BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, September 24, 2010

sekeping hati di bawa berlari



assalamualaikum wbt dan salam gigih buat hamba2 Ilahi yg masih tegar menabrak jalan-jalan kehidupan yg Allah sediakn dgn penuh cinta. salam kekuatan, salam kebangkitan, salam kembali meniti hari-hari yg mendatang dgn penuh rasa syukur pd Allah shj..hamdan lillah. kita masih bisa bernafas dan bergerak. duduk di atas kerusi empuk, tidur di atas tilam yg enak..dan segala nikmat yg Allah beri, moga dgn 'kemanjaan' dr Allah membuahkn hamba yg bersyukur



skrg dlm fatrah peperiksaan. fight till death!


even semakin hari rasa macam semakin tak semangat. tak boleh..tak boleh. berbaki satu paper lagi, tarannum. insyaAllah mumtaz buat semua.




pada hari kami semua dijadualkan exam tahriri al-qur'an, malam tu ana tiba-tiba demam. mula-mula buat tak kisah, cool je, tp tak tahan..akhirnya ana kena baring. badan ana panas, kepala sgt pening, tak boleh gerak langsung. nak muntah..semua ada tp ana try kuatkan semangat sebab esok ada exam. tak pernah demam sampai macam tu sekali, akhirnya ana akur pd qada' Allah yg ana tak boleh seat for tahriri al-quran. ana pergi klinik untuk ambik mc, doktor cakap ana darah rendah. 95..50. memang rasa nak pitam, tp tahan..tahan.




ramai yg datang ziarah bwk rahmat, alhamdulillah. dan ramai yg cemburu dgn ana sebab ada masa lagi utk i'adah. tp berat jugak sebab ana dijadualkan exam pd sem depan. apapun yg berlaku, itu yg dah Allah tetapkan yg terbaik. jangan rasa menyesal shbt2ku..seolah kita salahkan Allah untuk letakkan kita dlm situasi ni. ana pun taknak exam lewat-lewat, tp mgkn ni chance Allah bagi untuk ana lebih iadah. Allah tetapkan yg terbaik dan termampu buat kita.





dan Allah..
tak pernah silap..





jangan sekali-kali kita sesali dgn apa yg terjadi ke atas kita. learn from that. dan akan datang lakukan dgn cemerlang. dlm meniti kehidupan, ana sgt berterima kasih pd pengalaman pahit yg ana lalui, sebab ia buatkan ana jadi kebal dan kadang tepu dgn perkara yg terlalu menyakitkan. alhamdulillah, hanya Allah yg layak terima segala pujian.





memang bila Allah dtgkn ujian, kita rasa sakit bagai dicocok-cocok(tersenyum)..tp yg dicucuk tu sebenarnya manis. believe me..shbt,put ur trust..ur heart in Allah..you'll be fine. believe me dear..




sgt cantik susunan Allah utk hidup kita. hidup cuma sekali. terlalu rugi andai dihiasi dgn kesedihan semata. kutiplah semangat yg Allah 'package'kn sekali dgn ujian yg dia bagi. ni time ana steady, time ana rasa nak futur..antunna pulak yg ingatkan ana ya :)





*pandanglah setiap yg berlaku dr kacamata dakwah dan kasih sayang..kacamata hamba yg bersyukur

*doakan perjalanan ana ke langkawi ye ;)..alhamdulillah dpt hadiah release tension dr family. moga bertambah rasa syukur..luv u lillah

Monday, September 13, 2010

in life, sometimes

assalamualaikum wbt dan salam sedingin air di kali yang tak henti mengalir. biar batu sebesar everest menghalang, aku tetap akan lalu..hehehe

hurmm, melalut je keje hanisah ni. anyway, post kali ni xformal and bahase cecampo sket. heheh. tp mcm xbest pulak arr. xpe2..kensel

selalu tak apa yang kita nak, kita dapat benda lain akhirnya?
selalu?

ana selalu macam tu. marah x?

