BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 13, 2011

termenung disini

Assalamualaikum wbt dan salam rindu abadi buat pelawat blog ini. Moga ada sesuatu yg dapat kalian kutip dr blog ini. Yg kadang kala mengarut je banyak.. J)

Tiap kali melihat gambar kaabah, terasa sangat sebak di dada ini. Membuatkan jiwa tak tenteram..dan air mata menafsirkan segalanya. Ana begitu kecewa dengan diri sendiri untuk umrah kali pertama. Dan inshaAllah jika ada peluang umrah kali ke2..mOga perjalanan itu lebih baik dr yg pertama. inshaAllah.

Saat-saat getir yg sedang dilalui kadang rasa lelah, penat, dan tinggalkan semua. Kerja jadi slow. Low motivation..atau erti kata lain, makanan rohani dah berkurang. Pada saat yg sangat lemah, mereka di sekeliling meminta izin untuk berpaut, meminta kekuatan untuk teruskan hidup. Sangat menguji rasanya.

Apapun Alhamdulillah Allah memberi rasa seperti ini, kita takkan lagho dengan benda lain. Dulu, ana suka tonton cerita korea if ada masa lapang..dan sekarang tak punya masa lapang. Kalaupun tak buat kerja, otak tetap ligat berfikir untuk cuba memberi rasa senang pada orang sekeliling. Ana bukanlah baik sangat, tetap berbuat kesalahan yg terlalu banyak untuk dihitung. Setakat mn yg mampu, buatlah kebaikan! Allah tak paksa. Allah memberi pilihan pd kita. Syurga atau neraka..itu saja

Hidup ni jangan terlalu berkira, Allah akan berkira dengan kita di mahsyar nanti. Kebaikan yg kita buat, bukan datang dr kita. Ia adalah rasa yg Allah hadirkan. Rasa itu jua milik Allah. Dan kejahatan itu datang dr nafsu yg kita tak reti nak kawal. Terlalu cukup Allah bagi panduan untuk mengawal nafsu, jd tidak ada alasan yg kita buat jahat adalah takdir Allah..

Diri kita, adalah HAMBA ;))

Monday, December 5, 2011

seribu hikmah utk hamba

Assalamualaikum wbt dan salam penuh kerinduan dan penghargaan buat hamba-Hamba Allah yg setia memburu cinta dan redha Allah selagi hayat diberi, moga2 kita tergolong dlm kalangan syuhada’ yg memperjuangkan islam hingga ke percikan darah yg terakhir…insyaAllah

Alhamdulillah dipertemukan dengan penyelia thesis yg ana thiqoh dgn ilmunya. Mungkin ustaz agak strict dalam menilai thesis yg hanya satu jam kredit. Tapi ustaz awal-awal lagi dah nasihat pd kami semua, thesis bukan hanya untuk mendapat 4.0 yg dinilai satu jam kredit, tp thesis adalah kajian yg kamu lakukan berdasarkan ilmu yg telah kamu dapat selama 3tahun kamu di d q. gurllpp!

Baru terasa nak buat ala kadar je. Adakah ana tersalah pilih penyelia? Tapi ana tak rasa menyesal, taktau kenapa.

Ramai kawan tanya, siapa penyelia. Bila ana sebut nama ustaz tu, semua cakap..erm, susah la ko nk dpt 4.0. bukan sesenang ustaz nak bagi 4.0. even budak mumtaz pun susah nak dapat 4.0 dengan dia.

Tajuk2 yang ana usulkan:

1) Khaulah binti tha’labah: pencetus penurunan wahyu mengenai zihar

2) Turki Uthmaniah: kesan kejatuhan dari segi moral masyarakat

Ustaz macam tak puas hati. Dia minta ana pilih satu tajuk nerdasarkan course yg ana belajar sekarang. Jadi, untuk ambil hati ustza ana kira ana bagi tajuk paling senang…

3) Hadis mengenai ganjaran membaca Al-Qur’an: kaedah metodologi takhrij hadis

Itu pun ana letak paling lat dalam list, dan berdoa harap-harap tajuk ketiga tak diluluskan. Setelah sebulan pemurnian tajuk thesis, di akademik tertampal tajuk-tajuk yg diluluskan. Dengan rilex, ana menjangkakan tajuk pertama yg diluluskan. Nak terkeluar biji mata ana, tajuk ketiga lulus dengan mudahnya. Rasa macam nk tercabut jantung ni. Apa nak buat skrg ni???

