"kakak..." suara si adik teresak-esak menahan tangis.
"adiik, kenapa ni?" pujuk si kakak. lantas memeluk erat si adik. esakannya bertambah kuat. si kakak membisik, lepaskanlah segalanya dik, agar selepas ini bukan kecewa yang ada di hatimu
"kakak, buang cincin ni kat laut," sebentuk cincin emas putih ditanggalkan dari jari manisnya. kakak hanya tersenyum. mungkin sudah dapat mengagak hal yang terjadi.
"kakak dengar tak?" adik merengek manja
"kakak dengar sayang. bagi cincin tu,"
"kakak nak buat apa?"
"nak buang kat lautlah. kejap lagi memang kakak nak pergi pantai, cari ilham novel baru,"
tiba-tiba cincin emas putih digenggam erat oleh adik. matanya mulai berkaca. merenung cincin bersilih ganti dengan wajah kakaknya.
"adik saje cakap," akhirnya adik akur dengan hatinya. kakak masih lagi tersenyum. itulah wanita, mulut lain, hati lain. mulut menyuruh, sedang hati tidak rela. cuma riak wajah yg membezakan.
"tapi adik benci orang yang bagi cincin ni..." sayu suara adik
"adik benci, tapi adik sayang. adik benci, tapi tiap2 malam kakak dengar adik doakan orang yg bagi cincin ni kat adik. adik benci, tapi adik redha bila dia mainkan hati adik. adik benci, sedangkan tarikh lahir dia adik ingat sampai bila-bila..." ajuk si kakak dalam senyum.
adik tertunduk. menekur lantai
"dia tinggalkan adik. dia pilih orang lain. dia cakap nak tunggu sampai adik habis belajar, tapi dia......" hanya tangisan sambungan ayat yg beum sempat dihabiskan
"adik ingat surah an-nur ayat 16," kakak cuba meneutralkan adiknya
"kakak, istikharah adik jawapan adalah dia," adik mematahkan hujah kakak. kakak masih senyum..adik,adik, masih mentah pemikiranmu
"adik nak dengar cerita?" soal kakak. adik hanya memandang kakak, menggeleng tidak, mengangguk tidak.
"ada seorang perempuan, dia pernah bertunang dengan lelaki yg dia sayang. lelaki tu pun sayang dia. alam pertunangan diorang indah. tapi Allah nak uji, si lelaki meninggal dunia akibat barah. maka tunang dia tadi, menangis..menangis..menangis. hidup tak tentu arah. tarikh nikah pun dah tetap. mana lebih tragis cerita adik atau dia?"
"kakak, tunang dia diambil Allah. tapi adik punya, membuang adik dari hidup dia!"
"kakak tak habis cerita lagi sayang. then, 2 years after kematian tunang dia. perempuan tu dipaksa oleh ahli keluarga dia bertunang dengan orang yg dia tak pernah ada hati. orang yg dia tak rasa nak sayang pun. namun, diturutkn sahaja kata keluarga,"
"diorang bertunang?" soal adik penuh minat. kakak mengangguk. adik membeliakkan matanya "teruknya"
"sekarang, mana yg teruk. adik atau kakak tu?"
adik hanya memandang lantai. kakak memegang erat bahu adik, dia tahu adik kecewa. separuh jiwa adik hilang..hilang entah ke mana. kerana cintanya dibuang.
"adik, perempuan tu adalah kakak..." suara kakak mendatar. cuba mengukir senyum dalam kepayahan. lantas adik mengangkat wajah merenung tepat ke anak mata kakak. mencari kepastian. kakak mengangguk.
"kalau kakak boleh harungi semuanya dengan bersahaja, kenapa tidak adik?" kali ini senyuman kakak lebih bersemangat. adik, kuatlah!
"yg penting, hubungan dengan Allah. jangan give up! adik bukan dibuang, cuma Allah sediakan makhluk yg lebih baik untuk adik. Allah uji dalam kemampuan adik. untuk buang terus perasaan tu mustahil. banyak2 mengadu pd PEMILIK hati yg hakiki. adik akan dapat kekuatan tu perlahan-lahan. redhakanlah dia. dia juga diambil oleh Allah, cuma caranya berbeza. yg kakak, Allah ambil terus..yg adik, Allah beri pd makhluk lain. hikmah disebalik semua ni, hanya adik yg tahu. carilah hikmah dengan sabar dan ikhlas..kakak sentiasa doakan adik," air mata adik gugur lagi. kali ini gugur air mata itu tanda syukur, tanda lemah seorang hamba. dua wanita yg pernah kehilangan saling berpelukan. meleraikan kekecewaan di hati. mereka bukan dibuang, tapi mereka Allah ingin tingkatkan iman, insyaAllah.
"adik, ingat pesan kakak..adik bukan dibuang!" kakak menggenggam erat jemari adik.akhirnya, senyuman itu terukir dibibirnya. cincin emas putih disimpan, digenggam erat. pergilah kecewa, pergilah duka. moga hadir redhaNya :)

0 comments:
Post a Comment