BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 11, 2010

...بسم الله الرحمن الرحيم...




bila belum bersedia melangkah lebih jauh dgn seseorang..
cukup lah hanya mencintai nya dalam
diam...
kerana diam mu adalah salah satu bukti cinta mu padanya...
kau ingin memuliakannya..
dengan tidak mengajak nya menjalin hubungan yang terlarang..
kau tak mahu merosak kan kesucian dan penjagaan hatinya....

kerana
diam mu memuliakan kesucian diri dan hatimu....
menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosakkan izzah dan iffahmu..
kerana
diam mu bukti kesetiaanmu padanya...
kerana mungkin saja orang yang kau cinta..
adalah juga pilihan Allah s.w.t..
pilihan yang terbaik untuk mu....

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali??
yang keduanya saling
memendam apa yang mereka rasakan....
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah...

kerana dalam
diam mu tersimpan kekuatan...
kekuatan harapan.....
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan mu itu menjadi nyata....
hingga
cinta mu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan yang nyata...
bukan kah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hambanya yang berharap....???

dan jika memang 'cinta dalam diam mu' itu...
tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata...
biarkan ia tetap diam.....

jika dia memang bukan milik mu....
insyaAllah.....
melalui masa dan waktu....
Allah akan menghapuskan 'cinta dalam diam mu' itu...
dengan memberi rasa yang lebih indah..
dan insan yang yang lebih baik dari itu..

kenapa harus ragu-ragu??
kekuatan usah di tunggu....
tetapi perlu dicari....
biarkan 'cinta dalam diam mu' itu....
menjadi memori tersendiri.....
sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dan Sang Pemilik Hatimu....



*copy paste dr sini. untuk diam bg seorang wanita memeritkan, tp bg lelaki mungkin ia mudah. namun bayaran mujahadah itu adalah syurga. bayarannya tiada tandingan. ana pernah silap untuk mengekspresikan tentangnya, tp itu dijadikan sbg pengajaran. lebih baik diam. kerana indahnya kita berkongsi rasa hanya dgn Allah..bkn dgn yg lain
krn hanya Allah yg berhak menentukan segala natijah...'ibrah dr kesilapan ana, dan dr pandangan ana...diam itu lebih baik
wallahu'alam :)

Friday, December 10, 2010

salam maal hijrah

assalamualaikum wbt dan salam maal hijarh. salam penghijrahan kpd yg lebih baik..dan lebih mulia. insyaAllah.

sambutan maal hijrah di dq cukup menyegarkan rohani. alhamdulillah terasa iman dicharge semula. maklumlah, sebelum ni charger tersorok, jd bateri low sikit :)

insyaAllah, masing2 ada azam masing-masing. banyakkan doa agar seiring dengan kehendak Allah. always pohon yg terbaik dr Dia. insyaAllah.

kembali ke zaman Rasulullah SAW dulu, ujian demi ujian yg melanda Baginda..sehingga terpaksa berhijrah secara sirr demi untuk menyelamatkan agama. masyaAllah. kita pd hari ini..susah sikit krn agama dah tolak ke tepi..futhur..sebab tak tahan dgn mehnah..sedangkan Rasulullah..kekasih Allah, tp kita?

siapa kita untuk rs lebih hebat dr Baginda...

Monday, December 6, 2010

..... itu rahsia Allah

Assalamualaikum wbt dan salam seindah mawar berduri buat serikandi agama sekalian. Moga hati-hati kita terus dipelihara kudus buat sang Pencipta dan yang selayaknya. insyaAllah.
masyaAllah, minggu ni terasa pack sgt. Ana dikuarantin untuk tidak melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti di dq.huhu. agak sedih. Konsert devotees, PRK dan Annual General Meeting pun tak dapat sertai. Tapi adatlah, nak dapatkan sesuatu mesti perlu dibayar dengan pngorbanan yg tinggikan?


“ana sakit hatilah dengan banin dq ni, diorang ni ingat ana nak kat diorang ke? At last nanti bukan ana nak pilih diorang pun,” rungut sahabat ana setelah mesejnya pada ketua dibalas acuh tak acuh. Ana hanya mampu tersenyum dan agak terkejut dengan kenyataan yang diberikan. Allahuakbar.


“anis, kalau kita suka kat seseorang ke benci kat seseorang ke diam je. Jangan zahirkan. Kita tak tahu jodoh yg Allah tetapkan untuk kita ni siapa. Tu semua rahsia Allah. Kita just boleh doakan yang terbaik je,” pesan mak pada suatu hari. Ana hanya mengangguk walaupun kurang faham.
Bila ana hadapi situasi macam ni baru ana faham. Mungkin ada sesetengah dari kita dilahirkan hebat, punya complete package, tapi hak menentukan adalah Allah bukan kita! Kita hanya ada hak untuk berusaha, natijahnya Allah yg tentukan.


Ana masih teringat cerita ayah ana sewaktu dia bekerja sebagai kerani di UM. Seingat ana pd akhir 70-an atau awal 80-an. Masa tu nak cari perempuan pakai tudung sikit punya susah, kalau ada pun yang pakai scarf je. Ada sorang kakak ni pakai tudung litup, manis sgt. So ramai orang yg admire dia, tak kurang juga mencemuh. Tp kakak tu tetap dengan pendirian dia untuk kekal bertudung. Walaupun ada yang mengugut untuk membunuhnya. Antum tahu siapa jodoh kakak tersebut? Mesti dalam pemikiran kita, kita akan fikir yang akak tu dikurniakan seorang mujahid yg hebat. Seorang mujahid yg sama-sama kuat pegangan seperti dia. Ternya sangkaan kita salah!


Suaminya adalah penagih dadah!


Cuba kita bayangkan, kakak yg sehebat itu..yang punya fahaman agama yg agak kukuh..suaminya adalah penagih dadah. Dalam hati kita mesti fikir, dah takda orang lain ke?
Itulah JODOH..itulah QADAR dr Allah buat kita..only Allah know it
Namun kerana kehebatan mujahadah yg ada pada kakak tu, suaminya kini menjadi almujahid yg hebat. Salah seorang ahli majlis syura salah satu jemaah. Alhamdulillah, perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir ini dan sangat bahagia. insyaAllah akan terus kekal bahagia.


We can see from it. Tak semestinya kita professional, jodoh kita dengan orang yg setaraf dr segi intelektualnya. Tak semestinya kita hafiz, jodoh kita adalah hafizah. Teringat kata-kata aisya dalam ayat-ayat cinta...”jodoh itu rahsia Allah”..benar, jodoh itu rahsia yg sangat kita tak tahu. Lambat atau cepat, jauh atau dekat..only Allah know it very well. Kita takda hak nak menentukan, kita cuma ada hak untuk berusaha ke arah matlamat kita. Namun penentuan adalah dr Allah.


Impian sahabat ana, “hanisah, aku tak memilih dalam bab jodoh ni. Aku hanya inginkan seorang mujahid yg sama-sama boleh bergerak dengan aku dalam medan dakwah ni. Izinkan aku jadi sayap kirinya. Sekiranya aku dijodohkan dengan orang yg selalu diperlukan oleh perjuangan tiap masa, aku relakan suami aku keluar ke jalan Allah walaupun aku sangat ingin selalu bersamanya, tapi izinkan aku di rumah mendidik anak-anak aku untuk menjadi sehebat ayahnya. Aku hanya berserah. Aku tak tahu Allah tetapkan mujahid yg mana utk aku, sebab aku sedar siapa aku. Namun impian aku macam tu lah. Ingin sama-sama mendidik anak-anak dengan acuan Al-Qur’an. Alangkah indahnya rumah tangga kami, apabila kami sama-sama bergandingan berjuang di lapangan dakwah, murajaah Al-Qur’an bersama-sama, menghadiri majlis ilmu bersama” ujarnya sambil tersenyum. Air mata ana hampir gugur. Luarannya seperti gadis biasa, yang mungkin nampak biasa-biasa. Sekilas pandang, tiada keistimewaan yg ada padanya, tapi bila ana selami hatinya, dia punya impian yg sangat besar untuk agama Allah yg suci ini. Sahabat, moga jodohmu adalah dari kalangan orang2 yg soleh..amiin



*masih jauh untuk ke arah pembinaan bait muslim.

Thursday, November 25, 2010

mampukah kita

asslamualaikum wbt dan salam segunung cinta dan harapan buat hamba-hamba Allah yg masih berusaha merebut, menagih, merenggut kasih Allah yg tiada sempadan. moga usaha ini terus dan akan terus hingga ke akhirnya. moga hati kita dipenuhi cinta dan rindu kepada Allah semata..amiin. InsyaAllah :)

ana masih berdebar menanti exam..Allahuakbar. moga Allah mudahkan. ana suka duduk bersama orang orang yg lebih tua dr ana, sebeb diorang banyak pengalaman..mungkin :)


"hanisah, kalau hanisah nak berubah apa yg nisah buat dulu?"..alamak, soalan ape ni..apa nak jawab
"ermm...xtaulah kak" dalam keliru belasah je jawab ape pun
"ok, akak kecikkan lagi skop. nisah akan settlekan benda yg xsettle lagi dgn Allah dulu atau manusia..." (soalan maut)
"ermm..mungkin manusia dlu. sebab nisah xtau yg umo nisah sampai bila dan ntah bila boleh jumpa orang tu. but in the same time, clearkan jugak dgn Allah"
"hmm..bagus adik akk"..pujinya sambil tarik pipi ana :)


mungkin dr sini kita boleh ambil ibrah dan pengajaran, walaupun perbualan ni singkat. kakak ni memang suka tanya soalan mencabar pada ana. aishh, kadang xtau nak jawab apa. tp pertanyaan dia kali ni benar-benar buat ana terfikir..adakah ana dah clear semuanya dgn manusia? kadang memang kita akan ckp psl org tu tanpa sedar(tabiat buruk..astaghfirullah)..dan bila kita nak pergi face to face dgn orang tu dan minta maaf pd dia..akan maafkan kita x orang tu..pn kita xtahu..

ana betul betul belajar sesuatu dr pertemuan singkat dgn dia. if ada hutang, ada hutang , ada hutang dan macam-macam lagi..kena clearkan. ni nasihat utk ana jugak. hanya diri kita tahu diri kita macamana. bumi dq, bumi yg Allah bagi cash kalau kita ckp apa je..ana dpt rasakan perkara tu. memang sebijik atas muka Allah bagi. so kat sini tarbiah memang fresh2 dpt..dan sebagai tarbiah apabila keluar dr dq nanti. kita takkan selamanya berdaa di zon yg selesa. kita perlu jugak tempuh zon yg orang yg tak pernah tempuh..zon yg menyakitkn, sebagai latihan utk bergelar daie, mad'u, dan dr.cinta.

macamana dakwah nak sampai kalau diri kita sendiri belum habis settle dgn orang..macamana ilmu nak masuk kalau dengan orang pun kita masih ada masalah..

dalam kita menapak, terlalu banyak perkara yg perlu diambil kira. ana sering tersilap langkah, tersilap keputusan. tp yg salah itu benar-benar akan mengajar kita kehidupan seorang daie, mad'u, dan dr.cinta. no wonder hassan al-banna mengatakan, tanggungjawab melebihi masa yg ada. tp kita terus lalai dan leka...................................

