BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 28, 2011

rindu kehadiran dia...

assalamualaikum wbt. saat Allah meniupkan cinta antara dua orang sahabat, cinta itu terlalu suci lantaran lahir dr fitrah yg sama-sama inginkan kedamaian. bila sahabat itu berbiacara, biacaranya seperti sepasang kekasih, apabila saling berpandangan, pandangan yang bertaut menghasilkan senyuman ikhlas...lahir dr hati yg terikat atas aqidah dan cinta kepada Allah

kadang, dan mungkin selalu, ana terlalu cemburu melihat kelibat dua sahabat seperti belangkas. berkongsi segalanya dengan tiada sebarang prasangka dan ikhlas sekali. wajah mereka sukar ditafsir kegembiraannya. tiada terniat untuk memburukkan, atau menjadi gunting dr lipatan. segala kekurangan ditampung dengan kelebihan yg dia ada...



i really miss it...

ana pernah ada sahabat baik, yg terlalu baik. dan mungkin Allah menguji, she become a backstabber. since primary, goes thru secondry..still da same. di satu saat, ana pernah nekad untuk tidak punya bestfriendforever(bff). biar ana berkawan dengan semua sama rata, agar ana tak menanggung kesakitan dan kepedihan dibunuh secara senyap..and now, i miss my that time...

ana rindu untuk ada sahabat baik, yg boleh menampung kekurangan ana, yg boleh ana tampung kekurangan dia. yg tak pernah ada kepentingan untuk bersahabat dengan ana. yg ada pengorbanan bersama dalam kehidupan bersahabat. yg bukan meminta untuk ana sntiasa memahami dia..yg dia juga betul-betul terima untuk memahami ana..yg tidak mentertawakan kisah silam ana, yg selalu bersemangat hingga ana juga sanggup untuk terus berdiri dalam hidup yg getir ini...

...one day, kawan ana mesej, yg dia minta maaf sebab tak terpenuhi keadaan yg sedia ada, sebab dia perlu dahulukan sahabat baik dia. dan dia bagitau ana, kwn baik dia sangat perlukan dia. ana relakan, walaupun ana agak sedih. tiba-tiba hati ana terdetik, bertuahnya dia. kwn dia sanggup back up dia walau apa keadaan sekalipun...she's very lucky

mungkin sbb ana tak pernah buka hati untuk orang mendalami diri ana. dan ana tahu setelah mereka mengetahui diri ana, they'll left me alone, no one will back up. ana pernah alami keadaan ni. i had a bad trauma. dan sampai sekarang sikit-sikit masih ada. susah. sukar. untuk cari yg betul boleh bersama menampung kekurangan yg ada untuk ikhlas bersahabat. mereka sentiasa ingin kita faham diri mereka, dan adakah kita tak punya perasaan untuk difahami spt mereka???

now, i really miss that time. rndu saat yg ana punya shbt baik dnia akhirat :)

Saturday, March 19, 2011

beruzlah :)

assalamualaikum wbt...

sepi

mungkin bukan perkataan yang tepat, tapi cukup mengetuai salah satunya. dan mengasingkan diri seketika mungkin cara terbaik. mengingat kembali kesilapan lalu, dan jadikan sebagai pengajaran yang paling ampuh. insyaAllah.


kesilapan! bukan untuk ditangisi, tapi untuk belajar darinya. menjadikan kita lebih bersedia menghadapi masa-masa akan datang. terima kasih kepada insan-insan yang tak henti memberi semangat, menghulur doa tulus, jua tak lupa kepada insan yg memberi kritikan, memberi kepedihan, dan kecewa..itu semua mendewasakan, insyaAllah :)

masih berusaha dan bertatih dalam lapangan kehidupan sebagai insan pembawa al-Quran. moga kemanisan di akhir nanti..dan segala kepahitan lenyap segera. insyaAllah

Thursday, March 10, 2011

parenting skills

assalamualaikum wbt :)

aishh, tengok tajuk macam yea..yea je si nisah ni nak tulis. takpelah. gempak tajuk dulu. tulisan wallahu'alam. ana try. try ya :)

my mum asked me, "kenapa kadang anak tokoh terkenal bermasalah. tokoh motivasi pun??"
dalam hati..aaaa, soalan ape ni mak. terdiam kejap. berfikir.

"mungkin, diorang ada skilss macam-macam..belajar macam-macam benda untuk motivate orang, tapi mungkin dari segi praktikalnya diorang kurang. tapi mak, bukan diorang je..kadang kita pun..huhu," ana tergelak dihujungnya..mmg betul :)


sesetengah dari kita melihat kanak-kanak sebagai kanak-kanak yang tak perlu diajar perkara-perkara detail sangat. alaah, diorang bukan tau sangat pun. kalau aja bukan reti pun. kita selalu fikir macam ni kan?
tahukan kita sebenarnya pembentukan sel-sel dalam minda paling aktif adalah pada zaman kanak-kanak. that's why mereka sangat aktif. always nak cuba benda baru walaupun bahaya! sebab nak test betul ke tak bahaya nih..huhu. tapi orang kita cakap budak tu nakal!


ada satu pagi, my bro called me. tanya khabar, tanya macam-macamlah. then ana tanya pasal anak sedara yg kiut macam ulat sagu tu..huhu.

