diri ana yg masih banyak perlu diperbaiki. kita muslimah, daya penarik pd muslimin. jagalah adab dn akhlaq walau ke mana. bukan kerana nak tunjuk yg kita ni baik sangat, tapi kita tahu kan yg kita sentiasa di awasi oleh siapa? bukankah semua itu akan dipertontonkn di kampung abadi kelak?
malulah pd Allah..kalau rasa tak malu pun pd makhluk-Nya. Allah hadiah dn pinjamkan pada kita fitrah yg amat halus dan lemah-lembut. gunakanlah sebaiknya. bila Allah tarik, baru rasa rugi. jangan biar sampai Allah tegur kita dgn kekerasan. sungguh Allah Maha Pengampun, jadi bangkitlah semula dan terus berlari kencang sebelum tiba saat kematian!
bila fatimah syarha mesej camtu, ana rasa antum semua tahu apa yg kita rasa. cukup satu kalimah, "KEMATIAN". apa yg kita bayangkan. kerana akhlaq, Allah jauh dr kita. naudzubillah. orang mukmin, cukuplah melakukan satu kesalahan dan takkan di ulangi lagi.
tuntasnya, dunia hari ini menyaksikan muslimah di luar sana semakin kontang dengan akhlaq bak mawar berduri. kebanyakan mawar yg kehilangan duri dan layu sebelum waktu. hati ana bagai di robek, kaum hawa yg Islam membela haknya jd begini akhirnya. masih belum terlewat utk menjadi syauqah wardah yg mahal. banyakkan usaha dn doa. Allah Maha Pengampun!tuubu ilallah
http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" type="application/x-shockwave-flash" bgcolor="#000" width="328" height="94" src="http://www.esnips.com//escentral/images/widgets/flash/esnips_player.swf" flashvars="theTheme=blue&autoPlay=no&theFile=http://www.esnips.com//nsdoc/63658df5-fa61-4a8d-bef2-a3f47e403b9b&theName=AFGAN -PADAMU KU BERSUJUD&thePlayerURL=http://www.esnips.com//escentral/images/widgets/flash/mp3WidgetPlayer.swf">
Get this widget Track details eSnips Social DNA
wallahu'alam

Tuesday, January 27, 2009

sebuah pertemuan

hari ini satu pertemuan yg dinanti berlaku. sekian lama lantaran dari pertemuan pertama kami, ana menanggung rindu yg amat sangat krn Allah. ana merindui dia kerana Allah menggerakkan hati ana memakai jilbab yg lebih baik melaluinya. dulu, ana melihat orang memakai tudung labuh..biasa saja. mereka lebih memahami dan praktik agama. itu yg ana fikir. bila ana melihat dia memakai jilbab yg lebih sopan, "indahnya" terpacul dari mulut ana. setiap patah kata dia, menusuk tangkai hati ana. pertemuan pertama meninggalkan kesan yg amat dalam.

setelah berbulan kami berhubung melalui mesej, ana mula kembali kpd yg lama. batin ana menjerit kejijikan dgn malabis yg ana pakai. terutama ketika travel!

tiba2 dia mengajak ana ke satu tempat, menemaninya. hati melonjak riang tak terkata. berjumpa jantung hati. jilbab ana tak sempurna. sungguh menjijikkan! namun dia masih tersenyum dgn malabis ana. kami berjalan sambil berkongsi kisah. cerita ceriti ana masalah tak habis tentang satu kaum tu. dia mendengar sambil tersenyum

ana bertanya kisahnya pula. saat dia memulakan cerita ceriti, iman ana disentuh! kata2 yg dia lontarkan 85% benar-benar dari hatinya yg suci. ketahuilah dia, ana ingin menangis tatkala itu. iman ana merana..iman ana melontarkn amarah pd diri sendiri. ana tahan, namun hati ana dilanda bah lebih dari tsunami. ana diam, dan diam. senyum ana hadiahkan pd dia. ana berani mengatakn yg hatinya bersih dr muslimin. hatinya sgt sensitif apabila hal berkait dgn kesucian hatinya digoncang. dia benar2 mawar berduri yg amat mahal. pesan dia, "nisah, sekarang nisah boleh buat perancangan nk pilih course apa dan kerjaya apa. agar biar ke mana pun kita tercampak, kerja dakwah dan islam tetap berjalan," dia tersenyum lagi.

