BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 26, 2011

fighting



iluvthisquote

mood sedih sikit. sebab cuti dah nak habis. i'll miss home and everything. i'll miss mom so much. 

quote ni bermaksud. untuk apa kita menunggu seseorang yg belum tentu takdir kita, tapi nafsu tetap memilih untuk menunggu.

teguhlah melangkah walaupun kadang kita rasa give up sangat. jangan biarkan nafsu bertepuk riang melihat kita tersungkur. kita takkan kalah dgn nafsu! walaupun selalu kalah, jgn give up. terus bangun, terus bangkit. kalau kita tgk kawan kita dah terduduk, bantu bangunkan dia. even kita sendiri pun kena serangan bertubi-tubi..huhu. strategi dah tak guna sekarang, tapi SEMANGAT!

jangan teruskan hidup sebab takdir dah tertulis, tapi teruskan hidup sebab kita perlu menulis pd takdir.

kecewa tu biasa

mencintai Allah tak pernah kecewa. diari seorang mukmin tak tahu kecewa tu apa. sebab Allah melindungi hati-hati mereka dari kecewa.

^jadi mukmin sekarang, meh^

Thursday, October 20, 2011

assalamualaikum wbt...
have you been well? moga semua ok2 insyaAllah


sejak akhir-akhir ni rindu sangat pada bumi haramain, macam dipanggil-panggil. insyaAllah next year, after habis diploma will go there again.


dah banyak waktu yg kita habiskan untuk berfikir dan berfikir. merenung dan meratap perkara yg lalu. ada manfaat, tapi bila lama-lama ia akan jadi mudarat. yg pasti, buang masa!


kita akan lemah dan lemah. tiada apa yg berubah. yg berubah hanya masa. sedangkan perkara lepas memerlukan perubahan untuk masa akan datang. even good things pun, perlu meningkat ke tahap yg lebih baik.





untuk bangkit, ana tak cakap senang. tapi untuk kekal bersemangat, lebih menduga. untuk bangkit kita dah kalah, so how untuk 'kuat' kekalkan kebaikan diri...


Allah tak pernah zalim. DIA bagi kita mcm2 untuk bangkit. tp kita letak tepi dan biarkan chance itu berlalu. disini, kita yg zalim dan sntiasa menzalimi diri sndiri. betul??

merenung dan bangkit! keep tawadhu' in yourself...find ikhlas in what u've been done...search iman with every steps


~arasso?

Wednesday, October 19, 2011

take responsibility

assalamualaikum wbt dan salam kasih penuh rindu.penuh cinta.penuh perasaan.untuk semua yang merindui dan takkan henti merindui Allah,yg Maha Mencintai. moga akhir hidup disaat cinta ini memuncak dan terus memuncak selamanya. insyaALLAH, amiin.

hari ni bawak mak dan kawan mak shopping kat tesco, makan2 and balik. nak dekat 5jam jugak jalan-jalan.wow! penat sikit. tapi puas sebab relax and smooth semua. alhamdulillah.

sebenarnya ada sikit bad feeling bila nak menempuh sem akhir diploma. sebab kena iadah 30juz, tesis. itu adalah dua benda yg besar untuk diatasi. penyelia yg paling teliti. fikir-fikir, sampai tak tau nak buat apa. then ulang balik tengok boys over flower. serius! betul-betul bingung...

dan suka phrase goo jun biao.."take responsibility from the beginning till the end"

bila decide untuk jadi hafizah, untuk ambil course hadis..bertanggungjawab untuk mengulang dan face exam 30juz dan tesis, juga penyelia yg agak strict. tak boleh larikan diri...agak berat jugak nak face..tapi apa lagi jalan yg ada..selain stay strong and keep do it..insyaAllah, everything will be fine..dun worry

itu aje yg nak di share. some of us, like to run away from responsiblity..sama macam ana. suka lari dari masalah, bukan selesaikan ataupun biarkan berlalu dengan penyesalan. at least we worked hard for that. even natijah tak seperti yg kita harapkan. tapi kita takkan menyesal, sebab kita dah buat sehabis baik. betul tak?

