BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 2, 2012

saya juga diuji

assalamualaikum wbt dan salam rindu buat pelawat sekalian,
yaAllah rindu sangat dgn blog. rase nak peluk sampai pecah comp ni..hehe. rindu utk menyambung kembali novel. in process. tapi taktaulah best ke tidak. nak jadi hebat macam novelis lain inshaAllah.

next week akan berada di shah alam selama dua minggu.

minggu ni duduk rumah bela lemak banyak-banyak. nanti cun lah. heh.

time tengah down dan lemah semangat, itu ujian. tiba-tiba ada orang hantar message positive quote. apalagi, terkejut dan menangis. dr orang yg ana sendiri hampir lupa. terima kasih. ustaz saoki. the best ustaz ever. ilmu yg ustaz curahkan melekat hingga hr ini. subjek tauhid yg selalunya orang dapat pointer 2.0..tapi ustaz memberi pointer yg tinggi dalam hidup kami.

peringatan demi peringatan utk i'adah sangat membantu. like me yg huha huha ni memang selalu lupa, and Allah gives me alarm through ustaz saoki. ustaz yg hensem tapi pemalu.

sejak akhir-akhir ini selalu rasa down. nasib baik ada gongju chacha dan taehu tomtombak. they're really made my life. from day to day.

and of course, when i had problem. big or smal, i like to HUG my mum. even mak tak suka dan geli, i always hug her. i feel relieved. when we apart, setiap hari dirundung duka dan cuka. and i love to see my father's face. menenangkan. biar banyak kedut, tapi setiap kali tengok ayah rasa sayu. he loves me very much. sangat sabar. i wish that Allah will give me a patient man like ayah.




saat ini, ana diuji dengan rasa rindu. rindu pd orang yg xpernah tahu yg dia dirindu. kami terpisah beribu batu..kami tinggal di benua yg lain. ana disini, dia jauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh disana.

Saturday, November 3, 2012

bumi DQ

assalamualaikum wbt,

bila buka fb, ramai batch IRSYAD mula post kerinduan akan Darul Quran. ana juga rindu. rindu bersulam rasa perit. namun manis itu yg ana pegang hingga sekarang.

bukan tak rindu. rindu.
tak dapat diluah dengan kata atau tulisan.

menjejakkan kaki ke DQ adalah langkah yg silap. seolah ana tak redho akan diri. ana punya cita yg lain. ana ingin duduk sebaris dengan akauntan profesional Bank Negara. atau pakar ekonomi islam. itu cita ana sedari tingkatan 4. ana yakin. ana nekad.

musyawarah dengan ayah, negatif! ayah membantah keras. my tears rolled down. setiap hari ana menangis. dan result spm terkubur! semakin banyak telunjuk menyalahkan ana. qadar ini Allah tetapkan. dan rezki ana tertulis di bumi DQ.

menjejak langkah pertama, doa ana hanya satu. temukan ana dengan sahabat yg solehah. yg boleh pimpin ana ke syurga. i'm not tired keep the dua'. i know Allah hear my whisper. jatuh bangun di bumi dq hanya Allah yg tahu.

segenap ruang ana diuji.
paling teruji adalah perasaan.

setelah 3tahun, dicampak, dihina, difitnah, dicerca, dimaki, didenda, dipermain, diumpat..ini ana sekarang. ana tidak bangga, masih seperti dulu. i'm still believe yg Allah selalu selamatkan ana. apa sekalipun manusia buat, Allah knows. i've Allah utk mengadu. it's more than enough.

3years in diploma hadis, i'm turned back. Allah xsalah memilih dq utk ana. smile.

Friday, October 26, 2012

Annyeong



“zat..izzat..oiii,” laung maisarah dari koridor tingkat tiga. Izzatun yang sedang asyik menyidai pakaiannya terjenguk-jenguk ke kiri dan kanan. 

“oiii. Sini la,” 

“astaghfirullah. Buat terkejut aku je. Bukan ke suara kau tadi jauh? Tiba je ade kat sini,” Izzatun mengurut dada. Terkejut dengan sergahan Maisarah.

“zat, petang ni dating jom,” nafas maisarah tidak teratur. Mencungap. Pecutan menaiki tangga ke tingkat tiga seperti berlari 400meter tanpa henti.

“iyolah,” izzatun mengangguk. Malas dia bersoal-jawab dengan maisarah. Disuruh jadi peguam, lain pula bidang yang diambil.

*****
“oo..mak terbalik,” latah maisarah. Namun mulutnya masih sempat menghabiskan surah al-anfal yang masih berbaki dua ayat.

“sakit la kau cocok aku. Nak terkeluar jantung aku ni. Haishh,” maisarah membebel. Izzatun hanya memandangnya dengan lirikan mata. Maisarah memang banyak mulut. 

“zat, terima kasih sudi dating. Hoho,” tawanya berderai. Izzatun tersenyum. Al-Qur’an diletakkan perlahan-lahan di atas meja. Maisarah melemparkan pandangannya ke arah tasik. Tiba-tiba sunyi.

“assignment ustaz khairi dah siap?” soal Maisarah. Dahinya berkerut. Mulutnya muncung. Izzatun mengangguk. 

“aku tinggal part yang last. Tu pun rasa cam malas. Astaghfirullah. Syuh..syuh malas. Jangan kau dekat,” tawa mereka berderai lagi. Sunyi jika tiada Maisarah yang kecoh ini. Bunyi tapak kasutnya sahaja semua orang sudah tahu itu Maisarah.

“kau ok?” Izzatun bersuara. Setelah 15minit dia mendiamkan diri.

“ok,” maisarah tersenyum lebar. Tetapi matanya sudah mula bertakung. Izzatun tahu maisarah memendam rasa. Ramai orang tahu maisarah seorang yang happy go lucky, tetapi lagi ramai yang tidak tahu membaca jiwanya. Tawanya sering bergetar dengan tangisan hati. Dan itu izzatun tahu.

“takpelah zat. Allah bagi aku macam-macam, kenapa mesti aku sedih. Kena sabar,” maisarah memujuk dirinya. Dia kembali senyum. 

“eh, dah pukul 6.30. jom makan. Nanti makanan habis, tak larat aku nak ke cafĂ©. Melainkan aku kerja kat sana. Hehe,” izzatun senyum. Maisarah senyum. Mereka jalan berpimpin tangan sambil ‘tebuk-menebuk’ hafalan masing-masing. 