*kepada mereka yg pernah ada ana buat salah, pernah terguris hati, pernah ana silap tingkah, pernah mulut laju menutur kata..ana betul-betul minta maaf. tak kira muslimin atau muslimat, banin atau banat. ana betul-betulminta maaf atas khilaf yg sengaja atau tidak. tegur ana, nasihat ana. ana masih belajar dan selamanya akan terus belajar, insyaAllah :)

Monday, November 1, 2010

"ku di gerbang remaja"

assalamualaikum wbt dan salam lautan rindu dan sayang buat pelawat2 blog yg sntiasa ana kasihi dan rindui lillah.insyaAllah.terasa seluruh urat nadi dan saraf bergetar tatkala cinta Allah seakan terbang jauh dr hati ini.terasa lemah segala yg dipandang

tetibe teringat pd waktu mude2 dlu, waktu darjah 6. sri aman pnh menganjurkan seminar "ku di gerbang remaja". fasi yg ana igt ialah abg muadz je, sbb ana igt lagi time tu main explorace. sampai di checkpoint abg muadz, soalan aqidah yg di soal. biru muka ana nak jawab. "Allah berada di mana?"..nasib baik abg muadz kesian dgn kitorg yg dh mmg muke kesian. alhamdulillah :)

"nisah,boleh jumpa tak?"
"boleh,now?"
"yup, xkn tahun dpn kot"
"hishh, main2 plak. dtglh bilik"

maka terjadilah pertemuan yg ana kira singkat menjadi panjang. setelah habis luahan kawan ana..terkedu!terkedu!terkedu!

kenapa semua ni boleh terjadi pada para huffaz? kenapa perlu dibuat secara sirr?kenapa mesti islamikkan perkara yg xpnh islam halalkan?

seribu satu pertanyaan yg melanda benak ana. kawan ana yg selama ni ana sangat kagumi, kenapa begitu jauh sekali berubah?mana pergi 'masyi' dlm menuturkan mslh2 agama..yaAllah, kaki ana lembik. gugur satu persatu air mata. kenapa perlu perkara ni terjadi?

virus cinta!

tasmi' semakin slow. fikiran selalu menerawang entah ke mana. tersenyum-senyum sorang diri. dan baaaaaaaaaaanyak lagi perkara yg tak sanggup utk ana tuliskan kat sini. kenapa semua ni terjadi yaAllah?

kwn2 ana yg sangat bagus akhlaqnya, jauh lebih warak dr ana. bisa buat perkara yg ana xterjangkau dek akal utk melakukannya. mungkin saat ini mereka diuji dan belum saat ana lagi. kita xtau, saat kita diuji kita pulak mcmana. tp perlukah kita gadaikan maruah kita sbg muslimah yg menghafal al-quran..yaAllah

kini ana sedar, tersedar dr lamunan, tersedar dr mimpi. yg kami dan kita semua perlu persiapkan diri bukan shj menjadi PROFAZ, tp juga DR.CINTA. pesakit di kalangan kita kian ramai. dan xmustahil salah seorang pesakit tu juga adlh kita!

perisaikan diri kita dgn perkuatkan hubungan dgn Allah, perkuatkan hubungan dgn manusia. banyakkan munajat pd Allah.kita dah xde masa nak duduk2 je.ana terlalu takut, terlalu gerun melihat manusia semakin berani melanggar hukum Allah even huffaz sendiri

to all my beloved visitors, dan juga kpd diri ana terutama, qiamullail jadikan ia sebagai perkara yg wajib.krn disitu kekuatan kita sbg org islam. amalkan puasa sunat isnin dan khamis, krn itu mendidik nafsu kita agar tidak melakukan perkara yg berlebihan. ana pernah diuji dgn lelaki, dn ana taknak kwn2 ana turut pernah diuji perasaan mcm ana. cukuplah sekali perkara tu berlaku, dn bukan pd kwn2 ana. kini ana sedang mengalami realiti yg sgt ditakutkan selama ni.

ALLAHUAKBAR

Friday, October 15, 2010

esok bermula

assalamualaikum wbt dan salam seharum kasturi cinta kasih Allah buat kita. moga langkah demi langkah, kaki berpijak, Allah bersama. dan setiap perkara yg berlaku moga kebaikan kita nikmati walaupun keadaan perit menyelubungi. percaya, yakin, pasakkan dlm hati yg Allah itu xpnh zalim, Allah itu sgt menyayangi kita :)

esok, insyaAllah akan ke dq. balik ke tempat pengajian. sayu, sedih, sebak..dan banyak S lagilah ada. aishh, rsa mcm malas je. tp tanggungjawab :)

insyaAllah, moga ke sana dgn jiwa yg suci, pulang ke gagang dgn jiwa yg suci. melarik kasih Allah juga dgn jiwa yg suci, agar yg terhasil jua amalan dan jiwa hamba yg suci.

hari ni rasa sayu sgt. mgkn doa 'mak angkat' di mekah buat kami disini terasa makbulnya..insyaAllah

doakn prjalanan ana yg trbaik. berbaki satu lagi paper, hifz quran tahriri. moga 4.0. amiin insyaAllah. sem akhir sbg tahun 2..ada setahun stgh lg kt dq. rs terlalu singkat......

doa dn nasihat kalian amat ana harapkn. jua doa buat kalian dr ana sntiasa, insyaAllah.
barakallahum feek

Wednesday, October 13, 2010

kpd mereka

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kpd anda semua..bunyi mcm laen je post ana utk yg kesekian kali ni

hmm, sehari dua ni mcm xde mud sgt. td prgi klinik, kureng sht sikit. ana xtahu rupanya ubat yg ana pnh ambik ade side effect, berat badan makin betambah (alahai, mcm boldozer la ana ni), tekanan darah jd rendah. check td 95,70. sedangkn duk kt rumah xd stress pn..ok je

mgkn byk fikir kot! sejak akhir2 ni byk fikir. ana mengaku!

byk tggjwb, jd byk prkara yg prlu selesai. kadang rse smpt x buat semua ni, tb2 Allah pggl..adushh, amalan xcukup lg. hidup terumbang-ambing lg..hanisah, hanisah

kadang termenung melayan perasaan. xboleh mcm ni..xboleh. igt bnda yg xde pekdah je

mak slalu ckp, "nnti mak ayah dh tua, xtau sape yg sggp jge mak ayah ni". ana rse nk nanges, tp diam. dlm hati doa agr Allah pilih ana utk jge diorg w/pn tggjwb jge mak ayh ni pd ank lelaki. kdg ana membalas,"mak doakn anis dpt suami soleh,yg fhm anis utk jge mak ayah"..mak angguk

mak dgn ayah xbyk harta, tp rmh yg ada ni pnh jd sebutn abg..abg gurau dgn ana, "kena buat baik dgn anis ni" n my mom sgt terase. "mak hidup lg dh sebut harte" mak sedih lg. kalau harte bnda jadikn manusia berpecah -belah, bergaduh sesama sendiri, berputus tali sedare, ana rela bg je apa yg diorg nak. sbb kita kejar, kita cari HARTA AKHIRAT.

rumah mcm istana, kete 8 tingkat, atau ap2 lg..kita xbwk dlm kubur. semua tinggal....
sb kita nk jmp yg MAHA HAK pemilik hrte tu semua. Allah bg pinjam, tp kita gaduh sb harte. buat baik ad kpntgn harte. what's that??

kdg rse ajal ni dekat sgt. berperang dgn hati sndiri. kpd semua org yg ana syg, yg pernah ana syg, yg telah ana syg, yg terlanjur ana syg..pray for me! pray for ummah! we just want to deid in islam, in rahmah Allah..insyaAllah

Monday, October 11, 2010

umrah dan haji..sejauh mn kemampuan kita?


assalamualaikum wbt dan salam seindah putaran roda cinta Ilahi yg sentiasa berputar mengelilingi hati-hati kita. moga terpaut cinta Allah pd hati kita walau di hati hanya Allah yg tahu, betapa berdosa terasa tiap detik. desah meresah ke segenap ruang hati, risau, takut, gentar andai Allah tidak memilih hati ini utk dikekalkn hidayahNya. alangkah mencabarnya hidup dn setiap kali itulah iman tersepit melaung kekuatn cinta Allah. Ya Rabbi, hidupkn hati kami dgn cintaMu...



"you dh pergi haji?" soal seorang pakcik kpd ana
"belum" ana menggeleng
"kenapa you tak pergi haji lagi?" terkedu disoal sebegitu"you tau tak yg haji tu sama wajib macam solat"..gurlp
"tapi kenapa ramai yg tak fikir haji tu wajib mcm solat.." persoalan?
"sebab ramai yg fikir pd ayat jika mampu" jawab ana perlahan-lahan
"haaa..syarat jika mampu cane?"..gurlp (asek telan ayaq liur je time ni..soalan yg bravo)
...ana terdiam, menunggu butir bicara pakcik ini selanjutnya
"ok..you nak buat haji first thing you kene buat ape?"
"kursus haji" aii, main belasah jawab je ana
"sebelum tu lagi"
"ermmm...."
"menabung di tabung haji, betul x?"
"ya..ya" ana mengangguk
"lepas tu pastikan tabungan kita smpi rm1300 then daftar utk haji, so you dpt tahu tahun bile you boleh naik haji.." ana mengangguk lagi
"katekanlah you dpt pergi haji tahun 2030, dlm pd nk smpi thn tu you meninggal, dh kira you pergi haji ke belum?"
"disisi Allah insyaAllah ya, tp x disisi manusia kn?" sambung pck tu lagi..ana mengangguk
"means kt sini, disitu 'kemampuan' you utk prgi haji. usaha you.sejauh mana kemampuan you itu" sambung pck tu lg
"dismpg kesihatan, dan sebagainya..tp you tgk sekarang, berapa ramai yg sering menangguhkan haji. krn perkataan "jika mampu"..mereka merasakan xmampu lagi krn mereka belum cuba utk 'mampu'...




azam ana sebaik balik dr langkawi ana nk daftar haji, tp mungkin bkn skrg. dn mgkn Allah nk uji ana sejauh mn keazaman utk dftr haji dn pergi haji. kereta ayah eksiden, remuk. mungkin sebulan dua di bengkel. jd ana xde transport utk ke mana2. stay at home. itulah, bila Allah tarik nikmat kita tak seda betapa berharga sesuatu perkara tu. manusia mmg mcm tu.

ana rindu nk pergi ke baitullah. lihat kaabah. 24jam fikirkan ibadat, memperhambakan diri sepenuhnya pd Allah. tinggalkan semua perkara yg menyakitkan kt sini, dn bertafakur kt sana..ana terlalu ingin,sgt...