kisah dia, ana tak tahu nak manipulate macam mana. kerana antum perlu faham dan dengar, namun biarlah ia menjadi rahsia pertemuan kami yg amat istimewa. perpisahan bakal berlaku, jiwa ana makin merintih. yaAllah,janganlah pisahkan kami. aku masih perlukan dia untuk tarbiyyah aku.

saat2 akhir, ana tak ingin melepaskan dia. ketahuilah k.ejah, hati nisah merana tatkala mahu terpisah tadi. biarlah orang cakap nisah emo, tapi nisah tau apa yg nisah dambakan saat itu. salam dihulur, tangan dikucup. kami berpelukan. ana tak ingin lepaskan, kerana ana tahu kami takkan jumpa dalam waktu yg lama.

dia tersenyum, menyapu air mata yg tak bisa henti lagi. tangis ana makin menjadi pabila dia melangkah pergi dan kereta ana meluncur pulang. kata2 masyaAllah k.ejah tadi..betul2 membuatkan ana kecewa dgn diri sendiri. ana malu pd Allah, malu pd k.ejah. terngiang-ngiang terkejutnya k.ejah.

tangis ana tak mungkin berhenti. ayah disebelah hanya menyepi. makin kuat isak tangis ana. tiba2 handphone berdering, fatimah syarha! ana mengangkat sambil isak tangis bergema. ana hanya dgr beberapa butir biacaranya, lembut dan berhikmah. isak ana makin menjadi-jadi. 2 wanita yg berharga selain mak, serentak bertandang. sampai di rumah, muka ana bengkak. ana tak hirau semua itu. usai solat, isak ana masih belum berhenti.

k.ejah, nisah tau akak terkilan sangat dengan nisah. nisah minta maaf banyak2 dgn akak. nisah bersalah pd Allah, nisah kecewakan Allah. nisah akan lakukan sesuatu. insyaAllah kak, akak takkan jumpa perkara itu lagi dalam diri nisah. nisah tak tercapai menjadi asiah yusra, tapi nisah ingin capai menjadi spt akak. bukan mudah, tapi nisah akan usaha. akak sayang, maafkan adikmu yg telah lukakan hatimu.

tarbiyyah nisah, tuntun nisah pd yg SATU. nisah tak kuat, terutama apabila berkait dgn muslimin. akak jangan biarkan nisah balik macam dulu, terkutuk! terkutuk ya amat. akak sayang fillah, doakan nisah! nisah harap masih ada peluang untuk menjadi syauqah wardah yg hanya memperjuangkan islam walau d mana jua.

buku tu, maafkan nisah tak sempat tinggalkan coretan. dan lagu ni, khas untuk akak. akak dengarlah sambil baca buku tu..dan surat akan menyusul, insyaAllah! mga akak mendapat mujahid sejati. berat hati nisah nak lepaskan akak

*lagu sebuah pertemuan

Monday, January 26, 2009

opss,terlajak!

terlajak perahu boleh di undur
terlajak kata tak boleh tarik
inilah padahnya bila mulut tak tau nak jaga. sebenarnya ana dah melakukan satu kesilapan. dan perlu belajar dari itu. kadang kala soalan atau pertanyaan yg kita buat itu, telah merubah perasaan seseorang. ana tak tahu. tapi belajarlah dari perkara remeh yg berlaku dalam hidup. oleh itu, berfikir sebelum bertindak. wanita, kadangkala dipengaruhi emosi yg melebih. ana tahu dia marah, ana nangis.
"mu emo sgt"
dan ramai lagi yg cakap camtu. tangis ana berhenti bila ayat tu keluar dr mulut kawan ana. ana tersenyum. ya, ana memang emo bila ada orang marah ana. bukan emo apa, nangislah!
huhu. apapun, alhamdulillah ana dah ok. dan sama2 ambil ibrah dari kisah ana.
"lagi banyak cakap, lagi banyak salah"
ana tak ingat ana baca dari buku mana. tapi memang betul. oleh itu, hakikat wa majaznya..berfikir sebelum bertindak!
*lebih kepada ana..berfikir dulu!
wallahu'alam

