BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 21, 2009

jOm kuruskan nafs

بسم الله الرحمن الرحيم
assalamualaikum w.b.t

salam ramadhan mubarak kpd semua pelawat blOg yg disayangi. ana ingin pohon maaf ats segala salah silap yg berlaku yg sedar atau tidak, maafkan. serta segala hutang-piutang minta di halal. kalau ada, inform pd ana. ana ni kadang tak ingat :). moga kita menjalani ramadhan kali ini dgn penuh hamba dan hina.

alhamdulillah, dimana-mana ramadhan sering diulang lebih baik dr segala bulan. ada ini, ada itu. baaaaaaaaaaaaaanyaknye kelebihan ramadhan. sampai tak cukup page lah nak tulis. cuba tanya, adakah kita merebut semua kelebihan ni semata-mata adat atau benar-benar dgn penuh hamba?

banyak yg kita lihat, tarawih pada awal bulan safnya hingga ke belakang..tiba 10 malam terakhir, ana tercari-cari dimanakah sayap2 kiri mujahid ini semua. mungkin ada masyaqqah. sungguh, tarawih ini bkn wajib..tp susah bukan utk mendapatkannya di lain bulan?

bazaar ramadhan tak kurang hebatnya. masyaAllah makanan, time nielah habis segala benda keluaq. tergoda iman, cair nafsu melihat. sahabtku tersayang, mari renung kembali bagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan sohabiah menjalani puasa. ingat kembali tujuan puasa ini, bkn sekadar tahan lapar dn dahaga. paling penting nafsu itu. kalau sekadar tahan lapar dn dahaga, bulan lain pun bolehkan? ana teringat sabda Rasulullah s.a.w: ramai diantara umatku kelak hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. naudzubillah, minta jauh. sia2 puasa seharian kita.

sahabat tarbiyyah yg dikasihi Allah sekalian,
lakukanlah amal ibadat semaksima mungkin bukan kerana adat, iaitu semata sebab orang lain buat dan tradisi org kita buat camtu. tetapi, lakukanlah ia kerana..kita sedar hakikat title hamba yg dipegang. kita sedar yg ajal tak kira waktu. kita sedar yg amal kita belum tentu diterima oleh Rabb. kita sedar yg masa sudah semakin suntuk, tiada masa utk bertongkat tangan. dan...

kita sedar puasa bkn utk menggemukkan nafsu, ttpi menguruskan nafsu


*bukan utk bulan ini sahaja, jadikan ramadhan ini permulaan kita utk mengekang nafsu kita dan berterusan hingga ramadhan akan datang..itulah nikmat sebenar ramadhan. bukan pd bazaar ramadhannya, bukan pd jualan rayanya, bukan pd pelbagai biskut rayanya..tetapi pada
sejauh mana hati kita ikhlas mendekatkan diri pd Rabbul 'Izzati tiap masa

SALAM KEMAAFAAN DAN KERINDUAN..selamat beramal :)
doakan ana dan seluruh umat Islam.

Thursday, August 20, 2009

sakit gigi

assalamualaikum w.b.t,

sekali Allah tarik nikmat yg kita terlepas pandang baru terasa kehilangan. Allah baru uji ana dgn sakit gigi. i'adah tergangu. sangat sangat terganggu.

ayah cakap, Allah nak uji. dah lama sangat Dia bagi kita guna dgn baik, sesekali Dia nak uji kita bersyukur tak dgn apa yg Dia beri. guna sebaiknya atau tak. sekurangnya bila Allah cuit kita macam ni, kita akan terfikir..nikmat ini apa aku gunakan sebaiknya atau tak. bila dihadapan Mu, apa jwpn aku nanti..

tanyalah iman dan taqwa yg kita bajai setiap hari...


sahabt tarbiyyah sekalian,
jadikan ramadhan kali ini ia sangat bermakna. belum tentu kita akan menikmati pd musim akan datang. kalau pun dapat, belum tentu kita akan dapat menikmatinya dgn penuh keimanan dan ketaqwaan. utk kali ini, ana dan sahabat sekalian cuba utk menjalaninya dgn penuh kehinaan dn kehambaan. rasa jijiknya kita dgn dosa2 yg telah lalu tetapi Allah masih memberi peluang utk kita utkmembasuh jijik itu pd ramadhan kali ini. pohonlah syurga Allah dn minta jauh dr nerakaNya. insyaAllah.

ana doakan, moga ramadhan kali ini subur rasa hamba dan taqwa kita kpdNya buat selamanya. moga segala dosa kita yg telah lepas dan akan datang diampunkan olehNya. moga roh dakwah kian mekar di dalam diri kita..menyelamatkan umat yg kian dahagakan kebenaran. yg kian jauh dr landasan yg benar. yaAllah, thabatkan kami dlm perjuangan yg benar ini


HANCUR HANCUR..HANCUR YAHUDI
HIDUP HIDUP..HIDUP ISLAM
HANCUR ISRAEL, HANCUR AMERIKA, HANCUR KUFFAR

Monday, August 17, 2009

erti hidup pada memberi :)

assalamualaikum w.b.t kpd pelawat blOg yg ana sayangi dan dikenang dalam doa kudusku setiap masa,insyaAllah..

"erti hidup pd memberi"

maaf ustaz hasrizal, ana pinjam sementara waktu motto ustaz :). ana belajar sesuatu dari phrase tersebut. dalam perjalanan ke kelantan, ana menerima message pelik dr shbt ana. mungkin salah hantar, tp dalam message tersebut ada berkait dgn ana. apa ni? soal ana dalam hati.

then dia terangkan, dia salah hantar. minta maaf banyak-banyak. and so on. ana tanya kenapa buat macam ni, kenapa tak terangkan sebaiknya, at least ana boleh terima if dia berterus-terang..mata ana semakin membengkak. ana cuba untuk berlapang dada walaupun hakikatnya bersalah menggunung sehingga sekarang. ana reply message sahabat ana dgn meminta maaf, selebihnya ana tak berani nak tulis. dia berkali-kali meminta maaf dgn bersalahnya, namun ana diamkan saja.

mungkin ana dah banyak memberi jadi dia rasa bersalah pada ana sehingga tak ada kekuatan untuk berterus-terang. ana fikir kembali, hidup bukan sekadar memberi tetapi juga menerima. ana bukan ingin membidas ustaz hasrizal jauh sekali, ttpi ini utk diri ana yg taklah tinggi thaqofahnya spt ustaz hasrizal :). in life, we must have give and take.

jadi di sini ana belajar utk menerima keadaan dia yg sebenarnya, belajar menerima segala situasi yg datang dgn berlapang dada. dalam usrah sudah ditekankan, sbg individu muslim kita harus berlapang dada. juga menerima segala macam kerenah manusia disekeliling ana dgn senyuman. ana hampir dOwn dek mengikut rasa, benarlah..ikut rasa binasa!

bertatih dalam alam perjuangan, banyak yg ana belajar. sungguh indah tarbiyyah ini, walau kadang menyakitkan ttpi yakinlah janji Allah yg manis :). kita hamlatul quran tak patut ada sifat lemah semangat, sbb kita tahu janji2 Allah dalam Kalam CintaNya yg diulang dan dihafal setiap hari.

HAKIKAT WA MAJAZNYA:
BELAJAR MEMBERI DAN MENERIMA SEADANYA

wallahu'alam