Friday, October 8, 2010

part II


.......................

kenapa remaja terjebak dgn cinta monyet?
"remaja perempuan terlibat dgn cinta terlarang di alam persekolahan krn ketandusan ksh syg keluarga terutama drpd seorang ayag. pljr prmpuan mdh brcinta dgn llki bkn krn si lelaki kacak, ttpi krn sifat llki yg mengambil brt dn mmberi prhatian trhdp dirinya.itu sj

remaja prmpuan snggup keluar duit sndiri utk blnja psngnnya asalkn si llki snggup berlama-lama bersembang atau brtanya khbr dgnnya. smntra si llki pula bknnya brsedia brcinta pn. sekadar suka-suka saja. dn lebih kpd ingin mengmbil ksmptn"-ustaz muhd khairul azhar ghazali,psrta imam muda.

itulah salah satu petikan yg dpt ana nukilkn dr majalah anis(okt2010).

buat para remaja sekalian, ana prcaya..kesibukan ibubapa yg xsmpt menguruskn anak2 menyebabkn mereka kurang prcy pd ibubapa mereka. mereka terasa ditinggalkn dn tidak dihargai langsung. that's why, ramai remaja prmpuan kita dibaw lari ke lombok dn sewaktu dgnnya. kalau nk tgk rupa, 10kali hensem org jual soya kt tepi jalan..tp disebabkn prhatian yg diberikn mereka pd remaja prmpuan trsebut..everything dia serahkn.jiwa dn raga, termasuk bakul semua laa

kpd muslimin, ana yakin antum msti pnh wnta yg mcm ni.mksd ana sgt bahagia bila kita bg smgt kt dia.dn xsemena-mena dia jd org yg plg bahagia. sdgkn kita xla over sgt..but, cuba letakkn diri kita kt tmpt diorg. wnta bkn alat ujikaji bg atum utk test mengetest. atau utk rs diri laku ke x. siapa antum utk mainkn ht seorg prmpuan? u must remember that 'what goes around comes around'...lihat seseorg dgn mata hati. ada sebab knp dia sgt bahagia bila antum bg smgt kt dia. dn jgn sekali bg hrpn plsu,krn kecewa itu sgt sakit..

kpd muslimat, jaga diri,hati dan iman. walaupn kita ketandusan ksh seorg ayah atau keluarga, kita xkn ketandusan kasih Allah. kasih Allah trhadap kita sgt melimpah ruah. jgn dikejar perkara yg xpsti. krn yg xpsti itu menyakitkn kta. bykkn munajat pd Allah. bykkn komunikasi dgn Allah. HE knowe b8r than us. dn Dia tetapkn prkara yg baik2 pd kita. look forward. put ur trust in Allah in every steps. insyaAllah,u'll find the way(cm lirik maher zain jek..hehe)

kalau ada salah, betulkn....

this love is unbreakable

assalamualaikum wbt dan salam penuh syukur dr hamba Ilahi yg sering mengecewakanMu ya Allah, namun takkan dibiar ia berlarutan.hambaMu bangkit memburu kasihMu yg harum memekar wangi di segenap ruang hati ini. ya Ilahi,anta maqsudi,waridhoka maqlubi

cuti after balik langkawi alhamdulillah berkesempatan balik kampung. Allah beri ruang pd mak,ayah dan ana utk ziarah pusara arwah abg. waktu duduk berteleku sambil menghadiahkan al-fatihah buat arwah, spt biasa air mata hampir gugur. hampir 14thn arwah tinggalkan kami, namun serasa spt smalam dia bergurau dgn ana. suapkn nasi ke mulut ana. memujuk ana tika ana merajuk. membuat ana tersenyum. dan dia insan yg plg tidak boleh melihat ana menangis..arwah psti usaha sedaya upaya buat ana tersenyum. ana cintakan dia, ana terlalu rindukan dia yaAllah. xda lelaki lain yg pnh bt ana bahagia selain dia. he loves me, he cares about me, he always be my side. ana msih igt, yg arwah tggu ana tidur dulu baru dia pulang ke tmpt dia bljr. sbb dia xsmpi ht tgk ana nangis. dn pg esk sblm ke tadika, dia akn telefon ana dgn pblc phone, tnya keadaan ana. dan selalu dia akn ckp,"nnt akeem balik yea. anis blaja rajin2. dgr ckp mak ayh"...

tgn ligat mengutip daun2 kering yg bertebaran di ats pusara arwah. anis rindu akeem. sgt. tp anis bahagia. sb anis tahu akeem syg kt anis. dia lelaki yg sering bahagiakn ana. alhamdulillah. walaupun sekejap. dn hati ana berbisik,"suatu hr anis akan ikut akeem jugak..."

cinta ini menyakitkan ana, tp ia menyembuhkan. itulah getaran cinta yg Allah beri. sama mcm abg2 yg lain, byk sacrifice utk ana. ana xpnh jmp lelaki mcm arwah. sungguh. arwah sntiasa hidup dlm ht ana, dlm diri ana. i love him so much :)

kita lupakn yg itu, tp ana ingin kongsi satu lg di sini...



"zila, kenapa ni? apa yg dh jadi?" soal rakan sebilik zila. pergelangan tangan zila dipenuhi darah, pisau di tgn kirinya masih didalam genggam. wajahnya pucat. nafasnya lemah. atirah kaget. kelam-kabut. dia tidak tahu apa yg hendak dilakukan. atirah membuka pintu, tiba2 lalu diana.

"diana, tlg kte. zila..zila," atirah cemas. diana menjengah ke dlm, "yaAllah!"..pantas atirah mendapatkan first aid. membersih luka kelaran zila dan membalutnya. mujurlah tidak dlm kelaran tersebut, dn ia masih baru. cubaan membunuh diri!
sedari tadi air mata zila basah. berkali-kali diana dan atirah memujuknya..namun zila spt mayat hidup. matanya hanya mengalirkn air mata. kwn baik zila, hadrina sampai. hadrina baru shj selesai kuliah. dn dia segera mendapatkn zila. hadrina tahu. kenapa zila begini.

hadrina meminta izin utk berbual berdua shj dgn zila..

"rin..dia dh kawen," ucap zila lemah
"aku tahu ila, tp kau buat kerja bodoh ni bukan dia tahu. bukan dia dtg ikah dgn kau pn,"balas hadrina
"rin, kau tak lalui hidup mcm aku. aku hidup dlm ketandusan kasih syg seorg ayah, ketandusan kasih dn perhatian dr keluarga. semua buat hal masing2. aku terabai. ayah aku sikit pn tak boleh nak rapat dgn aku. mcm jijik je dgn aku. rin, bila dia dtg dan beri apa yg aku xdpt..aku sambut dgn spnh hati aku. tp ini yg dia bls rin," esak tangis zila kedengaran. hadrina memandang sayu ke arah temannya. zila, kuatlah. seru hati hadrina.
"rin, bila dia cares psl aku. dia syg aku. itu cukup buat aku bahagia rin. walaupun tu semua palsu. aku tak tahu. hati aku penuh dgn dia. aku tak kisah dia sakiti hati aku, asal dia syg aku. dia selalu je cakap kasar dgn aku, tp aku tau dia sayang aku. aku xprlukn bnda lain rin..hdp aku xmcm kau.bila setiap kali dia hembus hrpn di hati aku, aku smgt nk teruskn hidup. dn skrg, dia milik org lain. dia main2kn aku je rin. apa guna aku hidup,"
"astaghfirullah zila. mengucap. hidup mati di tgk Allah. bahagia jugak Allah bg," nasihat hadrina
"rin...dia dh kawen. aku syg dia rin," esak tangis zila makin kuat. bahu zila dipeluk erat. zila bagai anak kecil yg menagih perhatian dn simpati. kuat zila, kuat!
"rin, saat akhir tu dia buat aku mcm perempuan xde maruah. dia pijak2 maruah aku. dia ckp aku yg terhegeh-hegeh kt dia, bkn dia nk sgt kt aku. dia sikit pn xprlu dn syg aku. sakit rin...huuuu," tangisannya kian hebat.
"ila, sabar. sabar. ingat Allah," hadrina tidak putus2 memberi semangat
"rin..dia jahat. bunuh dia rin. jgn biar dia hidup. aku xnk dia hidup....,"
"syhhh. dah ila..dah. istighfar,"


to be contineu...sabar ye ;)

Wednesday, October 6, 2010

izinkan mimpi berulang

assalamualaikum wbt. salam ceria oren dr ana buat tatapan pembaca sekalian. ungu violet yg mendamaikan jiwa. hijau yg redup..seredup kasih Allah buat kita semua. yaAllah, limpahkan rahmahMu ke atas kami. krn kami ke syurgaMu bkn dgn amal yg sedikit ini, tetapi atas ihsan dan belasMu shj...

penat menguasai diri!
bila nak sampai??persoalan yg bertalu-talu dlm benak ana. ana mohon singgah sekejap di kedai buku berhampiran bg melepaskan lelah seketika. dan mata tertancap pada sebuah novel yg ana cr selama ini.."izinkan mimpi berulang" by zaharah muhammad. dan sebak mula meresap ke dlm hati ana. ada kisah di sebalik nama itu

novel tu diperkenalkan oleh kwn ana, dan ia meninggalkan kesan mengapa ana menyepi seketika dr mencari 'zaharah muhammad'..hari ini Allah pertemukan tanpa dipinta

tangan mencapai novel tersebut...dan ana berpuas hati dgn karya zaharah muhammad. bertambah list penulis yg ana minati selain fatimah syarha, faisal tehrani, hamka..dan zaharah muhammad...


kadang-kadang setiap kali dia menimbulkan persoalan jodohnya, Fatimah seperti ingin menasihatinya begini; "kak, lebih mudah kalau kita bina impian itu di hati saja. kerana hak menentukan adlh Dia. bercintalah tnpa meletakkan hrpn yg tggi. sesungguhnya prbuatan kta byk membinasakn drpd membahagiakan. krn kebahagiaan milik kta hnya di sini. di hati dan pn ketika Dia mahu memberi. lontarkanlah keinginan itu jauh-jauh, bersama mimpi yg mampu dihilangkn stiap kali kta trjaga. dn sakit itu biarlah kita yg tanggungdn Dia yg lbh mengetahui.

usah berlari ke kaki langit utk mengejar mentari. krn mentari dan kaki langit bknlh 2 sudut yg brcntum. penyatuan itu hanyalah ilusi mata. itulh tnda kebesaranNya dn kta prlulah reda. jgn dicari dn dimimpikn pd yg xpnh ada. mimpiknlh Dia, crlah Dia yg sntiasa wujud tnpa ada kesudahannya. demikian, jgn disalahkn cinta. jgn diatakn bhw cinta tak penting. cintalh yg memebrikan semangat. cinta memeberikan kita semangat utk trs brdiri dn mntaatiNya. cnta jga mmberikan kta smgt utk brbkti kpd sesama manusia. perpisahan yg sering dtg di stiap kalinya ada cnta, jgn disalahkan cinta adanya. ia dtg hnya utk memaknakan sebuah pertemuan"



antara bait dlm novel yg menjadi kegemaran ana. trlalu halus novel ini mndidik hati ana. memfokuskn apa yg pntg dn prlu ana lakukan dahulu brbndg cnta yg adanya. terima kasih Allah! menemukn ana dgn ia walau trselit pahit antara novel dan ana. slh kta yg tersilap dlm prcaturan hidup ini..namun hdp bkn satu prcaturan. hidup adlh transformasi insan kpd hamba dan khalifah dgn cr trsendiri mengikut acuan al-quran dn hadis


*zaharah muhammad blh dihubingi melalui blognya. klik disini

Tuesday, October 5, 2010

cerpen

Untukmu Gadis Yang Meningkat Remaja | iluvislam.com + discover the beauty of islam

*nice true story. terlalu byk ibrah yg boleh diambil. xsemestinya seseorg itu jahat, akan jahat selamanya. hidayah tu milik Allah. amar ma'ruf nahi mungkar

Friday, September 24, 2010

sekeping hati di bawa berlari



assalamualaikum wbt dan salam gigih buat hamba2 Ilahi yg masih tegar menabrak jalan-jalan kehidupan yg Allah sediakn dgn penuh cinta. salam kekuatan, salam kebangkitan, salam kembali meniti hari-hari yg mendatang dgn penuh rasa syukur pd Allah shj..hamdan lillah. kita masih bisa bernafas dan bergerak. duduk di atas kerusi empuk, tidur di atas tilam yg enak..dan segala nikmat yg Allah beri, moga dgn 'kemanjaan' dr Allah membuahkn hamba yg bersyukur



skrg dlm fatrah peperiksaan. fight till death!