Saturday, January 24, 2009

cukuplah saja berteman denganku

post ni kira sambungan dari post yg sebelum ni. wah..!. ana nak nukilkan pd antum satu cerita yg biasa2, dan mungkin kita terlepas pandang.

Umar dan Maryam satu sekolah ketika di bangku menengah. Umar seorang yg bijak. sentiasa skor 4 flat tiap kali exam. mereka selalu berhubung melalui ym namun tak pernah berbalas mesej atau berbual setentang. mula-mula, setiap patah kata di jaga. ayat memang skema. ber'ym' kebanyakan tentang perbincangan ilmiah.

biasalah, bila anak adam yg berlainan jantina berduaan tanpa ada yg memantau..adalah orang ketiga. lepas sekadar teman perbincangan, maju kepada kawan. bertukar no phone untuk memudahkan 'perbincangan'. bila dah mesej 24jam, lain yg dibincangkan. maju ke hadapan menjadi teman baik.

hantar mesej cute2..ade pesanan macam2 lagi. take care..jaga diri awak.

tak perlulah ana tuliskan satu-persatu moral of da story ni. kita semua boleh fikir dan renung. hawa ada 9 emosi yg perlu di jaga. tak terjaga bila keadaan macam ni. kuat iman pun kadang2 tersasar. adam yg 1 emosi pun kadang2 tak boleh nak handle, apatah lagi hawa. sepatutnya umar tadi menegur sikap maryam, atau umar perlu cepat2 sedar tindakan dia yg berbalas mesej cute2.

kadang kita tak sedar, kadang kita anggap perkara itu kecil, kadang kita rasa boleh jaga hati, kadang kita tak sedar yg hati dah mula kotor, kadang..dan banyak lagi kadang yg kita tak nampak/terlepas pandang...ana juga begitu. mungkin ada yg berkata ana menulis, ye ke tak ana buat. ana usaha untuk lakukan...kadang terlepas. dan ruang utk berubah sentiasa ada

ana berbual dgn ustaz yg mengajar syariah. kebetulan hari last spm08. ana ambil peluang yg jarang ana dapat, sebab us jarang ada. ana tanya, boleh ke giral n boy kawan?
ustaz: boleh
ana: boleh ustaz? (ana bertanya dgn hairan)
ustaz: boleh tapi kena jaga

ana mengangguk tanda faham, tapi kurang faham. then ana tanya pada sorang sis ni, boleh ke girl n boy kawan
sis: by dn girl berkawan, berhubung sekadar nak tanya khabar, mampukah hati terjaga? sudah tentu ia menghampiri zina jika tujuannya tak jelas, sekadar suka2. asal perhubungan anatara lelaki perempuan adalah haram, hanya dibolehkan jika ada urusan, akak ulang, jika ada urusan. bc buku wahai puteriku oleh Ali Thontowi.

ana baca buku tu, ana suggest kaum hawa bacalah buku tu. menggigil jugak baca penjelasan dalam tu. hakikat wa majaznya, antum simpulkan sendiri. ada sis pesan, jangan biarkan nafsu mengatasi iman kita!

wallahu'alam

Friday, January 23, 2009

wah...!