^^ to be continue

Thursday, October 18, 2012

yakin inshaAllah

assalamualaikum wbt dan salam cinta.

sejak menjawat jawatan sebagai guru di sriaman, jadual berubah 200%. really busy. sampai mak pun bising sebab xdpt bawak mak pegi jalan-jalan macam dulu. anis minta maaf mak.

ramai orang cakap ana ni bodoh sebab lepaskan offer utk further study ke degree.i got offer from usim in fiqh fatwa.

but i have reason. why.

sebab tu terlalu peribadi yg xdpt ana kongsikan kat sini. apapun ana mohon doa dr antum semua. bukan ana xmahu sambung degree, akan sambung suatu hari nanti. inshaAllah. mane tau rezeki ana di mekah ke, madinah ke. hehe. berangan boleh la.

tp itu tempat yg ingin sangat2 utk tinggal. i love mekah. i love madinah. setiap saat nadi berdenyut menanggung rindu dendam buat haramain. hanya Allah yg tahu, betapa hati ana rindu pada rumahNya. selalu berangan,siapalah yg nak sponsor ana pegi umrah. sponsor half pun xpelah. half lagi ana try usahakan. kiki.

ada sebab kenapa ana xpegi usim tu. hati ana tenang untuk xpegi setelah istikharah berkali-kali.

perjalanan setiap dr kita berbeza. ana yakin yg Allah menyimpan hikmah yg besar buat kita semua. it's ok kalau antum ingin keluarkan pendapat, dan ana juga punya sebab.

anak-anak sriaman terlalu dahagakan tarbiah islam.

liku yg terlalu banyak utk memperkenalkan islam pd mereka tatkala kehidupan mereka selama ini yg 'islam' hanya pd solat, zikir dan membaca al-quran. subjek akhlaq, feqah, aqidah, sirah hanyalah utk peperiksaan shj. tiada relation (hubungan) dgn kehidupan.

Allahuakbar! oleh kerana ana belum bersuami dan masih muda trang tang tang, ana di'haram'kan untuk bergaul terlalu rapat dgn pelajar. ana faham niat suci mereka. kalau pandai cakap sgt, kenapa xbuat? sebut je kasih sayang, tp dimana hak kasih syg utk anak2 kita...

walaupun mereka xlahir dr perut ana, ana tetap sayang mereka seperti anak. malah ana sgt ingin menggunakan perkataan ummi utk mereka. apakan daya, semua perilaku diperhati dan dipersoal. tp ana ana senjata yg ampuh. ana punya doa. ana punya kekuatan yg Allah pinjamkan. inshaAllah.

bila fitnah itu melanda, saat itu ana terasa terus nak kawen. agar ada teman lelah dalam mendidik dan dididik. agar mulut2 itu tertutup. tp ana tahu, erti perkahwinan lebih besar dr itu. bukan semata utk elak fitnah, tp tanggungjawab mengendalikan amanah Allah. Allahurabbi!


Monday, October 1, 2012

ku yakin aku untukMu

assalamualaikum wbt :)

apabila Allah mentakdirkan ana memegang kumpulan 7 dalam camping anak-anak tahun6, gembira! setelah meneliti nama anak-anak, kelu. kenapa tiba-tiba adik si dia dalam kumpulan ana? macamana ana nak face that girl..aduuh. ana rasa macam nak nangis, dan dah nangis pun :)

setiap hari ana menangis. merenung hikmah Allah dalam ketetapan yg menyakitkan. setelah segala usaha ana cuba utk bertenang, alhamdulillah dengan izin Allah, nadi ana berrdegup tenang.

ana akur, sejak akhir-akhir ini ibadah tunggang-langgang. ana yakin, cara ini adalah yg terbaik utk Allah pimpin ana kepada Dia. bukan kepada si dia. bicara senior ana, "ada dua petanda Allah nak bagi. sama ada Allah nak dekatkan nisa dgn dia, atau Allah nak jauhkan nisa dgn dia".

itu Allah shj yg tau

namun, waktu skrg. ana harap Allah memilih yg kedua. walaupun sakit bertambah luka, ana lebih sakit dgn perbuatan dia. however, in the deepest of my heart..i hope Allah will choose number one.

*bilamana anak-anak diuji dgn rasa untuk mengenal cinta, gurunya juga diuji dengan rasa utk mematikan cinta. betapa sakit mujahadah ini yaAllah. matikan rasa ini yg membunuh aku dlm senyap.



Tuesday, September 18, 2012

you're nOt human

assalamualaikum wbt,


apa khabar iman? mOga semakin bertambah dan terus meningkat


environment kerja mematangkan kita. ana sangat2 bersyukur dianugerahkan suasana kerja yg sangat baik. yg buruk tolak tepi dan xperlu tengoklah. biar berlalu bak angin yg menderu. huhu

sebelum ana mulakan post ni, ana minta maaf awal-awal lagi. sebab ini ada unsur emosi perempuan. yg ana tahu hati mereka yg melaluinya. sb Allah beri ana rasa. rasa tu sakit sampai mati. bukan xredha, bukan kerana sukar terima takdir..tp ana sakit kerana ini pilihan yg boleh kita elak..dan kita memilih utk sakit!

ana benci lelaki!

jarang ana tuturkan rasa benci, tp ini memang ya. ana benci LELAKI yg suka memberi harapan palsu pd perempuan. sedangkan dalam hati bukan nak pun, tapi saje suke nak ada affair. hebat la konon!

don't u think u're lelaki idaman malaya bila ada girls yg try tackle u. i'm sorry. tp ana memang sakit hati. hello! try la piki kalau benda tu terjadi pada kakak atau adik perempuan u, atau anak perempuan u..mesti rasa nak lempang je that guy tu sebab mainkan perasaan perempuan. don't blame others kalau kesalaham tu sejarahnya bermula dari KAMU wahai LELAKI!

kawan? kitab mana cakap between girls and boys boleh berkawan yg tanpanya ada sebarang perasaan..kita bukan dilahirkan sebagai malaikat, tapi kita adalah manusia yg punya rasa..punya hati yg sangat sensitif.

berpijak pada bumi nyata


kalau anda LELAKI, anda ada otak yg boleh digunakan utk berfikir sebelum mainkan hati perempuan. tapi kalau anda masih lagi mainkan hati perempuan, anda bukan manusia...

