BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, April 13, 2013

saya baru faham ep.8

''awak, status kita apa?'' alya menyoal

''awak rasa?'' farhan pula menyoal

''tanya kita pulak, you are man k''

masing-masing mendiamkan diri. berfikir sebelum memulakan bicara. bimbang jika salah bicara, rajuk antara mereka akan memakan diri sendiri

''dari hati awak, nak macam mana?'' akhirnya farhan bertanya

''tak taulah. saya pun tak berani nak cakap apa-apa''

''just say it''

''entahla awak. saya perempuan. nak cakap lebih, gedik. tak cakap, kena pijak pulak''

''ishh, jangan berfikiran macam tu. woman nowadays mesti berani''

alya mendiamkan diri. wajahnya suram. dia sendiri tidak tahu mahu berkata apa lagi. 

''macam ni lah awak, sebagai perempuan ofcourse saya suka yang serius. bukan main-main. i'm not toys untuk dimainkan. tapi apa daya saya, saya perempuan. lelaki senang datang dalam hidup wanita, bagi harapan and leave macam tu je''

''panjang jawapan awak''

''it's not time to kidding farhan. i'm serious. awak jugak yang serious tadi''

''kalau saya cakap saya serius?'' 

alya terdiam.menelan liur. farhan serius ke?

''awak serius ke?'' alya pula menyoal

''kalau saya serius, are you for serious too?''

''insyaAllah'' jawapan alya lemah

"je?" farhan tidak puas hati

"awak nak saya jawab apa lagi"

"i think you are not serious. macam sia-sia je saya berusaha selama ni" nada farhan berubah. alya serba salah

"it's not like that farhan. saya tak sure whether saya boleh bagi komitmen untuk perkara ni atau tak. awak akan ke jepun 4tahun. insyaAllah saya boleh tunggu, tapi saya takut after all we are separate. saya takut bila saya kecewa, saya takkan bangun lagi. kita rancang, tapi kalau Allah tak izin?"

farhan terdiam. alya sebak. memikirkan tentang hubungan mereka. macam mana kalau kedua orang tua mereka tidak setuju? setelah hati mereka berjanji untuk setia, akhirnya terpisah kerana Allah menjodohkan mereka dengan yang lain. persoalan demi persoalan menyesakkan dada alya. akhirnya dia menangis. 

"if that, kita setakat ni je?" farhan menyoal meminta kepastian. dia juga berat. namun farhan harus pastikan sejauh mana hubungan mereka sebelum berangkat. itu penting bagi dirinya.

"awak?" farhan memanggil

"aaa..ermm" suara alya tersekat. serak.

"awak nangis?"

"no, i;m not. saya ok"

"awak ok?"

"aaa..ok. jangan risau. ok je"

"kenapa awak nangis..awak, ikut saya pergi jepun jom" suara farhan juga serak. cuba mengawal perasaan. walaupun matanya sudah berair. farhan mengakui kebenaran kata-kata alya. dia dan alya tiada kuasa, melainkan berserah pada Allah. perit untuk dia menerima, dan dia harus menerima. 

"awak, saya letak dulu. kita sambung next time ya. assalamualaikum"

tangisan alya makin menjadi-jadi. esakannya dikawal. dia tidak mahu rakan sebiliknya terjaga dari tidur. alya menangis sepuasnya. farhan juga begitu. gugur juga air mata lelakinya. mungkin tidak sebanyak alya, namun cukup menunjukkan yang dia juga sakit. 




*sorry. terupload episod8 terus, sepatutnya episod7 dulu. nanti saya upload ep.7 ya. so sorry. cholmal mianhae :(

Monday, April 8, 2013

saya baru faham ep.6

''alya, kau dah cari modal?''

''belum'' mata alya tertancap pada skrin laptopnya. dia ,asih leka menaip cerpen

''alya, better kau cari modal. aku tak nak kau kena denda nanti'' izzah risau

''biar bha dia tu, lagi bagus kena denda'' lalu aisha keluar dari bilik. sakit matanya melihat alya yang tak endahkan hafazan. alya tersentap. dia menutup laptop lalu mencapai al-qur'an. wajahnya suram diperli aisha.

''aisha tu taknak kau lagho. just accept cara kita berbeza'' izzah seolah memujuk

alya mengangguk. dia memang terasa dengan aisha, tapi apa yang aisha cakap tu betul. itu cara aisha menegurnya, agar dia mengerti. hafal al-qur'an bukan main-main. bukan sekadar dapat title 'al' di belakang nama. alya termenung. lagi 2minggu farhan akan terbang ke bumi matahari terbit. perasaannya sejak akhir-akhir ini tidak menentu. selalu melepaskan kemarahan pada farhan.

''kau ok tak?''

''ok''

''kau ngan farhan ok?''

''we're not couple ok. tak pernah bincang pun bab feeling ni. kawan biasa je''

''tapi macam mana kau boleh berhubung dengan dia eh? setau aku kau bukan jenis melayan ni''

wajah alya berona merah. sebijik terkena atas muka. ''aku pun taktau la zah. bermula dengan hal kerja, after that aku cam senang je angkat call dia. nafsu kan tu?''

izzah mengangguk. ''kalau dah tau, kenapa buat jugak?''

''astaghfirullah. but seriously aku harap there's nothing between us. aku rasa cam nak akhirkan hubungan ni cepat''

''better kau suruh dia masuk meminang la''

''ape lak meminang bagai ni. tak nak aku''

''jadi kau accept dia sebab saje-saje? suke-suke? takde arah tujuan kenapa kau accept dia as friend?''

alya terdiam

''alya, kau dah gadaikan prinsip kau selama ni, then kau nak akhirkan macam tu je? i can smell that he have something that you accept him. mesti ada''

alya masih diam. dia tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan. apa yang diperkatakan oleh izzah memang benar.