even semakin hari rasa macam semakin tak semangat. tak boleh..tak boleh. berbaki satu paper lagi, tarannum. insyaAllah mumtaz buat semua.




pada hari kami semua dijadualkan exam tahriri al-qur'an, malam tu ana tiba-tiba demam. mula-mula buat tak kisah, cool je, tp tak tahan..akhirnya ana kena baring. badan ana panas, kepala sgt pening, tak boleh gerak langsung. nak muntah..semua ada tp ana try kuatkan semangat sebab esok ada exam. tak pernah demam sampai macam tu sekali, akhirnya ana akur pd qada' Allah yg ana tak boleh seat for tahriri al-quran. ana pergi klinik untuk ambik mc, doktor cakap ana darah rendah. 95..50. memang rasa nak pitam, tp tahan..tahan.




ramai yg datang ziarah bwk rahmat, alhamdulillah. dan ramai yg cemburu dgn ana sebab ada masa lagi utk i'adah. tp berat jugak sebab ana dijadualkan exam pd sem depan. apapun yg berlaku, itu yg dah Allah tetapkan yg terbaik. jangan rasa menyesal shbt2ku..seolah kita salahkan Allah untuk letakkan kita dlm situasi ni. ana pun taknak exam lewat-lewat, tp mgkn ni chance Allah bagi untuk ana lebih iadah. Allah tetapkan yg terbaik dan termampu buat kita.





dan Allah..
tak pernah silap..





jangan sekali-kali kita sesali dgn apa yg terjadi ke atas kita. learn from that. dan akan datang lakukan dgn cemerlang. dlm meniti kehidupan, ana sgt berterima kasih pd pengalaman pahit yg ana lalui, sebab ia buatkan ana jadi kebal dan kadang tepu dgn perkara yg terlalu menyakitkan. alhamdulillah, hanya Allah yg layak terima segala pujian.





memang bila Allah dtgkn ujian, kita rasa sakit bagai dicocok-cocok(tersenyum)..tp yg dicucuk tu sebenarnya manis. believe me..shbt,put ur trust..ur heart in Allah..you'll be fine. believe me dear..




sgt cantik susunan Allah utk hidup kita. hidup cuma sekali. terlalu rugi andai dihiasi dgn kesedihan semata. kutiplah semangat yg Allah 'package'kn sekali dgn ujian yg dia bagi. ni time ana steady, time ana rasa nak futur..antunna pulak yg ingatkan ana ya :)





*pandanglah setiap yg berlaku dr kacamata dakwah dan kasih sayang..kacamata hamba yg bersyukur

*doakan perjalanan ana ke langkawi ye ;)..alhamdulillah dpt hadiah release tension dr family. moga bertambah rasa syukur..luv u lillah

Monday, September 13, 2010

in life, sometimes

assalamualaikum wbt dan salam sedingin air di kali yang tak henti mengalir. biar batu sebesar everest menghalang, aku tetap akan lalu..hehehe

hurmm, melalut je keje hanisah ni. anyway, post kali ni xformal and bahase cecampo sket. heheh. tp mcm xbest pulak arr. xpe2..kensel

selalu tak apa yang kita nak, kita dapat benda lain akhirnya?
selalu?

ana selalu macam tu. marah x?

jauhkanlah marah, tapi try untuk redha. try untuk accept apa yang berlaku. kalau ana, ana sendiri tak nak yang arwah abang ana pergi tinggalkan ana, ana tak nak dilahirkan dalam keadaan yang mendesak macam ni, ana tak nak dan tak nak macam-macam..ana nak buat keputusan sendiri...ana nak buat sesuka hati ana je..senang cerita. ade kesah? wah3..canteek punya soalan

tapi,
Allah tetapkan sesuatu dan tiada apa2 yang boleh ubah. innallaha 'ala kulli syai in qodiir. dan Allah xsilap dan takkan perrrrrrrrrrrrrnah silap...

pernah dulu, ana dan ayah berbeza impian. i wanna be an accountant or economist, tapi ayah ana nak ana jadi seorang yang faqeh fiddeen. "anis mesti ambik aliran agama"...ana nangis. ana tak dapat nak cakap apa-apa lagi. sebab ana tahu tu keputusan yang tak boleh diubah

ayah pujuk ana setiap hari, dan setiap kali itulah ana akan menangis dan menangis. ayah, fahamlah anis ni, anis ada impian anis sendiri. ayah bg anis peluang, anis buktikan!

tp apabila seorang ayah bertegas, ana xboleh ckp apa2. akhirnya result ana in prinsip akaun dan ekonomi serta sewaktu dgnnya jatuh sejatuhnya. ana dah takde semangat nak score. ana dah takde minat. ana menangis lagi dan lagi. dan terbukti ana berjaya menggagalkan diri dalam spm08. yeahhhh!

dan sekali lagi,
ayah pujuk ana ke dq. ana excited nak ambik sijil sebab kuhnunnye nak jadi profaz(profesional huffaz)..yahooo blh ambk accounting or economist
"awak ingat result awak ni layak ke? macam sampah.." ana keluar dr interview dgn kecewa. ana lupa, ana dah gagalkan diri ana in trial and spm. ana tak tahu mana keberanian ana cekau sampai ana berani mati utk gagalkan diri. xlah fail, tp result truk la..in certain subjects

sah..sah xdpt sijil. ayah pujuk ana interview diploma. ana taknak, ana dah cukup frust dgn hidup ana. ana lalui khdpn yg sgt getir saat ni. ana perlu korbankan semua saat ni. mana ana kena hadapi cemuhan dr keluarga sbb result truk, ana xdpt further dlm bidang yg ana nak, ana kena buat perkara yg ana xnak..yaAllah!

ana pergi je interview diploma..sekali dpt daa. ana taktahu apa perasaan ana bila sampai surat tawaran, ana cuma senyum je. ayah dah sujud syukur berkali-kali. ayah memang nampak puas sangat. tp ana, accounting courses melambai-lambai, kerusi accountant bank negara terbayang di mata..aduuhh, parah dong

last sekali, ana redah je apa yg Allah bagi dan takdirkan utk ana. first year, thn yg ana rasa nak bunuh diri. hati dan perasaan ana diuji. tiap2 hari nak keluar dq rase. every day nanges kerja ana. part time nanges tu, huhu. msk second year, ana tetap begini..

"hanisah,
awak dah gadaikan masa depan awak dgn menggagalkan diri dlm spm08,
takkan chance yg Allah bagi kt dq ni awak nak hancurkan jugak
knp awak selalu nak hancurkan harapan yg Allah bg pd awak?
awak ni tahu bersyukur atau tak? atau awak sengaja nak uji Allah?"

.......astaghfirullah hanisah! what are you doing??? wake up..wake up

kita takkan selamanya tenggelam dlm kemelut rasa. kita perempuan islam yg ada kekuatan dan maruah!!!



Friday, September 10, 2010

Dia Takdirmu Di Syurga

Dia Takdirmu Di Syurga | iluvislam.com + discover the beauty of islam

*just click there..satu artikel yg sgt bagus ;)

Monday, September 6, 2010

hello..hello

assalamualaikum wbt..salam sedingin air hujan rahmat turun ke bumi. salam sebening cinta seperti patuhnya aturan tumbuhan bumi mengikut aliran carta Ilahi. salam sesegar hijau daun ciptaan Allah, dicipta dgn penuh cinta agar kita melihatnya dgn penuh kasih dan cinta pd Allah jua. pd Dia, ku gantung harapan agar rahmah Allah meliputi inci kehidupan kita. agar..tiap perlakuan dlm kawalan hubNya shj..insyaAllah




"anis, buat ape tu?"

"ni, tlg mak buat sarang semut. knp?"

"tak saba nk balik ni, mgkn balik khamis kot"

"elok la. bwk la sekot-sekot sket ye. heheh. tkt yg buat ni xckup"

"insyaAllah. jpa bru bank in duit, buat belanje raye. cadang nk msk ape"

"hmm, cm bese la. rendang, kuah kacang, ketupat, lemang n ade lg laa"

"bagus2. nis, ko belaja la masak ngn mak awal2 ni. esk2 blh msk utk suami. jgn harap muke je lawa, tp masuk dapur tak reti"

ana terdiam,"hehehe, insyaAllah" ape abg aku ni bg nasihat? lain mcm je

"marka tak dtg?"

"uishh, ape punye soalan ni. mn ade bf la jepa niii," aduuh, ana terjerit. kenapa soalan bukan-bukan ni? jawab je la

"xdela, rileks la. tanye je. mcm ade je" asaknya lagi

"aduuh pa, xde la. kalau ade mmg anis bgtau"

"xpe. kalau ade jgn sorok, bg jmpe mak ayah. pilih betul-betul nis. sekarang ni fokus belajar, bnda laen lambat lagi. tp kalau dh smpi seru nk buat cmne yea..hahahaha" ana ikut ketawa terbahak-bahak


ana tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni orang sekeliling ana sering bicarakan hal yg lebih kurang sama. mungkin betul kot kata ni,"cinta dtg tanpa diundang. cinta hadir tatkala kita tak perlu dan ia tak wujud bila kita perlu". ermm, masih mencari jawapan. ana ni baru 19, tak sesuai lagi la nak fikir fasa seterusnya ni. khatam menghafal pun tak lagi. banyak lagi benda yg perlu ana buat. kenapa semua suggest ana nikah awal ni..aduhai! ana ok alhamdulillah. masih mampu lagi untuk berdikari. masih boleh urus semua sendiri. belum masa lagi


kalau dulu ye lah, tgk orang nikah awal nampak best je. nak nikah jugak! tp nikah ni bukan benda main-main. ni soal hidup mati kita. perjalanan masih jauh. masih banyak perlu ana teroka. tumpuan pd mak ayah perlu lebih. perlu fokus pd study. harus tingkatkan kemahiran diri, ilmu didada. ujian jd anak yg taat xlulus lg, mcmna nk jd isteri yg taat? xboleh..xboleh. ngeri soalan2 berkait nikah kahwin ni..huhu




takut! takut sekiranya serah hati ni pd yg mengecewakan. hakikatnya manusia sering mengecewakan. Allah dah buktikan pd ana. kita tak boleh menghrapkan kesempurnaan pd makhluk. krn Allah sebaik-baik Pencipta, He knows b8r than us. banyakkan doa. sama juga ana, ana hanyalah perempuan akhir zaman yg sering mengecewakan juga...

langgar pantang



assalamualaikum wbt. salam ramadhan kareem yg penuh barokah. ramadhan menyaksikn hamba2Nya benar2 menjadi hamba. berebut-rebut menagih rahmah, mahabbah, maghfirah Allah. bulan yg kadang terasa tipis untuk dinikmati akan datang, bulan yg merenggut kesenangan duniawi demi mencapai Allah dlm hati. antara dunia dan akhirat, pilih tujuan kita...

"ton, esok jadi ya?"

"pukul berapa ambik train?"


