BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 25, 2010

mampukah kita

asslamualaikum wbt dan salam segunung cinta dan harapan buat hamba-hamba Allah yg masih berusaha merebut, menagih, merenggut kasih Allah yg tiada sempadan. moga usaha ini terus dan akan terus hingga ke akhirnya. moga hati kita dipenuhi cinta dan rindu kepada Allah semata..amiin. InsyaAllah :)

ana masih berdebar menanti exam..Allahuakbar. moga Allah mudahkan. ana suka duduk bersama orang orang yg lebih tua dr ana, sebeb diorang banyak pengalaman..mungkin :)


"hanisah, kalau hanisah nak berubah apa yg nisah buat dulu?"..alamak, soalan ape ni..apa nak jawab
"ermm...xtaulah kak" dalam keliru belasah je jawab ape pun
"ok, akak kecikkan lagi skop. nisah akan settlekan benda yg xsettle lagi dgn Allah dulu atau manusia..." (soalan maut)
"ermm..mungkin manusia dlu. sebab nisah xtau yg umo nisah sampai bila dan ntah bila boleh jumpa orang tu. but in the same time, clearkan jugak dgn Allah"
"hmm..bagus adik akk"..pujinya sambil tarik pipi ana :)


mungkin dr sini kita boleh ambil ibrah dan pengajaran, walaupun perbualan ni singkat. kakak ni memang suka tanya soalan mencabar pada ana. aishh, kadang xtau nak jawab apa. tp pertanyaan dia kali ni benar-benar buat ana terfikir..adakah ana dah clear semuanya dgn manusia? kadang memang kita akan ckp psl org tu tanpa sedar(tabiat buruk..astaghfirullah)..dan bila kita nak pergi face to face dgn orang tu dan minta maaf pd dia..akan maafkan kita x orang tu..pn kita xtahu..

ana betul betul belajar sesuatu dr pertemuan singkat dgn dia. if ada hutang, ada hutang , ada hutang dan macam-macam lagi..kena clearkan. ni nasihat utk ana jugak. hanya diri kita tahu diri kita macamana. bumi dq, bumi yg Allah bagi cash kalau kita ckp apa je..ana dpt rasakan perkara tu. memang sebijik atas muka Allah bagi. so kat sini tarbiah memang fresh2 dpt..dan sebagai tarbiah apabila keluar dr dq nanti. kita takkan selamanya berdaa di zon yg selesa. kita perlu jugak tempuh zon yg orang yg tak pernah tempuh..zon yg menyakitkn, sebagai latihan utk bergelar daie, mad'u, dan dr.cinta.

macamana dakwah nak sampai kalau diri kita sendiri belum habis settle dgn orang..macamana ilmu nak masuk kalau dengan orang pun kita masih ada masalah..

dalam kita menapak, terlalu banyak perkara yg perlu diambil kira. ana sering tersilap langkah, tersilap keputusan. tp yg salah itu benar-benar akan mengajar kita kehidupan seorang daie, mad'u, dan dr.cinta. no wonder hassan al-banna mengatakan, tanggungjawab melebihi masa yg ada. tp kita terus lalai dan leka...................................

*kepada mereka yg pernah ada ana buat salah, pernah terguris hati, pernah ana silap tingkah, pernah mulut laju menutur kata..ana betul-betul minta maaf. tak kira muslimin atau muslimat, banin atau banat. ana betul-betulminta maaf atas khilaf yg sengaja atau tidak. tegur ana, nasihat ana. ana masih belajar dan selamanya akan terus belajar, insyaAllah :)

Monday, November 1, 2010

"ku di gerbang remaja"

assalamualaikum wbt dan salam lautan rindu dan sayang buat pelawat2 blog yg sntiasa ana kasihi dan rindui lillah.insyaAllah.terasa seluruh urat nadi dan saraf bergetar tatkala cinta Allah seakan terbang jauh dr hati ini.terasa lemah segala yg dipandang

tetibe teringat pd waktu mude2 dlu, waktu darjah 6. sri aman pnh menganjurkan seminar "ku di gerbang remaja". fasi yg ana igt ialah abg muadz je, sbb ana igt lagi time tu main explorace. sampai di checkpoint abg muadz, soalan aqidah yg di soal. biru muka ana nak jawab. "Allah berada di mana?"..nasib baik abg muadz kesian dgn kitorg yg dh mmg muke kesian. alhamdulillah :)

"nisah,boleh jumpa tak?"
"boleh,now?"
"yup, xkn tahun dpn kot"
"hishh, main2 plak. dtglh bilik"

maka terjadilah pertemuan yg ana kira singkat menjadi panjang. setelah habis luahan kawan ana..terkedu!terkedu!terkedu!

kenapa semua ni boleh terjadi pada para huffaz? kenapa perlu dibuat secara sirr?kenapa mesti islamikkan perkara yg xpnh islam halalkan?

seribu satu pertanyaan yg melanda benak ana. kawan ana yg selama ni ana sangat kagumi, kenapa begitu jauh sekali berubah?mana pergi 'masyi' dlm menuturkan mslh2 agama..yaAllah, kaki ana lembik. gugur satu persatu air mata. kenapa perlu perkara ni terjadi?

virus cinta!

tasmi' semakin slow. fikiran selalu menerawang entah ke mana. tersenyum-senyum sorang diri. dan baaaaaaaaaaanyak lagi perkara yg tak sanggup utk ana tuliskan kat sini. kenapa semua ni terjadi yaAllah?

kwn2 ana yg sangat bagus akhlaqnya, jauh lebih warak dr ana. bisa buat perkara yg ana xterjangkau dek akal utk melakukannya. mungkin saat ini mereka diuji dan belum saat ana lagi. kita xtau, saat kita diuji kita pulak mcmana. tp perlukah kita gadaikan maruah kita sbg muslimah yg menghafal al-quran..yaAllah

kini ana sedar, tersedar dr lamunan, tersedar dr mimpi. yg kami dan kita semua perlu persiapkan diri bukan shj menjadi PROFAZ, tp juga DR.CINTA. pesakit di kalangan kita kian ramai. dan xmustahil salah seorang pesakit tu juga adlh kita!

perisaikan diri kita dgn perkuatkan hubungan dgn Allah, perkuatkan hubungan dgn manusia. banyakkan munajat pd Allah.kita dah xde masa nak duduk2 je.ana terlalu takut, terlalu gerun melihat manusia semakin berani melanggar hukum Allah even huffaz sendiri

to all my beloved visitors, dan juga kpd diri ana terutama, qiamullail jadikan ia sebagai perkara yg wajib.krn disitu kekuatan kita sbg org islam. amalkan puasa sunat isnin dan khamis, krn itu mendidik nafsu kita agar tidak melakukan perkara yg berlebihan. ana pernah diuji dgn lelaki, dn ana taknak kwn2 ana turut pernah diuji perasaan mcm ana. cukuplah sekali perkara tu berlaku, dn bukan pd kwn2 ana. kini ana sedang mengalami realiti yg sgt ditakutkan selama ni.

ALLAHUAKBAR