"mya sihat?"
"sihat. ade seblah ni. tadi bagi nasik dia gumpal-gumpal nasik tu..serak-serakkan. bagi air dia celup tangan lak..haii budak betuah ni" ana tergelak..mya,mya
"time tu mus seblah dia ke?"
"suh dia makan sendiri, mus time tu kalut siap nak gi keje"

...see! anak menakan ana yg berumur 2tahun pun pandai protes. she need attention more than food rite? memang pagi-pagi biasanya abang temankan dia. tapi pagi tu kalut, tak sempat. banyak ana lihat senario macam ni. dan parents, always salahkan anak..menyusahkan betullah budak ni..selalukan? kalau rasa anak tu menyusah, kenapa lahirkan?..maaflah. soalan emo :)

kanak-kanak akan simpan benda tu dalam minda dia. jadi dia membesar dalam dia rasa menyusahkan parents dia. apabila perkataan tu berzikir di mulut ibu bapa. anak-anak memang nampak tak tahu atau buat tak tahu, tapi anak-anak faham perkara tu.

ana suka phrase dlm trilogi aku terima nikahnya..."anak-anak tidak akan salah dalam meniru perlakuan ibubapa"

so, kita sebagai parents, bakal parents..fikir-fikirkan perasaan anak-anak. mereka bukan inginkan kemewahan, but they need you! they need attention. ada yg terjadi, demam seorang anak akan pulih apabila ibubapa pay much attention kpd anak tersebut. bukan ubat, tp kasih sayang yg tulus..bukan dipaksa :)

...tujuan kita bukan setakat meramaikan umat Muhammad je, tapi melahirkan umat Muhammad yg berkualiti, yg memburu syahid di jalanNya..bukan syahid dlm murkaNya..naudzubillah :)

kakak dan adik

"kakak..." suara si adik teresak-esak menahan tangis.
"adiik, kenapa ni?" pujuk si kakak. lantas memeluk erat si adik. esakannya bertambah kuat. si kakak membisik, lepaskanlah segalanya dik, agar selepas ini bukan kecewa yang ada di hatimu
"kakak, buang cincin ni kat laut," sebentuk cincin emas putih ditanggalkan dari jari manisnya. kakak hanya tersenyum. mungkin sudah dapat mengagak hal yang terjadi.
"kakak dengar tak?" adik merengek manja
"kakak dengar sayang. bagi cincin tu,"
"kakak nak buat apa?"
"nak buang kat lautlah. kejap lagi memang kakak nak pergi pantai, cari ilham novel baru,"
tiba-tiba cincin emas putih digenggam erat oleh adik. matanya mulai berkaca. merenung cincin bersilih ganti dengan wajah kakaknya.
"adik saje cakap," akhirnya adik akur dengan hatinya. kakak masih lagi tersenyum. itulah wanita, mulut lain, hati lain. mulut menyuruh, sedang hati tidak rela. cuma riak wajah yg membezakan.
"tapi adik benci orang yang bagi cincin ni..." sayu suara adik
"adik benci, tapi adik sayang. adik benci, tapi tiap2 malam kakak dengar adik doakan orang yg bagi cincin ni kat adik. adik benci, tapi adik redha bila dia mainkan hati adik. adik benci, sedangkan tarikh lahir dia adik ingat sampai bila-bila..." ajuk si kakak dalam senyum.
adik tertunduk. menekur lantai
"dia tinggalkan adik. dia pilih orang lain. dia cakap nak tunggu sampai adik habis belajar, tapi dia......" hanya tangisan sambungan ayat yg beum sempat dihabiskan
"adik ingat surah an-nur ayat 16," kakak cuba meneutralkan adiknya
"kakak, istikharah adik jawapan adalah dia," adik mematahkan hujah kakak. kakak masih senyum..adik,adik, masih mentah pemikiranmu