"ermm, sblm pukul lapan kita keluar..ambek train pukul 8,"

"ok, set!"



alhamdulillah walaupun kelewatan, sempat kejar train pukul 8. huhu. sian pck abdullah kena pecut :) ana teringat pesan mak, "xyahla gi masjid india. tempat org ramai, xelok sgt,". aduihh, ana nak ke midvalley beli barang. tapi kwn ana perlu ke masjid india nak beli kasut. firstime, langgar pantang. tapi ana inform pd mak. mintakmak doakan takda apa-apa yg berlaku. takut, suka, tak percaya, risau, best..semua ada time tu. tapi, redah je la. dalam takut2 pun, sempat lagi ana rembat jubah hitam. harga berpatutan jugaklah, rm80. manik penuh. "kau ni nisah, berlambak jubah hitam. tak jemu ke?" soal kawan ana bila dia bukak almari ana penuh jubah hitam. tak tahulah kenapa, ana memang suka jubah hitam. semua warna boleh masuk. kan? kan?

perjalanan yg adventure, tp mungkin kita dpt lihat yg kejahilan semakin berleluasa. di dq kita dimanjakan, dimanjakan dgn tarbiah yg mudah semuanya. semua boleh accept apa yg kita nasihatkan. semua nak jd baik, terbaik. semua pakat tangani mslh bersama. semua akan buat sama2. sama-sama berlapang dada. tutur kata

nasihat yg sarat dgn roh perjuangan tak lekang. hati terdidik dan dididik. tp bila berhadapan msyrakt luar? 360 darjah khdpn kita akan bertukar. takkan ada biah solehah, waqi' dq, bumi barokah
ana tertanya, siap sediakah diri kita utk bantu mereka? ya! kita harus bantu saudara kita di palestin, di negara2 islam lain..tp perhati, fikirkn juga msyrkt kita yg kian dimamah jahiliah yg sgt teruk. iman kita terpenjara setiap kali mlht realiti itu. tp selamanyakh iman harus dipenjara? bantu mereka kembali mncari Allah, bantu diri kita dgn kelengkapan diri utk bersama-sama mereka merebut cinta Allah..

Saturday, September 4, 2010

iftor irsyadians

adik beradik kelas tasmi' ustzh rahibah :)


assalamualaikum wbthamdan lillah krn Allah masih beri peluang kpd hambaNya utk terus bernyawa..alhamdulillah

ana kurang ingat tarikhnya bila, tp one day ada iftor jama'ie utk adik-beradik irsyad. ana hadir agak lewat sikit krn mslh kesihatan. namun iftor ini byk memebri erti dan makna kpd irsyadian's. di sini kami hidupkan kembali kenangan haluan siswa, mafatihul mahabbah dan sebagainya...



sungguh!tatkala ini semuanya dlm keadaan agak tertekan dan tak bersemangat
hampir kami futur
hampir kami tersasar dr niat yg sbnr
dn iftor ini dtg
meniup kembali kenangan ukhuwwah kami
menyegrkan semangat

fight till death! yeahhh

Friday, September 3, 2010

kebaboom

"dhil, ko nk g ke iftor kefda?"

"insyaAllah g" sambil tersengih-sengih mencari tudung cream/putih

"ko g?jgn buat lawak dhil, ade yg kne flying kick kang" jwb shbtnya dlm nada bergurau

"xkesah..blueekk" sambil menjelir lidah tersenyum-senyum

hishh budak ni, aku buat betul-betul kang...


mencari-cari kelibat "dhil", utk memastikan pergi ke x iftor tu. akhirnya terjumpa dia terbaring di bilik orang dek keletihan krn mencari tudung yg xjmpe..."apsal xg? pegi laa"

ejek kwnnya.mungkin kasar. tp ketahuilah "dhil" yg shbtnya tu xsggp lg tgk dia sakit. sbb sakit tu dia pun xmampu tanggung. ukhuwwah yg kita dpt kt dq, ana jamin mungkin xdpt kt lain. kita kat dq dididik utk menyambung ukhuwwah tnpa kepentingan apapun...

mgkn ada yg ada kepentingan, tp x bg irsyadians insyaAllah. mgkn krn kerja keras abg mus n k.jijah yg membentuk kita dan abg mus tinggalkan kita dgn doanya dr morocco :) ...

Wednesday, August 18, 2010

ramadhan..exam..dan diri sendiri


assalamualaikum wbt...salam selautan cinta buat hamba-hamba yg tak pernah lelah menagih cintaNya

ana xboleh lama-lama. mengejar masa yg sering meinggalkan ana. xsampai 2minggu lagi akan bermula final exam utk semester 3, dan xtahu apa yg ada dlm kepala ni. i'adah alhamdulillah masih diteruskn walaupun semangat ana kian direnggut dgn pelbagai mslh dan cbrn yg perlu kita berperang. ana akur..pd saat ini ana kembali menapak perlahan-lahan dlm dunia yg ana cr sekian lama.

"adik kena tahu apa tujuan adik ke dq" begitulah dialog yg senior ana tuturkn. walaupun panggilan yg dibuat tu ke borneo, ana xkisah. kata-katanya memberi inspirasi dan semangat. perjalanan ana semakin tersasar dan tersasar dr matlamat sebenar..dan utk ana patah balik mencari jln pulang itu sukar. sbb jalan tu sudah kehilangan tanda, ana perlu merangkak, menabrak kembali lorong2 perjuangan yg prnah diri ini lalui...


dedication to all
...dlm kita melangkah, kita seolah berjalan di atas duri. orang yg fikrahnya dlm prjuangan, xkan terkesan dek apa yg dunia ambil darinya. yg dia ingin, hanya Allah. ambillah selagi boleh ambil, hancurkan semuanya..jangan Allah tinggalkan dia


Ya Allah,ramadhan ini mungkin ramadhan terakhirku. aku cuba buat sehabis baik utk jadi hamba yg Engkau sayangi, tp usahaku tetap minima
Ya Allah,
ramadhan ini ramadhan yg telah menemukan diri aku, dan janganlah ramadhan ini merenggut kembali apa yg telah Engkau beri
cintakan aku pd setiap perkara yg Engkau cintai, walaupun perkara itu buat aku sakit
cintakan aku pd setiap amalan yg Engkau cintai
agar aku tak lagi tersesat mencari jalan pulang
aku ingin ulang kembali saat-saat aku benar-benar bersama Engkau
detik yg dihati hanya ada Engkau
minit yg dilalui tak lepas dr merindui Engkau ya Allah

izinkan mimpi berulang ya Allah...

Monday, August 9, 2010

kita tahu ttg itu

assalamualaikum wbt dan salam selautan cinta. cinta yg hadir bertandang dr kurniaan Ilahi membangkitkan hati-hati yg gersang menunggu cinta dr Ilahi. duhai hamba Ilahi sekalian, lihatlah dgn mata hati ..pasti engkau akan menikmati tribulasi itu dgn pnh kemanisan.



"akk pnh kaple?atau mengalami jatuh cinta?". gurlp! satu soalan cepumas. tatkala ana dan shbt ana asyik dan leka bergurau senda, dtg junior kami. apa nak jwb ni? ana mencari-cari jwpn yg sesuai untuk kami berikan pdnya. aduuh...



ana tersenyum utk menghilangkan debaran. shbt ana sudah tersenyum simpul di sebelah. "semua orang pernah mengalami dan akan mengalami" ringkas shj jawapan tersebut. junior ana mengangguk sedikit. "tapi..."



"terpulang bagaimana kita utk mengendalikan perasaan kita. betul x?" soal ana. masing-masing termenung memikirkan jwpn, termasuk ana :) huhu.



"akk pnh x?" alamak, diulang soalang bertuah ni. ana mengangguk perlahan.



"bercinta dan kaple adlh perkara yg lain. fitrah utk disayangi tumemang ada dlm diri kita, tp apabila dilayan dan terover maka ia bertukar kpd fitnah"

"fitnah?"

"ya, fitnah pd hati terutamanya. fitnah pd hati kita dan si dia" ringkas shj jawapan ana

"urm, maknanya akk ni pernah kaple la yea?"..adusss, mana datang khulasoh ni. merah padam muka ana tahan malu

"eh, mana ada. setakat ni alhamdulillah xpnh. mintak kita ni jauh dr perkara tu semua. akk fikir2kan dik, kalau kaple kita tue memang Allah janji akan jadi pasangan kita takpe jugak, tp kalau kaple dgn org lain kawen dgn org lain.cne ye?" soal ana menguji mindanya

"uikss, rugi la kak. rugi mase, rugi bnyaklah. ishh, bodoh betul org yg xtahu ni kan..."

"eh, jgn ckp cmtu. bkn bodoh..cuma mungkin diorg xtahu. itu dr segi logik akal. tp yg plg pntg prkara tu jadi fitnah. fitnah ni susah dik kalau dh berlaku. kita sbg perempuan kena elakkan diri dr jd fitnah kpd lelaki. itu fitnah terbesar" dia mengangguk nganggukkn kepalanya

sambung lg..."walauapapun, Allah xpnh silap utk letak kita dlm keadaan tu, apabila dh tersedar dan tahu kebenaran, tegakkanlah yg haq dan lupuskanlah yg batil. nafsu akan sentiasa mengajak ke arah kehancuran. dgr kata hati yg ada iman, bkn kata hati yg suka-suka je. ramai org yg akk jmpa pnh silap dlm khdpn cinta ni, tp apabila diorg kembali mujahadah, masyaAllah lbh baik dr kita semua dik. kita ni bkn stock syurga 24jam, hidayah tu Allah yg pegang. akk pn pnh rasa xda maruah, pnh rasa macam2..that's what we call life! yg penting selalu buat yg terbaik. mgkn kita xblh jd terbaik, tp kita boleh berusaha utk jd terbaik..natijah tu urusan Allah" panjang la pulak ana membebel

"ermm, kiranya xsemestinya org kaple ni sampai mati dia bergelumang dosa?"

"yurp! kita doakanlah utk diorang. perasaan utk sayang menyayangi ni mmg ada, akk pn ade. tp kawallah dgn iman. dgn mujahadah. kawan akk, dia muajahadah utk elakkan contact dgn muslimin yg dia minat, masyaAllah, akak xtahu nak cakap camna.."

"cne?"

"dia tahu dia xblh contact muslimin tu, xblh buat apa2 kat muslimin tu utk buat muslimin tu tahu perasaan dia. tp akk tgk dia mujahadah dgn sentiasa berdampingan dgn Allah. al-quran di bibir. kadang-kadang akk tgk dia nangis sorang-sorang. yg skt, dia ada nombor muslimin tu..tp dia perlu kawal diri dia agr xterjadi fitnah. kalau terlintas ttg muslimin tu, dia cepat2 ambil wudhu', istighfar. akk suka tgk dia"

Saturday, July 24, 2010

meet me there

assalamualaikum wbt
salam seharum kelopak mawar..istiqomah menebarkan aroma bahagia buat sang pencinta bunga. seperti kita..menebarkan harumnya islam di ruang-ruang jahiliah..janji Allah itu benar!

suhu badan masih seperti tadi.panas! dn malam ni ada postmoterm daurah huffaz. ikutkn hati, kaki ini xingin melangkah ke mesy tersebut..tp krn arahan dr pengarah kedatangan wajib 100%, ana akur!

tepat pukul 10.15mlm ana sampai ke destinasi, agk lewat krn ana betul2 xlarat. semua mata tertumpu, dan tetap melangkah seperti biasa. terpulanglah nk fikir apa.

