BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 28, 2009

martabat solat

membicarakan tentang martabat solat, Hasan al-Banna pernah berkata:
"sudah tentu anda tahu, dalam Islam solat ibarat kepala kepada tubuh manusia. Solat adalah tiang, tunjang, rukun dan lambang Islam yang kekal abadi. Solat juga adalah penyeri hidup, penenang jiwa, penghibur hati, penghubung antara hamba dengan Tuhan, pelantar roh kekasih naik ke tingkat tertinggi menikmati belaian Ilahi dan bergembira di taman suci.

"solat menggabungkan kebahagiaan dua alam; alam ghaib dan alam nyata. Solat seolah-olah cahaya yang bersinar dalam jiwa yang menghayatinya. Solat akan terasa indah bagi sesiapa yang menikmatinya. Pernahkah anda lihat suasana yang lebih indah, lebih menarik dan lebih agung daripada suasana seseorang yang sedang khusyu' beribadat, rukuk dan sujud, berdoa pada tengah malam kerana takutkan akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya, pada saat semua mata sedang tidur dan tenang berada di pembaringan. Pada saat kekasih sedang berada di samping kekasihnya. Namun pada saat itu orang yang memahami akan berkata:

sia-sia bersengkang mata bukan kerana mencari keredaan-Mu. Malangnya jika mata ini menangis bukan kerana merindui-Mu.

"Saudara, seketika berada dalam suasana ini lebih baik untuk hati, lebih bermakna untuk jiwa dan lebih suci untuk roh, jika dibandingkan dengan seribu kali mendengar nasihat atau seribu kali melihat filem atau seribu kali kamu mendengar ceramah. Cubalah dan anda akan menrasai perbezaannya...

*ana rasa ia tak perlu kepada pengulasan daripada ana, kerana kata-kata Hasan al-Banna ini cukup untuk difahami dan dimengerti..jOm sOlat dgn khusyu'!

Tuesday, February 24, 2009

Rabbi
kiranya aku diberi pilihan
aku takkan berganjak dari sujud ini
kerna aku tak sanggup lagi berbuat kemungkaran
menyakiti-Mu..
andai aku bisa
hidup matiku biarlah di sini saja
agar tiap masa aku tetap dalam mencintai-Mu
tanpa sedikit pun dunia menggugahku
aku tak ingin makhluk merebut cintaku ini
aku tak bisa biarkan kemewahan sementara mengaburi mata hatiku
sedang aku tahu hanya Engkau yg Maha Kaya
Rabbi
izinkan aku berteleku di sini selamanya
aku tak mahu cinta manusia memamah cintaku pada-Mu
diri-Mu yg aku perlu
andai aku punya pilihan
aku mahu tetap disini
aku tak tegar mengharung cabaran di luar sana
aku ingin Engkau tetap denganku
aku ingin cintaku kekal pada-Mu
tapi aku jua tak punya pilihan
aku harus melangkah pergi
untuk membela Islam yg kian tercemar
aku perlu kuat untuk-Mu
aku lakukan semua ini krn-Mu
walau ia kerap menyiat semangat diri
menghiris segenap rasa
membungkam jiwa
aku tahu
Engkau tetap menemani aku
Engkau tetap menyaksikan jatuh bangun aku
dan Engkau juga tetap
meniup semangat yg tak pernah padam pd diriku





Rabbi
pegang aku jika aku hampir jatuh
jaga aku jika aku sakit
peluk aku bila aku lemah
pujuk aku bila aku letih dan jemu
pimpin aku bila aku sesat
keringkan air mataku saat aku terluka
ukirkan senyuman pd jiwaku saat aku tak mampu tersenyum
hilangkan kesuraman di hati bila cubaanku gagal
bangunkan aku bila aku tersadung
aku tahu
hanya Engkau yg bisa lakukan semua ini..


Rabbi
kuatkan aku untuk Mu..