*GET OUT FROM MY LIFE LAAA

Tuesday, September 4, 2012

banyak post yg mengarut~


assalamualaikum wbt,

baca balik post ana, mengarut meraban banyak. astaghfirullah. maaf ya. jiwa kacaulah tu. kacau dengan kesunyian yg dicipta. hidup orang mukmin tiada kesunyian, yg ada derap2 cinta Allah yg harum hingga ke syurga.

orang lain dah berkurun tahu pasal matluthfi, aimanazlan, anwarhadi. tp ana ni baru terasa nak bukak vlog mereka. masyaAllah, hebat-hebat. cuma belum tengok semua. baru tengok beberapa. mOga mereka dapat sumbang utk islam :)

dan ana?





macamnilah hendaknye. jadi doktor chenta, skrg tambah profesion cikgu bahasa melayu. that's we called crazy things. sebab tak pernah terfikir utk terjun dalam bidang bahasa melayu, after grad dr darul quran (which is 24hours hafalquran,i'adah,kelas hadis,tafseer n etc)..tiba-tiba mengajar bahasa melayu. Allahuakbar! taksusah, cuma kelam-kibut. dan ana tahu, Allah sangat membantu. melalui doa ibubapa ana yg takputus. dan Allah uji. perkara yg paling ana takut, Allah uji lagi sekali. dan ana tahu, cinta Allah selalu bersama kita.

i'm hurt

tp Allah beri anak-anak murid yg kaya dengan cinta. ana jatuh cinta pd mereka. kerenah mereka memeningkan, menggusarkan hati..dn mereka pandai mengembalikan senyuman cikgunya ini. even ana xreti mengajar, menangis je tahu..mereka menggembirakan hati cikgunya ini. segala puji hanya utk Allah.

terlalu banyak perkara yg perlu ana lalui utk menjadi kebal. nama sering dipanggil ke bilik guru besar. ditegur. dicemuh. disindir. bebanan kerja yg takhenti. dipersoal tentang prestasi murid. dan ana terpinga-pinga dengan keadaan ini. kereta dicalar. murid-murid memboikot. tiada siapa yg dapat ana ceritakan. dan air mata yg ada. itu shj yg mampu. segala kudrat digunakan, agar semua pihak puas hati. setelah hampir 4bulan berlalu, ana mampu berdiri perlahan-lahan. mungkin ana belum mampu berjalan dan berlari seperti yg lain. suatu hari nanti inshaAllah. doakan ana :)

profesion guru.
~mengajar ana bersabar, mengajar ana kuat, mengajar ana utk berdikari dan makan kari :)). ana sayangkan kerjaya ini, tp ana perlu tinggalkan untuk cita-cita. walaupun mereka nakal, kadang melukakan hati...sayang pd mereka xberubah. air mata gugur kerana sayang, terukir senyuman kerana sayang, rotan ditangan kerana sayang, denda berdiri di padang kerana sayang. tiada benci utk anak-anakku. semua muallimah sayang. dan mengertilah anakku, muallimah pasti rindukn kamu bila tiba masa utk muallimah pergi. semOga Allah menjagamu spt Dia menjaga muallimah, penuh cinta!

Monday, August 27, 2012

tenangkan hati ini

assalamualaikum wbt,

mengisi masa sebelum ke kelas. mengajar anak-anak terchenta :)

haiii, ramai kawan-kawan mendirikan bait muslim, mengikat utuh janji setia utk menjaga amanah Allah hingga ke jannah. inshaAllah. yg dapat baby pun ada. waa, dapat anak buah.
ramai kawan-kawan yg "single" ni tergugat. termasuklah yg menulis ni. haha

fikir-fikir balik diorang ni dah cukup haul dan nisob utk mendirikan rumahtangga. as my mom said, " kalau basuh baju selai pun dah melepek sehari, camane nk jage husband". betul mak, anis setuju! haaa. ia bukan menghalalkan yg haram sahaja, tp kita kena lihat lebih besar dr itu. nak cakap panjang lebar pn semua dah tau.

ramai ni tanye dr ana bila diorang nak dapat kad wangi.
haaa, ni jawapan tulus suci murni cam minyak masak tu. "kalau tanye hati, sekarang pun nak akad nikah. tp bila tanya iman, belum cukup sedia lagi. nnti bila dah kawen, kita akan hidup dengan segala baik buruk dia. hidup dengan family dia yg dia sayang. manusia macam-macam kerenah, bersedia x kita nak accept kemungkinan yg xterjangka dlm hidup ni..mana boleh patah balik. kena teruskan. bila berlaku salah faham, macamane kita nak manage benda tu. nangis je xselesai masalah. dah la ana ni cengeng. sikit-sikit nangis. orang pun bosan. tp ana tau Allah xpnh bosan. hehe. saving kita cukup x? nafsu membeli memang xpnh berakhir. kat bodyshop dah dua atau tiga ratus habis..hOw? adakah kita bersedia utk memberi dan berkorban utk org yg kita syg kerana Allah, kerana agamanya..
pengorbanan seorang isteri bukan sedikit, bukan sekejap. ia satu pengorbanan yg indah, lahir dr hati yg bersedia utk menggalas tanggungjawab. tanggungjawab yg sgt2 besar. sb tu seorang isteri sangat mudah utk ke syurga. inshaAllah :))

Thursday, August 23, 2012

dah..dah laa

assalamualaikum wbt

thanks again and again karna sudi melawat saya di sini. inshaAllah kita berjumpa di jannah yg abadi :))

semalam ada dinner raya alumni sekolah rendah. full of fun. cuma rasa mcm xbest sb jd ajk pendaftaran, menayang muka xsudah. tp kawan habaq, "bila lagi nk biasakan diri?"..yealah!

alhamdulillah jumpa kawan-kawan yg cun semuanya, tp ada extra cun sb diorang semua solehah inshaAllah. mianhae sb balik awal. it's ok kan? sb majlis still berjalan even ana tiada.

but no photo.

it's ok, gamba xpenting. yg penting ukhuwwah antara kita. sempat share dgn izzah dan farah aisyah. it's about being hamalatul quran. kita yg dah mengahafal sebuah alquran ni macamana?

masing-masing terdiam meikirkan jawapan. dan akhirnya mencapai kata, memahami makna kandungan alquran lebih baik berbanding menghafal. itu ahli alquran. tp kalau hafal, ibarat makan nasi saffron berlauk kambing baru disembelih. yummy!

