BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 22, 2010

journey of my life at DQ(2)

Assalamualaikum wbt dan salam cinta buat hamba Allah yg hingga kini istiqamah menyembahNya dgn sepenuh cinta dn jiwa..mOga rahmat Allah bersama kita disini..

ramai yg tanya ana, ada blOg ke? namun ada sesetengah jawapan ana mengiyakan..ada sesetengahnya ana tersenyum je ;)
ana taktahu kenapa ana tak berapa nak expose sangat blOg ana, terasa kerdilnya berbanding sahabat yg lain ;) ...kalau jumpa sendiri tu kira rezki antumlah yea

bermulanya langkah ana disini, Allah tidak menjanjikan yg manis walaupun ana tahu menghafal ni perit. dan tak terduga yg impaknya sgt menekan hidup ana..dan impak itulah yg mendewasakan ana

menghafal inshaAllah senang, tapi nak ingat tu yg susah..ramai pesan kt ana mcm tu. dan ana rasai kenyataan itu. ayah ana pernah cerita, dulu masa dia belajar kelas tafaqquh kat masjid kampung baru, KL..ada sorang imam ni hafiz. zaman tu nak cari hafiz sgtlah susah. dan ayah ana dgn shbtnya jumpa imam tu, "sheikh, kalau ana nak jd mcm sheikh blh x?" soal ayah ana antara serius atau tidak
imam tu tersenyum lalu menunjukkan wajah serius.."inshaAllah boleh atau sheikh, tp ana takut enta xtahan je. boleh ke enta luangkan masa dalam lebih kurang tujuh atau lapan jam just utk quran?"
ayah ana ternganga dengan soalan cepu mas tu. imam tu menepuk-nepuk bahu ayah ana sambil tersenyum.."sheikh, ana nak dpt ni pun bkn sng. org ckp ana masyi, ana hebat, ana bagus..tp org xtau nak dpt quran ni macam mane..susah sheikh. mujahadah" sambungnya lagi

sblm ana ke dq, setiap hari ayah ana menceritakan ttg dunia huffaz sbg persediaan utk ana. alhamdulillah, sem1 ana lepasinya dgn semangat juang ayah..namun sem2 ana jatuh tersungkur menyembah bumi...

rohani mesti kuat seiring dgn fizikal. itu yg ana dpt simpulkan. Allah xkan bg jln mudah..itulah mujahadah. sultan muhammad al-fateh yg ingin menakluk kota konstantinople pun, Allah xbg terus menang..hari ke-53 baru Allah makbulkan impiannya. sultan muhammad al-fateh mcmna? sgt dekat dgn ulama..sgt mencintai Allah dn RasulNya..kita?haruskah mengeluh apbl Allah tidak memberi apa yg kita nak..he knows what da best for us shbt

air mata sgt murah d dq..terpulang kwn2 nak ckp ana cengeng ataupn manja, tp itulah ana. ana rasa tertekan. ana nak keluar dq. itu kalimat yg ana tutur setiap hari..ana nak keluar dq! nak sambung uia je...ana tak sanggup lagi tggl kt dq..ana call mak everyday..ana nangis. ana betul2 xde kekautan. seolah dq telah meragut kesemuanya dr ana..

"anis, jalan yg anis lalui sekarang adlh jihad. org lain jgn pk. Allah bg senang kt diorg utk menghafal, Allah bg susah kt anis ada sebabnya. anis kena ingat, ni jihad. jihad ni pengorbanan. anis berkorban utk agama. kita bkn nak lihat hasil kt atas dunia ni..tp kat sana nnti. kat mahsyar. biar susah kt dunia. perjalanan kita Allah dh tetapkan kat loh mahfuz sna anis, anis kena sbr byk2. ayh fhm anis sakit, tp ayh nk anis kuat" itulah kata2 semangat dr ayh tercinta. saat ana mendaftarkan diri di sini, ayh xdpt bersama. ana nangis semahunya. mujur ibu menemani

shbt yg ana kasihi,
mungkin perjalanan ana ni tak sama macam org lain yg berada dlm bidang ni. ana akui, ramai shbt sekeliling ana lebih cepat berbanding ana..ana cemburu, tp ingatlah yg seseungguhnya pertolongan Allah itu sgt dekat. didiklah diri yakin dgn janjiNya..didiklah hati agr kuat utk agama Allah

shbt sayangfillah,
kita akan diuji tiap detik dan saat. ana disini setiap saat diuji dgn perasaan. masyaAllah, hancur remuk. dn Allah amat menyukai keadaan hamba yg hancur remuk hatinya..hati begitu lebih lunak utk dididik mendekati Allah..dn ana akui, ana xkuat. langkah ana terlalu berat..

ambillah mutiara dr perjalanan ana, dan buangkan jauh2 apa yg terasa xberguna. ana hambaNya yg terlalu lemah yg kadang xsggp melalui jln ini, bkn xredha..tp jiwa hambaMu ini terasa bagai disiat.

...Allah bersamamu, u're never alOne hanisah...
pray fOr me, pray fOr ummat islam ;)

Monday, April 19, 2010

journey of my life at DQ

assalamualaikum wbt dan salam sehangat mentari yg tak pernah lelah menghangatkan jiwa hambaMu ini tiap detik dan saat..

ana hanya berkesempatan untuk bercuti selama sebulan dan mengikuti program tasmi' tambahan yg dianjurkan PERKEMAT DQ. ana tak menyesal memendekkan cuti di rumah kerana faham tugas sebagai seorang huffaz dan pelajar. ana masih bertatih dlm bidang hafiz ini, malah mungkin langkah ana lebih lambat dr yg lain.

kpd saudara hafizaidi, ana akan ceritakan di sini inshaAllah..bagaimana perjalanan ana di DQ yg kadang kala ana tak rasa yg itu adalah ana.
2/5/2009 adalah tarikh yg akan mengubah hidup ana. tarikh itu bermulanya ana akn tinggal jauh dr keluarga. ana sedih, ana kecewa namun bercampur gembira. dlm hati, ana nekad yg DQ akan menyaksikan jatuh bangun ana dan bagaimana "bayi" ini dr xtahu apa-apa bisa berjalan menggapai sesuatu.

melalui orientasi yg sgt melelahkan jiwa kami. bermula haluan siswa bersama pensyarah dan seterusnya mafatihul mahabbah bersama exco2. walaupun badan penat tak larat+asthma yg agak kronik waktu itu, ana teruskan perjalanan permulan sebagai seorang bakal hafizah.

hari pertama tasmi' alhamdulillah, tp apabila melihatkan wajah guru tasmi' yg agak syadid ana tak mampu tasmi' dgn baik. seluruh urat nadi ana terasa debarannya, jantung ana berdegup sangat kencang dan ana rasa mcm nak pengsan. sungguh, ana betul-betul blank n blurr

ana tak tahu orang lain camna, tp bg ana..menghafal sangat perit dan pedih. air mata ana takda harga. sakit..sangat sakit rasa. mungkin menghafal dlm keadaan byk sgt dosa...

to be continue...(maaf, ana berkejar masa sekarang ;) )
doakan ana di sini!