BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 27, 2012

tenangkan hati ini

assalamualaikum wbt,

mengisi masa sebelum ke kelas. mengajar anak-anak terchenta :)

haiii, ramai kawan-kawan mendirikan bait muslim, mengikat utuh janji setia utk menjaga amanah Allah hingga ke jannah. inshaAllah. yg dapat baby pun ada. waa, dapat anak buah.
ramai kawan-kawan yg "single" ni tergugat. termasuklah yg menulis ni. haha

fikir-fikir balik diorang ni dah cukup haul dan nisob utk mendirikan rumahtangga. as my mom said, " kalau basuh baju selai pun dah melepek sehari, camane nk jage husband". betul mak, anis setuju! haaa. ia bukan menghalalkan yg haram sahaja, tp kita kena lihat lebih besar dr itu. nak cakap panjang lebar pn semua dah tau.

ramai ni tanye dr ana bila diorang nak dapat kad wangi.
haaa, ni jawapan tulus suci murni cam minyak masak tu. "kalau tanye hati, sekarang pun nak akad nikah. tp bila tanya iman, belum cukup sedia lagi. nnti bila dah kawen, kita akan hidup dengan segala baik buruk dia. hidup dengan family dia yg dia sayang. manusia macam-macam kerenah, bersedia x kita nak accept kemungkinan yg xterjangka dlm hidup ni..mana boleh patah balik. kena teruskan. bila berlaku salah faham, macamane kita nak manage benda tu. nangis je xselesai masalah. dah la ana ni cengeng. sikit-sikit nangis. orang pun bosan. tp ana tau Allah xpnh bosan. hehe. saving kita cukup x? nafsu membeli memang xpnh berakhir. kat bodyshop dah dua atau tiga ratus habis..hOw? adakah kita bersedia utk memberi dan berkorban utk org yg kita syg kerana Allah, kerana agamanya..
pengorbanan seorang isteri bukan sedikit, bukan sekejap. ia satu pengorbanan yg indah, lahir dr hati yg bersedia utk menggalas tanggungjawab. tanggungjawab yg sgt2 besar. sb tu seorang isteri sangat mudah utk ke syurga. inshaAllah :))

Thursday, August 23, 2012

dah..dah laa

assalamualaikum wbt

thanks again and again karna sudi melawat saya di sini. inshaAllah kita berjumpa di jannah yg abadi :))

semalam ada dinner raya alumni sekolah rendah. full of fun. cuma rasa mcm xbest sb jd ajk pendaftaran, menayang muka xsudah. tp kawan habaq, "bila lagi nk biasakan diri?"..yealah!

alhamdulillah jumpa kawan-kawan yg cun semuanya, tp ada extra cun sb diorang semua solehah inshaAllah. mianhae sb balik awal. it's ok kan? sb majlis still berjalan even ana tiada.

but no photo.

it's ok, gamba xpenting. yg penting ukhuwwah antara kita. sempat share dgn izzah dan farah aisyah. it's about being hamalatul quran. kita yg dah mengahafal sebuah alquran ni macamana?

masing-masing terdiam meikirkan jawapan. dan akhirnya mencapai kata, memahami makna kandungan alquran lebih baik berbanding menghafal. itu ahli alquran. tp kalau hafal, ibarat makan nasi saffron berlauk kambing baru disembelih. yummy!

*i'adah sampai mati, bukan hanya masyi


Monday, August 20, 2012

meneguk kasih kakak

assalamualaikum wbt,

selamat hari raya aidilfitri. kullu 'am wa antum bikhair. taqabbalallahu minna wa minkum. semoga amalan kita diterima sepanjang ramadhan. amiin.

dapat satu call,

"aslkm nisah, sihat?"
"k.nisa', ape kabar?" < menjerit tanda suka dan rindu
"alhamdulillah sihat"
"sukenye akk call, heee" < menghabiskan sisa tawa
"nisah.."
"ya akk"
"inshaAllah raye ketujuh akk nikah"
"akk nikah?" < memang terkejut
"iya nisah"
"akk, sukenye dgr akk nk nikah dah. akhirnya Allah jumpekan jodoh akk. Allahuakbar" < ana terasa ingin menangis. terharu. kerana jodohnya sudah tiba.
"nisah bile lagi?"
"heee, akk ni. nisah nanti dulu" < sambil gelak-gelak. dalam hati...haaaa
"nisah, kahwinlah. jangan tunggu-tunggu. jangan terlalu memilih. kita pun xsempurna. try bukak hati"
"heheee, akk ni buat lawak pulak" < cover line la tuu
"nisah, dulu kan kita slalu share. dan akk harap nisah pun kahwin dlm masa terdekat. akk xnk nisah sorang-sorang"
"inshaAllah kak" < menjawab dalam keadaan menahan rasa. akk, andainya akk tahu hati nisah, pasti akk xkan cakap cmtu. terasa wajah ini membahang, menahan sebuah rasa.
"nisah?"
"ya, kak..i'm here..heee" < belakon suara ceria
"nisah dtg walimah akk ye. akk buat kecil-kecilan. tp akk nak nisah datang. sama-sama bahagia dgn akk"
"inshaAllah kak"

sejak akhir-akhir ni, soalan sama bertubi-tubi macam meriam buluh. dan jawapan pun xtahu nak bagi dgn gaya persembahan yg macam mana, agar mereka faham.

ada satu nasihat yg buat ana tersentak. "lepas ni kalau ada yg datang, try bukak hati terima". dia menepuk bahu perlahan. seperti melahirkan sebuah rasa yg mengharap. dan pandangannya sangat bermaksud. lirih mata ana menunduk ke lantai. dan dia menggenggam tangan. menghembus kekuatan. "tengoklah". satu jawapan samar.

rasa hati, sungguh DIA terlebih tahu. soal rasa, DIA yg sangat menjiwai. ana serah pada Allah. just keep du'a, keep improve ourself. agar saat yg datang nanti, kita tempuh dgn tenang. tiada duka, tiada terluka. yg terus berjalan adalah cinta Allah yg dihirup setiap hari bersama-sama. inshaAllah :))

Tuesday, August 7, 2012

nak main silakan ke playground

assalamualaikum wbt dan salam ramadhan, salam memburu lailatul qadr :)


dah lama nampaknya tuan blog xpost mengenai hati dan perasaan antara ajnabi. perkara ini bukan main-main! it's warning

bukan ana sahaja, tp orang lain yg tahu erti ikatan sah perkahwinan itu tahu harganya. bukan perkara yg boleh dibawa gurau atau usik-mengusik. adakah kita fikir perkara seperti itu seperti main pondok-pondok..

"kalau suka jumpalah ibu bapa. sayangnya, tiada yang berani, tanda tak sedia. kalau tak sedia, kenapa nak bercinta? bukankah itu pintu zina semata-mata?"-fatimah syarha

tuan blog slalu ditekankan oleh fatimah syarha, pintu kebaikan atau keburukan ada pd tangan kita. terpulang pada kita utk memilih jalan yg terpelihara atau penuh fitnah..

*hari demi hari, kita melalui hari2 yg mendewasakan. so, act like u have brain!