*i'adah sampai mati, bukan hanya masyi


Monday, August 20, 2012

meneguk kasih kakak

assalamualaikum wbt,

selamat hari raya aidilfitri. kullu 'am wa antum bikhair. taqabbalallahu minna wa minkum. semoga amalan kita diterima sepanjang ramadhan. amiin.

dapat satu call,

"aslkm nisah, sihat?"
"k.nisa', ape kabar?" < menjerit tanda suka dan rindu
"alhamdulillah sihat"
"sukenye akk call, heee" < menghabiskan sisa tawa
"nisah.."
"ya akk"
"inshaAllah raye ketujuh akk nikah"
"akk nikah?" < memang terkejut
"iya nisah"
"akk, sukenye dgr akk nk nikah dah. akhirnya Allah jumpekan jodoh akk. Allahuakbar" < ana terasa ingin menangis. terharu. kerana jodohnya sudah tiba.
"nisah bile lagi?"
"heee, akk ni. nisah nanti dulu" < sambil gelak-gelak. dalam hati...haaaa
"nisah, kahwinlah. jangan tunggu-tunggu. jangan terlalu memilih. kita pun xsempurna. try bukak hati"
"heheee, akk ni buat lawak pulak" < cover line la tuu
"nisah, dulu kan kita slalu share. dan akk harap nisah pun kahwin dlm masa terdekat. akk xnk nisah sorang-sorang"
"inshaAllah kak" < menjawab dalam keadaan menahan rasa. akk, andainya akk tahu hati nisah, pasti akk xkan cakap cmtu. terasa wajah ini membahang, menahan sebuah rasa.
"nisah?"
"ya, kak..i'm here..heee" < belakon suara ceria
"nisah dtg walimah akk ye. akk buat kecil-kecilan. tp akk nak nisah datang. sama-sama bahagia dgn akk"
"inshaAllah kak"

sejak akhir-akhir ni, soalan sama bertubi-tubi macam meriam buluh. dan jawapan pun xtahu nak bagi dgn gaya persembahan yg macam mana, agar mereka faham.

ada satu nasihat yg buat ana tersentak. "lepas ni kalau ada yg datang, try bukak hati terima". dia menepuk bahu perlahan. seperti melahirkan sebuah rasa yg mengharap. dan pandangannya sangat bermaksud. lirih mata ana menunduk ke lantai. dan dia menggenggam tangan. menghembus kekuatan. "tengoklah". satu jawapan samar.

rasa hati, sungguh DIA terlebih tahu. soal rasa, DIA yg sangat menjiwai. ana serah pada Allah. just keep du'a, keep improve ourself. agar saat yg datang nanti, kita tempuh dgn tenang. tiada duka, tiada terluka. yg terus berjalan adalah cinta Allah yg dihirup setiap hari bersama-sama. inshaAllah :))

Tuesday, August 7, 2012

nak main silakan ke playground

assalamualaikum wbt dan salam ramadhan, salam memburu lailatul qadr :)


dah lama nampaknya tuan blog xpost mengenai hati dan perasaan antara ajnabi. perkara ini bukan main-main! it's warning

bukan ana sahaja, tp orang lain yg tahu erti ikatan sah perkahwinan itu tahu harganya. bukan perkara yg boleh dibawa gurau atau usik-mengusik. adakah kita fikir perkara seperti itu seperti main pondok-pondok..

"kalau suka jumpalah ibu bapa. sayangnya, tiada yang berani, tanda tak sedia. kalau tak sedia, kenapa nak bercinta? bukankah itu pintu zina semata-mata?"-fatimah syarha

tuan blog slalu ditekankan oleh fatimah syarha, pintu kebaikan atau keburukan ada pd tangan kita. terpulang pada kita utk memilih jalan yg terpelihara atau penuh fitnah..

*hari demi hari, kita melalui hari2 yg mendewasakan. so, act like u have brain!

Sunday, July 29, 2012

ramadhan kareem

assalamualaikum wbt dan salam salju ramadhan yg menyegarkan iman kita semula.

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah ats segala nikmat yg Allah beri. syukurku hanya milikMu yaAllah. ramadhan kali ini memberi impak yg lain pd ana. melalui ramadhan sebagai seorang guru kpd anak-anak murid yg comel dan nakal. hehe. tiap-tiap hari ana jadi 'harimau', tp xde effect pn pada diorang. gelak je tengok ana marah. haishh. nakal!

ana jatuh cinta pd dunia perguruan. setelah hampir 3bulan membiasakan diri sebagai guru, ana mula jatuh cinta pandang pertama. permulaan getir, permulaan menuntut air mata ana setiap hari..dan hari ini alhamdulillah semakin matang menghadapi kerenah anak murid yg comel. ada yg buat ana tertawa, ana yg mengalirkan air mata, ada yg menawan hati cikgunya ni. hehe.

jadi guru kelas darjah 5. nama kelas 5umar al-khattab. tapi anak-anak ana semua manje2 macam kucing. kalau silap tegur sikit, berhari-hari merajuk. pening kepala cikgu nak memujuk. tapi itu satu pengalaman! kalau gelak sama-sama, itu momen paling best! sb semua happy dan gembira.

ya, ana jatuh cinta dengan 5umar!

permulaan untuk membiasakan diri dengan mereka, SUKAR. dan kini ana yakin, suatu hari nanti pasti ana merindui mereka. anak-anak yg selalu ana sebut nama dalam kelas..fahmi, altamis, ammar, khir luqman, muhaimin, adib, nu'man, firdaus, syahmi..kalau mula2 tu means rate paling tinggi. kan?

seriously, ana sayangkan mereka. even setiap hari ana terluka dgn perbuatan mereka, even diorang buat kesalahan, even diorang buat ana nangis setiap hari..ana sayangkan mereka. cuma, mungkin diorang xtahu yg cikgunya ini sayangkan mereka, manjakan mereka. hanya Allah yg tahu, sayang ana pd mereka. dan kadang ana tertanya-tanya, belum cukup lagikah apa yg ana beri..kerana mereka sering mempersoalkan sayang ana pada mereka..dan ana hanya menjawab dengan senyuman, dalam hati "muallimah sayang sgt 5umar..sayang sangat"..belum terluah.

ana harap, ana harap..Allah memberkati setiap langkah ana utk mendidik mereka. bukan senang, namun jalan yg Allah beri ada ganjarannya. moga Allah permudahkan, dan Allah menemani tiap saat..

*agaknya macam ni lah perasaan ada anak! hehe

Sunday, July 8, 2012

Akhirnya..

Asalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat pelawat blog yg dicintai..semoga setiap langkah kita, Allah redha. Dan setiap perbuatan Allah berkati dan rahmati..


alhamdulillah. Segala kepujian, kesyukuran dan kegembiraan ini milik Allah. Alhamdulillah, semalam kami graduan Darul Quran,hakim menerima skrol diploma drpd menteri di jubin perdana menteri..dato' jamil khir bahrom..

Hanisah: terima kasih dato' :))
Dato': sama2 :))
Hanisah: doakan saya :))
Dato': Insyaallah..bagus2..kamu nampak confident..
*dalam hati hanya Allah yg tahu. Tangan dankaki dah lembik..

Segala kesukaran selama 3tahun..Allah janjikan kemanisan berpanjangan. Ini antara kemanisan yg xterhitung nikmatnya. Hanya Allah yg tahu..dalam hati hanya air mata yg menderu. Mata menahan agar empangan ini tidak pecah semalam. Biar ana lalui dgn senyuman. Yg duka dan terluka, ana mohon agar Allah tinggalkan semua itu di dq. Dan yg tertawa dan gembira, ana minta izin utk simpan.

