assalamualaikum wbt...
kaifahalukum? moga dalam redha Allah sentiasa ya :)
alhamdulillah sekarang di kelantan, rumah. dan bersama keluarga. homesick, sampai demam tak kebah-kebah..huhu
erm, kita serius sikit ya kali ni...
apa ciri-ciri yg kita nak dalam memilih pasangan? pasangan hidup yg menentukan akhirat kita...
of course kita cakap nak yg soleh, hensem ,berkaliber, baik, caring, bertanggugjawab dan baaaaaaaaaaaaanyak lagi ciri-ciri yg kita nak
kan?
ana pun sama je macam antum semua. kita mesti ada taste masing-masing. semua nak yg baik-baik, even penjahat pun nak pasangan yg baik. baik itu fitrah..dan adakah kita hidup dalam fitrah? iaitu fitrah sebagai hamba
bila umur menginjak 20, angka dua berada di depan, insyaAllah bab pasangan bg ana bukan perkara yg main-main. nak test-test. it's not! kalau nak, buat cara nak..kalau taknak, jangan main-main bagi harapan yg belum pasti! tutup pintu fitnah, dan dalam masa yg sama bina kualiti diri untuk mendapat pasangan yg soleh/solehah...
ana paling suka baca kisah cinta agung bersenikan diam. macamana saidina Ali membina kualiti dirinya dalam pd itu Allah menguji sahabat yg hebat-hebat meminang gadis yg dia pendam perasaannya. dan si gadis, ketua bidadari syurga juga terpelihara maruahnya dr menyerahkan hati pd si dia yg belum pasti. hanya doa penghubung mereka. hanya Allah tempat mereka bergantung. jadi, tak hairanlah Allah menjodohkan mereka, kerana hati dan cinta mereka bergantung sepepnuhnya pd Allah, bukan pd dating di balik pohon kurma, berbalas meseg melalui burung merpati, dan sebagainya...
tapi masing-masing membina kualiti soleh dan solehah pd diri mereka. dan apabila tiba saatnya, Allah mengkabulkan perasaan mereka dlm cara yg cukup indah dan mulia. mung..mungkin di antara kita terdetik, diorang hidup susah jugak..
bahagia itu pd harta?
TIDAK! Bahagia itu pd hati yg redha akan tiap natijah dr Tuhan. Saidatina Fatimah bahagia hidup bersama orang sesoleh Ali walaupun hidup mereka sangat susah. soleh itu mengatasi harta dan dunia seisinya, kerana mahalnya harga untuk mendapat mukmin itu...
alangkah bahagianya si hitam yg bertaqwa iaitu bilal bin rabah apabila dikhabarkan oleh Easulullah SAW yg Bgind mendengr derapan kakinya di dalam syurga sewaktu peristiwa israk mikraj. bilal, saat kali pertama si isteri melihatnya pengsan. kanak-kanak melihatnya bertempiaran lari ketakutan. tp hatinya masyaAllah, sehingga dijamin antara 10sahabat yg dijanjikan syurga. masih lagi harta ukuran bahagia? masih lagi rupa atau caring ukuran syurga dunia kita?
kita mencari pasangan yg soleh/solehah, tp binalah kualiti itu dlm diri terlebih dahulu. Allah dah janji dalam surah an-nur ayat 26. itu janji Allah yg sangat benar! daam pada bina kualiti diri itu, doalah pd Allah agar dikurniakan pasangan yg baik-baik. kalau kita jenis suka test saham, macam tu juga pasangan kita. bahagia itu pd hati, bukan pd rupa atau attitude2 nakal yg kita suka
sama-sama kita doa, agar hati kita cinta bukan kerana nafsu, tapi kerana kesolehan yg ada pada dirinya. dalam bab mencari pasangan dunia akhirat kita, seriuslah..ini bukan perkara main-main macam kita main pondok-pondok. kalau rasa tak best boleh tukar plan nak main cara lain, tp dalam bab jodoh, eh taknaklah..kita cari yg lain. yg ni tak best, tak best! macam tu juga kita akan dapat nanti...what u give, u get back
kalau nak, jumpa parents. kalau taknak, ini bukan tempat bursa saham nak test saham boleh tersenarai dalam BSKL ataupun x...sama-sama kita bina kualiti soleh/solehah ya :)
1 comments:
salam........... mumtaz~!!!!!
Post a Comment