Assalamualaikum wbt dan salam seindah mawar berduri buat serikandi agama sekalian. Moga hati-hati kita terus dipelihara kudus buat sang Pencipta dan yang selayaknya. insyaAllah.
masyaAllah, minggu ni terasa pack sgt. Ana dikuarantin untuk tidak melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti di dq.huhu. agak sedih. Konsert devotees, PRK dan Annual General Meeting pun tak dapat sertai. Tapi adatlah, nak dapatkan sesuatu mesti perlu dibayar dengan pngorbanan yg tinggikan?
“ana sakit hatilah dengan banin dq ni, diorang ni ingat ana nak kat diorang ke? At last nanti bukan ana nak pilih diorang pun,” rungut sahabat ana setelah mesejnya pada ketua dibalas acuh tak acuh. Ana hanya mampu tersenyum dan agak terkejut dengan kenyataan yang diberikan. Allahuakbar.
“anis, kalau kita suka kat seseorang ke benci kat seseorang ke diam je. Jangan zahirkan. Kita tak tahu jodoh yg Allah tetapkan untuk kita ni siapa. Tu semua rahsia Allah. Kita just boleh doakan yang terbaik je,” pesan mak pada suatu hari. Ana hanya mengangguk walaupun kurang faham.
Bila ana hadapi situasi macam ni baru ana faham. Mungkin ada sesetengah dari kita dilahirkan hebat, punya complete package, tapi hak menentukan adalah Allah bukan kita! Kita hanya ada hak untuk berusaha, natijahnya Allah yg tentukan.
Ana masih teringat cerita ayah ana sewaktu dia bekerja sebagai kerani di UM. Seingat ana pd akhir 70-an atau awal 80-an. Masa tu nak cari perempuan pakai tudung sikit punya susah, kalau ada pun yang pakai scarf je. Ada sorang kakak ni pakai tudung litup, manis sgt. So ramai orang yg admire dia, tak kurang juga mencemuh. Tp kakak tu tetap dengan pendirian dia untuk kekal bertudung. Walaupun ada yang mengugut untuk membunuhnya. Antum tahu siapa jodoh kakak tersebut? Mesti dalam pemikiran kita, kita akan fikir yang akak tu dikurniakan seorang mujahid yg hebat. Seorang mujahid yg sama-sama kuat pegangan seperti dia. Ternya sangkaan kita salah!
Suaminya adalah penagih dadah!
Cuba kita bayangkan, kakak yg sehebat itu..yang punya fahaman agama yg agak kukuh..suaminya adalah penagih dadah. Dalam hati kita mesti fikir, dah takda orang lain ke?
Itulah JODOH..itulah QADAR dr Allah buat kita..only Allah know it
Namun kerana kehebatan mujahadah yg ada pada kakak tu, suaminya kini menjadi almujahid yg hebat. Salah seorang ahli majlis syura salah satu jemaah. Alhamdulillah, perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir ini dan sangat bahagia. insyaAllah akan terus kekal bahagia.
We can see from it. Tak semestinya kita professional, jodoh kita dengan orang yg setaraf dr segi intelektualnya. Tak semestinya kita hafiz, jodoh kita adalah hafizah. Teringat kata-kata aisya dalam ayat-ayat cinta...”jodoh itu rahsia Allah”..benar, jodoh itu rahsia yg sangat kita tak tahu. Lambat atau cepat, jauh atau dekat..only Allah know it very well. Kita takda hak nak menentukan, kita cuma ada hak untuk berusaha ke arah matlamat kita. Namun penentuan adalah dr Allah.
Impian sahabat ana, “hanisah, aku tak memilih dalam bab jodoh ni. Aku hanya inginkan seorang mujahid yg sama-sama boleh bergerak dengan aku dalam medan dakwah ni. Izinkan aku jadi sayap kirinya. Sekiranya aku dijodohkan dengan orang yg selalu diperlukan oleh perjuangan tiap masa, aku relakan suami aku keluar ke jalan Allah walaupun aku sangat ingin selalu bersamanya, tapi izinkan aku di rumah mendidik anak-anak aku untuk menjadi sehebat ayahnya. Aku hanya berserah. Aku tak tahu Allah tetapkan mujahid yg mana utk aku, sebab aku sedar siapa aku. Namun impian aku macam tu lah. Ingin sama-sama mendidik anak-anak dengan acuan Al-Qur’an. Alangkah indahnya rumah tangga kami, apabila kami sama-sama bergandingan berjuang di lapangan dakwah, murajaah Al-Qur’an bersama-sama, menghadiri majlis ilmu bersama” ujarnya sambil tersenyum. Air mata ana hampir gugur. Luarannya seperti gadis biasa, yang mungkin nampak biasa-biasa. Sekilas pandang, tiada keistimewaan yg ada padanya, tapi bila ana selami hatinya, dia punya impian yg sangat besar untuk agama Allah yg suci ini. Sahabat, moga jodohmu adalah dari kalangan orang2 yg soleh..amiin
*masih jauh untuk ke arah pembinaan bait muslim.
1 comments:
jemaah gapo?
Post a Comment