Xterhitung segala kemanisan yg Allah beri. Karna Allah beri dgn kasih syg..Allah beri dgn sepenuh jiwa. Cuma kita menerima dgn muka mencuba. Astaghfirullah.

Ramai usha tanya, "bila kitorang nk dpt kad wangi?"..

Tergelak besar mendengar. Rase macam nk guling2 time tuh jugak..heheh. Ade patut muka mcm ana ni di tanya soalan mcm tu..sabotaj je lah

Sunday, June 3, 2012

sedihnya

assalamualaikum wbt.
tajuk pun dah rasa mcm tak gumbira. bukan tak gembira, cuma ada sekeping perasaan sedih yang belum dapat dibuang. sebab tu ana rasa need space untuk all out. i thought my blog is the right place. maybe :))

it's not easy to care of our heart..means hati. hati pasangannya perasaan. perasaan bestiesnya nafsu. dan nafsu kurang gemar benda baik. atlast, perasaan yang kurang enak yg kita ada. itu kesimpulan yg dapat ana buat sekarang.

sejak berita tu, ana jadi sedih. entah kenapa. terimalah yg hati ana perlu menjalani keadaan tu buat kali kedua. even ana tak putus-putus doa, agar hati ini tak menjalani keadaan tu sekali lagi. dan takdir Allah untuk ana cukup cantik. cuma ana, yang masih culture shock..ana fikir, ana takkan hadapi perkara tu lagi (berangan lebeh)

ana takut, sekiranya hati ana mati. sebab perkara tu menyakitkan. sakit kan boleh mmebawa kepada mati. ana tengah cari penawar, agar dapat diselamatkan. heheh

macam yea yea je ana ni. entah hape hape. jangan layan sangat ana ni :))

Allah mendidik ana sekarang. dengan tarbiah yang memerlukan kekuatan hati. nak kuat tu, kena lalui sakit tu dulu lah. derita, sengsara, terluka, gembira, senyum, menangis, kecewa dan macam-macam lagi...akhirnya, hati kita jadi kuat, inshaAllah.

doakan yang baik-baik untuk ana. agar kita sama-sama redha dengan apa yang Dia beri. Allah never complain us, maka ajarlah hati kita agar menerima seadanya. kita tak punya apa. hati kita milik Allah. jaga baik-baik. jangan sedih-sedih. Allah xsuka. Allah nak kita happy dan tenang.

BBASHA!!!

Sunday, May 6, 2012

sing a song

assalamualaikum wbt dan salam cinta

alhamdulillah praise be to Allah for everything that He gives me..He loves me..He always be my side..and He is my HERO :)

alhamdulillah. dah dua hari mengajar pre-school children. tahfiz and tahseen class.

tapi hari ni ana made mistake. ter marah sorang budak ni. astaghfirullah. bukan marah, mungkin the way ana tegur dia, dia rasa ana marah. dia senyap dan mata berair. my heart melting. tak sampai hati tengok budak2 inncoent ni menangis. aduhaii anak ku...

weekend class

ana taknak pressure budak2 ni sangat. sebab diorang dah lima hari full dgn pre-school, homework and etc. suddenly weekend ada class lagi. it's tiring. they deserve off day. 2hours class, only 1hour sahaja yg ana guna full utk ajar diorang. another 1hour, play times!!! makan-makan, bergaduh, main, dan apa-apa sahaja yg mereka nak buat dibawah kawalan cikgu mereka. heheh

i want them attend to my class with fun and got something they can learn and remember. i don't want to stress them more and more. sb ana pernah berada di tempat mereka.

tetapi semalam, ada satu statement one child ni menyedihkan. apa dia??

dia datang dengan muka xpuas hati. mcm terpaksa. ana tanya, "kenapa ni?"
menggeleng
"dah makan belum?"
menggeleng
>penat cari idea nak suruh dia bercakap..
"bergaduh dengan adik ke?" (tiba2 soalan tu muncul)
muka dia lagi sedih, 'umi dengan abi bergaduh pagi tadi. pasal duit. selalu bergaduh' (dia mencebik sedih)




walaupun dia berumur 5tahun, dia juga terkesan dengan perbuatan ibubapanya. mungkin dia dianggap kecik lagi, tp ia membawa kesan hingga dia dewasa. ini menjauhkan dia dr ibubapanya. sedih.

Tuesday, April 24, 2012

stay bright

assalamualaikum wbt
salam rindu salam cinta :))

semoga semuanya berjalan lancar. ana mendoakan agar perkara yg baik-baik berlaku ke atas kita inshaAllah. dah lama ana membiarkan blog ini sepi dengan post yg inspired. minta maaf ya.

apapun, ana harap semua dalam keadaan baik. keadaan yg Allah lindungi dan cintai.

ana cuma singgah untuk drop doa buat antum semua :))

jaga diri, jaga hati, paling penting jaga iman.

~jangan terlalu kecewa dgn perbuatan makhluk, kerana makhluk terlalu banyak kelemahannya. kita juga makhluk, yg sering mengecewakan orang lain. STAY BRIGHT! :)

Thursday, April 19, 2012

mianhae


assalamualaikum wbt

mengisi masa untuk mengantuk sebelum tidur. heheh. sekarang pukul 2.50 a.m

blog ini sudah lama terabai. mianhae. sebab ana rasa macam tiada benda menarik untuk menulis. kerap ana perlu berdiskusi mengenai hal cinta, hal masalah hati dengan ajnabi. kadang rasa letih. tapi itu juga membuatkan ingatan-ingatan fresh. agar kita tidak melakukan hal seperti itu.

belek-belek album, tiba-tiba bergenang air mata. ana merindui haramain. dua tanah haram yg telah mencuri seluruh isi hati. ia meluluhkan hati ana tatkala rindu akan ia. ia bukan perasaan yg biasa. ia satu perasaan halus yg sukar diungkap. yg terasa sangat mendalam.

rindu yg lara ini berlarutan setiap hati, setiap minit. ia akan mengeluarkan lahar apabila mata ini tertancap pd gambar2nya. rindu ini semakin menyiksa dan membuat ana menderita.

i wish i'll live there inshaAllah :))

Sunday, April 1, 2012

there's no more

assalamualaikum...

dah lama ana tak update. dan agak lama ana menyepikan diri. last entry mcm tak best. sb time tu dah ada bunga-bunga takde mood. dan ana mendiamkn diri seketika. ambik semangat orang kate. heheh

inshaAllah, i'm little bit better now

ana teruja dgn satu soalan ni. "hanisah, knp post awk dulu best dan inspired. skrg awk dah mcm lost sikit and lil bit emo.."