Do you hear me,I'm talking to youAcross the water across the deep blue oceanUnder the open sky oh my, baby I'm tryingBoy I hear you in my dreamsI feel your whisper across the seaI keep you with me in my heartYou make it easier when life gets hardI'm lucky I'm in love with my best friendLucky to have been where I have beenLucky to be coming home againOooohhhhoohhhhohhooohhooohhooohooohThey don't know how long it takesWaiting for a love like thisEvery time we say goodbyeI wish we had one more kissI'll wait for you I promise you, I willI'm lucky I'm in love with my best friendLucky to have been where I have beenLucky to be coming home againI'm lucky we're in love in every wayLucky to have stayed where we have stayedLucky to be coming home somedayAnd so I'm sailing through the seaTo an island where we'll meetYou'll hear the music, feel the airI'll put a flower in your hairThough the breezes through treesMove so pretty you're all I seeAs the world keeps spinning roundYou hold me right here right nowI'm lucky I'm in love with my best friendLucky to have been where I have beenLucky to be coming home againI'm lucky we're in love in every wayLucky to have stayed where we have stayedLucky to be coming home somedayOoohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh oohOoooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

...sengaja ana biarkan lyrics ini begini. antum semua tahu ini lirik apa. bagi ana lirik ni meninggalkan seribu satu kenangan. bukan diratapi, bukan dimegah..namun nostalgia itu kadang2 menyapa tangkai hati tanpa disedari. ana paling suka part "lucky i'm in love with my best friend". memberi makna yg mendalam :). kadang2 kita tak sedar pun yg kita fall in love with our bestfriend..rite? ouh,antum jangan salah faham. ana menulis mengikut pengalaman sekeliling.

kerana itulah...
kena jaga adab berhubung antara lelaki dan perempuan. mula2 guna trademark,"kami hanya kawan biasa,"
then.."teman tapi mesra"
lepas tu berlanjutlah ke lain. ana mengaku,ana pernah lalui itu! kita tak sedar cinta yg kian mekar di hati tanpa mengikut syaro'. menafikan hanya kawan baik..hampeh la semua tu

berhubung antara lelaki dan perempuan, hanya keperluan sahaja. kadang2 ana pun terlepas jugak.takboleh guna hehehe..ayat tu kene la skema. nak jaga adab. kalau guna ayat manje2 ni mudah la cair..sampai melting point wa cakap lu.uhuk..oklah,ana sebenarnya takde idea nak menulis. tapi bile dengar lagu ni..best pulak

lucky i'm in love with my bestfriend...

Wednesday, January 21, 2009

4 negeri sejuta hikmah

assalamualaikum,

ana baru sampai dr melaka pkl 10.30pg dan berpijak di baiti jannati 11pg. terasa amat rindu pd blog. kekok rasanya tangan untuk menulis kembali setelah hampir 2 minggu mengembara. perjalan ke 4 buah negeri memenatkan..digagahkan jua tulang 4 kerat meredah semudera. harap2..ana jumpa hikmah yg bisa menambah iman dan taqwa.

jauh perjalanan, namun semuanya seperti biasa. ana mencari hikmah kembara ini. hati berbisik,"mungkin lantaran dosa terlalu banyak hati menjadi buta," astaghfirullah

sebaik kaki menjejak kuala lumpur, pemandangan yg biasa dilihat. kerenah manusia berkejar ke tempat kerja seawal pagi.rehat sebentar setelah breakfast, petang ziarah saudara-mara hingga beberapa hari. itupun ada yg tertinggal.13/1..sampai johor bharu,rumah abang yg ke-4.

14/1..bertolak ke singapore. tempat lahir ummi. menginap d rumah mak long. kami tak lekat d rumah mak long, berjalan je. ana masih mencari keajaiban..dan terus bersabar.