"ni postmoterm ke membebel?" satu mesej sampai ke hp ana. tersenyum.
"lebih kurang kot" balas ana

hakikat dan majaz:
ana xberkesempatan untuk menggulung dlm mesy tersebut. lbh byk diam. namun, blog ini medan utk ana share b'sm antum semua

..everyone make mistakes. setiap langkah psti ada kesalahan yg kita buat, tp tidakkah kita terfikir knp Allah letakkan kita dlm kslhn tu, saje2?
Allah xpnh silap meletakkan kita dlm satu2 keadaan..Allah xpnh silap dlm pemilihan. yg Allah inginkan adlh kita belajar, dan berfikir dr apa yg berlaku. kalau x, xkan kebanyakan di akhir ayat al-Quran Allah selalu mengatakan "afala ta'qilun?" (tidakkah kamu berfikir?)

sejauh mana kita teliti, kita berfikir ttg kesilapan kita dn org lain..dn paling penting BELAJAR dr perkara tersebut. Allah x suruh kita mencemuh shbt kita, tp Allah nk kita BERFIKIR. tp apa yg kita dpt..ask your self

kita sering menghukum..kita sering mengungkit sesuatu perkara walaupun perkara itu dah selesai. adkh ini menunjukkan kita salamatussodri? selemah-lemah ukhuwwah adlh salamatussodri. ana dan shbt terluka dgn kata2 seseorg dlm postmoterm tersebut, apa perlu mengungkit prkara yg dh selesai? apakah ini sifat kita sbg daie? kalau di dq kita dh fail dlm praktikal da'wah, mcmna nk berhadapan dgn msyrkt yg luar sn? ana pn xmampu jwb bg phk diri ana...

org bkn islam..berebut-rebut dlm mempersiapkn diri untuk membawa umat islam keluar dr islam. tp sikap kita juga sudah membantu mubaligh2 di luar sna utk promosi ttg agama selain islam dek krn sikap kita ini..

.......when the theory of da'wah change to practical, majority syahid krn xthn dgn tribulasi da'wah yg merenggut kesenangn duniawi........

*juga pesanan utk diri yg sering tersilap lgkh

Friday, July 2, 2010

rOnda bandar wit MOM

assalamualaikum wbt dan salam secarik kasih hadiah dr yg Maha Mengasihi. salam merebut kekuatan agar terus kukuh berdiri menelusuri mehnah dalam mengutip kemanisan berjuang di jalan Allah. berjuanglh! bkn terbuang

pg tadi drive pergi ke bandar..teman mak shopping sana-sini. mmg persamaan mak dan ana adlh shopping! xkira pasar ke supermarket redah je. walaupun penat, ana suka. sbb ana teman mak..bawak mak pergi sana-sini. tatkala jalan beriringan dgn mak, ana terpandang garis-garis halus di wajah mak. semakin bertambah. seiring usianya yg menjangkau 55tahun.

"anis doakan mak panjang umur dpt tgk kejayaan anis," says mom on her 54th birthday

manik-manik jernih gugur menyembah bumi membasahi tudung kelabu cair yg dipakai. ana tak dapat tahan sebak. terimbau kembali jerih-perih mak membesarkan ana, melayan kerenah ana yg ntah pape. kadang pandangan mak sayup ke wajah ana.."anis, bernafaslah dalam nafas kehidupan beragama..bukan macam mak. mak jahil. sempat ke anis bimbing mak?" esak tangis makin menjadi.

walaupun setiap kali pulang ke rumah ana perlu berperang dgn kesibukan dan mujahadah al-quran, tp ana xmenyesal. sbb ana dpt jumpa mak dan ayah. ana dpt dgr, lht mak ayah. emosi ana terganggu sbb kadang xsempat nak mujahadah al-quran..tp ana bahagia bila dekat dgn mak. walaupun tanpa sepatah kata, tanpa segaris senyuman..cukup pandangan mak membina semangat yg kian tertimbus.

ana akui, kekuatan mak ayah hidup dlm diri ana sewaktu menempuh liku-liku hidup. tak kira susah dan senang, ana dididik utk bersusah-payah utk mereka dan adik-beradik. biar jiwa terkorban, asalkan dpt melihat wajah itu tenang dan gembira. dan ana...masih blm sempurna sbg anak utk mak ayah..ana sgt mengakuinya

moms..
i love u with all my hearts
i don't know u know it or not
if i've 2 choices..i'll choose u without thinking
coz
in my heart only just have u
..mak jambatan anis utk lbh bersyukur dlm hdp ni..

Thursday, July 1, 2010

scalling memberi pengajaran

assalamualaikum wbt. salam cinta..salam rindu..salam syukur. Allah masih memberi ruang dan peluang untuk terus hidup dalam titah cintaNya yg terlalu agung. syukran ya Allah..hamdan lillah. aku dan kamu masih bisa menatap dan menadah ilmuNya..yg terlalu sedikit dpt kita amal dan tahu. sujud syukur pdMu ats segala cinta

alhmdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah. satu panggilan mempertemukan dua insan yg berbeza namun punya satu hati. aunty liza, dntist yg akan buat scalling kt ana. bedebau. aunty liza penuh sifat keibuan, "hanisah, jom"
"aunty, maaf menyusahkan,"
"eh, xpe. mmg dh lame kita tak jumpe ye nisah, kalau nisah xcall aunty..xjmpelah kite," kami sama-sama tersenyum.

sementara menunggu bilik rawatan disiapkan, aunty liza bertanya tentang pelajaran ana. she said,"nisah, bila dah masuk satu2 bidang go on. belajar sungguh-sungguh. even kita dpt course yg kita tak minat..u must take as much ilmu as u can. jgn sangkut2 tgh jalan. mcm student dntistry ni nisah..dah tahun 3 xminat belajar berhenti.rugi masa depan nisah. kita dh habis umur kat situ berapa dah? so, nisah..struggle habis-habisan. fight till last. aunty doakan fathin dan anak-anak kawan aunty semua dpt habiskan study till last dan capai matlamat anak-anak semua," ujarnya bersungguh-sungguh. ana mengangguk tanda setuju.

"nisah, bila melangkah dlm bidang agama..aunty bersyukur sgt walaupun bkn anak-anak aunty yg ambik..nisah kene teruskan perjuangan ni ya. jgn berhenti sekerat jalan. teruskan walaupun pahit dan sakit. aunty bangga dgn nisah. fight till last," sokong aunty liza.

...dlm scalling gg, ada manfaat yg boleh kita ambk. tak kira buat apapun, teruskan hingga akhir. terutama dlm menuntut ilmu. grab peluang sebaiknya. ada je nmpk chance utk menadah ilmu, just go on. dan bersihkan hati..mOga ilmu tu bermanfaat buat org sekeliling. jadikan diri kita bidayatul hidayah pd org..bukan noktah hidayah...

*to all my dear frens, post ttg fitnah tu bukan ana menyimpan dendam. tp ana nk kita sama2 ambik ibrah dr apa yg berlaku..kita study agama, faham agama, praktik agama..tp memfitnah org. how? ana dissapointed. that's the point, ana kecewa dan terluka. since sem 1 perkara mcm ni tak henti-henti. ana diam, makin galak nmpknya. hafal quran, tahu syariat..jauhkanlah bnda2 mcm ni. sepatutnya org yg byk buat slh makin kita kasih pd dia sbb itu galian kita, bakal permata islam..gilap ia dgn kesungguhan dan jiwa seorang daie..insyaAllah dia lbh hebat dr kita. pndanglah setiap perkara dan setiap manusia dr KACAMATA DAKWAH DAN KASIH SAYANG..bkn DENDAM. antum jgn slh fhm ya. ana tulis dlm keadaan yg sgt kecewa, sbb mereka pnh bangkitkan ana..give support..tp jatuhkan ana dlm diam..ana sgt kecewa. alhamdulillah, cuti ni memberikan ana ruang utk bertafakkur sejenak ttg hakikat hidup ini

"ya Allah, aku takut..
aku takut krn dunia ini terlalu banyak menipu"

Wednesday, June 30, 2010

ku senyum, kau ketawa

assalamualaikum wbt
hari ni ana dan shbt ana nur shirah ismail merayap kota bharu mencari apa yg patut. betapa susahnya parents nak lepaskan ana, ana faham. seawal jam 9.30pg ana keluar dan ambik shair dimasjid muttaqin. alhamdulillah Allah mudahkan cr msjid tu.

dalam perjalanan shair bertanya, "nisah, gano dgn 'dia'(she mentioned his name)?"
ana tersentak. kenapa nama tu masih disebut..nama tu dah lama luput dr hidup ana. tersenyum. itulah jawapan ana. diam seketika dan memulakan bicara.."aku dah xde pape dgn dia". dia mengerti. namun ana tetap bercerita kenapa di situ sahaja terhenti.

"shair, apa yg berlaku kat diri aku sedikit sebanyak menjejaskan pandangan org pd aku. tp shair, sebenarnya Allah nak tgk sejauh mana kita ambik ibrah dr apa yg Dia tetapkan. ya, aku pernah suka dia..tp bila jalan ni yg aku pilih, telanlah sakit tu. dan sakit tu akan membuahkan kemanisan bila kita back to basic. what the basic? love Allah. only Allah. susah shair aku nak lupa dia, tp susah itu yg aku rasa manis," ujar ana sewaktu memendu. dia mengangguk-angguk tanda setuju. dah lama shbt2 ana tak membuka cerita tentang dia...

"shair, ambik ibrah jgn jd mcm aku. Allah akan bg psgn yg sebijik mcm kita. of course kita nak jadi yg pertama buat dia dan dia yg pertama buat kita. tp bila dah jadi mcm ni, jgn down sgt2. think +ve dgn Allah. kalau kita bermujahadah kembali menepis dan bertaubat sungguh2 adlh lbh baik dr org yg xpnh diuji. saat tu br tahu nilai cinta Allah sgt mahal..xsemurah cinta manusia. xsemurah mesej kita pd si dia"

"hbs tu, mmg xcontact la?" shair meminta kepastian. ana menggeleng
"bagus mu dpt tehe xcontact,"pujinya. ana tergelak..shair..shair
"apa yg bagusnya shair..xdek pon. nak tahan tu bkn senang. merana aku kat dq tu," seloroh ana. berderai tawa kami.
"so, camne nisah? mu xsedih ke terlepas dia..hebat dia tu,"asak shair
"baik di mata manusia blm tentu baik di mata Allah. aku suka dia yg dulu, bkn sekarang. sedih ke x bkn soal..soalnya ke mn cinta Allah yg semakin menghilang ni," jawabku bersahaja.
"aku doakan moga jodohmu dgn dia..amiin," eh..eh. pandai pulak budak ni doakan aku
"amiin. sekiranya dia adalah yg terbaik buat aku. sekiranya dia adlh org yg Allah catat diloh mahfuz sana,"sambung ana. dlm hati terdetik, aku mcm silap jln je. dn terbukti benar!

ana pusing KB 3kali.hahahaha. tu laa, ckp bende xpekdah sgt. apepn shair, ambiklah sebyk-byk ibrah dr ceritera aku ni. cukuplah sekali Allah uji dgn dia..aku dah xsanggup

Tuesday, June 29, 2010

fitnahlah aku

assalamualaikum wbt

alhamdulillah, akhirnya daurah huffaz yg mengambilmasa lebih kurang 3 bulan terlaksana. pelbagai mehnah dan tribulasi yg MT dan KD hadapi sepanjang mengendalikan program ini. dan kemuncaknya sewaktu program ini berlangsung. ana tulis dr kacamata siti hanisah abdullah sani..bukan org lain.

terlalu byk peristiwa yg berlaku sepanjang ana dan sahabat2 bertungkus-lumus memerah keringat. semestinya yg plg byk buat kerja adalah MT program. ana lihat kesungguhan KD2 dn MT dlm menjayakannya. tak keterlaluan kalau ana nyatakan yg ana sayang dgn program ni. kita sama2 fight dgn segala usaha yg ada. walaupun kesihatan ana sgt tidak mengizinkan. alhamdulillah, doa dn perhatian dr shbt menjadikan ana kuat.