memang betul!

tak perlu check balik post-post yg dulu. knp ya? perubahan hormon kot. maklumlah dah masuk 20-an ni. tp sepatutnya ana lebih matured kn..dn ana rs ana mcm budak-budak. malah lebih.


ana suka dgr cerita orang. ana suka bila dapat give something pd org. dn ana suka senyum pd semua perkara. tp ana sendiri taktau kenapa sekarang ana mcm 'halimunan' pd semua benda tu.
am i to depressed?

too many things i must remember and think< bunyi mcm alasan je..

pernah sampai satu tahap..ana tinggalkan semua dan mendiamkan diri. masa tu semua orang bising, suruh ana berubah..dan mcm2 soalan knp ana semakin teruk. selalu terperuk dlm bilik dan keluar bila rasa nak. buat apa yg patut dan terperap dlm bilik semula.

sb ana rasa byk benda yg ana kecewa. byk perkara yg buat ana terluka. dan akhirnya ana rasa sangat sakit. dan semua tu ana tak boleh ekspresikan depan org. they'll laugh at me. they don't concern my feelings at all.

memang betul, dalam setahun dua ni rasa mcm lost. semua takde makne. buat apa yg nak je. dan skrg dah jd mcm selfish. just think about myself.

astaghfirullah

Friday, March 16, 2012

kau tercipta untukku


assalamualaikum wbt dan selamat bersua kembali. setelah lama ana bertafakur menelaah segala kelemahan diri, semakin hari semakin banyak kelemahan. mOga Allah mudahkan untuk perkra kebaikan kita. amiin. inshaAllah.

alhamdulillah. segala syukur dan rela ana serahkan pada Dia. kerana tamat tiga tahun memburu diploma tahfiz dan hadis. namun, terselit juga babak-babak sedih yg takkan ana lupa. Allah mengkabulkan doa ana tatkala ana hampir terlupa dengan doa itu. tatkala ana hampir putus asa. lalu Allah memaut tangan ini dan memimpin untuk meneruskan perjalanan. akan datang ana sangat yakin, Allah akan terus memegang tangan ini untuk terus berjalan. walaupun jalan sukar, Allah ada memegang.

sebelum keluar, ada juga yang menemui..bertanya tentang perihal jodoh. soalan yg tidak terjangka. dan kesemua soalan jodoh ini, jawapannya tetap sama walaumacamana disimpul sekalipun.

bukan hanya hidup, malah dalam perihal jodoh juga wajib ada prinsip!

apa prinsip kita. kita mahukan dia yg macamana. kita ingin sebuah bait muslim dicorakkan dgn apa. didikan anak-anak bagaimana. di saat masing-masing stress apa langkah perlu diambil. perihal kewangan dan sebagainya. apa prinsip kita?

semua boleh jawab. dan ana yakin kebanyakan jawapan pasti akan berlatarbelakangkan agama. ingin anak-anak menjadi alim ulama mcm imam syafie dan sebagainya. ingin suami dapat mengimami solat. ingin isteri berpurdah, taat. dan macam-macam lagi jawapan kita bakal temui. yg baik-baik semua.

adik-adik syg, shbt-shbt yg dikasihi,
jodoh perlu risau. namun risau pd diri sendiri lebih utama. adakah kita sudah meraih cinta Allah dlm segenap perbuatan kita...dgn cinta Allah, inshaAllah kita akan dpt org yg cinta Allah juga. bagaimana iman kita berjalan setiap hari? lemah atau lancar meluncur ke hadapan..
jodoh itu satu perkara yg pasti..namun hidayah Allah satu perkara yg sukar dicari..bagaimana kita risau ttg jodoh melebihi hidayah Allah..

mencintai, menyukai si dia tak salah..namun bersederhana itu lebih baik. Islam adalah agama pertengahan :))

Wednesday, February 1, 2012

ngee :)

assalamualaikum wbt dan salam sakinah untuk semua. kerana ketenangan itu lahir dr keredhoan Allah untuk kita. maka bergembiralah pd hamba-hamba yg telah dihadiahkan ketenangan dr Allah, iaitu ketenangan hakiki..biarpun dihimpit sejuta masalah..masih bergerak seperti biasa, zikirnya makin bertambah :))

hanya sekadar ingin menyapa di blog ini sahaja. tiada apa-apa dr ana. semua dr Allah yg Maha Hebat. sejak akhir-akhir ini terasa mcm diri ni tamak. tamak itu dtg dr nafsu. astaghfirullah.



puasa itu dapat mengawal nafsu. dipetik dr sebuah hadis. krn apabila kita berpuasa, kita akan merasa Allah akan sentiasa mengawasi kita, maka kita akan menjaga tindak-tanduk kita dengan sebaiknya. maka, berpuasalah!

ia juga dapat mengawal nafsu makan. karna dr nafsu makan itu akan timbul segala macam nafsu lagi.

sedih dgn diri sendiri. tamak dgn apa yg org ada. tidak bersyukur dgn diri sndiri. ambil ibrah dr kisah ini. pandang setiap perkara itu dr kacamata dakwah dan kasih sayang. menghukum adalah hak Allah, usah kita rasa HERO untuk menghukum manusia..kita siapa? HAMBA semata

~salam sakeenah

Saturday, January 28, 2012

teruskan!

assalamualaikum wbt dan salam sayang buat semua ^_^

tak terasa mahu menulis panjang. krn penat keletihan menghadiri kursus perkahwinan seharian. esok akan disambung lagi. program ini wajib bagi pelajar tahun akhir. sekerta jalan dah mata ni rase kebas..nisah..nisah

sebelum kursus ni kagi ana terdedah dengan pelbagai ragam dan kerenah manusia yg dah berkahwin. sehingga mencapai satu tahap, T.R.A.U.M.A

bukan menghalang fitrah. cuma jadi serik apabila melihat rumahtangga yg sepatutnya adalah syurga dunia tetapi telah menjadi neraka. juga buat anak-anak yg tidak bersalah. mereka turut menjadi korban. no wonder masalah sosial kian meningkat. ibu bapa sibuk bertengkar di rumah, anak-anak keluar rumah mencari ketenangan dgn cara yg salah. dan kita selalu saja ingin org memahami kita, dan kita langsung tidak membuka ruang untuk memahami org lain. apa salah mereka jika kita tidak difahami?