kami singgah di tampines mall,didalamnya ada sebuah pusat beli-belah Isetan. harga kat situ memang setanlah..mahal ya amat bg ana. tp sebab tgh sale, taklah mahal sangat. sedang belek2 earings yg ana berkenan, ana terpandang satu makcik..bertudung labuh dan berjubah. dengan suaminya dan anak lelakinya. antum semua maklum, singapura macamana kehidupan mereka. nak jumpa tudung labuh sikit punya payah. nak jumpa tudung labuh d Isetan, bg ana mustahil. kat sana lebih kurang macam pavilion lah.diorg panggil tampines mall ni 'little orchard'. ana merenung pakaian sendiri, alangkah terasa hinanya waktu tu. dalam gemerlap berfesyen, seluar pendek, skirt pendek, baju ketat tanpa lengan, rambut blonde, kasut tumit 5inci, baju terdedah sana sini..dengan brand antarabangsa like versace, padini, polo, dior, chanel, LV dan sebagainya. antum boleh bayangkan, yg makcik tu boleh berbangga dengan pakaian muslimahnya. sekilas ana tak sempat melihat makcik tu, kerana ramai sangat orang d Isetan. hati ana berbisik, mungkin inilah hikmah yg ingin Allah berikan pd ana..mungkin ini Allah ingin menegur ana. Menegurcara ana berpakaian. ya, memang ana bukan seperti diorang..tidak memakai skirt pendek dan baju tanpa lengan..tetapi sehelai tudung, blaus dan seluar longgar tidak cukup utk menggambarkan imej muslimah sejati.

bukan ana mengutuk mereka berpakaian begitu, ini lebih kepada diri ana. sementelah ana tinggalkan dunia blaus dan seluar, kini apabila mengembara ana menyarungnya semula. batin ana menjerit tidak selesa, memang terasa amat janggal..namun kejadian d Isetan menyedarkan ana. iman terlalu lemah! dan ana mendapat semangat kembali mengekalkan imej sedia ada. inilah hikmah kembara yg ana dapat. mungkin tidak besar mana, mungkin tak hebat mana..tapi bagi ana ia amat bermakna dalam hidup.


coretan ana hanyalah tinta dari seorang hamba Allah yg teramat hina..biarkan manusia memandang dengan pandangan apa sekalipun, namun pandangan Allah terasa hinanya aku disitu!

wallahu'alam

Friday, January 9, 2009

akhirnya,ayah sudi menulis!

Reaksi Keganasan Rejim Yahudi ke atas Penduduk Gaza di Palestin

Oleh: Abdullah Sani Gani, Kubang Kerian, Kelantan.

Menjelang sambutan Maal Hijrah 1430 kita berasa sedih kerana Israel menyerang penduduk Gaza yang dikuasai oleh Hamas. Dengan angkuhnya RejimYahudi menyerang Gaza dengan kekuatan tenteranya dengan melepaskan peluru-peluru berpandu ke atas sasarannya di Gaza. Seperti biasa umat Islam mengambil tindakan dengan menunjuk perasaan di kedutaan-kedutaan Amerika dan sekutunya. Ada juga cadangan daripada beberapa golongan masyarakat Islam yang marah supaya memboikot barangan Israel dan sekutunya.

Daripada tunujuk-tunjuk perasaan menampakkan kebencian mereka kepada Yahudi dan sekutunya yang amat sangat tetapi selepas itu keaadannya seperti biasa. Kebanyakan mereka masih mengikut cara hidup Yahudi dan Nasara.

Amat malang umat Islam jika inilah satu-satunya cara untuk kita bertindak menyekat keangkuhan dan keganasan Yahudi.. Pada hal menurut petunjuk Al Qu’an dan Sunnah penyelesaian sebenar masalah ini telahpun diberitahu secara jelas.

Jika kita tinjau dengan teliti cara hidup umat Islam kini rata-rata banyak tidak mengikut ajaran Al Qur’an dan Sunnah akibatnya kita tidak mendapat nusrah Allah dan menjadi lemah seperti kelihatan dewasa ini. Allah telah berjanji di dalam Kitabnya, ”Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa-apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan), jika kamu orang yang (benar-benar) beriman.”
( Surah Ali ’Imran ayat 139)

Syarat untuk mendapat kemenangan dalam ayat-ayat di atas ialah orang-orang Islam benar-benar beriman, tapi renungankanlah keadaan orang-orang Islam kini menurut perspektif Al Qur’an dan Sunnah. Amat menyedihkan. Walupun sesetengah negara Islam mempunyai kekayaan harta(minyak) tetapi kita tidak berani bertindak yang sepatutnya apabila musuh-musuh Islam membunuh saudara kita seIslam khusus di Palestin. Iman kita lemah, keyakinan kita pada akhirat kurang walupun jumlah umat Islam ramai dan masih ada lagi orang-orang soleh.