Friday, February 20, 2009

aku dibius cinta

bismillahirrohmaanirrohiim...

ana bagitau awal2..post yg ni tak berguna sangat. jadi kalau antum takde mood better jangan bace. nanti lain jadinye. ok?


ana rindukan dia



jangan tanya kenapa..ana sendiri taktahu. kali ni 70% ana menulis dengan perasaan, biarlah. izinkan ana melepas segala di sini. memang kitorang takde apa-apa, malah mulanya juga belum. tapi aku ngerti kok apa yg ada dalam hati masing-masing



air mata ana pernah gugur sebab keputusan yg kami ambil. ana tak rela. dan ia harus demi masa depan kitorang. lost contact itu kadang menyeksakan hati ana..nak kata cinta, ia belum sampai tahap itu. namun dalam 5 orang muslimin yg ana contact(dulu laa)..dia yg paling berhasil memujuk dan menghentikan air mata ana.




dia tak beri kata-kata.."ala sayang janganla nanges".."bucuk2,tak baik nangis tau"..kalau ada yg pujuk ana camtu, ana blahh je. baik pujuk diri sendiri. dia ada skill utk menghentikan tangis ana. dulu, masa dia call..ana tengah nanges




"kenapa ni?"..ana diam. walaupun dia taktau apa yg terjadi, namun dia berhasil membuka minda dan buat ana fikir adakah layak perkara itu untuk ditangisi. then dia pesan, "(my name) kene kuat, tenang dan ceria. ujian hidup ni pelbagai, kalau tak kuat tak boleh la. Kalau nanges masalah tak selesai, tapi kalau (my name) kuat..dan fikirkan jalan penyelesaian, insyaAllah Dia tunjukkan jalan"




kata2nya tak sehebat dr fadzilah kamsah, namun itu yg buat hati ana terpujuk. bkn kerana ana sayangkan dia, waktu tu dia besties ana sj. banyak lagi nasihat dia. tapi ana terpaksa padam, kalau ana ingat..ana akan nanges. ana taknak dah nanges sebab dia, takde makna. even ana tau dia sedikit "sakit" dgn semua ni.




lagu tashiru,maaf tuk berpisah lagi memeritkan. tapi kene kuat! kene cool and rilex, sebab tak mungkin sesuatu akan terjadi antara kitorg..tak mungkin. ada satu soalan yg dia tak jawab, dia jawab biarlah masa menentukan. dia ngerti kok yg aku perlukan kepastian..




biarlah dia. tapi ana ingat.."sy perlu lengkapkan diri sy dgn ilmu agama utk memiliki awk.." . ouh..yaAllah,kuatkan aku. jangan dibiarkan air mata gugur lagi walaupun di hati Engkau saja yg tahu. dah lah, itu dulu. hanya kenangan dan sekarang adalah realiti yg perlu diharung. ia tidak meninggalkan luka, tapi kesan yg cukup mendalam. antara 5 org itu, dia faham apa yg bergelora di hati ana..walau dia tak lihat ana tak telefon, dia tahu ana nangis. dia tahu ana tersenyum atau hilang mood. mesej dia datang kala ana rasa ingin rebah..mgkn kebetulan. tapi itu dulu..dan sekarang..ana perlu bangkit!




*sekadar coretan kosong oleh tangan dan hati ana yg Allah anugerahkan. sekali lagi, izinkan ana melepaskn segalanya. perkara ni..dulu! dan sekarang ana simpan rasa kasih dan sayang ini hanya utk yg berkelayakan..mga dipertemukan dgn putera agama yg benar2 menyayangi dan mencintai diri ini, dpt buat kerja dakwah sama2 :)..ameen. eh, terberangan jauh pulak..lambat lagi cik nisah! hehe

dia datang




assalamualaikum,


alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih di beri kesempatan utk menjalani kehidupan pd hari ini. program ana pagi ni, pergi ke kelas memandu! lemah seluruh badan..trauma kereta mati kat depan muslimin tempoh hari belum hilang. trauma!



by hook or by crook kena jugak! walaupun dalam hati Allah sj yg tau, ana try buat tak tau : ). masuk dalam kereta, lepas dah check semua, reverse kereta. alamak, kereta penuh bangat depan ana. peluh mula memercik di dahi.."anis, relax. xpe kereta semua ni..diorang tau," trainee ana memujuk. Alhamdulillah dengan bantuan dia lancar semuanya. namun ana masih lemah bab gear 1 and gear 2. huhu. bila nak masuk gear tekan clash, then tekan minyak. kena cekap main kaki,aduuh! hampir2 kereta nak mati kat selekoh tadi. Allahuakbar!



tapi, malam semalam ana bagai mimpi..limaaza?



antum pernah menonton rancangan Al-Hidayah? ana pernah bisik dalam hati, bestnye kalau dapat jumpe pengacara Al-Hidayah..then malam tadi dia datang!