usah mengharapkan anak memahami betapa siksanya jiwa raga si ibubapa andai ibubapa tidak boleh memahami jiwa anak-anak. kalau macam tu kenapa nak ada anak? (amboiii soalan)

ana bukan hebat, dan ana bukan malaikat yg xpunya nafsu..dan ana bukan sesiapa menjadi penyelesai masalah. cuma boleh mendengar dan beritahu apa yg patut..
rumahtangga yg dibina berpaksi nafsu plg lama bahagia hanya setahun, tahun lain2 wallahu'alam..boleh agak rasanya.
even ustaz pun boleh cerai? ya! sebab mereka juga manusia yg ada salah

apabila dilanda ujian..apa hak kita untuk menyoal pd Allah bila ujian ini akan berakhir. seolah tidak redha..seolah complain pd Allah. setiap hari ada yg call, mengeluh..bilalah nak berakhir ujian ni..haiii laaa

adakah antum rasa ana ada jawapan?

bila diminta bersabar dan terus istiqamah berdoa,.ditanya lagi..sampai bila akk harus berdoa? aaaaa..ade ke soalan mcm tu..

ana terfikir-fikir, ini belum keluar menghadapi masyarakat lagi dah mcm2 kerenah yg tidak terjangka. kalau keluar darul quran ni mau sasau dibuatnya dengan mcm2 lagi perangai pelik manusia ini..islam,tp tidak tahu syahadah itu apa..aaaa?mengucap tu ape? tepuk dahi..

semua itu bermula dr keluarga!

kadang ana fikir mcm perlukan someone yg boleh ana share mcm2 ttg mslh umat dan keseluruhan hidup ana..namun berfikir lagi, ana juga trauma dgn dunia perkahwinan..dan skrg mengambil langlah selamat, iaitu mendiamkan diri dulu! hehehehe..malas nak fikir psl nikah ^_^

Thursday, January 5, 2012

touch n go

Assalamualaikum wbt

Mengambil kesempatan seketika tatkala mata masih belum mengantuk. Bunga-bunga mengantuk dah ada..hehe

Dah lama rasanya tak upload artikel baru. Busy dengan dunia macam ni lah..memanjang sibuk. Memanjang ada alasan. Astaghfirullah

Kerenah-kerenah manusia sekeliling kadang memeningkan kepala. Ada yg datang menceritakan masalah..ada yg datang sekadar suka-suka..ada yg datang meminta fatwa agar perkara yg dilakukan betul..dan macam-macam lagi. Rasa macam diri dah tak betul..adeii la nisah

Cuma tertarik pd satu perkongsian dr kawan. Dia bertanya, macam mana nak buang perasaan pd si dia yg disukai dan berhenti berhubung? Nadanya sedih. Air mukanya pun muram. Tiada seri seorang hafizah lagi… mungkin terlalu derita agaknya

Mengenai hati dan perasaan, jadinya remote control kita bateri kadang dah habis..kadang rosak..kadang kita tersalah kawal tersasar ke lain arah. Dan perkara tersebut berlaku hanya sekali sekala. Bukan selalu. Kalau berlaku selalu? Itu bermasalah pd orang yg mengawal, iaitu kita. Allah pemberi hati dan perasaan, pemilik yg Maha Kekal pd hati dan perasaan. Allah memberi ruang pd kita untuk menjaganya. Kita yg kurang pandai jaga..akhirnya remote control susah dah nak baiki.

Pelik. Kita tahu, tapi kita masih buat. Kenapa? Xpelik. Senang nk jawab, sebab kita gagal kawal nafsu. Sekali-sekala tersilap, itu biasa dalam membuat perubahan. Tetapi andai kata kita jatuh di lubang yg sama setiap kali melalui jalan yg sama, tanya balik pd hati. Adakah betul kita nak berubah..atau masih nak merasai keseronokan jadi perempuan murahan? Yg senang untuk dipengaruhi..senang untuk ditest, senang untuk ditabur janji..adakah sama level kita dengan kucing? Asal jumpa kucing jantan, on je.. boleh arr ni..at least ada orang nak kat aku..

Bukan ana baik sangat. Bukan ana tak pernah silap. Bukan ana tak pernah jatuh dalam lubang.

Sebab ana pernah sakit, pernah derita dgn sebab gagal mengawal nafsu..hidup ana hampir terkubur. Ikutkan nafsu. Hari-hari yg dilalui terasa tiada makna. Sedangkan Allah memberi macam nikmat, krn nafsu..ana jadi buta menilai. Apabila hancur, maka ana juga turut hancur…

Ana taknak antum ulang kesalahan yg ana pernah buat. Ana taknak antum tanggung derita yg pernah ana rasa. Cukup ana! Dan apabila melihat kawan..dengan mudah memberi kad touch n go pd lelaki2 yg hadir dalam hati dia, terfikir-fikir…adakah lubang yg dia jatuh berkali-kali tidak memberi sebarang goresan luka pd dirinya? Atau apa yg sebenarnya dia rasa.. atau dengan memberi izin memiliki kad touch n go itu kepada mana-mana lelaki berjaya membuat dia rasa kurang sakit pd lubang-lubang yg dia telah jatuh..benarkah begitu?? Masih dalam mood tertanya-tanya… mudahnya hati menerima dan membiarkan pergi..mudahnya untuk bertukar ganti..adakah itu nilai cinta buat suami kita suatu hari nanti? Bertukar ganti…naudzubillah

Suami adalah pinjaman dr Allah..agar kita dan dia lebih mencintai Allah. Fitrah manusia lemah. Perlukan pertolongan dan sokongan. Dan Allah Maha Pengasih mengurniakan pasangan..agar menyubur cinta pd Allah. Bukan menyubur cinta nafsu yg boleh bertukar!

“yaAllah, pelihara hati kami dr cinta dunia..cinta nafsu yg membinasakan hati-hati kami..amiin”

3/1/2012

12.23 a.m

bermula al-hafizhoh

Assalamualaikum wbt dan salam damai buat hambaNya yang masih istiqamah merindui dan mentaatiNya..inshaAllah

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah

Segala puji bagi Allah yg mengaturkan keindahan hari ini yg tidak terhitung nikmatNya. Allahuakbar! Hari ini bermula tanggungjawab yg berat. Ana tahu hari ini akan tiba, Cuma bila?? Allah saja yg tahu. Tatkala ana memilih jalan ini untuk meneruskan perjuangan hidup, ternyata jalan ini menjanjikan seribu satu derita dan kesengsaraan. Ana tahu. Dan ana mahu mengelak. Namun, siapa ana untuk mengatur hidup tanpa mempedulikan aturan Allah..