Dalam sebuah hadith Nabi SAW. Ada sahabat bertanya kepada Nabi SAW. Apakah mungkin kami akan musnah dan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada lagi orang yang soleh dan bertaqwa? Nabi SAW. Menjawab, “Ya, apabila keburukan telah bermaharajalela.” (Kitab at Targhib, hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

Ajaran Islam dicuai-cuaikan, sebaliknya pendapat dan fikiran sendiri digunakan dalam kehidupan harian. Sedangkan perkara inilah yang menyebabkan keadaan yang berlaku ke atas umat Islam iaitu penindasan dan keangkuhan puak kufar ke atas umat Islam

Salah satu sebab umat ini menerima azab di dunia ialah kurang menjalankan amr- bil- ma’ruf dan nahi-anil mungkar(menyuruh yang makruf dan melarang yang mungkar). Dalam sebuah hadith daripada Hazrat Anas RA. bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW. bersabda, Lailahaillalla sentiasa memberi manfaat kepada penyebutnya dan menolak azab dan bencana daripada mereka selama mereka tidak meringan-ringankan haknya.” Para sahabat bertanya, “Apakah yang dimaksudkan dengan meringan-ringankan haknya? Nabi SAW. Menjawab, ”Apabila perbuatan maksiat kepada Allah SWT. berterang-terangan dan maksiat itu tidak dicegah dan tidak diubah. (At Targhib, hadith riwayat al Asbahani).

Satu lagi hadith yang berkaitan yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA. Beliau berkata bahawa Nabi SAW.telah bersabda, ”Apabila umatku mengagungkan dunia, kehebatan Islam akan dicabut daripada mereka. Apabila mereka meninggalakn amr-bil-ma’ruf dan ani-’anil-mungkar mereka akan diluputkan daripada keberkatan wahyu dan apabila mereka caci-mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur daripada pandangan Allah SWT. (Durrul-Manthur hadith riwayat Hakim dan Tarmizi).

Oleh sebab kelemahan Iman, amalan-amalan Islam tidak dapat dilaksanakan. Untuk meningkatkan iman umat Islam dan mendapat pertolohan ghaibah Allah SWT ialah dengan bersungguh-sungguh mengislahkan diri kearah penigkatan iman dan menyeru orang-orang Islam yang lain kearah ini.

Satu petikan ayat al Qur’an, ”Kalau kamu membantu (agama) Allah SWT. Nescaya Allah SWT. membantu kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” Surah Muhammad ayat 7). Mengikut para ulama membantu agama Allah ialah dengan meninggikan kalimah Allah SWT. dan menyebarkan Islam. Amr-bil mar’ruf nahi-anil mungkar mesti dilaksanakan pada peringkat diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara.

Tugas-tugas ini telahpun dijalankan oleh para sahabat, kebanyakan mereka bertebaran ke seluruh alam untuk menyebarkan Islam. Hasil daripadan pengorbanan mereka dan orang-orang selepasnya kita menikmati Islam. Sebaliknya apabila usaha agama ditinggalkan orang-orang Islam akan berhadapan dengan berbagai masalah. Wahai saudaraku kembalikan kepada ajaran Islam seperti amalan para-para sahabat dan mereka yang telah berjaya sebelum kita.


(Sumber rujukan: Muhammad Ihtishamul Hasan, Kemunduran Umat dan Penyelesainnya(Terjemahan); Kuala Lumpur, Era Ilmu Sdn Berhad, Cetakan Pertama 2002).

Tarikh: 4 Muharam 1430 H. bersamaan 1 Januari 2009 M.