Ustaz dah mula minta proposal. Dalam keadaan blur siapkan proposal dalam masa seminggu. Berkampung di library mcm orang takde rumah..heheh. still blur..apa nak buat ni. Ana menjangkakan, ganjaran orang membaca Al-Qur’an hanya sekadar pahala dan kesenangan lain, tp skop ini terlalu luas. Dengan membaca Al-Qur’an kita dapat mengubati penyakit, mengetahui sejarah islam dengan lengkap, mengetahui istinbat hukum, mengetahui kaedah ilmu falak, sains di zaman moden dan sebagainya. Kerana Al-Qur’an adalah sumber rujukan utama umat islam..dan semua terkandung didalamnya. Termasuk tipu helah musuh-musuh islam..terlalu banyak yg perlu ana rungkaikan..ana sendiri baru tahu..

Ana mula tertekan, rambut dah start gugur ni. Alamak. Ni dah tahap teruk ni. Mood nak tasmi’ pun hilang, ustazah geleng kepala tgk ana. Semacam semangat dah hilang. Tp Allah mengembalikan semangat ana, kerana proposal ana diterima dgn mudah. Tanpa perlu diedit banyak. Allahuakbar! Penyelia ana bukan senang nak terima proposal. Kebiasaannya kena edit 2/3 kali baru lulus. Tp Alhamdulillah. Allah mudahkan.

Moga Allah mudahkan perjalanan thesis, mudahkan perjalanan untuk ana bergelar hafizah, mudahkan segala urusan dunia akhirat. Amiin. insyaAllah.

mendapat ganjarannNya

Ana tak bersungguh dalam berbuat sesuatu. Ana terasa sangat rugi. Masih blur2. Tapi banyak hikmah yg Allah sampaikan in a silent way. Allah mendidik sabar, yg selama ini ana terasa sgt susah. Allah beritahu makna yakin. Allah membisik erti tenang dalam setiap perkara yg berlaku, jangan kelam-kabut. Semua tu Allah tegur satu persatu.

Assalamualaikum wbt dan selamat menjalani kehidupan dengan sebaik-baik keadaan. Mencintai Allah sebaik-baik cinta. insyaAllah

Sangat mengantuk dan sangat letih. Tapi ana rasa kekuatan untuk menulis mengatasi rasa mengantuk. Moga2 apa yang ana tulis, dapat memberI sedikit ibrah dan lebih baik dapat memeberi sesuatu yg ada impak buat yg membacanya.inshaAllah.

Dah lama tak dengar lagu2 maher zain, sesekali dengar terasa disapa deru angin yg sangat lembut. apapun, ana ingin sampaikan berita gembira. Alhamdulillah abang ana dapat projek di UK. Jadi ada sedikit rezeki. Dia tanya, nak hadiah apa sempena khatam hafaz 30juz ni. Dia nk bawa ana ke UK. Tp ana just minta 1..1 je. Bawa ana pergi umrah. Itu saja hajat ana. Ana terasa banyak perkara yg perlu ana tebus disebabkan kesilapan-kesilapan saat umrah pertama. Ana kurang menjaga hati!



Kat sana bukan tiba-tiba kita akan jadi ‘solehah’..tapi solehah di sana dididik. Hasil tarbiah dr Allah. Special! Kalau balik ke Malaysia dan di mana saja kita kekal solehah, itu kemungkinan besar umrah maqbul..inshaAllah.

*pray 4 me agar ada rezeki untuk umrah tahun depan. I really miss masjidinnabawi and masjidilharam. Satu je doa ana, YAALLAH..MATIKANKU DI BUMI MADINAH..amiin