jauhkanlah marah, tapi try untuk redha. try untuk accept apa yang berlaku. kalau ana, ana sendiri tak nak yang arwah abang ana pergi tinggalkan ana, ana tak nak dilahirkan dalam keadaan yang mendesak macam ni, ana tak nak dan tak nak macam-macam..ana nak buat keputusan sendiri...ana nak buat sesuka hati ana je..senang cerita. ade kesah? wah3..canteek punya soalan

tapi,
Allah tetapkan sesuatu dan tiada apa2 yang boleh ubah. innallaha 'ala kulli syai in qodiir. dan Allah xsilap dan takkan perrrrrrrrrrrrrnah silap...

pernah dulu, ana dan ayah berbeza impian. i wanna be an accountant or economist, tapi ayah ana nak ana jadi seorang yang faqeh fiddeen. "anis mesti ambik aliran agama"...ana nangis. ana tak dapat nak cakap apa-apa lagi. sebab ana tahu tu keputusan yang tak boleh diubah

ayah pujuk ana setiap hari, dan setiap kali itulah ana akan menangis dan menangis. ayah, fahamlah anis ni, anis ada impian anis sendiri. ayah bg anis peluang, anis buktikan!

tp apabila seorang ayah bertegas, ana xboleh ckp apa2. akhirnya result ana in prinsip akaun dan ekonomi serta sewaktu dgnnya jatuh sejatuhnya. ana dah takde semangat nak score. ana dah takde minat. ana menangis lagi dan lagi. dan terbukti ana berjaya menggagalkan diri dalam spm08. yeahhhh!

dan sekali lagi,
ayah pujuk ana ke dq. ana excited nak ambik sijil sebab kuhnunnye nak jadi profaz(profesional huffaz)..yahooo blh ambk accounting or economist
"awak ingat result awak ni layak ke? macam sampah.." ana keluar dr interview dgn kecewa. ana lupa, ana dah gagalkan diri ana in trial and spm. ana tak tahu mana keberanian ana cekau sampai ana berani mati utk gagalkan diri. xlah fail, tp result truk la..in certain subjects

sah..sah xdpt sijil. ayah pujuk ana interview diploma. ana taknak, ana dah cukup frust dgn hidup ana. ana lalui khdpn yg sgt getir saat ni. ana perlu korbankan semua saat ni. mana ana kena hadapi cemuhan dr keluarga sbb result truk, ana xdpt further dlm bidang yg ana nak, ana kena buat perkara yg ana xnak..yaAllah!

ana pergi je interview diploma..sekali dpt daa. ana taktahu apa perasaan ana bila sampai surat tawaran, ana cuma senyum je. ayah dah sujud syukur berkali-kali. ayah memang nampak puas sangat. tp ana, accounting courses melambai-lambai, kerusi accountant bank negara terbayang di mata..aduuhh, parah dong

last sekali, ana redah je apa yg Allah bagi dan takdirkan utk ana. first year, thn yg ana rasa nak bunuh diri. hati dan perasaan ana diuji. tiap2 hari nak keluar dq rase. every day nanges kerja ana. part time nanges tu, huhu. msk second year, ana tetap begini..

"hanisah,
awak dah gadaikan masa depan awak dgn menggagalkan diri dlm spm08,
takkan chance yg Allah bagi kt dq ni awak nak hancurkan jugak
knp awak selalu nak hancurkan harapan yg Allah bg pd awak?
awak ni tahu bersyukur atau tak? atau awak sengaja nak uji Allah?"

.......astaghfirullah hanisah! what are you doing??? wake up..wake up

kita takkan selamanya tenggelam dlm kemelut rasa. kita perempuan islam yg ada kekuatan dan maruah!!!



Friday, September 10, 2010

Dia Takdirmu Di Syurga

Dia Takdirmu Di Syurga | iluvislam.com + discover the beauty of islam

*just click there..satu artikel yg sgt bagus ;)

Monday, September 6, 2010

hello..hello

assalamualaikum wbt..salam sedingin air hujan rahmat turun ke bumi. salam sebening cinta seperti patuhnya aturan tumbuhan bumi mengikut aliran carta Ilahi. salam sesegar hijau daun ciptaan Allah, dicipta dgn penuh cinta agar kita melihatnya dgn penuh kasih dan cinta pd Allah jua. pd Dia, ku gantung harapan agar rahmah Allah meliputi inci kehidupan kita. agar..tiap perlakuan dlm kawalan hubNya shj..insyaAllah




"anis, buat ape tu?"