2/5/2009 adalah tarikh yg mengubah hidup ana 85%. Saat kaki melangkah masuk ke kompleks darul quran jakim, bulu roma ana tegak. Ana merasakan kembara hidup yg sebenar bakal bermula. Dari haluan siswa bersama pensyarah, kami didera. Disambung dengan mafatihul mahabbah, kami rasa sengsara. Semua itu adalah ujian buat kami sama ada tegar atau sanggup untuk mendukung amanah Al-Qur’an ini. Setiap yg kami lakukan pasti ada saja tengkingan dr exco. Kami betul-betul dalam ketakutan. Tanpa rehat. Amat lelah selama 2minggu orientasi. Allah saja yg tahu isi hati kami.

Setelah program tamat, beru kami diterangkan kenapa kami diseksa sebegitu rupa. Amanah Al-Qur’an ini bukan mudah. Hidup kami tiada rehat. 24jam dengan Al-Qur’an dan zikir. Tidak boleh lalai. Akan dihukum. Itu yg nyata. Azab Allah kita pasti tidak sanggup untuk menghadapainya bg org yg mengabaikan Al-Qur’an. Sungguh. Ana menangis tanpa henti. Mengenangkan bebanan hidup yg bakal ana galas.

Setelah dibahagi kepada kelas tasmi’..ana ditarbiah dgn duru tasmi’ yg strict. Wajib 1hari 1maqro’..kalau tak dapat kena berdiri diluar. Allah saja yg tahu hati ana. Merangkak-rangkak ana menghafal. Menghafal bersama air mata. Masjid dq menjadi saksi air mata ana tidak pernah kering. Setiap hari kena berdiri diluar. Mungkin bg sesetengah orang tertanya-tanya, susahke hafal? Saat ana menghafal ayat pertama, baru ana tahu, ia bukan semudah menghaafal formula akaun, addmath, bio, fizik dan chemi..satu ayat amat sengsara untuk ana betul-betul hafal.

Ujian perasaan hampir-hampir menghancurkan masa depan dalam bidang hafazan. Hampir-hampir ana give up untuk check out dr dq. Siapa ana untuk menolak perasaan yg hebat pd waktu itu. Apabila akhirnya dinoktahkan, maka hanya Allah yg tahu derita sengsara hati ini. Seminggu tasmi’ ana hancur..baru tasmi’ satu ayat, air mata mengalir tanpa henti. Terlalu sakit yg dirasakan. Mungkin ana yg silap langkah, membuka hati terlalu awal. Dan akhirnya, kecewa itu makan diri. Bermula hidup baru, yg ana inginkan tanpa luka. Dan kadang hati tetap terasa pedihnya. Itu ujian perasaan yg sgt menyakitkan. Dan ana tahu, Allah mengaturkan itu bukan sia-sia, Allah ingin menegur hati yg semakin kotor dgn dunia. Lagho dgn perasaan sendiri. Akhirnya, terluka hingga tak sudah. Biarlah, andai sakit itu Allah redho, maka biarkan ia. Bukan hak ana untuk mengungut dan mempersoalkan. Terlalu banyak hikmah yg ana kutip dr perkara itu. Seorang wanita solehah, bukan terhasil dr perkara biasa-biasa, tetapi setelah ia menempuh pelbagai cabaran yg betul-betul men’solehah’kan dirinya. Bukan ana solehah, jauh lg. tapi ana anggap itu teguran dr Allah buat hati yg lalai. Buat hati yg terlalu mengharapkan manusia.

“jika hidup kita berharap pd makhluk, jika makhluk itu runtuh..maka kita juga akan runtuh”

Juga ana pernah repeat exam al-quran. Menyakitkan. Pointer menurun. Ana betul-betul down. Ana menangis semahunya. Ana cuba tenang, dan air mata masih juga mengalir. Ana terlalu sedih dgn diri sendiri. Bodoh ke ana sampai exam al-quran pun kena repeat tiap2 sem? Ana terluka. Ana terasa rendah diri. Juga tidak terlepas family probs. Yg menguji kekuatan untuk terus berdiri. Tiap2 malam, pasti bantal basah. Ana tak dapat menahan air mata. Hanya itu yg mampu ana lakukan. Ana terasa berat. Terasa lelah. Setiap hari pasti ujian baru bakal ana hadapi. Dari hanisah yg penuh tarbiah, tiba-tiba bertukar dgn hanisah yg biasa-biasa..itu waktu yg amat teruk bg ana. Macam mana ana yg dulu pernah kuat dgn ujian, akhirnya ana tersungkur di bumi dq.

Penulisan ana mungkin bagus..dan banyak tak bagus. Dan ana tahu, ana bukanlah bagus. Ana menulis untuk diri dan sesiapa yg mahu ambil ibrah. Bukan mengutuk kehidupan ana. Fitnah itu biasa. Setiap hari ada saja ana mendengar cerita-ceriti psl ana. Namun biarlah, ana dah tak larat nak layan. Pandai cakap belakang, bukan berani nak jumpa tanya hal sebenar. Itu reality banat dq yg sekarang. Mgkn ana juga termasuk sama. Astaghfirullah.

Sampai saat ana pergi umrah, itu kemuncak hidup ana di dq. Disana, terhambur segala rasa yg selama ini disembunyikan. Menangis semahu-mahunya. Biarlah itu hanya Allah yg tahu segala detail hidup ini..yg terasa sukar untuk ana melangkah, mahupun melupuskan perkara yg dah lama berlalu. Terlukanya ana Allah yg tahu, kerana ana insan yg sgt lemah. Selalu terluka dgn perkara yg berlaku. Dan di Madinah, juga di Makkah..Allah tahu ceritera hidup ana. Allah tahu segalanya. Ana gembira, ana teruja kerana menerima jemputan dr Allah untuk berada di rumahNya walaupun seketika. Allah terlalu mencintai hambaNya..terlalu kasihkan hambaNya..hanya kita yg buta menilai..

Kasih Allah melimpah ruah. Rindu Allah terlalu hebat. Keampunan Allah tiada batasan buat hamba-hamba yg berdosa seperti ana. Allah mengajar erti sabar saat semua org berebut-rebut memiliki pahala, Allah mendidik erti ikhlas..disana, ana menghirup ketenangan yg abadi. Yg belum pernah dirasai. Dan pulang ke tanah air, membawa perasaan yg lara dek rindu yg tak terungkap. Setiap hari rindu ini bertambah. Semakin hari perasaan ini sukar diungkap. Rindu pd Baitullah hanya Allah yg bisa menafsir…

Akhir kalam,

Ampunkan dosa-dosaku ini yaAllah..sepanjang menjalani kehidupan. Izinkan aku untuk menjadi tetamuMu lagi, lagi dan lagi yaAllah..matikanku di bumi Madinah..amiin

^_^ 22/12/2011