''kau fikir baik-baik alya, once kau dah amek step dalam hal ni, kau kena bertanggungjawab dari awal hingga akhir. ni bab hati alya, bukan bab main pondok-pondok'' bagai halilintar memanah bumi. amaran izzah menusuk kalbu. alya bungkam. dia sendiri tidak dapat memastikan perasaannya ketika ini. adakah dia serius atau main-main? adakah farhan juga begitu?

 

Friday, April 5, 2013

saya baru faham ep.5

''assalamualaikum''

''waalaikumussalam, ade ape?''

''haishh, garang aih. stress ke?''

''taklah. dah call tiap-tiap hari bosan jugak''

''ok. off phone lah''

''laaaa, penat-penat call, nak letak pulak? so, how are u today?''

''alhamdulillah sihat. kelas hafazan macam mana? banyak tak menghafal hari ni?''

''eleh, bajet take care lah tu. rahsia. titik''

''nasib saya la kawan dengan orang sombong''

''heh, tak heran kalau awak merajuk. pun tak hingin nak pujuk''

''first time ada kawan macam ni''

''seriously i'm not type of gedik girl ok. saya memang macam ni kalau dengan lelaki. malas nak layan, nanti melebih pulak''

''amboi..amboi, sedap mengata lelaki''

''agak sedap jugak'' balas alya sambil menyeringai. hatinya berbunga riang menerima panggilan dari farhan. tetapi layanan tidak seindah khabar. alya memang begitu. suka menyakitkan hati.

''esok hafal banyak dari hari ni ya''

''tengoklah''

''boleh pulak dia nak tengok, wajib''

''encek farhan, suka hati saya nak hafal banyak mana. jangan paksa boleh?'' alya seolah memperli

''iyalah datin alya. saya nak awak better dari saya. jangan macam saya, malas. btw, sebelum lupa, sehari berapa juz awak mengulang hafalan?''

alya menelan liur. berapa juz? gila ke dia ni...''ermm, adelah''

''seriously i'm very jelous with u. sebab everytime dengan al-quran. macam saya, dengan jadual yang packed, limit sangat masa dengan al-quran'' nada farhan sedih

''ok, berapa juz awak mengulang biasanya?'' alya seolah memujuk, tapi cara dia macam annoy giler

''paling kurang 4juz je dalam seminggu''

4juz? mak datok. jadual packed sempat lagi 4juz. ''ooo, oklah tu''

''oklah awak. gi lah sambung hafazan. sorry take your time''

''eh, taklah. ok, do your best. belajar jangan nak menggatal'' nada alya sedikit meninggi. hanya tawa farhan kedengaran. setalah salam berbalas, talian dimatikan. alya tersenyum-senyum sendirian. langkahnya menuju ke bilik, berazam menghafal lebih banyak lagi. insyaAllah.

saya baru faham ep.4

''alya, kat mcd ada burger samurai laa. try nak?''

''macam tak reti boikot je kau ni. nama je hafizah'' sebijik izzah terkena.

''aduuh, mendalamnya'' alya mempamerkan riak selamba. memang dia dan izzah bergurau secara kasar. hanya orang yang benar-benar faham sahaja yang akan kekal berkawan dengan mereka. lagu shae kedengaran. tertera nama aishah di skrin telefon izzah.

''kirim salam kat dia'' izzah mengangguk. alya berjalan disekitar kedai kasut. meninjau-ninjau kasut yang terbaik dari ladang, namun tiada satu yang berkenan di matanya. setelah beratur panjang untuk membeli cool blog, alya mengambil tempat sementara menunggu izzah berbual dengan aishah. hal penting katanya. mata alya terpana pada papan iklan airasia. rm249 return to Osaka. Jepun?

alya mengalihkan pandangan. terus dia bangun dan menuju ke kedai buku. membelek buku yang terbaru. setelah memilih dua buah buku, alya ke kaunter untuk membayar.

''weh, mana kau pegi? penat aku carik'' izzah merungut

''heee, sorry la. aku lupa nak kasi tau. dah habis cakap? aishah ok tak?'' tanya alya

''ok je. dia stress tu. kau pun nampak bermuram durja je'' tegur izzah

''cub akau tengok papan iklan tu'' sambil menghulur cool blog kepada izzah

''so?'' 

''izzah, kita balik jom. aku rasa aku tak boleh nak stand dah. pleasee'' tiba-tiba alya membuat permintaan yang jujur. pertama kali izzah melihat alya jujur dengan hatinya. mata alya bertakung. dan akhirnya melimpah. 

''give me time. aku tak boleh drive sekarang. sorry'' esakan alya kedengaran. rasa yang dia pendam terhambur juga hari ini. genap sebulan farhan di Jepun, khabar berita langsung tidak diterima. farhan benar-benar merajuk dengannya? alya juga tidak punya kekuatan untuk bertanya pada farhan

''aku perempuan zah. takkan aku yang terhegeh-hegeh nak tanya dia itu ini'' alya bersuara

''tapi tak salah alya. untuk diri kau jugak'' izzah menasihati

''aku yang kau kenal macam mana?'' kini giliran izzah terdiam. dia kenal alya macam mana. 

''take your time. istighfar. ingat Allah k'' hanya itu yang mampu izzah tuturkan. esakan alya masih belum berkurangan. sakit yang dia tanggung terhambur. alya, kuatlah!