*doakan kami sekeluarga selamat dalam perjalanan dn diberkati Allah..moga antum semua di bawah lindunganNya..lebih kurang sejam lagi kami akan berangkat.ya Allah,hancurkan musuh2 islam,kuatkan iman kami!

wallahu'alam

Thursday, January 8, 2009

Palestin,tunggu aku!

pelbagai mesej yg ana terima untuk selamatkan palestin. ada yg diakhiri dgn AMANAH! perlu difowardkan kpd 10 orang dn sebagainya. terbit sangsi. kerana terlalu banyak mesej yg ana takut ia tidak benar. selepas bertanya kepada seorang akhowat, dia membalas "wsalm.memang penting untuk kempen palestin besar-besaran skrg ni.yahudi mengganyg setaraf binatang.4wardlah x kira brpa seikhlas mungkin"



menitis air mata melihat mayat2 yg syahid di bumi palestin. ana bertanya ibu,"mak,bestkan diorang.mati syahid.tak perlu mandi.darah itu mnejadi saksi.kan best kalau kita pergi sana,mati syahid jugak"
ibu ana membalas,"kita tak sekuat diorang anis.belum pun angkat senjata,dah terkulai sebab tak makan.semangat juang diorang hebat.kita doa,doa je boleh sekarang"
ana tersenyum kepadanya.ya!hanya doa ikhlas yg boleh kta berikan.disamping sumbangan lain.
ayah ana mencelah,"sekarang umat islam perlu bersatu.anis tengok,islam dipermainkan sewenangnya.sebab apa?sebab umat islam lemah.orang main2kan agama kita pun,boleh senyap lagi,boleh diam..buat tak tahu.itu tandanya iman kita lemah.lihat mujahideen dulu,sanggup infakkan semua harta untuk islam.mati untuk islam.hilang segalanya untuk islam.semangat tu dah takde sekarang ni.orang islam perlu kuat menentang musuh,dari segi pemikiran dan cara".tegas ayah mengeluarkan pendapat.
"kalau bersimpati semata pada diorang,tapi cara hidup macam yahudi nasara..macamana?support diorang.boikot pun sekejap saja..lepas ni telan balik apa yg diorang bekalkan.iman kita lemah.hidup kita dah macam diorang,takde beza.sedih,sedih jugak,tapi amalan kita masih sama.ikut telunjuk mereka.tengok rakyat islam malaysia macamana,sekali yahudi nasara bom,mati katak semua"ana mengangguk-anggukkan kepala tatkala mendengar luahan hati seorang ayah.iman kita lemah!
dalam hati,ingin saja aku ke sana bersama rakan yg lain..mengangkat senjata,membantu merawat,membantu beri semangat.dalam masa yg sama,masyarakat islam di malaysia makin lalai,lagho dgn pesona dunia smeentara.bertambah-tambah rundung kesedihan.apabila terlihat pd diri pula,masih lemah dan lalai..mereka tiap saat dalam ketakutan,setiap saat harapan hanya pd Allah.tapi kita?hanya tahu nak cari kepuasan diri sendiri.tapi kita?tak pernah cukup.tapi kita?renung2kanlah...terrlalu banyak,tapi kita?
wallahu'alam

Tuesday, January 6, 2009

too sensitive!