bertentang mata dengan dia, rasa macam mimpi. depan ana waktu tu, k.nazrah. omg! YaAllah betul ke ni. tapi itulah realiti. waktu dapat panggilan dari mck Liza, wife kpd ust. Toha memberitahu ana tv3 akan datang buat rakaman..is was true or it was just my dream? dan ana tak expect yg akan ketemu sama k.nazrah



she looked georgeous



ana taktahu mau ngomong apa lagi, apatah lagi ibu ana juga sama terkejutnya. eh, terkeluar indon. apapun, ana tak puas menatap wajahnya. peribadinya mengagumkan, tutur katanya lemah-lembut..malah dia nisa' yg bijak. senyuman tidak lekang dari bibir manisnya walaupun jam menunjukkan hampir ke pkl 12tgh mlm. ana tahu dia keletihan. dia sempat berpesan, "sama2 kita berusaha mengembangkan dakwah dan menyebarkan Islam"..sambil tersenyum..sungguh ana tersentuh dgn 'semangat' itu
*moga pertemuan ini membuahkan ukhuwah kekal krn Allah selamanya..teruskan usaha dakwah!

Thursday, February 19, 2009

Innalillah...

assalamualaikum,


semalam..ana dan umi menonton Jelita,dalam waktu hampir ke pukul 3 petang..satu panggilan telefon disambut abi.."nis,makcik Jah dah takde"


innalillahiwainnailaihirojiuun. mck Jah menghembuskan nafas terakhirnya di katil HUSM, Kubang Kerian kerana breast cancer. selesai urusan pengkebumian, umi beritahu.."anis,mck Jah tadi senyum je.muka dia tenang".moga dia pergi dalam husnulkhotimah.dia meninggalkan 6 orang anak dan suami. ana paling kesian pd anak arwah yg bernama Aiman..tika pulang dari sekolah, melihat ramai orang mengerumuni rumahnya..yaAllah, ana taktahan melihat itu. dia tak sempat!


itu kisahnya..ana terfikir bagaimana kisah ana. pengakhiran hidup ana. jangankan amal yg baik, solat sendiri pun belum sempurna. apatah lagi hati ini ikhlas atau tidak dalam menjalani kehidupan seharian..


semakin meningkat umur, semakin dekat dengan kematian!




*Al-Fatihah buat mereka yg telah pergi

Sunday, February 8, 2009

Jom nikah!


sambungan daripada post yg sebelum ni, ana minta maaf kerana mengambil masa yg lama..


di dalam hadis Rasulullah SAW menyebut kalimah "yg kamu percayai" bermkasud perasaan senang di hati yg menghampiri kpd yakin. Rasulullah SAW tidak menyebut dlm hadis ini kriteria mencari suami yg understanding n sporting. namun jika calon suami seorang yg kuat agamanya lg jujur dan amanah, lazimnya dia ada sifat2 yg disebutkan td.


CINTA DAN SERASI


cinta itu buta. adakah benar cinta itu buta sehingga kita tidak nampak kepura-puraan dr si dia?apabila sudah berumah tangga, baru nak menyesal.ya, kita takkan ketemu seorang yg cukup sempurna bak malaikat. kerana Allah mengatakan wanita yg baik itu adalah untuk lelaki yg baik dan sebaliknya(an-nur:26).


bukan tidak boleh jatuh cinta, malah dalam proses bertunang pun adalah proses untuk kita jatuh cinta namun bersyarat! maka Nabi Muhammad SAW telah tunjukkan jalan agar menyenangi dan jatuh cinta kepada pegangan agama dan kejujuran lelaki. bukan kepada rupa batas, pujuk rayu atau poket tebalnya!


Allah juga ada berfirman: "Dan diantara tanda2 kekuasannNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yg demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yg berfikir"(ar-rum:21)


mahabbah wa rahmah bukanlah pokok utama sebelum berkahwin. kerana ia boleh dipupuk selepas berkahwin diiringi redha Allah. bukankah itu lebih manis? oleh itu, sebelum meletakkan kepercayaan kpd mana2 lelaki untuk dijadikan suami, perlu diuji dan diperhati apakah benar2 sudah bersedia menggalas tugas sebagai pemimpin keluarga?


Justeru sewatku dalam tempoh pertunangan perlu dimanfaatkan untukembuat pengukuhan agar bakal suami benar-benar tahu tentang tanggungjawab, mahu dan mampu untuk berlaku amanah dan bertanggungjawab.


"perkahwinan adalah ikatan dan komitmen sepanjang hidup"..moga antum dijodohkan dengan mujahid/ah sejati agama,amiin.


wallahu'alam