bergaduh, berselisih pendapat, tertawa, tersenyum, tertekan dan sebagainya adlh lumrah dlm menjayakan program. ana msh ingat macamana ana 'bergaduh' dgn salah seorang yg berjawatan dlm program tersebut. alhamdulillah akhirnya selesai, dn kami tutup buku!

ana juga tertekan dgn krjasama ketua yg sgt byk komitmen. tp smgt daurah ada dlm diri ana walaupun terpaksa bergerak seorang diri. kontroversi melanda tatkala ana dilantik menjadi KD. sehingga fitnah tersebar luas. "xmenjaga ikhtilat" adlh isu yg plg hangat diperdebatkan tatkala nama ana menjadi popular. ana popular dgn fitnah!

yg paling ana hairan, tiada seorang pun dr mereka yg memfitnah ana face2face dan tanya keadaan sebenar apa yg berlaku. yg ana dpt adlh berderu-deru mesej yg minta ana jaga ikhtilat dn muamalat dgn banin. ana dihukum. ana terasa dihukum. semua yg ana lakukan tak kena. br angkat call dr ketua, semua mata memandang ana terutama yg memfitnah ana. sampai mesej dr ketua, semua curiga. mereka menghukum ana seolah ana adlh pelacur jalanan dan selamanya akn menjadi pelacur dan akhirnya neraka jahannam adlh tempat ana! naudzubillah. ana menanti dr mereka bertanya ttg hal yg sbnr..xda siapa pn. macam ni sikap seorang pendakwah yg antum dan antunna laungkan???

dr sem1 ana penuh dgn kontroversi. dituduh kaple dgn banin dq dan ada antara mereka mengadu pd ustazah tasmi' ana, quran ana terganggu sbb ana kaple. ana beritahu pd ustazah, "ustzah, krm slm pd yg fitnah sy dan beritahu pd dia heret banin yg kaple dgn sy bwk jumpa ustazah dn sy. tanya sendiri dr mulut banin tu adkh dia kaple sy? wallahi ustazah, sejahil sy alhamdulillah xpnh kaple". sampai sekarang, banin yg kaple dgn ana xmuncul. macamana ana nak kaple, nombor banin pun ana xda dlm hp. kalau dah habis gerak kerja, deletelah. ana nak buat apa dgn nombor tu. dan yg fitnah ana adlh org yg dianggap thiqoh di dq. depan ana manis muka, tp blkg ana hati busuk! fitnah ana sana-sini. bwk cerita...

kerja tetap kerja! alhamdulillah saat akhir ketua ana bg komitmen yg baik. syukrn jazilan. dan ia mengundang kontroversi krn ketua ana adlh pengerusi sem IRSYAD. takut kalau ana 'menggoda' pengerusi sem..astaghfirullah. hadap sgt ke ana dgn pengerusi sem. ana dh xtahu nak buat apa. handphone ana dicheck..takut2 kalau ada mesej lagho dgn ketua. dan handphone org lain, xdicheck pun??knp bias sgt??

apa yg berlaku, biar Allah yg jwb. fitnahlah ana selagi antum antunna msh berkesempatan untuk fitnah! nikmatilah fitnah tu selagi terasa nikmatnya. ana dh taklarat nak dengar dan melayan semua fitnah bodoh!!! kesabaran ana tercabar..tp mak pesan,"biar Allah yg uruskan. mintak Allah tunjuk. kita xda kuasa. sbb yg fitnah anis adlh org yg berpengaruh dn thiqoh..biar Allah yg urus".

ana sengaja tak datangkan dalil krn kita sedia maklum kedudukan fitnah itu...

daurah huffaz..perjalanan yg penuh kontroversi namun kenangan manis plg bermakna. ana puas! walaupun ana dan shbt2 terkorban.

jmpa di lain lembaran..salam mujahadah :)

Thursday, June 24, 2010

Banat..banat

Assalamualaikum wbt dan salam seindah alunan ayt cintaNya.moga dlm rhmt dn lmpho kasih Allah setiap masa.amiin..:-)

Ana terpanggil utk mencoret sesuatu di sini sementara menunggu bicara pakar brlgsg. Esok inshaAllah stdnt sykbh hadis akan memulakn daurah mereka di kelantan.dlm benak,ana dh trbyg rumah.mlm ni akn ada mesy last touch.alhmdlillh,Allah m'hadiahkn ana ketua yg xbyk kerenah..cuma ana yg byk bg mslh pdnya.asif.

Banat mmg byk ragam.btl?anda setuju x?
Ana setuju!sb diciptakn pd mereka 9em0si..1akal.mereka lbh memilih utk melayan perasaan brbndg memikirkn jln penyelesaian.kan?dn krn itulah adanya ayt 34 surah an-nisa'

Ok,c u in da next post..bout daurah huffaz.suka duka kd dn mt;-)

Saturday, May 22, 2010

realiti shOw.."jangan lupa al-Qur'an"

assalamualaikum wbt dan salam segemersik irama syahdu yang menyapa halwa telinga. salam cinta dan rindu buat da'ie dan mad'u..khalifah dn hamba Allah SWT yg sangat dan terlalu yg disayangiNya..salam senyum :)

penat tak terkata dan perut mula membunyikan lagu gemuruh minta diisi,
"ayu, jom makan. lapaq la" terkeluar kata-kata tersebut setelah ana mebeli-belah di mydin rawang
"bleh la. lapaq gak ni"

sedang kami asyik makan, pemilik kedai makan di rawang tersebut membuka siaran "jangan lupa lirik"...dengarlah suara jeritan peminat didalamnya dan nyanyian yg agak bolelaaaa dr pesertanya. suasana gamat dgn celoteh aznil.

"rancangan jgn lupa lirik ke?" soal shbt ana. ana hanya mengangguk sambil menghabiskan sisa-sisa nasi yg berbaki.
"kan bagus kalau buat jgn lupa al-Quran"
lantas wajah ana yg sedang khusyu' menghabiskan nasi diangkat sambil tersenyum. macam tau-tau je apa yg bermain di minda ana. ana terfikir, kan bagus kalau buat nasyid ke..zikir ke..dan shbt ana berfikir dgn lbh baik lg. ya, jgn lupa al-quran!
"a'a kan. peserta prgram ni semua hafiz/ah kan? mesti best. kita yg baru menapak dlm dunia huffaz ni dpt la belajar-belajar gak. urmm, bagus2" ungkap ana sambil tersenyum lebar. shbt ana hanya tersenyum melihatkan ana excited sgt.
"lagi satu, mesti best tengok "tebuk-menebuk" ni. memasyikan lagi huffaz"
"a'a. bermanfaat gak buat gitu. sbb rancangan jgn lupa lirik tu hadiah sejuta tau. ntah pape. byk sgt. kalau bg kat hafiz2 ni, insyaAllah ada jgak berkat," sambung ayu. ana mengangguk tanda setuju.
sejuta? masyaAllah. banyak tu. dan ana, tertungu-tunggu TAUTAN HATI difilemkan atau diterjemahkan kepada media elektrnik pula. dan biarlah fatimah syarha menjadi pengarah bersama.

ya muqallibal qulub, thabbit qulubana 'ala dinik wa 'ala to'atik syari'tik..amiin

*semalam momen yg agak istimewa berlaku..k.fatimah syarha dn dr.farhan dtg ke dq jumpa ana. waaa, seronok. alhamdulillah. kiut sgt haura'.

Dr. Muhammad Iqbal

hidup ini ada tujuan
krn tujuan itu loceng kfilahnya berbunyi
hidup itu terpendam dlm carian
asalnya trsembunyi dlm kehendak
hidupkan kehendak dlm hatimu
kalau tidak pasirmu akn jd kubur
kehendak adlh jiwa dunia ini yg penuh dgn warna dan wangian
keadaan sesuatu adlh rmh stor kehendak
dn dgn sinarannya dadad itu dikilatkan spt cermin
ia jadikan tanah kuasa utk terbang
ianya Khidir kpd Musa pendangan
dr api kehendak api itu mendapat nyawa
pbla ia menhankan dirinya dr membentuk kehendak
sayapnyahancur dn tidak boleh terbang
kehendak ini berkekalan menggelorakan diri
ianya adlh ombak yg bergelora dr laut diri
kehendak ialah alat utk memburu cita-cita
penjilid buku kelakuan......


ana dah tak larat nak sambung lagi, ini adlh antara jutaan puisi dr. muhammad iqbal. kalau antum seorang yg menghargai tokoh2 islam dahulu mahupun skrg, antum tahu dia siapa. kalau blm tahu, search di internet cr siapa dia dr. muhammad iqbal. mengapa jarang atau tak pernah dgr nama dia? krn dia antara tokoh agung islam dlm bidang sastera yg lantang menentang Barat!

pendidikannya yg diterima belajar di cambridge(if i'm not mistaken). inilah sntoh muslim yg ingin kita ikuti sekarang. walaupun belajar di negara bukan islam, tetapi lantang menentang pemikiran barat. kita belajar di negara mereka, cedok ilmu mereka dan kembangkan utk ummat. ttpi skrg, kita ke sana dgn nada terselit kebanggan, dpt belajar ke sn. amat sedikit antara kita yg ingin menyambung ke negara islam dn pulang sama sahaja kita dgn student barat di sana. xda apa yg dpt kita bawa melainkan segulung certificate. pelajarilah dr dr.muhammad iqbal bagaimana profil hidupnya yg sgt mencintai perjuangan dan kebenaran.

...mOgakan lahir "dr.muhammad iqbal" seterusnya...amiin ya Rabb

Thursday, May 20, 2010

mencari soleh

assalamualaikum wbt. salam rindu salam cinta salam segala-galanya ke atas pengunjung blog ini. sekian lama ana menanti saat-saat ini untuk mencoret sebait kata yg menerjah relung hati tatkala ini. salam sehijau apple yg mendamaikan sukma kalbu tatkala resah gelisah, hijau itu menenangkan..hijau itu warna anugerah Allah

subahanallah..alhamdulillah. terlalu banyak perkara yg berlaku setiap minit dan saat. dn kita? jawablah sendiri

dalam juraian air mata yg mengalir, dalam ombak yg menghempas dalam dada ini..ada perkhabaran gembira buat ana..inshaAllah esok k.ha dtg melawat ana. mungkin bersama haura' puteri kesayangannya. rindu sangat pd dia.

dalam bulan 6 akan ada dua acara yg agak besar akan berlangsung. ana ditaklifkan sbg KD perhubungan dn penginapan utk kedua-dua prog tersebut. berat rasa utk ana pikul bebanan sebegini. sementelah berhadapan dgn kenyataan yg memeritkan ana. ana betul-betul rasa ingin berehat. izinkan ana berehat seketika....