"Assalamualaiki,nisah"
"waalakissalam kak,masyaAllah,k.ja apa khabar?"
"alhamdulillah dik,baik.nisah?"
"alhamdulillah,kheyr.kak,rindu kat k.ja"
dia hanya tersenyum memandang
"nisah nak pergi mana?"
"ikut akaklah,kb ke..kbmall ke"
"alah,nisah decide lah"
ana terdiam destinasi manakah yg harus kami pergi.akhirnya kb menjadi destinasi cinta 2 bekas pelajar naim:).usai solat dzohor,ana bertanya pd k.ja,
"kak,akk tgk nisah ni makin ok ke x ok?"
"luaran ok,cuma mungkin dalaman kot,"
"ala kak,nisah taknak tanya kat luaran..dalaman,"(akak ni pandai 'irab)
"em.."(nampak susah dia mahu menerangkan inner ana)
"teruk kan kak,"
dia tersenyum,"taklah,cuma nisah ni sensitif..dari sensitif kita rasa mudah nak nangis,mudah nak terasa,mudah marah n everything. it just because sensitive"
ana mengangguk-anggukkan kepala
"habis tu,apa perlu nisah buat?"
hakikat wa majaznya:
k.ja advice nisah..sebelum decide or buat apa-apa,think boutthat first.ana selalu buat sesuatu perkara emosi melebihi 'akal,ya!itu ana akui.dan dia cakap,kena seimbangkan keduanya. one more thing,husnuzzhon banyak2 tp biar bertempat.
so,think first n always husnuzzhon!

Saturday, January 3, 2009

tak lebih dari sehelai kain!




bismillahirrohmaanirrohiim..

alhamdulillah,kita melangkah ke 2009 dengan bermacam "kemeriahan"..tak sanggup rasanya nak baca surat khabar 1 Yanayir 2009.dibuka dgn segala kemurahan harga diri,terpampang sana sini.mungkin ada segelintir yg membukanya dgn solat hajat agar tahun 2009 ini lebih berkah,namun bilangan itu tidak dapat mengatasi bilangan yg lain.

"tudung itu hanya sehelai kain,takde ape2 pun.kalau nak pakai tudung,tak perlu nak heboh2 sebab ia hanya sehelai kain,not more,"lebih kurang itulah kata2 wardina safiyyah dalam satu temubual.kita semua mengerti maksudnya.dia bukan memperlekeh sehelai tudung, namun tudung takperlu dibesar2kan halnya.maksud ana,nak pakai tudung,pakailah..tapi biarlah ikut batas syariat.

marcapada ini,alhamdulillah..ramai artis2 yg sudah mendapat taufiq wa hidayah untuk memakai jilbab.ya,iya itu satu kerjaan yg mulia.alhamdulillah..namun tak habis lagi syukur kita..dapat dilihat seolah-olah tudung tiada sebarang makna.macam fesyen je.asif ya,hari ini ana guna bahasa yg xformal.
pakai tudung,baju sikitlah ketat.pakai tudung,nampaklah dada yg putih melepak.pakai tudung,t-shirt pulak pakai..lengan habis nampak.pakai tudung,tutup kepala jer.pakai tudung,jaranglah pulak.pakai tudung,terbonjol rambut kt depan.pakai tudung,alahai keciknye.pakai tudung,astaghfirullah..baik takpayah pakai diik.ini apa yg ana dn kawan2 terlintas sewaktu melihat nadi negara ini. itu baru dilihat di Kelantan,diluar wallahu'alam.

"habis tu,nak suruh pakai tudung macam telekung semayang ke?"..em,ana rase antum boleh jawab soalan ni.Allah tak suruh pun pakai telekung semayang untuk dijadikan tudung,tapi ikutlah syara'..nak pakai telekung semayang pon bagus ape.

"kalau pakai tudung labuh sampai lutut pun,tapi perangai macam setan buat apa?".hah,ni memanglah kalau nak diikutkan.tapi, Allah anugerahkan kita 'akal untuk berfikir. kalau perangai macam tu,perlu kita ikut?dah tu,yg kita jadikan Paris Hilton,Britney Spears sebagai ikon..baik sangatlah tu.lu pikirlah sendirik!
apepun,kat sini..ana ingin nukilkan..pakai tudung tu baik dah..tapi pakailah elok2.ni pun utk ana jugak,bile nak keluar rumah main rembat je tudung sape..selalu tudung mak ana jadi mangse:).biarlah menutup apa yg perlu,bukan pakai nampak tekak.definisi tudung itu indah,maka indahkanlah ia..indahkan juga dgn akhlaq yg mulia.agardipandang oleh Allah..bahawa itu niat ikhlas kita.

wallahu'alam