"ni, tlg mak buat sarang semut. knp?"

"tak saba nk balik ni, mgkn balik khamis kot"

"elok la. bwk la sekot-sekot sket ye. heheh. tkt yg buat ni xckup"

"insyaAllah. jpa bru bank in duit, buat belanje raye. cadang nk msk ape"

"hmm, cm bese la. rendang, kuah kacang, ketupat, lemang n ade lg laa"

"bagus2. nis, ko belaja la masak ngn mak awal2 ni. esk2 blh msk utk suami. jgn harap muke je lawa, tp masuk dapur tak reti"

ana terdiam,"hehehe, insyaAllah" ape abg aku ni bg nasihat? lain mcm je

"marka tak dtg?"

"uishh, ape punye soalan ni. mn ade bf la jepa niii," aduuh, ana terjerit. kenapa soalan bukan-bukan ni? jawab je la

"xdela, rileks la. tanye je. mcm ade je" asaknya lagi

"aduuh pa, xde la. kalau ade mmg anis bgtau"

"xpe. kalau ade jgn sorok, bg jmpe mak ayah. pilih betul-betul nis. sekarang ni fokus belajar, bnda laen lambat lagi. tp kalau dh smpi seru nk buat cmne yea..hahahaha" ana ikut ketawa terbahak-bahak


ana tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni orang sekeliling ana sering bicarakan hal yg lebih kurang sama. mungkin betul kot kata ni,"cinta dtg tanpa diundang. cinta hadir tatkala kita tak perlu dan ia tak wujud bila kita perlu". ermm, masih mencari jawapan. ana ni baru 19, tak sesuai lagi la nak fikir fasa seterusnya ni. khatam menghafal pun tak lagi. banyak lagi benda yg perlu ana buat. kenapa semua suggest ana nikah awal ni..aduhai! ana ok alhamdulillah. masih mampu lagi untuk berdikari. masih boleh urus semua sendiri. belum masa lagi


kalau dulu ye lah, tgk orang nikah awal nampak best je. nak nikah jugak! tp nikah ni bukan benda main-main. ni soal hidup mati kita. perjalanan masih jauh. masih banyak perlu ana teroka. tumpuan pd mak ayah perlu lebih. perlu fokus pd study. harus tingkatkan kemahiran diri, ilmu didada. ujian jd anak yg taat xlulus lg, mcmna nk jd isteri yg taat? xboleh..xboleh. ngeri soalan2 berkait nikah kahwin ni..huhu




takut! takut sekiranya serah hati ni pd yg mengecewakan. hakikatnya manusia sering mengecewakan. Allah dah buktikan pd ana. kita tak boleh menghrapkan kesempurnaan pd makhluk. krn Allah sebaik-baik Pencipta, He knows b8r than us. banyakkan doa. sama juga ana, ana hanyalah perempuan akhir zaman yg sering mengecewakan juga...

langgar pantang



assalamualaikum wbt. salam ramadhan kareem yg penuh barokah. ramadhan menyaksikn hamba2Nya benar2 menjadi hamba. berebut-rebut menagih rahmah, mahabbah, maghfirah Allah. bulan yg kadang terasa tipis untuk dinikmati akan datang, bulan yg merenggut kesenangan duniawi demi mencapai Allah dlm hati. antara dunia dan akhirat, pilih tujuan kita...

"ton, esok jadi ya?"

"pukul berapa ambik train?"