"adik nak dengar cerita?" soal kakak. adik hanya memandang kakak, menggeleng tidak, mengangguk tidak.
"ada seorang perempuan, dia pernah bertunang dengan lelaki yg dia sayang. lelaki tu pun sayang dia. alam pertunangan diorang indah. tapi Allah nak uji, si lelaki meninggal dunia akibat barah. maka tunang dia tadi, menangis..menangis..menangis. hidup tak tentu arah. tarikh nikah pun dah tetap. mana lebih tragis cerita adik atau dia?"
"kakak, tunang dia diambil Allah. tapi adik punya, membuang adik dari hidup dia!"
"kakak tak habis cerita lagi sayang. then, 2 years after kematian tunang dia. perempuan tu dipaksa oleh ahli keluarga dia bertunang dengan orang yg dia tak pernah ada hati. orang yg dia tak rasa nak sayang pun. namun, diturutkn sahaja kata keluarga,"
"diorang bertunang?" soal adik penuh minat. kakak mengangguk. adik membeliakkan matanya "teruknya"
"sekarang, mana yg teruk. adik atau kakak tu?"
adik hanya memandang lantai. kakak memegang erat bahu adik, dia tahu adik kecewa. separuh jiwa adik hilang..hilang entah ke mana. kerana cintanya dibuang.
"adik, perempuan tu adalah kakak..." suara kakak mendatar. cuba mengukir senyum dalam kepayahan. lantas adik mengangkat wajah merenung tepat ke anak mata kakak. mencari kepastian. kakak mengangguk.
"kalau kakak boleh harungi semuanya dengan bersahaja, kenapa tidak adik?" kali ini senyuman kakak lebih bersemangat. adik, kuatlah!
"yg penting, hubungan dengan Allah. jangan give up! adik bukan dibuang, cuma Allah sediakan makhluk yg lebih baik untuk adik. Allah uji dalam kemampuan adik. untuk buang terus perasaan tu mustahil. banyak2 mengadu pd PEMILIK hati yg hakiki. adik akan dapat kekuatan tu perlahan-lahan. redhakanlah dia. dia juga diambil oleh Allah, cuma caranya berbeza. yg kakak, Allah ambil terus..yg adik, Allah beri pd makhluk lain. hikmah disebalik semua ni, hanya adik yg tahu. carilah hikmah dengan sabar dan ikhlas..kakak sentiasa doakan adik," air mata adik gugur lagi. kali ini gugur air mata itu tanda syukur, tanda lemah seorang hamba. dua wanita yg pernah kehilangan saling berpelukan. meleraikan kekecewaan di hati. mereka bukan dibuang, tapi mereka Allah ingin tingkatkan iman, insyaAllah.
"adik, ingat pesan kakak..adik bukan dibuang!" kakak menggenggam erat jemari adik.akhirnya, senyuman itu terukir dibibirnya. cincin emas putih disimpan, digenggam erat. pergilah kecewa, pergilah duka. moga hadir redhaNya :)

Monday, March 7, 2011

nailah dalam ingatan

assalamualaikum wbt dan salam holiday buat adik-beradik usrah nailah al-farafisyah..ngeh3

ana kurang ingat tarikh naqiah lami keuar dq, tp apa yg pasti ana selaku programmer mengadakan gathering usrah. siap upah photographer lagi ambik gambar kami sebagai kenangan. siap kena pakai kot bakti huffaz..jubah n tudung seragam. ateh ni banyak songeh betul..huhu

actually, i really miss my usrah..really miss. mungkin ada yg terkejot, sebab ana (hanisah sani) adalah seorang yg sangat liat nak pergi usrah. waktu mula-mula!

ingat lagi, after pembahagian usrah, ada sesi taaruf. semua muka-muka baru. naqibah kena panggil ayong+along, then adik-beradik ada panggilan masing2. angah, acik, ateh(ana la tuu...), alang, anje, ayang, andak, ucu, adik. mula-mula dapat panggilan, hate it so much. pekebende panggilan2 semua ni..panggil name dah la. bukan adik-beradik betul pun. macam-macam protes ana tunjukkan pd along dan ayong, serta adik-beradik usrah. siap boikot usrah. time usrah la nak tido, nak mengaji, nak i'adah..huhu..ateh..ateh

tp sekarang, ana rindukan tarbiah tu. kesabaran along dan ayong mendidik kami agr hidup dalam kehidupan yg ditarbiah. memandang perkara yg berlaku dr kacamata tarbiah. Allahuakbar! aku rindukan tarbiah ini..tarbiah nailah al-farafisyah..my dear siblings, ur names always in my du'aa

ku renungi hari-hari yg mendatang..
hati terasa sepi, terasa kosong
mencari ukhuwwah adik-beradik yg kian ditelan kesibukan
nailah al-farafisyah,
mungkin disini kita terasa hipokrit..menipu
tp disini janji kita pernah disatu
agar berjalan dlm aliran tarbiah

my dear siblings
walaupun bukan ikatan hati yg kita punya
ikhlaskanlah perkara yg pernah kita alami bersama
susah senang kenangan kita di bumi darul quran
menggapai mumtaz dr Allah

adik beradikku
carilah kedamaian dr alam ini
carilah kesabaran dan ikhlas dr hati yg mencintai Allah
cari kembali kunci ikatan hati kita
mungkin dah hilang, mungkin dah patah
tp belum terlambat untuk perbaiki kembali

moga nailah kembali gemilang seperti dulu..amiin