"larilah kaua enti nak lari. ALLA SWT ada byk plhn lain selain enti utk perjuangan ni..."
ana tersentak dgn mesej kwn ana ni. lantas ait mata yg baru kering membasahi pipi sehingga ana tertidur.yaAllah, begitu sgt hina aku mengeluh...

ana tak tau nak tulis apa, tp..buat adam sekalian yg terlintas utk bc artikel ni...dgrlah adam..kata dari seorang hawa yg sgt naif dlm hidup
ikhwah sekalian,
andai antum diberi nikmat oleh Allah..bersyukurlah. bukan tujuan nikmat itu utk menyakiti org lain. dgn semua yg antum ada, ya antum memang digilai ramai hawa yg sgt naif dlm hidup mereka
saat itu nikmat Allah teruji ke atas antum..
apa tindakan antum seterusnya?
mudahnya antum menabrak kekecewaan ke dlm hati hawa tatkala harapan dibina
mencipta yg palsu dn menyakiti hawa yg sgt tulus menerima antum
ikhwah sekalian
tidak bermakna apa yg antum ada kekal selamanya..itu milik Allah
kita bukan budak2 lg utk main2 dlm hal yg besar
kita dh cukup dewasa dan matang utk buat keputusan
noktahkannya sekiranya bkn hawa itu plhn antum
hentikanlh menyakiti hawa..sekali terluka,
tak mungkin hawa akn berpaling buat kali kedua
_dari hawa utk adam_

*ana terkesan dgn kekecewaan shbt ana. tasmi'nya terganggu. wahai adam jundullah, hentikan permainan bodoh ini..hentikan harapan palsu antum..bangkit utk jadi jundullah. lawan antum bukan HAWA!!!
...what goes around comes around...

Thursday, April 22, 2010

journey of my life at DQ(2)

Assalamualaikum wbt dan salam cinta buat hamba Allah yg hingga kini istiqamah menyembahNya dgn sepenuh cinta dn jiwa..mOga rahmat Allah bersama kita disini..

ramai yg tanya ana, ada blOg ke? namun ada sesetengah jawapan ana mengiyakan..ada sesetengahnya ana tersenyum je ;)
ana taktahu kenapa ana tak berapa nak expose sangat blOg ana, terasa kerdilnya berbanding sahabat yg lain ;) ...kalau jumpa sendiri tu kira rezki antumlah yea

bermulanya langkah ana disini, Allah tidak menjanjikan yg manis walaupun ana tahu menghafal ni perit. dan tak terduga yg impaknya sgt menekan hidup ana..dan impak itulah yg mendewasakan ana

menghafal inshaAllah senang, tapi nak ingat tu yg susah..ramai pesan kt ana mcm tu. dan ana rasai kenyataan itu. ayah ana pernah cerita, dulu masa dia belajar kelas tafaqquh kat masjid kampung baru, KL..ada sorang imam ni hafiz. zaman tu nak cari hafiz sgtlah susah. dan ayah ana dgn shbtnya jumpa imam tu, "sheikh, kalau ana nak jd mcm sheikh blh x?" soal ayah ana antara serius atau tidak
imam tu tersenyum lalu menunjukkan wajah serius.."inshaAllah boleh atau sheikh, tp ana takut enta xtahan je. boleh ke enta luangkan masa dalam lebih kurang tujuh atau lapan jam just utk quran?"
ayah ana ternganga dengan soalan cepu mas tu. imam tu menepuk-nepuk bahu ayah ana sambil tersenyum.."sheikh, ana nak dpt ni pun bkn sng. org ckp ana masyi, ana hebat, ana bagus..tp org xtau nak dpt quran ni macam mane..susah sheikh. mujahadah" sambungnya lagi

sblm ana ke dq, setiap hari ayah ana menceritakan ttg dunia huffaz sbg persediaan utk ana. alhamdulillah, sem1 ana lepasinya dgn semangat juang ayah..namun sem2 ana jatuh tersungkur menyembah bumi...

rohani mesti kuat seiring dgn fizikal. itu yg ana dpt simpulkan. Allah xkan bg jln mudah..itulah mujahadah. sultan muhammad al-fateh yg ingin menakluk kota konstantinople pun, Allah xbg terus menang..hari ke-53 baru Allah makbulkan impiannya. sultan muhammad al-fateh mcmna? sgt dekat dgn ulama..sgt mencintai Allah dn RasulNya..kita?haruskah mengeluh apbl Allah tidak memberi apa yg kita nak..he knows what da best for us shbt

air mata sgt murah d dq..terpulang kwn2 nak ckp ana cengeng ataupn manja, tp itulah ana. ana rasa tertekan. ana nak keluar dq. itu kalimat yg ana tutur setiap hari..ana nak keluar dq! nak sambung uia je...ana tak sanggup lagi tggl kt dq..ana call mak everyday..ana nangis. ana betul2 xde kekautan. seolah dq telah meragut kesemuanya dr ana..

"anis, jalan yg anis lalui sekarang adlh jihad. org lain jgn pk. Allah bg senang kt diorg utk menghafal, Allah bg susah kt anis ada sebabnya. anis kena ingat, ni jihad. jihad ni pengorbanan. anis berkorban utk agama. kita bkn nak lihat hasil kt atas dunia ni..tp kat sana nnti. kat mahsyar. biar susah kt dunia. perjalanan kita Allah dh tetapkan kat loh mahfuz sna anis, anis kena sbr byk2. ayh fhm anis sakit, tp ayh nk anis kuat" itulah kata2 semangat dr ayh tercinta. saat ana mendaftarkan diri di sini, ayh xdpt bersama. ana nangis semahunya. mujur ibu menemani

shbt yg ana kasihi,
mungkin perjalanan ana ni tak sama macam org lain yg berada dlm bidang ni. ana akui, ramai shbt sekeliling ana lebih cepat berbanding ana..ana cemburu, tp ingatlah yg seseungguhnya pertolongan Allah itu sgt dekat. didiklah diri yakin dgn janjiNya..didiklah hati agr kuat utk agama Allah

shbt sayangfillah,
kita akan diuji tiap detik dan saat. ana disini setiap saat diuji dgn perasaan. masyaAllah, hancur remuk. dn Allah amat menyukai keadaan hamba yg hancur remuk hatinya..hati begitu lebih lunak utk dididik mendekati Allah..dn ana akui, ana xkuat. langkah ana terlalu berat..

ambillah mutiara dr perjalanan ana, dan buangkan jauh2 apa yg terasa xberguna. ana hambaNya yg terlalu lemah yg kadang xsggp melalui jln ini, bkn xredha..tp jiwa hambaMu ini terasa bagai disiat.

...Allah bersamamu, u're never alOne hanisah...
pray fOr me, pray fOr ummat islam ;)

Monday, April 19, 2010

journey of my life at DQ

assalamualaikum wbt dan salam sehangat mentari yg tak pernah lelah menghangatkan jiwa hambaMu ini tiap detik dan saat..

ana hanya berkesempatan untuk bercuti selama sebulan dan mengikuti program tasmi' tambahan yg dianjurkan PERKEMAT DQ. ana tak menyesal memendekkan cuti di rumah kerana faham tugas sebagai seorang huffaz dan pelajar. ana masih bertatih dlm bidang hafiz ini, malah mungkin langkah ana lebih lambat dr yg lain.

kpd saudara hafizaidi, ana akan ceritakan di sini inshaAllah..bagaimana perjalanan ana di DQ yg kadang kala ana tak rasa yg itu adalah ana.
2/5/2009 adalah tarikh yg akan mengubah hidup ana. tarikh itu bermulanya ana akn tinggal jauh dr keluarga. ana sedih, ana kecewa namun bercampur gembira. dlm hati, ana nekad yg DQ akan menyaksikan jatuh bangun ana dan bagaimana "bayi" ini dr xtahu apa-apa bisa berjalan menggapai sesuatu.

melalui orientasi yg sgt melelahkan jiwa kami. bermula haluan siswa bersama pensyarah dan seterusnya mafatihul mahabbah bersama exco2. walaupun badan penat tak larat+asthma yg agak kronik waktu itu, ana teruskan perjalanan permulan sebagai seorang bakal hafizah.

hari pertama tasmi' alhamdulillah, tp apabila melihatkan wajah guru tasmi' yg agak syadid ana tak mampu tasmi' dgn baik. seluruh urat nadi ana terasa debarannya, jantung ana berdegup sangat kencang dan ana rasa mcm nak pengsan. sungguh, ana betul-betul blank n blurr

ana tak tahu orang lain camna, tp bg ana..menghafal sangat perit dan pedih. air mata ana takda harga. sakit..sangat sakit rasa. mungkin menghafal dlm keadaan byk sgt dosa...

to be continue...(maaf, ana berkejar masa sekarang ;) )
doakan ana di sini!

Sunday, March 28, 2010

way to jb



assalamualaikum wbt...salam cinta penuh kasih buat tatapan anda semua..salam sedingin salju yang menebar aroma dinginnya semesta alam. moga rahmat Allah bersamamu sahabatku :)

alhamdulillah akhirnya perjalanan pergi dan balik dr jb selamat dan lancar. alhamdulillah. terubat rasanya rindu pada anak2 buah. lama sangat tak jumpa sampai tak kenal anak buah yg sorang nie mileya hanna mohsin

aishh, firstime dgr name dia berbelit lidah nak sebut. last sekali ana panggil dia haura'(bidadari syurga). ana je yg panggil dia ngn name tu..kan setiap perkataan itu doa. maksu doakan moga mya jadi sebenar-benar bidadari yea ;)




maksu peluk cium haura', sukanya peluk haura'. bestnye ade baby ;). huhu. maksu tak teringat nak ambik gambar melly(malissa lutfiah mohsin) sbb maksu excited sgt uli haura' ;). tp pegi dua hari satu malam je, sbb tiket takde sgt. but, apepun ayah ckp niatkanlah ziarah untuk erat silaturrahim. bukankah org yg mengeratkan silaturrahim tu dipanjangkan umur(hadith). insyaAllah ada bahagian tu.

i really miss u haura'. maksu doakan, melly dan haura' membesar sebagai putri yg solehah, faqeh fiddeen. juga tak lupa kpd anak2 buah yg lain, muhammad daniel haziq bin huzaifah, nur dina fakhirah bte huzaifah, fatimah az-zahra' bte muhammad arif, aisyah humaira' bte muhammad arif, zainab sufiah bte muhammad arif, and born to be(adik kpd daniel n dina...dgr2 lelaki)


*kalianlah penyambung generasi kami esok nanti. moga terdidik menjadi syabab dan fatayat islam yg hidup matinya utk islam krn Allah. besar harapan maksu buat kalian. moga dicorakkan dgn sibghatullah. raya nanti panjang omo kita jumpe yea sayang..miss u all :)

Tuesday, March 23, 2010

hati yang terlena by hadijusoh

Tatkala kita lihat manusia miskin, kita jauhkan diri.Bila kita lihat orang yang hudoh rupa paras, kita singkirkan dia dari kita.Bila kita melihat peminta sedekah, dalam hati berkata “Nampak sihat je, napelah tak pi cari kerja”.

Pernahkah kita memilih teman yang paling miskin sebagai kawan karib kita dalam persahabatan?.Pernahkan kita memilih mereka yang berkulit hitam legam sebagai kawan yang sentiasa berdamping dengan kita?.

Inilah suara hati yang ada pada kebanyakan manusia.Kerana dunia yang terbayang di mata, maka hati terlena di ulit syaitan durjana.Ini tak mugkin disedari andai tidak dimuhasabah diri.Pesan Rasulullah pada ummatnya “
Hitunglah Diri Kamu Sebelum Kamu Dihitungkan.

Dari itu Ulama’ tasauf mengingatkan, hitunglah kesailapan-kesilpan sebelum kamu memejamkan mata, kerana boleh jadi kamu akan pejam untuk selama-lamanya.


Peribadi Rasulullah tiada tandingnya, baginda berdoa dengan doa yang mungkin hanya seorang dalam seribu manusia yang mengamalkannya,renungi petikan doanya, :


"Ya Allah hidupkanlah aku dalam keadaan miskin, matikanlah aku dalam keadaan miskin, dan bangkitkanlah aku bersama orang-orang miskin"
Riwayat Ibnu Majah

Indah luhurmu Rasululullah, moga kitalah pewarisnya.

blog penulis klik sini