"ermm, sblm pukul lapan kita keluar..ambek train pukul 8,"

"ok, set!"



alhamdulillah walaupun kelewatan, sempat kejar train pukul 8. huhu. sian pck abdullah kena pecut :) ana teringat pesan mak, "xyahla gi masjid india. tempat org ramai, xelok sgt,". aduihh, ana nak ke midvalley beli barang. tapi kwn ana perlu ke masjid india nak beli kasut. firstime, langgar pantang. tapi ana inform pd mak. mintakmak doakan takda apa-apa yg berlaku. takut, suka, tak percaya, risau, best..semua ada time tu. tapi, redah je la. dalam takut2 pun, sempat lagi ana rembat jubah hitam. harga berpatutan jugaklah, rm80. manik penuh. "kau ni nisah, berlambak jubah hitam. tak jemu ke?" soal kawan ana bila dia bukak almari ana penuh jubah hitam. tak tahulah kenapa, ana memang suka jubah hitam. semua warna boleh masuk. kan? kan?

perjalanan yg adventure, tp mungkin kita dpt lihat yg kejahilan semakin berleluasa. di dq kita dimanjakan, dimanjakan dgn tarbiah yg mudah semuanya. semua boleh accept apa yg kita nasihatkan. semua nak jd baik, terbaik. semua pakat tangani mslh bersama. semua akan buat sama2. sama-sama berlapang dada. tutur kata

nasihat yg sarat dgn roh perjuangan tak lekang. hati terdidik dan dididik. tp bila berhadapan msyrakt luar? 360 darjah khdpn kita akan bertukar. takkan ada biah solehah, waqi' dq, bumi barokah
ana tertanya, siap sediakah diri kita utk bantu mereka? ya! kita harus bantu saudara kita di palestin, di negara2 islam lain..tp perhati, fikirkn juga msyrkt kita yg kian dimamah jahiliah yg sgt teruk. iman kita terpenjara setiap kali mlht realiti itu. tp selamanyakh iman harus dipenjara? bantu mereka kembali mncari Allah, bantu diri kita dgn kelengkapan diri utk bersama-sama mereka merebut cinta Allah..

Saturday, September 4, 2010

iftor irsyadians

adik beradik kelas tasmi' ustzh rahibah :)


assalamualaikum wbthamdan lillah krn Allah masih beri peluang kpd hambaNya utk terus bernyawa..alhamdulillah

ana kurang ingat tarikhnya bila, tp one day ada iftor jama'ie utk adik-beradik irsyad. ana hadir agak lewat sikit krn mslh kesihatan. namun iftor ini byk memebri erti dan makna kpd irsyadian's. di sini kami hidupkan kembali kenangan haluan siswa, mafatihul mahabbah dan sebagainya...



sungguh!tatkala ini semuanya dlm keadaan agak tertekan dan tak bersemangat
hampir kami futur
hampir kami tersasar dr niat yg sbnr
dn iftor ini dtg
meniup kembali kenangan ukhuwwah kami
menyegrkan semangat

fight till death! yeahhh

Friday, September 3, 2010

kebaboom

"dhil, ko nk g ke iftor kefda?"

"insyaAllah g" sambil tersengih-sengih mencari tudung cream/putih

"ko g?jgn buat lawak dhil, ade yg kne flying kick kang" jwb shbtnya dlm nada bergurau

"xkesah..blueekk" sambil menjelir lidah tersenyum-senyum

hishh budak ni, aku buat betul-betul kang...


mencari-cari kelibat "dhil", utk memastikan pergi ke x iftor tu. akhirnya terjumpa dia terbaring di bilik orang dek keletihan krn mencari tudung yg xjmpe..."apsal xg? pegi laa"

ejek kwnnya.mungkin kasar. tp ketahuilah "dhil" yg shbtnya tu xsggp lg tgk dia sakit. sbb sakit tu dia pun xmampu tanggung. ukhuwwah yg kita dpt kt dq, ana jamin mungkin xdpt kt lain. kita kat dq dididik utk menyambung ukhuwwah tnpa kepentingan apapun...

mgkn ada yg ada kepentingan, tp x bg irsyadians insyaAllah. mgkn krn kerja keras abg mus n k.jijah yg membentuk kita dan abg mus tinggalkan kita dgn doanya dr morocco :) ...