~just live thankfully

Saturday, October 15, 2011

sarang

Assalamualaikum wbt dan salam penuh taat buat para perindu cinta Allah. Sekarang musim haji, moga semua mendapata haji yg mabrur. Amiin

Dah tiga hari di rumah, namun line internet kena potong buat sementara waktu. Alhamdulillah, peperiksaan akhir sem lima baru habis. Alhamdulillah, all praise to Allah. Walaupun bagi ana semua paper agak mencabar, fuhh! Mau sawan jugak nak jawab paper madkhal dan semua..tapi Alhamdulillah jawab je, result belum tau. Huhu

Kadang rasa muak jugak bila kita ditanya dan surround kita benda yang sama dan tak berubah, tapi setakat ana yang dhoif ni siapalah untuk mengubah environment yg sememangnya macam tu. Kadang ana letih bila semua sibuk tentang jodoh. Mungkin ada yg kurang senang, but I’m really tired of it…

Bila fikir2 balik, mesti ada sebab kenapa hot sangat cerita pasal jodoh ni. Mungkin getaran jiwa sem akhir ni semakin kuat agaknya. Tapi kenapa ana macam takde appetite tentang tu? Abnormal neh..heheh

Even kawan ana yang pada awalnya syadid(tegas) sangat2, akhirnya fallin love juga. Bertunang dan akan menuju ke gerbang perkahwinan juga. Itu yang nampak jenis tak layan lelaki...

Kita tak boleh nak jugde benda ni datang bila dan bila..sekat dan tetapkan waktu. Sebab benda ni aturan Allah. Apa kata, tak perlu cakap apa-apa dan ikut aturan Allah. Dalam pada ‘diam’..isi peribadi agar soleh/ah untuk terus hidup.

Kita sediakan diri untuk soleh/ah bukan untuk pasangan kita, tapi untuk Allah. Kita cantikkan diri bukan untuk pasangan, tapi untuk Allah. Kita tepek kat muka cream ni cream tu untuk ‘hot’ bukan untuk pasangan, tapi untuk Allah. Kita jaga shape badan, bukan untuk pasangan kita, tapi untuk Allah

Kenapa bukan untuk pasangan? Bukankah diharuskan berhias untuk pasangan??

Ya! Memang harus berhias untuk pasangan, tapi bila kita lihat umat pada zaman sekarang..sikit2 untuk pasangan. Dimana Allah dalam kehidupan kita? Adakah kita hidup memperhamba diri pada pasangan? Naudzubillah. Pasangan adalah wasilah, bukan matlamat untuk kita berhias. Itu yg ana nak sampaikan. Bukan jatuh hukum haram, ana bukan sesiapa nak jatuhkan hukum. Pasangan adalah wasilah untuk mendapat mardhotillah, bukan Allah wasilah untuk dapat pasangan soleh. Dah dapat pasangan yg agak complete package, tinggal Allah. Naudzubillah

Itu fenomena sekarang! Termasuk pelajar agama. Termasuk student dq sendiri

Semua nak yang perfect. Nak yang lawa. Nak yang dahi licin. Nak yang ala-ala pelakon korea. Nak yang berjubah 24jam. Kalau tak pakai tudung labuh/ berkopiah jatuh thiqoh..tak warok. Adakah agama diukur sebegitu?

Mungkin ada yang cakap kecantikan penting jugak. Yup! Memang penting untuk sedap mata memandang, biar tenang hati ni. Fitrah beb. Tenang hati bukan terletak pada rupa, tapi pada praktik agamanya. Bukan pada first degree dalam usuluddin atau apa, tapi pada praktik agamanya yg datang dr hati.

Hurmmm, dah panjang post ni. Apapun I’m tired of it. Letih dengan segelintir student yg sibuk meng’adjust’ sana sini. yang belum di’usha’ risau akan jodoh mereka. Sabar. Baru masuk 20/21 tahun. Just stay calm and relax. Keep doa, keep build up urself. Let them. Just continue ur walk…

*selagi rasa belum cukup haul dan nisob, janganlah menggatal. Check balik if kita suka kat dia sebab nafsu atau kita dah betul-betul bersedia nak galas tanggungjawab. Kalau bersedia, ask permission from her wali, bukan menggatal tak tentu pasal. Wallahu’alam