assalamualaikum wbt dan salam sehangat mentari yg tak pernah lelah menghangatkan jiwa hambaMu ini tiap detik dan saat..
ana hanya berkesempatan untuk bercuti selama sebulan dan mengikuti program tasmi' tambahan yg dianjurkan PERKEMAT DQ. ana tak menyesal memendekkan cuti di rumah kerana faham tugas sebagai seorang huffaz dan pelajar. ana masih bertatih dlm bidang hafiz ini, malah mungkin langkah ana lebih lambat dr yg lain.
kpd saudara hafizaidi, ana akan ceritakan di sini inshaAllah..bagaimana perjalanan ana di DQ yg kadang kala ana tak rasa yg itu adalah ana.
2/5/2009 adalah tarikh yg akan mengubah hidup ana. tarikh itu bermulanya ana akn tinggal jauh dr keluarga. ana sedih, ana kecewa namun bercampur gembira. dlm hati, ana nekad yg DQ akan menyaksikan jatuh bangun ana dan bagaimana "bayi" ini dr xtahu apa-apa bisa berjalan menggapai sesuatu.
melalui orientasi yg sgt melelahkan jiwa kami. bermula haluan siswa bersama pensyarah dan seterusnya mafatihul mahabbah bersama exco2. walaupun badan penat tak larat+asthma yg agak kronik waktu itu, ana teruskan perjalanan permulan sebagai seorang bakal hafizah.
hari pertama tasmi' alhamdulillah, tp apabila melihatkan wajah guru tasmi' yg agak syadid ana tak mampu tasmi' dgn baik. seluruh urat nadi ana terasa debarannya, jantung ana berdegup sangat kencang dan ana rasa mcm nak pengsan. sungguh, ana betul-betul blank n blurr
ana tak tahu orang lain camna, tp bg ana..menghafal sangat perit dan pedih. air mata ana takda harga. sakit..sangat sakit rasa. mungkin menghafal dlm keadaan byk sgt dosa...
to be continue...(maaf, ana berkejar masa sekarang ;) )
doakan ana di sini!
Monday, April 19, 2010
journey of my life at DQ
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 3:43 PM
Labels: mawar mujahidah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment